Thursday, December 30, 2010

Kerana Mu Malaysia

Ehsan dari mStar Online

Sejak semalam hingga pagi ini, kebanyakan blogger bercerita tentang kejayaan Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 edisi ke 8. Topik terhangat dipasaran sejak seminggu lepas. Pergilah ke mana-mana tempat pun baik dalam pejabat, kedai kopi ataupun dalam newspaper, semuanya bercerita tentang bola. Tak syak lagi ramai yang tidur bola semalam. Sekiranya korang alahan dengan kisah bola ini, dinasihatkan jangan jenguk blog dan baca newspaper buat seketika...hehehe

Sesuatu yang cukup manis apabila berjaya menjadi juara buat kali pertama dalam masa 14 tahun sejarah kejohanan. Perjalanan yang pada peringkat awalnya nampak berliku di akhiri dengan catatan manis setelah dinobatkan sebagai juara baru Piala Suzuki AFF setelah menewaskan Indonesia dengan agreget 4-2. Safee Sali dan Khairul Fahmi adalah watak penting kejayaan semalam. Tapi semua ini takkan tercapai seandainya tiada kerjasama, kesungguhan dan semangat dari semua anggota dalam pasukan.

Apa pun kisah semalam menutup tahun 2010 dengan kenangan manis buat rakyat Malaysia. Kejayaan semalam juga mendapat perhatian pemain-pemain bertaraf dunia. Pertahanan England sempat mengucapkan tahniah dan memuji pasukan Malaysia dalam laman twitter. Serius, tak tipu... Kalau korang peminat bola sepak, mesti kenal Rio Ferdinand yang sebati dengan Manchester United.
See, kan dah cakap tadi pemain bertaraf dunia pun memuji pasukan Malaysia. Harap-harap lepas ni lebih banyak kejayaan dilakar oleh pasukan negara. Ok, setakat ni saja cerita tentang bola sepak. Tutup buku! Kita semua pun patut mengatur langkah untuk melakar kejayaan dalam hidup. Jadikan tahun baru sebagai titik permulaan untuk mencipta perubahan dalam apa jua perkara. Yang penting semua perubahan itu bersifat positif, bukan negatif.

Kerajaan pun dah umumkan esok bersamaan 31 Disember 2010 sebagai cuti umum sempena kejayaan Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010. Tapi kat Terengganu, Kelantan dan Kedah memang hari jumaat tu hari cuti setiap minggu. Rugi..sepatutnya hari ni diisytiharkan sebagai cuti umum. Huarghhh...tak adil

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010


Ehsan dari mStar Online

Sekalung tahniah kepada pasukan negara selepas ditabalkan sebagai juara baru Piala Suzuki AFF edisi ke 8. Walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia tapi Malaysia menang dengan agreget 4-2. Tahniah juga kepada Safee Sali setelah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Permulaan baru, langkah baru dan sejarah baru tercipta seterusnya mengakhiri kemarau selama 14 tahun lamanya. Era baru bola sepak negara akan bermula selepas ini. 

Boleh aku tidur lena malam ini. Err..bila masa pulak aku tidur malam ni..hahaha

Sepanjang 2010 - Pergi Tinggalkan Nama

Sepanjang tahun 2010, banyak perkara telah berlaku baik kepada diri sendiri, masyarakat mahupun negara. Ada kisah suka, ada kisah duka, ada kisah pahit, ada kisah manis. Semua ini adalah warna warni tahun 2010. Dunia hiburan juga kehilangan anak-anak seni yang telah mewarnai persada seni negara. Mari kita soroti balik mereka yang telah pergi selamanya. Yang hidup pasti akan mati, itulah janji yang terpatri.

Pergi Tinggalkan Nama
Sumber mStar Online

1. AHMAD C ( Lahir 1932 - 14 Januari 2010)
Pelakon veteran, Mohamad Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Ahmad C meninggal dunia pukul 12 tengah hari di Hospital Kota Tinggi, Johor Bahru akibat masalah jantung yang dialaminya sejak dua tahun lalu.
Antara filem yang pernah mengangkat namanya sebagai pelakon berbakat ialah Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri, Ibu Mertuaku, Ali Baba Dan 40 Penyamun, Raja Bersiong dan banyak lagi.
Beliau juga pernah menganggotai kumpulan Panca Sitara 1 dan 2 sekitar tahun era 50-an bersama P Ramlee, Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan Normadiah.

Malam Penentuan

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang,
Siap sedia berkorban,
Demi ibu pertiwi...

Demam bola sampai ke kemuncaknya. Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir ke dua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Perlawanan penentuan untuk menobatkan juara baru antara Malaysia dan Indonesia. Selain berhadapan dengan skuad Indonesia, pasukan negara juga terpaksa berhadapan dengan kemarahan penyokong fanatik Indonesia yang tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka di Stadium Bukit Jalil.

Isu laser masih menjadi topik paling hangat diperdebatkan di laman fesbuk dan twitter. Dalam akhbar kelmarin timbul pulak isu pengunaan bomoh. Hampeh betullah... Aku malas nak masuk campur tapi hasshtag carian #malaysiacheatlaser #uselaser #malaysianlasersucks menjadi trending topik hangat di Twitter sekarang. Akan semakin hangat hari ini menjelang detik perlawanan malam nanti. Lupakan isu laser ni yang tak ke mana ni.

Ehsan dari affsuzukicup

Berbalik kepada perlawanan akhir ke dua malam ini. Jangan lupa menyaksikan secara langsung di TV1 jam 8:00 malam nanti. Ajaklah sekali saudara mara, anak dan isteri untuk sama-sama terpacak depan tv menyaksikan perlawanan yang bakal mencipta sejarah baru dalam dunia bola sepak negara. Inilah peluang untuk berkongsi debaran, kedukaan atau kecerian bersama keluarga. Sukan mampu menyatukan kita semua. Jangan lupa standby sekali kuih dan air kopi. Dah puas menjerit mesti akan kehausan dan kelaparan. Hehehe..

Nota: Kalaulah Malaysia kalah malam ni, ramailah yang akan bertukar menjadi Hulk...huargghhhh

Tuesday, December 28, 2010

Lesung Pipit

Siapa yang ada lesung pipit sila angkat kedua belah kaki.. Ada sesiapa tak pernah lihat lesung pipit? Macam mana nak explain ah. Senang-senang macam ni jer lah. Lihat gambar kat bawah tu. Nampak tak kesan lekuk kat pipi perempuan tu. Itulah yang dipanggil lesung pipit.
Kenapa dinamakan lesung pipit. Dulu masa kecik kalau disebut lesung pipit, serta merta terbayang lesung batu dalam fikiran. Lesung batu memang famous satu masa dulu. Peralatan wajib yang mesti ada di dapur ketika itu. Agaknya ada yang dah lupakan macam mana rupa lesung batu. Sekali lagi sila lihat gambar dibawah. Itulah dia lesung batu. Lesung batu ni selalu aku guna untuk tumbuk sambal belacan. Tapi suri rumah sekarang ni lebih senang gunakan blender. Tak payah kerah tenaga nak tumbuk sampai lumat.
Adoillah, kenapa boleh terlajak kepada lesung batu lak ni. Senang cerita, lesung pipit dan lesung batu adalah bersaudara dan saling berkaitan. Tercatat dalam buku teks sejarah sekolah rendah, 500 tahun yang lampau para cendikiawan pening kepala memikirkan nama sesuai untuk diberikan kepada lekuk yang terdapat pada pipi seorang raja. Inilah pertama kali mereka melihatnya dan tidak pernah dilihat sebelum ini. 

Sedang asyik bertelingkah tentang nama yang patut diberikan, tetiba terdengar bunyi ketukan lesung batu di dapur istana. Salah seorang cendikiwan telah mendapat ilham untuk memberikan saja nama lesung kepada lekuk yang terdapat pada pipi rajanya. Untuk mencantikkan lagi nama itu, ditambah perkataan pipit kerana sang raja sangat suka memelihara burung pipit. Akhirnya terciptalah nama lesung pipit. Agaknya nanti KRU berminat tak nak buat filem Hikayat Lesung Pipit?

Actually, aku tak suka lesung pipit yang ada di pipi aku ni. Walaupun orang kata lesung pipit ni pemanis wajah tapi aku rasa macam keperempuanan jer bila ada lesung pipit. Sebab tu aku tak suka senyum melebih-lebih. Asal senyum jer, mesti nampak lesung pipit. Asal nampak lesung pipit jer, mesti waktu senyum. Ish ish ish.. Ada sesiapa nak lesung pipit tak? Lelong lelong...

Minggu Terakhir 2010 - Kontrovesi Sinaran Laser

Tinggal 3 hari saja lagi sebelum berakhirnya tahun 2010. 365 hari dirasakan terlalu cepat berlalu. Masa 24 jam sehari terasa terlalu pantas berjalan. Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian. Apakah kita menggunakan sebaiknya tempoh 365 hari ini atau lebih banyak pembaziran masa dilakukan. Jawapannya, tanyalah diri sendiri.

Berbalik kepada topik terhangat minggu ini. Sudah semestinya tentang perlawanan akhir Piala Suzuki AFF. Selepas berakhirnya perlawanan pertama, rata-rata blog, tweeter, fesbuk dan akhbar sibuk memperkatakan tentang isu laser. Lebih-lebih lagi dari penyokong Indonesia yang tidak berpuashati dengan kekalahan pasukan mereka. Biasalah tu, bila kalah ada saja yang nak diungkitkan. Kalau menang, tidak berbangkit pula isu sinaran laser ni. Dalam blog pun dah banyak dipaparkan bukti bukan hanya sebelah pihak saja menggunakan laser ini. Tunggu jer lah malam esok untuk menutup mulut orang Indon ni. Itu pun kalau skuad Malaysia berjaya melakukannya.

Sometimes aku lihat mentaliti sebilangan orang Indon ni terlalu rendah. Selalu memperbesarkan isu kecil dan terlalu mudah dimanipulasikan oleh golongan yang berkepentingan. Apalagi kalau ianya bersangkut paut dengan negara ini. Tak habis-habis mempropagandakan isu Ganyang Malaysia. Sikap bodoh sombong tak pernah hilang dalam diri mereka.

Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah

Tak nak menghampakan pelawaan adik Siti Safiyyah, aku turut sama sertai segmen ini. Langkah yang bijak dari adik Siti untuk menambahkan lagi kenalan dan mempromosikan blog beliau. Kay, nak jawab soalan dulu dan bagi sedikit pendapat tentang blog dia.

1- Dari mana anda kenal blog Siti Safiyyah?
- Lupa ah. Rasanya selepas adik Siti sudi meninggalkan komen pertama kat blog ini.

2- Apa yang best tentang blog Siti Safiyyah yang patut dikekalkan?
- Yang paling best adalah gaya penulisan yang mudah difahami

3- Apa yang paling tak best tentang blog Siti Safiyyah yang patut diperbaiki?
- Boleh adjust sikit tempalate supaya tak nampak terlalu putih dan kosong. Sidebar boleh dicantikkan lagi

4- Ucapan buat tuan punya blog Siti Safiyyah..
- Dalam keasyikan berblogging, jangan sesekali abaikan pelajaran

Monday, December 27, 2010

Statistik Banci 2010

Ramai yang tertidur lena semalam selepas Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010. Semangat rakyat Malaysia jelas ketara apabila seramai 85,000 orang membanjiri Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Malaysia. Dan berjuta-juta lagi tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda terpacak depan tv menyaksikan pertembungan bersejarah ini. Yang pasti selama 3 hari ini topik pasukan bola negara akan menjadi tajuk hangat yang diperkatakan dimana-mana sahaja. Debaran akan kembali bersambung bila perlawanan akhir ke dua dilangsungkan pada hari rabu ini. Semoga Malaysia mampu merangkul Piala Suzuki AFF ini buat kali pertama.

Statistik kiraan awal banci penduduk dan perumahan telah dikeluarkan. Jumlah penduduk Malaysia sekarang adalah seramai 27,565,821 orang. Daripada jumlah tersebut, bilangan penduduk lelaki ialah 14,112,667 orang manakala perempuan pula ialah 13,453,154 orang. Nisbah jantina keseluruhan menunjukkan  terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan. 

sumber dari statisitc

Lelaki sudah mengatasi bilangan kaum perempuan? Hahaha.... Believe or not? Terpulang pada korang semua. Bagi aku, statistik ini sekadar untuk menyedapkan mata memandang. Macam mana bilangan lelaki berjaya mengatasi bilangan perempuan. Adalah lebih baik kalau korang terus mempercayai nisbah antara lelaki dan perempuan sebelum banci ini dilakukan. Tak perlulah aku bagi reason kenapa. Hanya jauhari mengenal manikam. Kenapa di IPT/IPTS lebih ramai student perempuan berbanding lelaki? Sudah pupuskah lelaki yang bijak pandai di negara ini?

Taburan penduduk di serata negeri menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah penduduk paling tinggi iaitu seramai 5,411,324 orang. Perlis pula mencatatan jumlah penduduk paling rendah dikalangan negeri iaitu seramai 227,025 orang. WP Putrajaya mencatatkan jumlah penduduk paling rendah dalam negara iaitu seramai 67,694 orang. Kalau macam ni lah data yang dikeluarkan, tergadailah janji untuk membekalkan maklumat yang berkualiti.

 sumber dari statisitc

10 Fakta menarik Hari Ini - Siri 9


  1. Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi, lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini. 
  2. Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.
  3. Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari tahun 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati. 
  4. Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.
  5. Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan. 

Sunday, December 26, 2010

Piala Suzuki AFF 2010 - Malaysia 3 - 0 Indonesia

Ehsan dari Utusan Online

Selesai separuh perjalanan perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010. Malaysia membenam Indonesia 3-0 menerusi jaringan dari Mohd Safee Mohd Sali dan Asaari Shamsudin. Gol tersebut diperolehi pada minit ke 60, 67 dan 72. Perlawanan menarik sebentar tadi terhenti selama 10 minit kerana terganggu oleh sikap tidak sopan beberapa orang penonton yang memancarkan cahaya laser ke muka penjaga gol Indonesia. 

Esok, skuad Malaysia akan berlepas ke Indonesia untuk perlawanan timbal balik. Perlawanan akhir ke dua akan dilangsungkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember 2010, Rabu ini.

Ehsan dari mStar Online

Perlawanan Akhir Pertama Piala Suzuki AFF 2010

Ehsan dari Utusan Malaysia Online

Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir pertama Piala Suzuki Aff 2010 diantara Malaysia menentang Indonesia. Peluang keemasan terhidang untuk mencipta sejarah menjulang trofi AFF buat kali pertama. Reputasi Indonesia yang menang 5 perlawanan berturut-turut seharusnya menjadi pembakar semangat kepada basrisan pemain negara untuk merosakkan kemegahan Indonesia.

Keterujaan rakyat Malaysia jelas terlihat bila ramai berebut untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir ini. Satu perkembangan positif dan kemenangan Malaysia akan menyemarakkan kembali sukan nombor satu negara ini. Walaupun kali ini aku tak dapat berarak ke stadium, tapi tengok tv lagi baik...Huhuhu.

Marilah beramai-ramai terpacak depan TV1 jam 8:00 malam untuk menyaksikan keghairahan perlawanan akhir petama Piala Suzuki AFF 2010. Tak kiralah apa warna jersi yang dipakai malam ni, semoga dapat mencapai kemenangan.

Saturday, December 25, 2010

Sepanjang 2010

Tahun 2010 kian berlabuh pergi. Hanya tinggal 7 hari saja lagi sebelum tahun 2011 datang bertandang. Setahun yang berlalu meninggalkan kenangan pahit manis dalam hidup kita semua. Yang manis terlalu indah untuk dikenang, yang pahit terlalu sukar dilupakan. Terima kasih cik Ayuni kerana tagging tuan blog ini. Sejak awal bulan lagi nak buat entry pasal ni tapi selalu tertangguh sampai terlupa.

Tahun 2010 bolehlah dikatakan aku gagal dalam banyak perkara. Tak semua yang aku harapkan menjadi seperti yang dikehendaki. Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, tahun ini adalah paling suram aku rasakan. Tiada satu pun impian tercapai. Terasa seperti duduk dalam bilik kosong yang tiada pintu keluar.

Dari segi kerjaya tiada pencapaian yang boleh dibanggakan. Tiada kenaikan, lebih banyak penurunan. Pada bulan April, aku kembali ke jabatan lama untuk menyudahkan kerja yang belum selesai. Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya aku dapat siapkan juga kerja ni. Terasa satu kepuasan kerana berjaya melengkapkan satu pusingan kerja yang mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan.

Laman mencari Jodoh

Pernah melawat laman mencari jodoh? Setiap hari aku menerima beberapa email dari laman pencari jodoh. Setiap email akan disertakan sekali 3-4 calon pilihan beserta gambarnya sekali. Sekali tengok meleleh darah kat hidung aku. Semuanya comel-comel belaka. Purata umur calon-calon pilihan ni adalah sekitar 25-34 tahun. Ada yang masih dara, ada yang sudah menjanda.

Aku dah acap kali melihat senarai peserta yang mendaftar dalam laman mencari jodoh ni. Hampir 75% darinya adalah perempuan. Gawat sangat ke keadaan sekarang ni sehinggakan terpaksa menggunakan khidmat laman mencari jodoh. Sudah semakin pupuskah jejaka-jejaka diluar sana. Kalangan yang mendaftar ni bukanlah sembarangan kerjaya. Paling ramai adalah dari golongan pendidik dan pekerja sektor awam.

Kewujudan laman mencari jodoh ini sebenarnya satu langkah yang agak baik tapi bukan semua yang mendaftar disitu benar-benar mahu mencari jodoh. Ada yang sekadar suka-suka, ada yang menyamar...meletakkan gambar orang lain sebagai penganti diri. Jadi hati-hatilah lebih lagi kepada perempuan yang sedang mencari jodoh ni. Bimbang nanti menjadi mangsa penipuan.

Lagi pun kat internet ni bukan boleh percaya sangat apa yang dilihat. Aku pun boleh menyamar dengan menampal gambar orang lain yang 1000x hensem dari aku. Hati mana yang tak cair kalau terpandang gambar jejaka hensem ni. Dalam kepala sure dah berangan, 'alangkah beruntungnya kalau dapat bersuamikan jejaka idaman ini.' Tapi tuan sebenarnya tak lah sehensem itu, kerja pun tiada. Err...tidak merujuk kepada aku ekk. Orang lain tu..

Sebaiknya, janganlah guna khidmat laman mencari jodoh ni. Kalau dah tak tertahan nak kahwin, boleh jer pergi meminang mana-mana jejaka yang berkenan dihati. Apa salahnya kalau perigi pula yang mencari timba...kekeke

Today is Saturday, Hari Krismas

Hari ni penganut kristian menyambut Hari Krismas. Sebut jer krismas, terbayang selalu mitos rekaan pakcik santa claus yang akan ziarah dari rumah ke rumah untuk memberi hadiah. Lupa nak gantung stoking kat dinding, kalau tak confirm dapat hadiah jugak dari pakcik santa claus....ekekeke. Mujurlah santa claus ni rekaan semata-mata. Kalau benar, memang laku habislah stoking kat pasaraya tu. Confirm melambung tinggi harga stoking..

Hari ni hari pertunangan kawan aku. Memang patut ikat cepat-cepat. Tak elokkan kalau lama sangat berhubungan tanpa sebarang ikatan. Nanti apa saja boleh terjadi. Lepas zohor nanti, aku dipaksa ikut sekali ke majlis pertunangan tu. Jarak yang jauh tu satu hal.. Satu hal lagi, terpaksa jadi cameraman. Oh my my my, aku dah lama tak amik gambar dalam majlis. Kamera yang besar gedabak tu dah lama aku jual. Dah puas menolak tapi kena paksa jugak. Nak tak nak terpaksa lah pinjam kamera kawan yang lain.

Ok, aku nak tidur sekejap. Dah 2 hari tak lelapkan mata. Blog kawan-kawan pun aku sempat terjah 2-3 jer. Selamat tidur kepada korang yang nak sambung tidur. Merry Xmas kepada pengunjung yang menyambut perayaan hari ini. Selamat beristirehat dihujung minggu kepada semua. Malam nanti baru buat kunjungan balas ke blog korang......Zzzzzzz

Friday, December 24, 2010

Manisnya Bercinta, Sakitnya Perpisahan

Ada apa dengan cinta?
Kenapa harus jatuh cinta?
Kenapa cinta tak semestinya bersatu?

Aku bukanlah mat jiwang karat kerana semua tu dah lama aku tinggalkan, dah lama aku lupakan. Cuma terasa sesuatu bila terbaca satu entry mengenai seorang gadis meratapi kematian kekasih hatinya. Itulah lumrah kehidupan. Ada pertemuan, ada perpisahan. Ada kegembiraan, ada kedukaan. Selagi masih bernyawa, kita tak dapat lari dari semua ni. Pahit atau manis, kita terpaksa jua menelan hakikat sebenar. 

Tiada yang kekal dalam kehidupan ini, sampai masa akan pergi jua. Begitu juga dengan diri ini. Hari ini kamu melihat aku setia menyusun bait-bait kata dalam penulisan. Esok belum pasti lagi kamu dapat melihat kelibat aku disini.

Perasaan cinta adalah anugerah terindah dari Ilahi yang wujud dalam diri semua makhluk yang bernama manusia. Ada yang menghargainya, ada yang membencinya. Terpulanglah samada mahu menerimanya atau menolaknya. 

Dalam mengejar cinta duniawi, ramai yang terlupa bahawa cinta hakiki seharusnya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Cinta kepada Tuhan tidak akan mengecewakan kita. Cinta kepada Tuhan akan memberikan ketenangan di waktu kita kesusahan. Bertentangan dengan cinta kepada manusia yang belum tentu akan disatukan, yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan..

Kita manusia sering terbuai dengan cinta nafsu. Kita sering menyangka itulah cinta sejati namun kita terlupa, cinta nafsu sering mengecewakan kita. Cinta nafsu sering berubah tidak menentu. Ibarat pantai dan ombak, sekali ombak memukul pantai sekali itu juga pasir dipantai berubah. Sedarlah kita, cinta kepada Tuhan adalah cinta yang sebenarnya, cinta yang sejati.

Tuhan, dulu pernah aku menagih cinta seorang manusia namun aku dikecewakan. Cinta yang ku dambakan tidak berkekalan seperti yang diharapkan. Aku menjadi gelisah. Luka dihati yang berdarah kini menjadi semakin parah. Namun aku tak ingin selamanya terpalit dengan kedukaan ini. Biarkan kisah semalam berlalu pergi kerana aku tak ingin meratapinya lagi.

Tuhan, dosaku mengunung tinggi tapi rahmatMu melangit luas. Harga selautan syukurku hanyalah setitik nikmatMu di bumi.

Tuhan, walaupun taubat itu sering aku mungkiri, namun pengampunanMu tidak pernah bertepi. Selangkah aku rapat kepadaMu, seribu langkah Kau rapat kepadaku..

Thursday, December 23, 2010

Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears

Dalam kesejukan hujan yang berlarutan sejak 4 hari lepas, aku cuba sedaya-upaya mengerakkan jari ini untuk menaip entry ini dibawah suhu 23°C. Deqlis telah berjaya mengoda aku untuk join sama giveaway ini. Tapi template blog ni tak cantiklah, biasa-biasa jer. Confirm sekali tengok dah kene reject..huhuhu

Ada sesiapa nak domain free tak? Kalau nak, jom sertai giveaway ini.

Syarat Penyertaan :-
  1. Wajib menjadi pengikut gayahspears(dot)com
  2. Copy banner beserta isi entry ni dalam blog korang dan jangan lupa buat sidebar
  3. Tajuk entry korang mestilah Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears
  4. Tag kepada 3 kenalan blogger
  5. Copy dan paste link entri korang kat entri ni ya…
  6. Kontest tamat pada 26 Januari 2011
Hadiah :-
  • Pertama :- Domain
  • Kedua :- Domain
  • Ketiga :- Domain
  • Saguhati :- Domain
Jap aku nak tengok blog kawan-kawan yang mempunyai template yang agak menarik. Oleh kerana cuma boleh tag 3 orang jer, jadi aku nak mengajak sekali Ayuni, sis Lydia Miza dan puan Iena farina

Aku Dan Cerita Hantu - Episod 3

Bertemu lagi di episod ke-3. Tak nak lah siarkan pada waktu malam sebab ramai yang takut nak baca...Hehehe.. Kali ni ceritanya tak lah seram cuma sekadar misteri yang tak terungkai. Sampai sekarang pun aku tak tahu macam mana perkara ini boleh terjadi dan bagaiman ia boleh terjadi.

Kisah ni berlaku sekitar tahun 2001. Aku bersama seorang rakan telah dihantar ke luar daerah untuk membuat kerja-kerja pemetaan. Tak jauh pun, cuma 120km dari  pejabat. Kerja ni memakan masa selama empat hari. Setiap kali dihantar keluar daerah memang excited sangat masa tu sebab claim perjalanannya tinggi. Lebih tinggi dari gaji bulanan.

Pada hari ke empat iaitu hari terakhir, aku bersama rakan sedang menyiapkan fasa terakhir kerja. Untuk menyiapkan fasa terakhir ni, terpaksalah masuk ke dalam kebun getah dan kelapa sawit. Keluar masuk keluar masuk untuk pastikan hasil kerja seperti yang dikehendaki. Kalau tak sempurna, nanti teruklah kena bersoal jawab dengan pengarah. Siap kerja, kitaorang pun bertolak pulang. Adalah selepas lebih kurang 1 jam perjalanan pulang, berhenti sekejap kat masjid untuk solat asar. Kat sinilah bermulanya kejadian misteri.

Kisah Pakaian

Tiada idea nak tulis apa pagi ni. Pagi-pagi begini tak boleh tension kan. Jadi aku share ajer lah cerita lama yang sudah banyak kali diulang tayang. Nasihat tuan blog, ini hanya sekadar jenaka. Don't try this at home!

Suatu hari seorang ibu tua pergi ke rumah anaknya yang baru berkahwin. Dia terkejut apabila melihat anak perempuan tanpa seurat benang pun menanti suaminya pulang dari kerja. Si ibu bertanya kepada anaknya dengan penuh hairan.

Ibu : Kenapa nak? Tak cukupkah wang suami kamu untuk membeli sehelai pakaian sehingga kamu berkeadaan begini?

Anak : Taklah, abang suka macam ni mak. Dan dia lebih sayangkan saya kalau saya berkeadaan begini.

Lalu ibunya pulang ke rumahnya dan menanti suaminya pulang dengan tanpa seurat benang di tubuhnya.

Ayah : Kenapa maknya tak iron dulu baju tu? Lain kali sebelum pakai baju tu iron dulu supaya ia tak berkedut.

Ibu : ?????

Nota: Bila sudah dipanjat usia, kecantikan dan keseksian itu akan semakin pudar. Walaupun boleh buat suntikan botox kat muka untuk menegangkan kulit tapi part lain kat badan tetap akan nampak mengendur. Bersyukurlah dengan apa saja bentuk tubuh anda.

Tanpa seurat benang - Dalam loghat Terengganu dipanggil 'Telanjang Bulat"

Wednesday, December 22, 2010

Segmen Jom Berkenalan

Nak menjoinkan diri ke segmen 'Jom Berkenalan' anjuran Cikgu Akim. Thanks to kak Iena farina kerana sudi mengajak ku join sama dalam segmen yang menarik ni. Dengan kejujuran 99%, aku nak jawab soalan-soalan dibawah ni..ekekeke

Q1- Apakah status anda?
Single mingle lagi. Belum ada plan nak kahwin dalam masa terdekat kerana belum ada makcik-makcik diluar sana yang sudi bermenantukan aku..^^

Q2- Ceritakan tentang diri anda..
Aku seorang lelaki tulen, berasal dari Terengganu. Baru lagi mencecah usia 29 tahun. Belum berkeluarga dan belum ada anak isteri. Masih lagi half time study, buat pjj kat sebuah universiti dan sampai sekarang belum graduate sebab asyik tangguh-tangguh. Seorang yang berperangai gila-gila dan jarang-jarang sekali serius dalam hal yang serius. Aku suka membaca apa saja artikel berkaitan sejarah. Apa saja berkaitan komputer senang sangat aku fahami tapi apa saja tentang perkara tersirat dalam kehidupan selalu buat aku tergaru-garu kepala. Aku lebih suka kalau orang berteus terang bila berbicara tentang sesuatu perkara sebab aku bukan jenis yang cepat tangkap apa yang tersurat dan tersirat.

Kisah Aku, Duit Syiling & Dot Dot Dot

Masa kian berubah, ekonomi semakin kacau bilau. Duit syiling semakin dipandang sepi. Kemegahan yang dirasai suatu ketika dulu dah pudar ditelan zaman. Kalau 1sen dan 5sen, nilainya semakin tak laku. Cuba bawak sekeping 5sen ke kedai, apa yang boleh dibeli agaknya. Gula-gula? Asam masin? Main tikam? 

Budak-budak sekarang pun dah pandai merungut kalau diberi duit syiling di hari raya. Aku pernah terkena bila bagi duit syiling kat budak-budak yang datang beraya kat rumah. Dengan selambanya ketua kumpulan diaorang sound, "Ek eleh!! 50sen jer?" Caitt!! hampeh betol lah budak-budak sekarang. Masa aku kecik-kecik dulu, dapat 50sen dah kira mewah sangat. Banyak benda boleh dibeli dengan 50sen tu.

Waktu aku masih belum baligh, pergi ke sekolah cuma berbekalkan duit 30sen jer. Kadang-kadang bawak 50sen. Itu pun dah cukup bersyukur kerana ada duit belanja. Kalau bawak 30sen, aku cuma boleh beli nasik lemak sebungkus. Dua tiga kali suap dah habis. Selalu jugak bila lihat kawan-kawan sekelas makan nasi minyak, aku cuma mampu telan air liur. Kalau tak der kawan belanja atau berkongsi minuman, aku minum air paip jer lah dengan aksi seolah-olah berkumur. Kalau bawak 50sen, dapatlah beli air sirap yang berharga 10sen. Baki 10sen lagi bawak balik simpan dalam tabung.

Food Craving Giveaway by Mommalydzar

Tengah godek-godek blog yang tersenarai kat page blogger link, tersinggah lah kat blog Mommalydzar ni. Tertarik kat giveaway yang dianjurkan oleh tuan blog. Actually, tertarik dengan gambar donut kat banner tu..ekekeke.. Ok, nak join sekali 'Food Craving Giveaway ni sebab syarat penyertaan simple jer. 

Kalau bab orang mengidam ni, sumpah aku tak reti meneka. Manalah aku ada pengalaman melayan isteri mengidam ni. Tak per, berkeras hati jugak nak meneka. Pada firasat ku setelah 4x melontar duit syiling, sekarang ni Mommylydzar tengah mengidam nak makan...

Udang Galah Masak Merah

Kalau tak betul pun, buat-buat ler betul.. ekekeke

Tuesday, December 21, 2010

Suratan Atau Kebetulan


Semalam termenonton klip video ni kat youtube. Lama betul tak dengar lagu ni. Teringat masa sekolah dulu masa 1st time dengar lagu ni diputarkan kat radio. Berlari masuk dalam bilik sebab nak dengar lagu ni. Bila dah tahu tajuk lagu ni, terpacak pulak sebelah malamnya sebab nak record lagu ni. Dah dapat record, play acap kali sampai boleh hafal liriknya. Ahakss!!!

Lagu ni sinonim sangat dengan segmen 'Jejak Kasih' yang popular satu masa dulu. Korang mesti ingatkan segmen ni kat rancangan MHI dulu. Alaa...segmen yang mempertemukan insan yang terpisah. Masa tu memang femes habis pengacara rancangan ni. Siap ada gelaran lagi. Tapi yang paling femes adalah Mat Cermin, si Aziz Desa.

Award Ke-18 & 19

Agak-agaknya kalah populariti selebriti hiburan kalau nak bandingkan dengan awards yang dah aku terima. Kat dunia blog, ramai yang bermurah hati beri award kepada rakan-rakan. Bermacam jenis award dan bermacam design. Kata pepatah, orang memberi kita menerima. Dengan hati berbungga, aku sudi menerima award ke-18 dari puan Iena farina. Mekacih yer.. Comel design award ni..

Dengan ini, aku nak kongsi award ni dengan beberapa orang peminat rakan blogger. Kepada pemilik nama dibawah, sudilah amik award yg tak seberapa ni... sis Lydia Miza, cik Ayuni dan cik puan Mot dan adik Noor Fatin.

Tambah 1 lagi award ke-19 yang diterima dari adik Noor Fatin. So seperti biasa kena jawab soalan dulu, baru boleh amik award ni.. Tapi dah pernah buat entry pasal award ni dulu, jadi saya jawab soalan pertama kay.. kekeke

1- Apa pendapat anda tentang blog pemberi award ini?
Nice, simple dan sempoi. Tuan blog pun comel..^^

Puan Iena farina, sila amik award ni sebagai membalas hantaran...^^

Keranamu Nasi Lemak, Duit Melayang

Apa kes tetiba keluar tajuk nasi lemak di pagi hari ni? Hehehe.. Ni kisah semalam. Seharian aku tak sentuh makanan. Dari pagi sampai lah tengah malam. Hari sebelumnya aku cuma makan tengah hari saja. Jadi malam tu punyalah rasa lapar sampai bergendang gendut tali kecapi dalam perut ni. Energy pun dah low. Aku plan pagi ni baru nak sentuh makanan. Lagi pun hujan masih turun dengan lebat.

Tapi sampai satu tahap dah tak leh tahan lapar sangat. Ter'google pulak gambar nasik lemak. Hampeh tol ah..meleleh air liur tengok gambar nasik lemak yang cukup mengoda tu. Tengok jam dah pukul 12 lebih, dah masuk hari selasa. Sepanjang hari isnin aku tak sentuh air dan makanan. Gila sangat buat kerja sampai abaikan perkara yang lebih penting. Kalau bonda tahu mesti teruk terkena semburan lava gunung berapi. 

Tunggu punya tunggu, dekat pukul 1 pagi jugak hujan berhenti. Aktifkan kuda beroda terus tuju ke gerai nasi lemak. Adalah dalam 1km jaraknya dari rumah aku. Murah jer nasik lemak kat situ, cuma 3 ringgit. Jadi, melantaklah aku dengan penuh berselera tanpa hiraukan handphone yang berbunyi. Kacau betul ah, time tengah malam baru nak call. Pengajaran dari cerita ni, jangan abaikan makan minum. Nanti kelaparan.. la la la~

Baru sehari tak makan dah rasa lapar. Orang miskin kat luar sana berhari-hari tak makan tapi tak der sesiapa pedulikan. Adakah negara kita sudah layak diisytiharkan bebas dari kemiskinan tegar seandainya masih ada rakyat yang kelaparan? Adakah wajar kerajaan membina Menara Warisan setinggi 100 tingkat yang menelan belanja sehingga RM5 billion sedangkan masih ada rakyat miskin tidak mempunyai rumah sendiri, tidak bergeran tanah dan hidup ibarat kais pagi makan pagi esok. Projek mega seperti ini hanya akan meng'kayakan orang kaya dan kroni. Apa faedahnya kepada rakyat?

RM5 billion bukanlah sikit jumlahnya. Dengan peruntukan sebanyak tu, berapa banyak rumah yang boleh dibina? Berapa banyak pusat pendidikan boleh didirikan dan berapa banyak klinik kesihatan yang boleh digerakkan. Sedangkan KLCC masih ada banyak ruang kosong belum terisi, inikan pula bangunan setinggi 100 tingkat yang belum tentu memberi pulangan kepada rakyat.

Monday, December 20, 2010

Hanis Zalikha & LR Yang Hilang

Tidak syak lagi, blogger Hanis Zalikha adalah carian terpanas sekarang ni kat Google. Lihat keyword dibawah untuk hari ini. Terdapat 3 carian tentang blogger cun ni. Rasanya kalau tiap-tiap hari tulis pasal Hanis Zalikha, ramai lagi yang akan tembusi blog ni semata-mata untuk baca cerita pasal dia. Agaknya kalau dibuat contest mencari pasangan hidup Hanis Zalikha, banyak tak penyertaan yang akan masuk? Siapa nak join sila angkat tangan..huhuhu...

Ni ada satu kes yang aku tak puas hati dalam 2 hari ni. Kenapa Large Rectangle aku untuk blog ni hilang macam tu jer. Dah penuh 4 bintang, tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan. Dekat blog yang satu lagi ada pulak tapi cuma 3 bintang jer.. Tak puas hati betol ah. Terasa macam dilucutkan pangkat jer.. Nuffnang, sila bagi penjelasan...Huhuhu

Carta Pai

Pernah dengar pasal carta pai? Kat sekolah dulu mesti dah belajar pasal carta pai ni. Mula didedahkan tentang carta pai dalam subjek matematik. Betul tak? kalau tak betul nanti tolong perbetulkan.. Carta pai digunakan untuk menunjukkan peratusan sesuatu aktiviti. Biasanya ditandakan dengan warna yang berbeza untuk mewakili kumpulan berbeza.

Kat nuffnang pun ada juga ditunjukkan carta pai ni dalam analytics. Boleh klik kat kotak "came from" kalau nak lihat peratusan pengunjung dari pelbagai negara. Sesekali bila bukak nuffnang, aku suka jugak tengok carta pai ni. Saja nak amik tahu dari begara mana datangnya pengunjung blog ni. Korang semua dah tahu kan aku ada 3 buah blog. Yang pertama dah lama aku delete. Tinggal 2 yang masih aktif. Selain blog ni, blog satu lagi aku buat khusus untuk mendownload movie.

Seperti biasa, 90% pengunjung blog ni datangnya dari dalam negara. Berbeza dengan blog yang satu lagi. Kebiasaanya hanya 25% mewakili pengunjung dalam negara, selebihnya dari negara-negara luar. Tapi dah namanya tempat untuk mendownload movie, mesti pengguna internet serata dunia mencari website yang menawarkan khidmat download movie secara percuma. Untuk memudahkan diaorang, kena gunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi blog.

Sebelah kiri tu mewakili pengunjung blog ni manakala sebelah kanan bilangan pengunjung blog yang satu lagi. Comel jer nampak yang sebelah kanan tu. Macam pelangi...

15 Fakta Menarik Hari Ini - Siri 8

  1. Filem terbaru 'Karate Kid' tidak mempunyai satu pun aksi karate dalam filem tu. Semua aksi yang ditonjolkan adalah seni mempertahankan diri Kung-Fu
  2. 3% dari semua wanita hamil di dunia akan melahirkan anak kembar
  3. Nyamuk tertarik kepada perempuan mengandung kerana berdarah manis
  4. 1 dari 12 orang melakukan seks semasa dalam tidur mereka. Sindrom ini dinamakan 'Sexsomnia'
  5. Petir adalah 5 kali ganda lebih panas dari matahari
  6. Rekod dunia untuk tidak tidur berturut turut adalah 264 jam iaitu selama 11 hari. Ia dilakukan oleh Randy Gardner yang berusia 17 tahun ketika memecahkan rekod dunia itu
  7. Kira-kira 95% perisian komputer di China adalah cetak rompak
  8. Setiap 3 minit, laporan mengenai kehadiran UFO direkodkan di seluruh dunia
  9. Tazing Norgay, orang pertama yang berjaya mendaki ke puncak Gunung Everest sebenarnya adalah seorang buta huruf. Hingga ke akhir hayat beliau buta huruf
  10. Bayi baru lahir menangis tanpa mengeluarkan air mata kerana  saluran air mata bayi tidak terbentuk sehingga bayi berumur satu bulan
  11. Pemetik api rokok dicipta terlebih dahulu dari mancis
  12. Luas permukaan matahari adalah 11.900 kali luas permukaan bumi
  13. Polis Thailand yang melanggar undang-undang akan dipakaikan lencana Hello Kitty berwarna pink di lengan kiri uniformnya
  14. Komik Donald Duck diharamkan di Finland kerana Donald Duck tidak memakai seluar
  15. Pencipta telefon, Alexander Graham Bell tidak pernah menelefon mak atau isterinya

Sunday, December 19, 2010

Hanis Zalikha


Dah senja baru aku nak belek newspaper. Tengah belek myMetro tadi, ternampak gambar blogger popular ni terpampang di muka utama akhbar. Wartawan pun dah teruja nak siarkan kisah blogger yang comel ni. Psstt, aku bukan suka sangat baca myMetro ni sebab banyak tulis artikel merapu dan berita sensasi untuk naikkan rating newapaper. Kalau tak paparkan pasal masalah dalam kelambu rumahtangga dan jenayah seks, memang tak sah.

Siapa tak kenal Hanis Zalikha ni. Kebanyakan blog yang aku terjah meletakkan inibelogsaya.blogspot.com dalam list blog pilihan mereka. Rata-rata blogger remaja menjadikan si comel ni sebagai idola. Memang terhangat dipasaran sekarang ni sampai Tok Ti pun kalah dengan populariti Hanis Zalikha dalam search engine Google. 15,392 follower dan 16,000 pengunjung sehari memang pencapaian yang terbaik setakat ini. Lebih-lebih lagi kejayaan ini dicapai dalam masa 2 tahun berblogging. Pertama kali aku terjah blog dia, masa tu followernya dah beratus orang berbanding sekarang dah belasan ribu. Mencanak naik populariti blog dia ni. Agak2 nya kan, mesti dah beribu riban pendapatan nuffnang dia dalam sebulan...huhuhu

Ada sesiapa nak tahu tak tips untuk berjaya macam Hanis Zalikha ni? Nanti pergi bertanya pada tuan punya badan sendiri ekk. Tapi yang boleh aku bagitau, dia ada aura tersendiri yang mampu menaikkan namanya dalam dunia blog. Selain rupa yang comel, gaya penulisannya juga bagus. Tapi aku lebih sukakan gaya penulisannya berbanding rupanya. Kalau korang pun menanam impian nak jadi macam Hanis Zulikha, korang patut perhatikan macam mana gaya dia menulis dan apa topik yang dipaparkan hingga mampu membuatkan pengunjung jatuh hati.

Opss!! kenapa aku tak letakkan blog2 popular dalam senarai blog pilihan aku? Tak minat lah. Lagi pun jarang-jarang sekali baru aku singgah kat blog diaorang ni. Itu pun bila rasa nak klik pada list blogger kat blog orang lain. Ahaks!! Better aku letakkan link blog kawan-kawan yang aku suka singgah. Blog2 popular ni aku letakkan saja kat page blogger link.

Anda Happy Berblogging?

Entry merentas masa..

Ramai yang tak tahu apa itu entry merentas masa..kan kan kan. Actually bila aku tulis macam ni sebagai pembuka entry, ini bermakna itu entry auto publish. Kay, berbalik kepada header warna pink kat atas tu. Ramai yang dah kenal sis Lydia Miza ni. Kali ni aku nak join sama memeriahkan satu segmen anjurannya. Give support...

1- Sudah berapa lamakah anda berblogging?
Baru saja menyambut 2nd anniversary penghujung bulan lepas. Actually aku dah mula berblogging sejak Januari 2005 lagi. Cuma blog pertama tu dah aku delete

2- Adakah anda happy berblogging?
Yup, happy sebab dapat kenal ramai kawan baru yang baik hati. At the same time, rasa nak stop berblogging pun ada sebab terlalu bz sekarang ni

3- Adakah anda mempunyai kenangan pahit selama berblogging...ceritakan
Kenangan pahit itu bila aku terminum kopi pahit...hohoho

4- Harapan terhadap blog anda
Kalau blog ni boleh bertukar jadi perempuan, aku harap ia sudi jadi maid aku

5- Pandangan anda terhadap blog LM
Cute, amazing, friendly and pinky...

Nak Minta Tolong Boleh?

Memandangkan dah 2 tahun lamanya blog ini berfungsi dan 6 tahun lamanya aku menjadi blogger, dengan ini aku nak buatlah sedikit survey. Saja nak mintak pandangan kawan-kawan semua tentang blog picisan ini. Kat atas sana, korang boleh tanda yang mana satu dirasakan paling tepat mengambarkan blog ini.

Tandalah dengan jujur, tak perlu lah nak tanda jawapan bertentangan semata-mata nak jaga hati tuan blog ni. I'm ok jer. Lagi pun beberapa hari lepas memang terasa nak angkat jari dari mengupdate blog seandainya entry-entry yang aku publishkan selama ni menganggu ketenteraman korang. Aku cuma tahu menaip tapi aku tak tahu samada apa yang aku publishkan itu wajar atau tak. 

Kalau ada rasa nak luahkan pendapat panjang lebar atau rasa kurang senang, boleh jer sent e-mail kalau rasa malu nak bagitau direct kat blog ni. My E-Mail

Saturday, December 18, 2010

Nasihat Memilih Calon Isteri

Hari minggu macam ni biasanya tak tahu nak buat apa. Kena pulak hari ni sepanjang hari hujan berangin. Mengikut kaji cuaca, dah nak start musim tengkujuh fasa ke 2. Harap-harap taklah sampai terjadi banjir. Dalam kesejukan berbalut sweater ni, aku nak kongsi tiga nasihat dari orang tua mengenai cara memilih calon isteri. Kepada yang masih bujang trang tang tang tu, maybe boleh jadikan nasihat ini sebagai panduan..kih kih kih!!!

1. Jangan mencari isteri seorang peniaga...
Kerana bimbang kebiasaan aktiviti berniaga akan terbawa-bawa sampai ke malam pengantin. Nanti dia akan selalu cakap "Nak yang macam ini. tak nak yang macam tu!"

2. Jangan mencari isteri seorang jururawat... 
Kerana bimbang kebiasaan tugasan di hospital akan terbawa-bawa sampai ke malam pengantin. Nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas! jangan banyak gerak, jangan turun dulu !"

3. Tapi carilah isteri seorang cikgu tadika... 
Kerana kebiasaan gaya mengajar di tadika akan terbawa-bawa sampai ke malam pengantin. Paling tidak pun dia akan cakap "Awas!, hati-hati, lurus ke depan, baguus, ayuh ulangi lagi, pintarrr....."

Bubur Asyura

Pagi ni ada projek buat bubur asyura secara bergotong royong kat rumah. Bukan selalu dapat makan bubur asyura ni. Boleh dikatakan setahun sekali jer. Aku tak tahu lah kalau2 ada diantara blogger yang tak kenal bubur asyura. Nanti boleh pergi jenguk kat mana2 tempat yang ada anjurkan aktiviti membuat bubur asyura.

Baru aku perasan bubur ayura ni ada bermacam-macam warna dan rupa. Ada warna coklat, kelabu, kuning dan ada pulak jenis cair dan pejal. Agaknya bergantung kepada tempat dan bahan yang digunakan kot. Satu yang paling aku lemah bila nak buat bubur asyura ni, tak larat nak mengacau. Nak kasi bubur asyura ni benar-benar pekat, berjam-jam lamanya kena mengacau dalam kawah.

Errr...kenapa dipanggil bubur asyura ah sedangkan kat tempat aku ni ianya sebijik macam puding..pejal. Tak der lah pulak nampak lembek atau cair. Biasanya perkataan bubur ni merujuk kepada masakan air seperti bubur nasi, bubur cendawan. Lantaklah labu, yang penting aku suka makan bubur asyura ni. Dulu aku ingatkan asyura ni nama perempuan mana? Manalah tahu kot-kot untuk mengenang jasa dia, terus di namakan bubur ni dengan nama bubur asyura..hohoho

Gambar ehsan dari Google

Friday, December 17, 2010

Cuti-Cuti Sekolah GiveAway


Nak join Cuti-Cuti Sekolah GiveAway anjuran Mama Adam dan Lady Dyla. Memandangkan ini pertama kali mereka membuat giveaway, so support dari blogger adalah diperlukan agar lebih banyak lagi giveaway dianjurkan pada masa akan datang. At least terasa lebih meriah dunia blog ni. Thanks Iena farina kerana  sudi mengajak aku untuk join sama giveaway ni.

Untuk memeriahkan lagi giveaway ni,  aku nak mengajak 2 orang blogger untuk join sama. Kalau giveaway sebelum ni aku berjaya menghasut 2 orang mak budak untuk join sama, kali nak nak mengoda (i'm not gay) 2 orang jejaka melayu terawal untuk join sama dalam giveaway ni. 

Encik Mamat dan Izamir Ridzwan, jom join giveaway yang simple ni. Klik pada gambar untuk pergi ke entry giveaway penganjur

Terima Award Dari Deqlis Dan Yaniez

Sebagai penghargaan kepada rakan blogger, Deqlis bermurah hati memberi sebijik Award Blogger Ceria sebagai tanda teriam kasih. Award ke-2 dari Deqlis dan ke-16 keseluruhannya. Dan sebelum amik award ni, pemberi award mensyaratkan penerimanya menjawab satu soalan mudah dan kemudian tag beberapa orang blogger.

Sila namakan 3 haiwan kesukaan dan berikan sebabnya..
  1. Kucing - sebab haiwan ni manja dan nak suruh tangkap tikus
  2. Ikan - nampak comel jer berenang dalam air. Kalau lapar, boleh goreng
  3. Anak Ayam - suka main dengan anak ayam yang comel. Bila besar boleh buat nasi ayam
Nak kongsi award ni dengan Noor Fatin, Amani dan Ayuni


Yang ni pulak diterima dari Yaniez. Award yang ke-17. Best best.. Terima kasih yer. Nak jawab soalan tapi dah buat entry berkenaan sebelum ni. Jadi, amik award jer lah.. hehehe

SyamilaMohd’s Giveway

Nak tumpang menyelit dalam Giveaway anjuran kak Syamila. Lepas tu nak menghasut 2 orang blogger yang dah berkahwin untuk turut sama dalam giveaway ni. Iena farina dan Cik Mot, sudikahlah diri join sama ekk..

Tarikh tutup giveaway ni pada 31 Disember 2011

Cover Your Aurat Campaign | Show Your Support!

Klik pada gambar untuk ke entry penganjur kempen

Pertama kali terjumpa kempen seperti ni kat blog. Ini pun selepas di tag oleh cik Ayuni. Kempen seperti ni jarang orang nak join sama kerana tiada point untuk tuliskan sesuatu bagi menyokong kempen ini. Actually bukan lah susah sangat kerana sejak sekolah lagi kita belajar tentang agama, di ajar oleh ustaz dan ustazah tentang pentingnya menjaga aurat baik lelaki mahupun wanita. Menutup aurat adalah perkara wajib yang dituntut dalam agama. Bagi lelaki, batas auratnya adalah di antara pusat hingga lutut. Manakala bagi wanita, seluruh tubuh badan adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.

يَا بَنِي آَدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آَيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (26) يَا بَنِي آَدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآَتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ (27)
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (QS Al-A’raf [7]: 26)

Menutup aurat bukanlah sekadar memakai tudung. Ramai dikalangan wanita islam masa kini menyangkakan mereka telah menutup aurat dengan bertudung tapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, baju yang menampakkan bentuk tubuh atau pakaian dalam. Ada juga yang memakai kain terbelah hingga menampakkan betis dan peha, baju yang terbelah hingga menampakkan bahagian dada, baju berlengan pendek dan seluar atau skirt separas betis. Hakikatnya, mereka belum benar-benar menutup aurat walaupun telah memakai tudung.

Ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita namun mereka sepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi wanita baligh adalah wajib. Untuk memenuhi tuntutan agama ini, beberapa syarat harus dipatuhi dalam etika berpakaian.
  1. Menutup had aurat yang telah ditetapkan
  2. Pakaian yang longgar
  3. Pakaian yang tidak jarang
  4. Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki atau wanita kafir
  5. Labuh tudung kepala sehingga ke paras bawah dada
Rentak fesyen masa kini lebih banyak menonjolkan pakaian yang mendedahkan aurat sepertimana yang berlaku dalam Islamic Fesyen Festival di Monte Carlo, Monaco pada Ogos lalu. Kita semua dikurniakan akal fikiran. Seharusnya pandai menilai pakaian mana yang sesuai dengan status kita sebagai orang islam. 

Dengan rasa rendah diri, Mata Hati ingin tag cik Amani, kak Syamila dan puan Nadia Comaneci untuk sama-sama menyokong kempen ini. Kawan-kawan yang lain juga dijemput untuk turut sama menjayakan kempen ini

Thursday, December 16, 2010

Sunyi

Sunyinya malam ini
Tiada bulan tiada bintang
Hanyalah kedengaran
Ombak dipantai
Hatiku tersusuk sayu dan pilu
Mengenangkan nasib diri dirantauan

Pernah dengar lagu itu? Lagu lama sekitar tahun 80an dulu... Serupa dengan lirik lagu tu, semakin hari semakin kesunyian. Rasa sunyi ini hanya datang pada waktu malam bila semua orang dah terlena diulit mimpi. Setiap malam blur jer kepala ni, tak tahu apa nak dibuat. Nak tidur mata tak mengantuk. Nak keluar jalan-jalan tak tahu apa nak dilihat. Sometimes pergi lepak kat KFC tepi pantai sorang2. Sambil ngapp burger, sambil mengelamun ntah ke mana.

Bila sunyi macam ni, banyak teringat kenangan lama. Bila buka balik album, terasa indu bila lihat gambar kawan2 lama. Teringat kenangan masa dalam 1 team dulu. Happy jer masa tu.. Bila selak lagi, nampak pulak gambar atuk. Rindu kat atuk yang banyak ajar aku pasal agama semasa hayatnya. Selak lagi, ada pulak gambar kawan2 sekelas. Kat mana korang sekarang ni ekk.. Mesti semuanya dah berjaya dalam kerjaya. Dan selak lagi, nampak gambar kekasih hati. Lagi lah buat aku rasa sunyi bila dia dah tiada.

Tag Kenalilah Diri Ini

Dengan suka hati nak menjawab tag dari Great Teacher Amani. Rasa rajin sikit nak menjawab sebab tak banyak soalan. Kalau yang panjang berjela tuh, letih lorrr nak menjawabnya. Tapi tetap akan ku jawab dengan seikhlas hati...

1. Is there a person who is on your mind right now?
Yup.. someone yang dah pergi

2. Do you want children?
Nak nak nak.. Tapi lom kahwin lagi lah

3. Do you smile often?
Smile always

4. Do you like your hand-writing?
No, sebab tak pandai menulis huruf kecil dgn comel

5. Are you toenails painted?
Not

6. Whose bed other than yours would you rather sleep in?
Atas keyboard. Bangun pagi mesti melekat tatu keyboard kat pipi...hahaha

7. What colour shirt are you wearing?
Black

Nak Stop Berblogging Boleh?

Dalam sebulan 2 ni rasa letih sangat. Waktu 24 terasa terlalu singkat. Tak sempat nak siapkan kerja, dah masuk hari lain. Waktu tidur lagi lah terumbang ambing macam kapal dilambung ombak. Bayangkan kalau tidur cuma 2 jam sehari, agak-agak jadi sewel tak kepala? Walaupun dah terbiasa tapi ada hari-harinya rasa macam dah tak boleh nak bukak mata ni. Nak driving lagi lah..

Aku suka menulis blog sebab ini jer satu2 nya tempat untuk aku berkongsi pendapat dengan kawan2 baru. Kat sini bermacam-macam ragam blogger aku temui. Yang baik hati, yang sombong, yang suka membantu, yang cepat melenting, yang suka menyakitkan hati orang lain dengan sengaja. Pelbagai jenis blogger inilah yang mewarnai dunia blog. Tapi sampai satu tahap aku rasa nak stop jer berblogging sebab blurr nak tulis pasal apa. Time idea datang mencurah-curah, sampai 4-5 entry sekaligu aku tulis dalam satu masa. Tapi time kekeringan idea, nak buat satu entry pun susah. Takkan nak copy paste jer..

Aku terlihat kat profile, dah lama rupanya aku bergelumang dalam dunia blog ni. Sejak bulan January 2005 lagi. Kiranya dah 6 tahun aku berblogging. Ingatkan baru 2 tahun berdasarkan kepada entry pertama yg aku post kat blog ni. Baru teringat kat blog lama yang aku buat sebelum blog yang aku guna sekarang ni. Blog tu aku dah padamkan kerana rasa boring teramat sangat sebab belum ramai blogger pada masa tu. Aku sendiri tak tahu siapa pengunjung blog aku masa tu. Nuffnang pun aku tak kenal lagi masa tu.

So, kalau aku nak stop berblogging boleh?


Blog Ke-2 - The Story Garden

Entry merentas masa..

Sebenarnya blog yang satu lagi ni dah lama wujud tapi malas dihebahkan. Lagi pun last upadate bulan oktober hari tu. Sekarang ni dah rasa malas nak letak entry baru. Blog ni tak derlah cerita pasal apa-apa. Aku buat pun untuk beri peluang kat pengguna internet untuk download movie. Banyak ler jugak movie yang sedia untuk di download kat sini. Kalau rasa nak download cerita kartun dan hero-hero jepun pun ada. Well, selamat mendownload.. Kalau ada dead link, bagitau lah. Aku try cari link alternatif.. Kalau terajin nanti aku update kembali blog ni.

Pstt.. Kalau beli kualiti blu-ray kat kedai tu melambung tinggi harga sekeping. Serius aku cakap, aku takkan bazirkan duit berpuluh atau beratus ringgit semata-mata nak beli sekeping blu-ray ni. Membazir kan. Baik tengok kat panggung wayang jer. Klik pada gambar tu untuk dibawa terus ke blog ni..

Wednesday, December 15, 2010

Triple Award Dari Ayuni, Deqlis & Soofiyah

Murah sungguh rezeki sejak dalam 2 bulan ni. Ramai blogger yang baik hati sudi memberi award kepada tuan punya blog picisan ni. That whay semakin seronok berblogging sekarang ni. Korang pun mesti rasa macam tu gak kan. Lebih2 lagi selain berblogging, boleh juga turut serta dalam contest yang dianjurkan. Siapa kata blog ni membuang masa...

Award ke 13 diterima dari Deqlis. Time kasih.. Memandangkan dah pernah menjawab soalan sebelum ni, jadi aku jawab soalan pertama jer. Jawapan kepada soalan selebihnya boleh rujuk disini.. Klik

Blog yang menarik, merah membara, sentiasa fresh dengan entry baru dan tuan blog yang comel..la la la~

Tolong Jangan Goda Aku!

Entry merentas masa..

Tajuk meleleh tapi tak semestinya isi kandungannya meleleh jugak. Semasa korang sedang membaca entry ni, tuan blog on the way ke Stadium Bukit Jalil memberi sokongan padu kepada pasukan bola Vietnam.. Ops!! Malaysia lah. Kan ada pulak nanti dilabel sebagai tak patriotik..hehehe..

Entry ni maybe agak pedas. Betul ler, saper yang makan lada memang terasa pedas berdesit. Lebih2 lagi kalau makan lada jarum. Teguran ini bukan kerana bencikan sesiapa tapi lebih kepada nasihat untuk memperbetulkan apa yang tak elok pada pandangan mata. Jadi kalau ada yang terasa marah, nak boikot blog ini ke..do it!! Apa ku kisah. Tapi kalau aku tak tegur, blogger mana lagi yang sudi memberi teguran?

Aku nak sentuh pasal blog yang banyak memaparkan gambar menjolok mata untuk menarik perhatian. Ala-ala kassim selamat menjolok mata dengan garfu. Ala kassim....!! Blog adalah pentas untuk berkarya, mencurahkan idea dan mencari kenalan. Tapi ada segelintir blogger muda yang masih setahun jagung dalam dunia blog tak sedar apa yang mereka paparkan dalam blog cukup mengiurkan. Sampai aku terpaksa tutup mata bila baca entry. Boleh percaya ker?

Croydon Baby Boy Giveaway


Dengan hidung kembang semangkuk, aku nak join giveaway anjuran Afidah Arif. Hadiahnya pun best.. Akan dibeli time dia pergi UK nanti. Kalau korang nak join, klik gambar di atas tu.

Oh yer, untuk baby boy tu, nak kasik nama..
Adam Mukhlis. Adam (nama nabi) + Mukhlis (yang ikhlas)... hehehe

Dengan bangganya nak tag..errr sapa ek. Kejap nak lambung duit syiling..hehehe..
  1. cik Mot
  2. maya amir

Tuesday, December 14, 2010

GiveAway EDY : Terbang Jauh-Jauh...


Telah di tag oleh cik Mot untuk menyertai GiveAway EDY : Terbang Jauh-Jauh... Best ni, encik Edy nak kasi ole-ole dari 3 negara. Manalah tahu kot2 dapat replika Eiffel Tower ke, kapal terbang ke.. Hehehe. Nak join jugak sebab syarat penyertaan mudah jer. Klik kat banner tu untuk pergi ke halaman contest encik Edy ni..

Dengan hidung kembang semangkuk, tuan blog nak tag 3 orang...
  1. Amani
  2. Iena farina
  3. Kella
  4. Lydia Miza
  5. Lynn Hamzah

Happy Birthday To Me


Today is 14 Disember, tarikh aku membuka mata melihat dunia yang indah ini. Syukur kerana sampai saat ini aku masih dipanjangkan usia, masih diberi kesempatan untuk mengapai impian. Syukur kerana dikurniakan ibubapa yang penyayang, adik-adik yang sporting dan kawan-kawan yang baik hati. Terima kasih kerana menyinari hidup aku selama ini.

Masih bernyawa hingga ke saat ini adalah anugerah paling berharga dari Tuhan. Bila datangnya hari ini, bermakna usia aku memanjat satu anak tangga lagi. Oh my, tapi tak der budak-budak pun yang sudi memanggil aku pakcik. Ahaks!!! perasan muda lah ni. Dah semakin tua lah tapi perangai masih tak berubah. Siapalah yang sudi bermenantukan lelaki yang childish ini. Tak perlah, biarkan ku sendiri...hohoho

Monday, December 13, 2010

Tag Dari Cik Cahya

Tag yang panjang dari adik Cahya. Letih tangan abang nak jawab semua soalan ni..huhuhu. Tapi tak nak tag sesiapa sebab terlalu panjang. Kiranya rules dibawah diabaikan...

Rules: Once you've been tagged ,you're supposed to write a note with 100 TRUTH about you. At the end,choose 25 people to be tagged . You have to tag the person who tagged you. Tagged means "I'm interested in knowing what your 100 truth are"

1.             Real name : Wan Fairul Fakhzan
2.             Nickname : Fairul
3.             Zodiac sign: Sagittarius
4.             Male or female : Male
5.             Elementary school : SK Kompleks Mengabang Telipot
6.             Highschool : SMK (A) Batu Rakit
7.             College : OUM
8.             Hair colour : Black
9.             Tall or short : Medium..haha
10.          Sweat or jeans : Jeans
11.          Phone or Camera : Nak semua
12.          Health freak : No
13.          Orange or apple : Orange
14.          Do you have a crush on someone? : Lalala
15.          Eat or drink : Drink
16.          Piercings : ????
17.          Pepsi or coke : Coke