Monday, January 31, 2011

Komputer Masuk Wad ICU

Buat seketika tak dapat berblogwalking kerana komputer terpaksa diformat balik. Ini semua gara-gara tergatal tangan pergi bebaskan virus yang datang bersama software. Lupa nak catit nama virus ni tapi bila terkena jangkitan confirm tak dapat buat connection ke internet. Dan operasi komputer pulak dah semakin jadi berat serta kehilangan sikit demi sedikit data-data dalam komputer. Semua folder bertaburan sana sini.

Ada hikmah jugak disebalik kejadian ni. Bila dah terpaksa memformat balik, baru teringat hard disk kosong yang belum diguna pakai lagi. Pikir punya pikir, baik gunalah dari terperap dalam kotak tu. Alang-alang dah ada 3 hard disk dalam komputer ni, why not aku install sekali OS Linux. Ahaks!! dah lama sangat nak explore Linux ni. Kata pakar, Linux bebas dari serangan virus and friendly user.

Pasal interview aku tempoh hari, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Thanks to prof. engku kerana sudi membantu  sepanjang hari tu. Tapi rasa berat semacam nak dapat sebab persaingan datangnya dari staf yang sudah lama bekerja dalam tu. Which one is better? Beri kenaikan pangkat kepada staf ataupun ambil orang luar? Ahaks, malas nak fikir. Kalau dah rezeki akan dapat jugak. Kay, kepada pengunjung yang sudi tinggalkan komen, nanti aku ziarah blog u all sebaik saja selesai kerja memformat ni. Kenapalah hari cuti aku ni berakhir dengan kejadian tak diingini...arrrrrr

Sunday, January 30, 2011

[18sx] Sedutan Paling Mengasyikkan

Siapa kata cuma pil khayal saja mampu mengkhayalkan. Kucing dibawah telah membuktikan tanpa pil khayal pun ia masih mampu mencari kaedah untuk mengkhayalkan diri. Tak percaya? Pandanglah lihatlah.. But, don't try this at home. Awasi kucing anda setiap masa..

Ahhh!! sedapnya bau. Macam-macam ada...

Semakin di hidu semakin mengkhayalkan

Oh Lisa Surihani, datanglah kepadaku. Oh sayangku..

Tetttttttttttttttttttttttt.............. Rest in peace...

11 Fakta Menarik Hari Ini - Siri 11

Siri ke-11 entry berkaitan fakta. Kembali kepada fakta berkaitan haiwan. Ermm... Semalam terbaca lagi berita pasal pembuangan bayi. Manusia tak tahu bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Walaupun anak itu dari hubungan haram tapi dia juga berhak untuk mendapat kasih sayang ibunya. Bukannya dibuang merata-rata. Mereka yang tak berhati perut ini lebih baik dilahirkan sebagai haiwan dari dilahirkan sebagai manusia. Akal ada tapi tak reti nak guna.
  1. Gajah menghabiskan kira-kira  75% dari masanya untuk makan. Ia makan 200kg sehari dan mengeluarkan kira-kira 100kg najis.
  2. Istilah ‘Black Panther’ selalu digunakan untuk mengaitkannya dengan kucing hitam yang besar. Tetapi sebenarnya tiada spesis kucing liar yang khusus  yang dipanggil "Black Panther". Oleh itu ianya berkemungkinan seekor "Leopard" atau pun "Jaguar" yang mempunyai kulit dan pigmen bulu yang hitam.
  3. Beruang dewasa boleh berlari sepantas seekor kuda.
  4. Penguin mengadakan hubugan seks hanya dua kali setahun
  5. Bebiri akan berbunyi 'baa' kambing berbunyi 'maa'. Sesungguhnya, suara mereka berbeza.
  6. Mamalia yang terbesar di dunia ialah ikan paus biru Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kecil dan lidah sepanjang seekor gajah.  Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!)
  7. Seekor siput mempunyai 25000 gigi. Betul bacaan anda tadi, dua puluh lima ribu
  8. Ada cacing pita akan makan diri sendiri jika tidak dapat mencari bekalan makanan.
  9. Kedudukan mata keldai di kepalanya membolehkan ia melihat kesemua empat kakinya setiap masa.
  10. Ayam Belanda menghidap  penyakit jantung. Tentera Udara Amerika sedang menjalankan ujian batasan bunyi dan ayam belanda yang berdekatan mati disebabkan serangan penyakit ini.
  11. Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Saturday, January 29, 2011

Hari Temuduga

Dalam pukul 11 pagi nanti, aku akan menghadiri temuduga bagi jawatan yang dipohon. Ini temuduga pertama bagi tahun ini. Kerana semangat nak bertukar kerjaya, dah belasan borang permohonan aku isi samada manual atau online sejak akhir tahun dan awal bulan ni. Selalunya kalau isi 10, dapatlah dalam 3 panggilan temuduga. Dari 3 temuduga yang aku pergi, selalunya akan berakhir macam angin. Huhuhu..

Teringat beberapa tahun lepas masa aku hadiri temuduga kat sebuah universiti. Memang kaw kaw aku hentam 2 orang pakcik penemuduga tu bila diberitahu jawatan yang dipohon telah diisi sebelum iklan kekosongan jawatan dikeluarkan. Rasa macam dah keluar api ikut hidung aku. Bukan sebab aku frust menonggeng tak dapat jawatan tu. Tapi kesian dengan calon-calon kat luar bilik yang datang dari jauh untuk menghadari sesi temuduga. Datang dengan penuh harapan tapi sia-sia. Aku memang hangin sangat. Kalau dah ada calon untuk isi kekosongan itu kenapa dikeluarkan juga iklan jawatan kosong. Dah ler sekeping borang permohonan berharga 2 ringgit. Hampeh betul..

Whatever, kalau hari ini tak berjaya jugak maknanya belum sampai rezeki aku untuk bertukar kerjaya. Manalah tahu kalau dilain hari aku mendapat offer yang lebih baik dari jawatan yang aku pohon ni. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

Friday, January 28, 2011

Saya Suka Makan Gambir

Korang pernah makan gambir tak? Rasanya gambir ni lebih popular dikalangan lelaki yang sudah berkahwin. Kalau merujuk kepada fakta perubatan tradisional, gambir sarawak mampu membuatkan seseorang lelaki bertahan lama ketika bersama isteri. Selain tu gambir juga boleh dijadikan ubat untuk merawat luka dalam mulut dan kerongkong.

Gambir ni memang makanan peberet aku. Tiap-tiap hari aku makan gambir. Siyes tobak rikuk, sikit pun aku tak tipu. Bila dah start makan, rasa malas nak berhenti. Nyummm nyumm enaknya menguyah gambir. Bila dah ada gambir dalam mulut, idea untuk menulis adakalanya datang mencurah-curah. Sedar-sedar dah siap 2-3 entry. Korang suka makan gambir tak? Ada yang tak kenal gambir? Lihat gambar kat bawah tu...

G
A
M
B
I
R

Inilah dia gambir yang aku maksudkan. Mesti korang teramat kenal kan. Dah wujud sejak zaman kita kecik-kecik lagi. Selalunya dulu kat kedai runcit ada jual. Murah jer, 10 sen sebungkus. Kalau sebungkus ni, sekali aku ngapp!!! jer dah habis. Kalau ada sesiapa yang tak pernah makan gambir, cubalah makan. Sedap maaa... Sekarang susah dah nak jumpa gambir ni kat kedai runcit. Tapi tak bermakna gambir dah lenyap ditelan zaman.

Inilah dia gambir yang telah ditransformasikan. Dari bentuk bulat dah bertukar kepada bentuk segi empat. Lebih padat, lebih pejal, lebih sexy dan menyelerakan. Aku terjumpa masa pergi cuci mata kat pasaraya hari tu. Harga dalam 7 ringgit. Setabung gambir ni aku habiskan dalam masa sehari dua jer. Ahaks!! Ni dah sampai tahap hantu gambir. Atas rak buku dah tersusun 3 tabung gambir yang belum dibuka. Mujur sepupu2 yang kecik tak suka makan gambir. Kalau tak habislah gambir kesayangan aku.

Selamat Hari Lahir, Bonda

Mempunyai seorang ibu yang baik hati dan penyayang seperti bonda adalah anugerah paling berharga dari Allah s.w.t. Semoga sampai masanya nanti dapat aku bawa bersama bonda dan ayahanda menjejakkan kaki ke Mekah.

Nyaris terlupa hari istimewa ni. Kalau tak kerana adik hantar mesej pagi tadi, agaknya petang nanti baru aku teringat hari ni hari lahir bonda. Oh my my...blurr ah nak beri present apa kat bonda. Soal memberi present ni memang kelemahan ketara aku sebab tak pandai memilih hadiah yang sesuai. Walaupun bonda tak pernah meminta apa-apa dari dulu sampai sekarang tapi aku tetap nak kasi present. Tapi tak der lah kasi present bakal menantu. Harap-harap on the way balik ke rumah nanti adalah terlintas lah idea nak kasi present apa.

Thursday, January 27, 2011

The Rabun Saga - Rabun Mata

Ada yang beranggapan beranak ramai akan menyebabkan rabun mata. Betulkah?

Ramai yang menggunakan alasan ini untuk mengelak dari mempunyai ramai anak. 'Tak nak lah beranak ramai. Nanti mata jadi rabun.' Kempunan si suami nak tubuhkan satu team bola sepak.

Jauh panggang dari api, jauh budu dari belacan kalau mengaitkan beranak ramai sebagai punca rabun mata. Sebenarnya tanggapan bahawa beranak ramai menyebabkan rabun mata adalah tidak benar. Bila anak semakin bertambah menandakan usia kita semakin meningkat. Semakin meningkat usia, semakin berkurangan ketajaman penglihatan kita.

Pasangan yang mempunyai ramai anak menandakan mereka gembira. Bila dapat rezeki anak, bukankah kita akan rasa gembira. Bila kita gembira kita akan berasa sihat, kita akan berprestasi tinggi dan kehidupan akan menjadi baik segala-galanya. Kepada ibu-ibu di luar sana, silalah beranak seramai mungkin selagi terdaya dan selagi sumber kewangan tak terbeban. Ke guane?

Aku antara yang mengalami rabun mata, rabun jauh. Kalau nak drive malam-malam confirm kena pakai cermin mata. Aku pakai contact lens bila bersukan untuk memberikan ruang penglihatan yang luas tanpa sebarang gangguan. Kalau siang hari ok jer tak pakai apa-apa cuma nak lihat sesuatu yang jauh, nampak kabur. Tapi aku sentiasa bersyukur kerana masih lagi diberikan daya penglihatan.

Rabun mata ni boleh dielakkan kalau dari kanak-kanak lagi kita menjaga mata dengan sebaiknya. Ibu bapa diluar sana sila pastikan anak anda tidak menonton tv dari jarak yang dekat. Elakkan anak-anak bermain games dalam handphone kerana skrin yang kecil itu tak baik untuk penglihatan mereka. Dan sekiranya anda golongan yang sentiasa mengadap komputer, pastikan setiap 20 minit anda releks sekejap dengan memandang ke siling atau mana-mana tempat yang jauh. Ini bertujuan untuk merengangkan otot-otot mata. Sama juga kaedah yang patut dilakukan bila membaca buku.

Kebanyakan rabun mata senang nak ditangani. Boleh diperbetulkan dengan memakai kaca mata, contact lens ataupun merawat mengunakan kaedah laser. Dua kaedah berasaskan laser yang ditawarkan ialah Lasik (Laser-assisted In Situ Keratomileusis) dan Lasek (Laser-assisted Subephithelial Keratomileusis). Satu lagi kaedah yang digunakan adalah iContact Lens atau implan kanta lekap. Perkembangan teknologi terkini memberi harapan kepada kita untuk melihat secara normal kembali.

Berkenaan dengan penggunaan contact lens, pastikan anda berdisiplin dalam menggunakannya. Pakai mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Paling penting jangan pakai contact lens ketika mata kemerahan. Kesan penggunaan contact lens tanpa disiplin boleh menyebabkan kerosakan pada mata yakni buta macam kasim selamat. Sayangilah mata anda. Habis pasal rabun mata.

Tapi macam mana pula dengan rabun akhirat atau rabun kehidupan? Ramai orang yang mengalami masalah rabun ini tanpa sedar atau tidak. Nanti aku ceritakan dalam entry seterusnya... To be continued

Capture The Moment Contest

Adik -Zue Cancer- telah tag aku untuk join contest ni. Contest pertama yang aku join tahun ni. Actually aku malas nak godek2 gambar dalam kamera. So aku letak jer lah gambar yang dah aku transfer ke pc ni. Penganjur yang comel, nur izzatul shazni mensyaratkan para peserta menampal sekeping gambar sahaja.

Gambar ni masa pergi cuti-cuti malaysia kat pulau redang. Aktiviti snorkeling sambil bergurau senda dengan ikan-ikan yang cute mute

Kay, nak ajak sapa ek untuk join sekali contest ni. Hmm...aku pilih anak dara ah. Saper yang kena tag tu, kalau rasa nak join sekali dialu-alukan. Nak tengok syarat penyertaan, klik kat banner tu...
  1. Cik TeN10-san
  2. NOOR FATIN
  3. Ayuni

Wednesday, January 26, 2011

10 Fakta menarik Hari Ini - Siri 10

Aku semakin kesuntukan masa untuk tulis entry dengan lebih kerap. Satu entry sehari sudah memadai disaat kesibukan yang kembali mengacau hari-hari indah seorang blogger. Setiap komen dan blog kawan-kawan hanya dapat aku jejak kembali pada waktu malam. Rasanya susah sekian lama aku tak tulis entry berkaitan fakta. Jadi kali ni aku berikan 10 fakta menarik untuk pengetahuan kita bersama.
  1. Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - Belajar  daripada pengalaman sendiri. Mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - Mereka belajar daripada pengalaman orang lain. Mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - Mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain. Mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri. Anda tergolong dalam jenis yang mana satu? Fikir-fikirkan.
  2. Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.
  3. Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini. Aku paling suka makan ais krim Cornetto. Zaman budak-budak dulu, aku selalu sebut 'konek tu'
  4. Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya. Bagi aku, hasil karya Pablo Picasso berasaskan kubik dan abstrak sangat buruk pada pandangan mata.
  5. Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.
  6. Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan. Jadi tak perlulah anda bersusah payah membeli produk mahal dipasaran sedangkan ada cara yang lebih mudah untuk mengurangkan berat badan..
  7. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi. Boleh kira berapa lama masa yang diperlukan untuk memanaskan satu teko kopi?
  8. Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.
  9. Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.
  10. Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.
Spesis ular buta

Tuesday, January 25, 2011

Cerita Tentang Jam Aku

Tengah asyik mengemas bilik, terjumpa balik jam lama yang pernah aku pakai dulu. Ada yang masih elok ada yang sudah rosak. Tengok balik jam ni, teringat kenangan lama sepanjang memakai semua jam ni. Dari zaman sekolah menengah sampai sekarang, dah 8 jenis jam aku pakai. Cuma jenis casio jer ada 2 bijik, selebihnya semuanya berlainan brand. Beli kat mydin ada, present ada dan beli guna duit gaji sendiri pun ada.

  1. Jam tangan ayahanda. Aku sempat pakai setahun semasa di tingkatan 4 sebelum kawan yang jahat pecahkan cermin jam ni
  2. Jam ni dibeli kat mydin pada tahun 1998. Melekat kat tangan sepanjang berada di tingkatan 5. Aku suka jam ni sebab boleh sesuka hati tukar background kat dalam tu
  3. Ini pun jam tangan ayahanda. Aku sempat pakai sekejap jer lepas habis SPM sebelum enjinnya rosak.
  4. Jam ni aku dapat percuma masa beli komputer pertama aku dalam tahun 2001. Jam ni sepasang tapi yang ladies punya tak tahu siapa yang curi
  5. Jam pertama aku beli dengan duit gaji sekitar tahun 2002. Aku suka pakai jam ni sebab tahan lasak dan warna emas tu tak pudar sampai sekarang. Ramai yang sangkakan jam ni hadiah barangan elektronik sebab brand samsung
  6. Present dari someone pada tahun 2005. Jam paling berharga dalam banyak-banyak koleksi jam tangan. Aku ada ceritakan kisah jam ni dalam entry terdahulu.

Monday, January 24, 2011

Seringkas Mungkin

Hari sabtu ni aku akan hadiri temuduga khas bagi jawatan yang aku pohon. Harap-harap tak der lah ditanya soalan yang bukan-bukan untuk menguji minda. Teringat masa 1st time pergi temuduga 10 tahun lepas. Punyalah darat hulu, hampir semua soalan aku jawab tak tahu. Tapi berjaya gak dapat jawatan tu cuma aku jer yang bangang terang-terang menolak sebab belum ada minat nak kerja masa tu. Mintak-mintak lah berjaya dalam temuduga nanti sebab aku dah tak sabar nak angkat kaki cari pengalaman baru, suasana kerja baru.

Warisan Melayu Dan Islam

Pak Aji berbaju jubah
Turun ke padang menembak rusa
Orang mengaji memuji Allah
Orang sembahyang lepas dari dosa

Mari kita tunaikan segera
Rukun islam lima perkara
Kalau sembahyang masuk syurga
Tak sembahyang masuk neraka

Itu pantun yang arwah tokki ajarkan masa aku kecik dulu. Pantun 4 kerat ini tokki dendangkan secara berlagu. Sedap jer kedengaran pantun ni. Walaupun ringkas tapi maksud pantun ni cukup jelas. Menyeru kita mengukuhkan tiang agama dan menunaikan 5 perkara dalam rukun islam. Orang-orang tua lama kreatif mencipta pantun. Kebanyakannya berunsur nasihat.

Orang sekarang dah tak minat pantun, gurindam dan syair. Ada yang cakap pantun dah ketinggalan zaman. Pantun sesuai untuk orang-orang lama saja. Pantun dah tak sesuai dengan generasi baru. Biar pun ramai yang lupakan pantun tapi masih ada segelintir diluar sana yang berusaha mengangkat kembali warisan turun temurun bangsa melayu ni.

Kita selalu terbaca dan menonton di media tentang isu memartabatkan dan memperkasakan bangsa melayu. Tapi kalau yang lantang bersuara itu tak ambil kisah  tentang warisan turun temurun, tak mengenali akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan, macam mana nak mengangkat martabat bangsa melayu. Ibarat sebatang pokok di tepi bukit. Tanpa akar yang kuat, pokok hanya menunggu masa untuk tumbang.

Semasa dalam darjah 6, guru besar masa tu selalu mengadakan perhimpunan ringkas setiap pagi dan bercerita tentang rumpun melayu. Guru besar bersungguh-sungguh menyemai sifat kemelayuan dalam diri pelajar. Guru besar selalu bertanya, bagaimanakah nasib rumpun melayu di masa depan seandainya anak bangsa sendiri lebih mengagungkan bangsa asing. Melabelkan bangsa dan bahasa melayu sebagai low class.

Tun Dr. Mahathir kata, orang melayu mudah lupa. Hang Tuah pula berkata, takkan melayu hilang di dunia. Yup, melayu akan terus wujud cuma telah ditransformasikan kepada melayu versi celup tepung.

Saat ini, isu perkauman adalah perkara sensitif yang tidak boleh diperkatakan sembarangan. Kalau terkeluar sebarang statement memburukkan kaum atau mempersoalkan hak orang melayu, ramai yang bersatu membuat bantahan. Penuh semangat berarak beramai-ramai membuat report polis. Berebut wartawan mendapatkan bahan berita. Tapi bila agama islam dihina diperlekehkan, ramai yang mengunci mulut. Hanya semut kecil yang bersuara sedangkan kerengga berdiam diri.

Apa pun, dilahirkan sebagai bangsa melayu tak bererti secara automatik beragama islam. Apa gunanya perkataan islam tertera pada myKad tapi apa yang dituntut dalam agama tidak diendahkan. Islam bukan terletak kepada nama, tapi kepada perlaksanaannya.

Dipetik kata-kata seorang pejuang agama, “Aku tak sanggup mati kerana mempertahankan bangsa. Aku lebih rela mati kerana mempertahankan agama.”

Di akhirat nanti, bukan jenis bangsa penentu jalan ke syurga tapi ilmu agama dan amalan semasa hidup..

Jilat [dot] [dot] [dot] 69 - Apa ni?

Lama dah tak check keywords kat laman nuff. Tadi terasa jugak nak tahu apa yang dicari-cari pengguna internet kat search engine yang bersangkut paut dengan blog aku. Sepanjang minggu lalu, keywords berkenaan proton inspira interior mencatat rating tertinggi setiap hari. Semalam ramai yang taip keywords pasal perkahwinan ayu raudhah dan zaquan adha. Berita perkahwinan artis ni memang laris.

Hari ni keywords tentang mesin padi mengambil alih. Yang buat aku tersedak bila lihat keywords ke 2 tu. Jilat isteri 69 - hukum. Arrr....bila masa pulak aku ada post entry macam tu. Takder yer aku duk cerita pasal jilat menjilat ni. Kalau menjilat jari atau menjilat pinggan tu adalah. Macam-macam yang orang cari sekarang ni. Alang-alang dah masuk ke blog ni, meh aku perkatakan sikit pasal keywords tu.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati hubungan sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut selera masing-masing. Di dalam Al-Quran ada disebutkan bahawa 'isteri-isteri kamu bagaikan kebun-kebun atau ladang bagimu, terserahlah kepadamu untuk bercucuk tanam diatas ladang tersebut'. Namun begitu di dalam Al Quran juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika sedang haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain. 

Berkaitan keywords diatas, tidaklah salah melakukannya (dengan syarat bersih dari sebarang najis) asalkan kedua-duanya rela melakukan dan diperlakukan. Tapi kalau meninggalkannya kerana menjaga adab adalah lebih baik. Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk kat mana-mana laman agama.

Sunday, January 23, 2011

Internet Dalam Kehidupan Kita

20 tahun yang lepas, internet belum berkembang dengan pesat. Segala urusan seharian memerlukan kita mengunakan sedikit tenaga untuk melaksanakannya. Nak membayar bil air, elektrik dan telefon, harus pergi ke pejabat pos. Mengemaskini penyata akaun, bank tempat yang dituju. Membuat semakan saman, terus pergi ke balai polis atau JPJ. Segalanya secara manual.

Dalam kehidupan masa kini, internet merupakan satu keperluan bukan lagi keinginan. Pengaruh internet terlalu besar sehingga meliputi seluruh dunia. Kebanyakan urusan hidup seharian menjadi semakin mudah dengan adanya internet. Contohnya urusan perbankan. Samada menyemak akaun, melakukan pindahan wang ke akaun lain, membayar bil atau reload prepaid semuanya boleh dilakukan secara online. Kecuali surat rasmi, surat untuk dihantar kepada kenalan atau saudara dah jarang orang tulis diatas sekeping kertas. Lagi mudah kalau hantar saja email. Tak perlu beli setem, tak perlu ke pejabat pos untuk mengepos surat.

Dalam kehidupan seharian aku, internet adalah sumber yang cukup penting. Dengan internet, banyak perkara aku boleh lakukan dan ia cukup menjimatkan masa dan tenaga. Setiap pagi sebelum keluar pergi kerja, aku akan buka internet untuk baca berita terkini. Kebanyakan syarikat penerbitan akhbar harian dah wujudkan laman khusus untuk pengguna membaca secara online. Sekiranya perlu melakukan pindahan wang, aku guna jer online banking. Nak lakukan urusniaga mata wang, aku akan buka forex. Nak lihat turun naik saham, pergi jer ke laman bursa saham. Nak bersembang dengan kawan, biasanya aku buka YM atau muka buku. Nak berkongsi sesuatu, aku akan menulisnya di blog. Perkara terakhir yang aku lakukan sebelum tutup internet, check email.

Nak cari jodoh sekarang pun boleh dilakukan dengan menggunakan internet. Pergi daftar kat laman mencari jodoh. Nanti setiap hari akan dihantar ke email senarai padanan jodoh yang difikirkan sesuai mengikut kriteria yang telah di tetapkan oleh pencari jodoh. Dalam hal mencari pasangan, tak boleh terlalu percaya dengan mereka yang hanya ditemui di alam maya. Ramai yang menyamar dengan menyorokkan identiti. Sewaktu berbalas mesej, dengan jujur beritahu masih bujang bergetah, baru berusia awal 20an dan mempunyai pekerjaan yang baik. Tapi bila dah bertentang mata, segala yang diceritakan tak sama langsung. Berhati-hati yer. Disangkakan permata, rupanya kaca yang menusuk hati.

Walaupun internet mendatangkan banyak manfaat, tapi di dalamnya juga mengandungi perkara negatif. Terlalu banyak surfing internet setiap hari cuma akan membuatkan hidup semakin suram. Perasaan malas semakin menebal dan pergaulan dengan keluarga serta kawan-kawan semakin terbatas. Penyakit ketagihan internet semakin mencatatkan angka yang tinggi. Ada terjadi kes bunuh diri atau membunuh gara-gara permainan online. Dan ramai yang tertipu dengan skim cepat kaya yang kini menggunakan blog atau muka buku untuk menarik mangsa. Baik atau buruk internet, bergantung kepada diri sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Panduan Bersahabat

Sahabat adalah satu dalam seribu. Kehadiran seribu orang kawan belum mampu mengantikan seorang sahabat yang hilang. Hargailah erti persahabatan. Semoga apa yang ditulis dibawah ini menjadi panduan kita bersama…
  1. Ketahanan dalam bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku
  2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul
  3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya
  4. Perkara sensitif seperta gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.
  5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperta rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat
  6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik
  7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan bercakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat
  8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupannya tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita
  9. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Berilah peluang sahabat untuk bersendirian. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain
  10. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Tunggu hingga kemarahannya reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa.  Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut
  11. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan bercerita tentang kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Hujan Masih Belum Reda

Sampai ke saat entry ni ditaip, kat luar sana masih lagi hujan. Sejak awal bulan disember sampai hari ini hujan silih berganti dengan panas. Ada masanya panas 2-3 hari, hujan 4-5 hari. Musim hujan macam ni leceh sikit. Tidur lagi best. Bermimpi tak basah. Kalau mimpi basah maknanya kencing atas katil ler tu. Jadi sila buang small water before sleep.

Nak bangun tidur pun malas..(macam lah aku tidur setiap malam..ekekeke). Mengeliat sana sini mengendurkan urat-urat dalam tubuh. Kalau dah kahwin, bolehlah isteri atau suami tolong kejutkan. “Bang, bangun bang. Dah subuh ni.” Yang bujang macam aku ni, kena bergantung kepada jam loceng ataupun handphone… Kriinggg!!!

Nak basuh pakaian kena pikir acapkali takut tak sempat kering. Ini bagi yang basuh secara manual lah, guna tangan. Tapi aku kalau bab mengeringkan pakaian ni tak risau sangat. Sumbat dalam mesin basuh, tekan spin. 2 kali tekan spin kering ler pakaian tu. Kadang-kadang kasut sukan pun aku keringkan dengan mesin basuh..hehehe. Masa dalam tingkatan menengah rendah dulu, bonda selalu berleter sebab aku suka basuh kasut dengan mesin basuh. Dum dam dum dam bunyi kasut dalam mesin basuh.

Asal hujan mesti perut cepat lapar. Kalau makan ubi rebus dan lempeng best ni. Kena pulak kalau makan ubi rebus cicah nyior ataupun lempeng cicah gulai ayam. Perghh!!! sampai menjilat pinggan. Lepas makan, minum air kopi suam. Oh my, terasa sungguh dunia aku yang punya. Hohoho… Aku tak boleh minum air panas atau makan masakan panas. Bibir aku ni sensitif. Makan panas jer, terasa pedih kat bibir macam melecur. Makan pedas lagi teruk, masuk tandas ler jawabnya melepas big water…

Saturday, January 22, 2011

Jom Pizza!

Petang kelmarin bonda dan ayahanda ajak pi makan kat luar. Rasa dah lama sangat tak makan kat luar bersama family. Actually dah beberapa hari bonda plan nak makan kat luar. Mula-mula plan nak makan sushi tapi ayahanda tak berapa makan sangat sushi ni. So, tukar plan pi makan pizza jer. Aumm aummm!! rasa macam dah lama tak makan pizza ni. Maleh nak cerita panjang lebar, sila cuci mata dengan gambar-gambar dibawah tu

Ayahanda yang sentiasa nampak serius

Ada persamaan tak muka ku dengan ayahanda? Ramai yang cakap tak der iras langsung muka aku dengan ayahanda dan bonda. Adik-adik yang lain semua mirip bonda dan ayahanda...

Nak Cuti-Cuti Malaysia Ke Mana Yer?

Sepanjang 2010, kebanyakan masa aku habiskan dalam Terengganu jer. Tak pergi pun cuti-cuti Malaysia ke mana-mana negeri. Kesuntukan masa dengan kerja. Lagi pun bajet disimpan untuk pergi bercuti tahun ni. Last sekali aku bercuti pada pertengahan tahun 2009 kat Pulau Redang dengan kengkawan. Yang haru birunya.. baru pulang hari sabtu, hari isnin kengkawan aku dah diarahkan pergi outstation kat sana selama 4 hari. Hitam legam lah kulit tu dibakar matahari dan kepanasan pasir pantai.

Kalau pergi Cameron Highland pun best jugak ni. Musim cuti sekolah dah habis. Jadi tak lah sesak sangat kat sana. Harga penginapan pun dah turun balik. Last pergi sana 5 tahun lepas. Best tu dapat minum teh perisa stroberi. Dapat guling-guling ala hindustan kat ladang teh. Penetum penetum, tum tum tum.. Kemudian pergi makan fresh stroberi kat kebun. Lagi best kalau makan stroberi cicah coklat. Boleh dipertimbangkan.

Langkawi, apa lagi lah yang best kat sana. Selalu pergi sana pun sebab nak memborong coklat dan gula-gula. Orang Terengganu kurang mengenali apa itu gula-gula. Kalau sebut cekelat, nenek Wook pun tahu apa bendanya tu. Bagi aku, Langkawi tu chocolate paradise. Macam-macam jenis coklat boleh jumpa. Pandai pilih kedai, dapatlah harga yang murah-murah. Harap sangat nanti bila dah siap prasarana kawasan bebas cukai kat Tasik Kenyir, banyak lah coklat yang dijual kat situ. Confirm asal hujung minggu jer, aku dah lesap kat sana. Tak jauh pun dari kampung, cuma 45km jer.

Pergi mendaki Gunung Kinabalu pun ok gak. Dah lama tak pergi mendaki. Best owk kalau sampai atas puncak gunung tu. Sejuk jer udara. Atas puncak tu nanti boleh amik gambar. Bukti aku boleh..hehehe. Tapi rasanya macam kena aktif balik mendaki bukit ni sebelum pergi sana. Dah lebih 2 tahun berhenti mendaki. Kurang stamina lah. Balik dari Gunung Kinabalu, pergi beristirehat kat Pulau Sipadan. Best tu boleh lihat dugong berjemur tepi pantai.

Kat mana lagi yang best ekk dalam Malaysia ni. Kelantan dan Pahang aku dah puas melancong. Melaka pun sama. Genting Highland aku tak suka pergi sebab seram melihat jalan macam berlekang lekuk macam ular.

Erm…terbaca kat mana aku dah lupa. Tambang kapal terbang pergi balik ke Korea tak lah mahal sangat. Ok jugak kan pergi negara orang. Jauh perjalanan luas permandangan banyak pengetahuan. Teringat aksi main salji dalam citer Winter Sonata. Best ah dapat main ski. Kalau dapat jumpa Song Hee Kyo pun best ni. Ahaks!! Oitss, dah dah. Jangan terlebih berangan. Tengok dulu jadual kerja sebelum merancang pergi bercuti. Ada sesiapa nak ikut tak aku pergi Korea?

Perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Akhirnya kahwin juga kembar kepada Aidil Zafuan ni. Abangnya pilih Rita Rudaini, adiknya pilih Ayu Raudhah. Masing-masing ada taste melilig pasangan dari kalangan artis. Dah namanya kembar, mesti taste sama kan...hehehe. Apa pun diharapkan rumahtangga mereka berkekalan hingga hujung nyawa. Jangan pula lembek lutut bila dah kahwin kerana anda seorang pemain bola.

Berita dipetik dari mStar Online

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat bergelar suami-isteri
ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan

Friday, January 21, 2011

Haiwan Yang Aku Geli-Geli

Setiap orang ada haiwan yang tak disukainya. Ada yang fobia bila melihat haiwan-haiwan tertentu. Kebanyakannya takut dengan ular. Memang patut lah sebab ular ni berbisa. Tapi bagaimana pula dengan aku? Aku tak takut ular cuma baunya boleh membuatkan aku terasa nak muntah. Meh aku kongsi beberapa haiwan yang aku cukup geli bila melihatnya.
  1. Tikus - musuh no.1 aku. Aku cukup geli dengan menatang ni lebih-lebih lagi ekornya. Jangan sesekali tunjuk haiwan perosak ni depan mata aku, confirm aku cabut lari.  Kalau ternampak bangkai tikus atas jalan, aku akan melintasi bangkai tu dengan menutup mata. Bibir aku pernah terluka sebab terkejut melihat haiwan ni melintas depan mata semasa aku sedang bercukur. Untuk membasmi haiwan ni dalam rumah, terpaksa aku pelihara kucing pembunuh. Semasa tengah menulis pasal haiwan ni pun dah meremang bulu roma aku.
  2. Hamster – sebab satu spesis dengan tikus, aku pun terasa geli bila melihat haiwan ni. Kalau nak lihat pun, mesti dari jauh.
  3. Cicak – menatang ni selalu keluar waktu malam. Suka sangat berak merata tempat. Tak lah segeli tikus tapi tubuh yang licin tu membuatkan aku cukup geli untuk memegangnya.
  4. Anak kucing – confirm aku takkan sentuh anak kucing yang baru keluar dari perut ibu kucing. Warna kulit yang masih kemerahan membuatkan aku geli-geli untuk memegangnya.
  5. Ulat Bulu – melihatnya bergerak pun dah cukup membuatkan bulu roma aku menegak kegelian. Sentuh, sumpah aku tak nak. Kan tak pasal-pasal kegatalan satu tubuh
Tu jer rasanya haiwan yang aku geli-geli. Paling bencikan tikus, tak suka mickey mouse. Ada cara tak macam mana nak atasi kegelian melampau aku terhadap tikus ni? Pernah aku minta ditukarkan bilik hotel gara-gara terjumpa menatang ni dalam bilik air.

Streamyx Vs Unifi

Dalam tv tengah rancak ditayangkan iklan Unifi. Setiap masa muncul di tv sampai aku boleh hafal dialog dalam iklan ni. Langgan Unifi, dapat sekali modem wi-fi, telefon tanpa cord dan err…lupa ah yang satu lagi tu. Dengar kata pakej yang ditawarkan setinggi 20mbps. Kat dalam iklan tu ada ditunjukkan mamat bunkface bukak 5 atau 6 video youtube sekaligus tanpa sebarang gangguan. Lancar je tanpa gangguan. Boleh percaya ke ni? Selalunya iklan macam ni indah kabar dari rupa macam iklan streamyx sebelum ni.

Dengan pakej VIP sehingga 20mbps ni, tak der masalah rasanya nak buka 20 blog sekaligus. Mesti best untuk blogwalking ni.. Tapi yang menjadi masalahnya adalah bandwidth cap. Bandwidth cap ini ialat limit penggunaan yang diberi untuk tempoh sebulan. Limit untuk pakej ini terlalu kecil berbanding dengan kelajuan yang ditawarkan. Setakat menetapkan limit 60GB sebulan untuk pakej VIP5, tak berbaloi langsung bagi mereka yang suka menonton video HD dan  mendownload fail besar dari internet seperti aku.

Streamyx yang aku pakai sekarang ni pakej 1mbps tapi dah rasa cukup laju. Sepanjang aku pakai streamyx ni sejak tahun 2004, adalah jugak perkara  menyakitkan hati. Setiap tahun mesti ada jer aku call operator buat report pasal speed yang lembab macam siput. Memang slowmyx betul ah. Tak boleh ke sepanjang masa speed maintain laju. Mujurlah sewa bulanan streamyx aku kurang dari 90 ringgit, tiada limit penggunaan dan free of charge untuk talian telefon.

Bila dah acap kali tengok iklan, terasa gak nak tukar ke Unifi ni tapi kena selidik secara mendalam dulu. Nak lihat dulu feedback dari pengguna terawal Unifi ni. Ok ke tak ok.. Kalau banyak negatif dari positif, baik aku pakai streamyx jer. Nampak cerewet kan tapi better macam tu dari menyumpah seranah selepas melanggannya.

Soal pilih memilih dan tukar menukar ni kena cerewet sikit. Alah membeli menang memakai. Alaaa, contohnya macam suami yang berhajat nak kahwin lain. Sebelum masuk meminang harus selidik dulu macam mana perangai calon isteri muda. Kalau setakat rupa jer comel tapi perangainya tak elok, better teruskan kesetiaan  kepada isteri pertama sampai mati. Jangan tempah kesusahan dikemudian hari. Banyak ketikanya yang lama lebih baik dari yang baru. Ahaks!! Contoh yang diberi macam lari jer dari tajuk. Tetetete...

Blogwalking - Perlukah Menipu?


Actually aku tak kisah sangat dengan penipuan melalui blogwalking ni. Pada aku, kelakuan mereka tak mendatangkan kesan kepada blog ini sebab aku bukan jenis yang dahagakan bilangan pengunjung. Satu lagi blog ni tak femes tahap gaban.

Tapi memandangkan ramai kawan-kawan blogger berkata tentang hal ni, jadi aku tumpang memberi sokongan kepada kawan-kawan. Cara mereka menggunakan jalan mudah untuk menarik pengunjung memang salah. Betul-betul mengkhianati  keikhlasan blogger lain yang sudi menziarahi blog mereka tanpa was-was.

Kalau dahagakan sangat pengunjung yang ramai sebab nak glamer dan $$$, baik iklankan saja blog tu kat newspaper atau tv. Nak femes lagi, tulis isu sensitif yang boleh menarik perhatian rakyat jelata negara ini.

Senarai dibawah ini diambil dari blog www.gnesop.com. Kalau ada lagi nama lain, boleh hebahkan kat kengkawan. Kebanyakan kat bawah tu adalah pengunjung tegar shoutmix aku. 


Newbie

Kasim Ahmad (BulanPurnama | MariLompat)
Innovator - 
Joe -
Fashion Girl
Sembang Kosong  <---- kalian kenal dia ini ~!!!
Popolita ( rasa macam nak bagi pelempang je... )
Cilupbah (kalian pasti kenal dia~!)
Anggur
Melati Putih
Cahaya Cinta
Suhaisweet <---- kalian kenal dia~!!!
GetMovie124
Umar Yang Cute <---- Kalian PASTI KENAL~!
Blur a.k.a Jiwa Kacau <---- kalian kenal dia~!!!
Syamsid - 
Joe a.k.a Faizol-1

Buat blogger sekalian, better hargai mereka yang tegar memberi komen di blog anda. Kejujuran mereka menjalinkan persahabatan di dunia blog ini tak perlu disangsikan berbanding blogger yang hanya menyapa di kotak jerit.

Thursday, January 20, 2011

Cinta Dan Islam

Firman Allah yang bermakud, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri. Supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Surah Ar Run ayat 21)

Cinta bukanlah sesuatu yang salah kerana ia merupakan perasaan fitrah manusia yang telah dianugerahkan dan ianya perlu dibimbing agar sejajar dengan kehendak syariat serta tidak melanggar ketetapan-Nya.

Cinta yang sebenarnya tidak memandang pada rupa paras yang cantik, ia tidak mementingkan aspek fizikal semata-mata sebaliknya menghargai di antara satu sama lain dengan menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.

Islam memberi ruang pada perasaan fitrah ini dengan mensyariatkan pernikahan sebagai tempat bermuaranya cinta. Islam mentarbiahkan dan menyucikan perasaan cinta ini dengan ikatan yang halal menerusi akad nikah. Sebagaimana yang disabdakan dlm ayat berikut.

"Tidak terlihat diantara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan" (Ibnu Majah)

Dah Naik Tak Nak Turun

Semalam pergi beli bawang kat pasar borong. Mak oiii!! Mahalnya sampai RM7 sekilo. Mencengkik darah ke apa ni ahh. Macam mana harga bawang pun boleh naik. Confirm lepas ni tak turun-turun. Asal minyak naik jer, barang keperluan nak naik sama. Dengar kabar tahun ni petrol naik lagi. Kejam betul zaman sekarang.. Lepas ni tak boleh beli kereta baru lah jawabnya.

Pergi beli telur ayam kat pasaraya, dapat 5 bijik jer untuk RM2. Perghh!! Dah jadik 40sen sebijik sekarang ni. Dulu masa aku kecik 5 bijik cuma seringgit jer. Besar-besar pulak tu. Sekarang ntah gred apa yang dijual. Harga gred C dan A nampak lebih kurang sama jer. Harga santan pun naik sebab kurang bekalan. Patut lah harga kuih semakin mahal sedangkan saiznya semakin kecik. Kalau semua harga barang keperluan naik, macam mana nak basmi kemiskinan tegar. Semakin bertambah adalah.

Sekarang kalau bawa RM10 pergi kedai, berapa banyak barang lah boleh dibeli. Kalau roti hiris dah RM3 sebungkus, daging burger RM7 sekilo. Kalau brand Ramly’s mahal sikit. RM10 untuk 2 jenis barang jer. Kalau beli gula dan minyak masak dalam pek, berapa kilo sangat boleh dapat. Biskut kacang dalam bekas pun dah RM3. Kadang-kadang terasa RM10 tu macam kecik sangat nilainya sekarang. Kalau pergi breakfast kat kedai, paling kurang mesti RM5 ke atas. Kalau lunch lagi lah. Mesti spare RM10 dalam poket.

Nak tunggu dan lihat apa lagi nak naik lepas ni. Hantaran kahwin? Tak kahwin lah aku jawabnya kalau nilai hantaran kahwin pun naik. Sekarang ni kalau buat kenduri biasa-biasa paling kurang pun mesti ada RM20k dalam tangan. Oh my.. Adik beradik aku nanti kalau buat majlis kahwin confirm kena belanja banyak sebab bonda ramai sangat kenalan. Kalau macam ni lah gayanya, boleh aku pertimbangkan kahwin dengan gadis Morocco. Ekekeke

Aku Jatuh Cinta Sekali Lagi

Sekian lama aku cuba menjauhkan diri darinya tapi hanya bertahan untuk seketika. Tarikannya terlalu kuat sehingga aku terpaksa jua melangkah pergi kepadanya. Dia sudah berubah, tidak lagi seperti dulu ketika pertama kali aku melihatnya. Dirinya yang baru membuatkan perasaan aku tak keruan. Aku tahu dia masih belum berpunya. Kuat berdetik dalam hati ini untuk memilikinya walaupun terpaksa bersabar buat seketika waktu.

K
U

I
N
G
I
N

M
E
M
I
L
I
K
I

M
U

Dah keluar ah model baru Olympus E-PL2. Comel giler. Tahun lepas masa 1st time tengok aku pandang sebelah mata jer. Sekarang aku dah pandang 2 belah mata setelah mencuba sendiri kecanggihan model sebelumnya. Dengan ini aku decide tak nak beli DSLR yang besar gedabak tu. Cukup dengan pakai Pen camera sebijik ni jer. Kualiti mengagumkan. Harga pun not bad, around RM2,600 buat masa ini.

Dengan function better than DSLR dan berfizikal kompak, model seperti ini cepat menawan hati peminat fotografi seperti aku. Tak perlu nak usung beg berat yang terisi 2-3 bijik lens beserta body dan aksesori lain. Aku pun dah malas nak usung 2 bijik beg bila pergi bercuti. Dah mula berkira-kira tahap kewangan untuk membeli kamera ni. Tunggu, aku akan miliki juga sampai masa nanti. Maybe tunggu 2-3 bulan lagi untuk harga yang lebih murah dan lebih banyak pilihan. Last year aku decide nak beli Nikon D90 tapi selepas fikirkan kewangan yang agak besar untuk beli aksesori tambahan, aku terpaksa tangguhkan dulu.

Wednesday, January 19, 2011

Tegas Dan Amarah

Sesiapa sedang mencari pasangan yang tegas, boleh reject terus aku dari list calon. Huhuhu.. Betul ah aku tak tipu sebab aku bukannya jenis tegas pun. Banyak sangat berlembut sampai menyusahkan diri sendiri. Bila dah selalu berlembut, mula lah ada yang ambil kesempatan nak pijak kepala. Tegas susah, tak tegas pun susah.

Sometimes aku rasa macam tak sempurna sebab tak tegas dan tak pandai nak marah orang. Macam mana nak tegas kalau ayahanda pun tak pernah tegas dan marah aku masa kecik dulu. Selalu bagi nasihat jer. Cuma bonda nampak tegas sikit itu pun masih banyak berlembut dalam banyak perkara. Terbawa sikap berlembut ayahanda dan bonda dalam diri aku. Tak boleh nak kikis sikap berlembut dengan orang ni. Terkena pulak dengan sikap aku yang tak boleh serius dalam perkara penting. Ada saja nak main-main.

Bagai kecacatan rasanya kalau tak tahu macam mana nak luahkan kemarahan. Tak tahulah hormon apa yang kurang sampai selalu rasa kesian nak marah orang. Selalu nak jaga hati dan perasaan orang. Bimbang kalau orang tu terasa hati sedangkan hati aku tak der siapa nak kisahkan. “Lantak kau lah fairul nak terasa atau tak.” Itu ayat yang dah kalis telinga aku mendengarnya. Nak terasa hati tu ada lah tapi sekejap jer sebab tak suka simpan lama-lama dalam hati. Nanti jadi barah.

Adakah aku akan dianggap sebagai insan yang lemah kalau tak tegas dan tak pandai marahkan orang? Entahlah... Yang aku tahu, harus sentiasa berusaha menjaga perhubungan baik dengan semua orang. Itu pesan ayahanda dan bonda. Biarlah dipandang rendah asalkan tidak mempunyai musuh. Peace no war

Tentang Aku, Tentang Blog, Tentang Hidup

Sejak kembali online, banyak perkara yang bermain dalam kepala aku. Yang negatif melebihi yang positif. Mood nak mengarang entry pun macam chipsmore, sekejap ada sekejap tak der.  Sometimes dah letak tajuk tapi tak tahu macam mana nak olah apa yang bermain dalam fikiran, terus delete. Sometimes dah sampai pertengahan cerita tapi tak tahu nak sambung macam mana, terus delete. Sometimes dah hampir siap satu entry tapi rasa macam ada yang tak kena jer dalam penulisan, terus delete gak. Boleh dikatakan dalam 10 entry yang aku cuba karang, cuma 2-3 jer yg dipublishkan. Selebihnya masuk dalam bakul sampah.

Apesal rasa macam kecik jer bila tengok blog ni. Nampak dekat tapi rasa tersangat jauh. Nak klik masuk ke blog pun rasa macam berat jer. Tapi nak ke tak nak kena rajinkan diri jugak. Simpati dengan pengunjung yang datang nak baca new entry tapi yang ada cuma entry basi. Oh my my my... Esok-esok kalau nampak cuma 1 entry sehari atau seminggu, faham-faham jer lah keadaan aku yg dalam gelombang negatif.

Banyak yang tak kena sekarang ni. Hari ni dah 19 hari berada dalam tahun baru tapi belum nampak apa2 tuah yang mendatang. Segala yang aku buat serba tak kena. Sometimes pada pandangan mata orang lain, sometimes pada pandangan mata aku sendiri. Serba tak kena. Samalah seperti pergi ke kedai kek dan roti kelmarin. Dah select mana yang nak dibeli tapi belum pun langkah sampai ke kaunter pembayaran, aku dah pusing balik letak kek tu ke tempat asal dan keluar dari kedai tu. Arghhh!!! apa yang tak kena ni ah. Segalanya buntu, kabur. Rasa macam berada dalam sebuah bilik yang tak punyai lampu, tingkap dan pintu keluar. Inikah yang dinamakan krisis dipertengahan hidup?

Dalam fikiran asyik nak cari kerja lain. Dah boring dengan opis tempat aku mencari rezeki selama ni. Dah tension buat kerja yang sama setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Aku dah letih nak berhadapan dengan responden setiap hari. Aku dah letih sangat bila asyik-asyik turun field, asyik-asyik outstation. Tahun lepas dah gagal dalam percubaan untuk angkat kaki sebab nak sempurnakan tugasan terakhir. Harap-harap kali ni aku betul-betul dapat angkat kaki. Aku dah malas nak tengok muka orang yang suka menikam dari belakang, yang suka amik kesempatan diatas kelemahan aku yang tak pandai marah-marah. Dan aku dah malas nak lihat kawan-kawan aku dijadikan kambing hitam oleh orang atasan untuk menutup kegagalan diri sendiri.

Hujung tahun nanti usia aku dah sampai kepada 3 series. Orang cakap kehidupan orang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Tak tepat langsung. My life akan bermula pada usia 30. Aku tak pasti samada masih sempat bertahan hingga ke usia 40. Nafas semakin hari semakin perlahan. Better start lebih awal melakukan sesuatu yang perlu dilakukan. Bukankah setiap kali menyambut ulangtahun kelahiran bermakna semakin pendek usia kita. Malaikat Izrail hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa. Tak tepat kalau mengharapkan agar dipanjangkan usia kerana hakikatnya usia kita semakin pendek dari hari ke hari.

Soal kahwin, aku dah letih nak menaip pasal tu. Ya ya aku dah berusia 29 tahun tapi belum berpunya. Soalan bila nak kahwin aku dah letih nak menjawabnya. Bukan letih kat mulut, tapi letih fikiran memikirkan jawapan yang patut diberikan utk mengelakkan lebih banyak lagi soalan ditanya. Serius aku cakap aku tak der keinginan nak kahwin selagi belum sampai jodohnya. Err..betul tak ayat ni? Lantak lah...

Aku ni rupa biasa2 jer ala-ala cukup makan, tak mampu nak tarik perhatian anak dara dan mak dara (2nd choice) yang cantik menawan. Jadi dalam memilih pasangan aku tak pandang kepada rupa tapi mencari seseorang yang akan sentiasa mendekatkan aku kepada Tuhan, menambahkan lagi kecintaan aku kepada Tuhan. Dan paling utama bukan jenis yang suka berpakaian tak cukup kain dan bermekap setebal 4 inci. Wajah natural jauh lebih comel kerana setiap kejadian adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t.

Nak stop dulu sebab perut dah lapar sangat. Nak makan aku rasa tak berselera lagi. Tunggu malam nanti jer lah untuk gabungkan 3 in 1, breakfast + lunch + dinner. Kekeringan idea duk fikir nak masak apa malam ni. Oh yaa...hujung minggu nanti mak dengan adik ajak makan sushi. Best best sebab dah lama tak makan sushi ni.

Merubah Budaya Bercinta Dalam Masyarakat

Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada "dating", berhubung melalui telefon, berbalas sms dan lain-lain.

Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila perkahwinan tidak dimulakan dengan hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.

Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum kahwin. Kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.

Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.

Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan, "Ya Allah, Kurniailah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.

Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat istikharah dan berdoa, "Ya Allah, aku suka lelaki/perempuan ini. Kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"

"If you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhluk-Nya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.

Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.

Kisah Di Subuh Hari

Suatu pagi yang amat sejuk, aku terjaga dari tidur setelah bermimpi buruk. Dah lama tak bermimpi buruk. Macam mana nak bermimpi kalau jarang tidur malam. Semalam tertidur awal pun sebab dah beberapa hari tak cukup tidur. Dengan keadaan masih mamai, terus capai tuala yang tersangkut di pintu dan pergi mandi. Brrrrr!!! Sejuknya air terasa hingga ke sum-sum tulang. Kalau setiap hari macam ni, jadi beku lah aku. Dapat gaji nanti kena pasang pemanas air.

Siap mandi, dengan penuh bersemangat berdiri di atas sejadah menunaikan solat subuh. “Sahaja aku menunaikan solat subuh 2 rakaat kerana Allah Taala.” Selesai memberi salam, tetiba rasa hairan kenapa tiada ayam berkaraoke pagi ni? Sudah bisukah semua ayam-ayam jiran ku? Selalunya ayam-ayam ni lah yang mengada-ngada sangat berkaraoke di subuh hari walaupun suara serak-serak basah. Terus capai handphone tengok jam. Kuch kuch hota hai!!! Subuh apa nya, baru pukul 2 pagi lah. Ni lah kejadahnya kalau tidur tak ikut masa yang sepatutnya. Orang lain tidur 7 jam sehari, aku tidur sejam dua jer.

Mujur tak tergerak hati nak pergi ke surau. Kalau tak, aku mencipta sejarah cemerlang gemilang terbilang menjadi orang pertama sampai di surau. Tok bilal dan pak imam pun tengah lena diulit mimpi lagi masa tu. Sekian secebis kisah sebelum subuh hari. Pengajaran dari kisah ini, jangan lupa lihat jam bila terjaga dari tidur.

Tuesday, January 18, 2011

2 Bijik Award

Actually ni award yang aku terima tahun lepas. Tapi sebab banyak sangat award yang diterima, aku pun dah terlupa nak mengambilnya. Yang dua ni aku sempat save dalam pc sebelum terputus hayat aku kat blog selama belasan hari. Dah lupa apa syarat yang perlu ditunaikan sebelum terima award ni sebab tahun 2010 dah berlalu (saja nak lari dari menjawab soalan..hiks!!). So, kira ok lah kan tayang gambar award jer...hehehe

Award ke 21
Pemberinya cik Lynn Angel. Terima kasih.. Jemputlah singah ke blog bakal cikgu ni yang cukup meminati bidang penulisan..  http://swiftforme.blogspot.com/


Award ke 22
Pemberi award ni memang pengunjung setia blog aku ni. Kan kan cik Amani. Yang belum berkenalan dgn bakal cikgu ni, boleh lah berkunjung ke blog dia.. http://azwaamani.blogspot.com/

Hari Mengemas Bilik

Semalam tak tahu nak buat apa sebab hujan turun sejak awal pagi lagi. Punyalah boring memikirkan apa nak dibuat. Tetiba datang mood rajin nak mengemas bilik. Dengan semangat berkobar-kobar aku mulakan dulu dengan bersihkan CPU. Dah berhabuk sakan kat dalam. Last sekali aku bersih 2-3 bulan yang lepas.

Ini ler komputer yang aku gunakan selalu nak meng'update blog kat rumah

Siap bersihkan cpu, beralih pulak kepada tugas vakum lantai dalam bilik. Then godek-godek beg yang tersimpan dalam cupboard. Adalah dalam 10 bijik. Kebanyakannya aku dapat masa pergi taklimat dan kursus. Banyak juga pensel, pen, kertas, sabun mandi, syampu dan tuala kecik kat dalam beg tu. Pensel tu sedekahkan jer lah kat sepupu yang baru nak masuk tadika dan darjah 1.

Siap kemas beg, barulah bersihkan kipas dan toys. Leceh sikit nak bersihkan koleksi toys ni sebab banyak sangat. Tapi kesabaran itu berbaloi sebab puas hati bila lihat semuanya dalam keadaan bersih tanpa habuk. Kesabaran itu penting dalam apa jua kerja yang kita buat. Kalau tak sabar, hasilnya tak seberapa lah.

Sebahagian dari robot gundam dan transformers. Banyak yang aku dah jual sebab tiada space nak letakkan benda ni. Yang kecik cinonet tu ada aku hadiahkan saja kat sepupu yang datang ke rumah. Yang besar tu aku jual jer kat forum lowyat kalau dan boring melihatnya. Boleh buat modal nak beli yang lain. Nak pasang sebijik gundam yang besar tu perlukan masa seminggu nak disiapkan.

Ini pulak koleksi limited edition dari shell. Adik aku lah ni yang tergila-gila sangat nak beli sampai sengaja habiskan minyak kereta semata-mata nak dapatkan semua koleksi kereta ni. Hampeh betul ah..

Kamera jenis pro-summer ni aku tak tahu nak buat apa. Dah setahun lebih aku beli tapi jarang guna benda ni. Banyak guna pun pada hari raya. Ingat nak jual jer lah dari terbiar dalam almari tu. Plan nak beli balik jenis DSLR. Ada sesiapa nak? Nanti aku beri sekali set lengkap sekali dengan uv filter, star filter, 2 keping memory card dan pouch. Kamera ni boleh 18x zoom semasa shot gambar atau merakam video. Senang nak skodeng orang putih berjemur tepi pantai.

Err..kalau buat contest bagi hadiah kamera ok tak? Huhuhu..mampus aku. Kay, buat kerja buat kerja

Nama Kuih Muih Yang Pelik

Negara kita mempunyai pelbagai jenis kaum dan majoritinya adalah melayu. Uniknya negara kita ialah bilangan penduduk berbilang kaum ini telah mewujudkan pelbagai jenis makanan yang kebanyakkannya sesuai untuk dimakan oleh semua kaum. Siapa tak kenal maruku, tosey, kuih bulan, nasi dagang, tom yam dan macam-macam jenis lagi. Bertuah kan kita tinggal dinegara ini. Bermacam makanan boleh kita rasa.

Korang pernah dengar nama kuih tradisional yang pelik-pelik namanya. Kekadang aku ni kalau nak makan kuih yang pelik namanya, mesti tergelak dulu sebelum disumbat kuih tu ke dalam mulut. Contohnya kuih tahi itik. Aummm aummm sedapnya walaupun namanya ada perkataan tahi. 

Tapi serius aku cakap ni... Generasi baru ramai yang tak nak belajar buat kuih tradisional. Bukan tak nak belajar buat kuih jer, tak pandai terus memasak. Confirm suatu hari nanti kuih muih ini hanya jadi bahan pembacaan dalam buku sejarah masakan. Jadi kepada anak gadis diluar sana, tolong belajar memasak eekk. Nanti dah kawin takkan setiap masa nak beli makanan kat kedai. Kan nanti dengan Madu sekali suami tolong belikan. Baru nak nyesal...

Monday, January 17, 2011

Hari Cuti Yang Blurr

Bukan main boring lagi melalui hari cuti semasa terputus talian internet baru-baru ni. Kalau hari bekerja taklah terasa sangat tapi kebanyakan  pejabat kerajaan sekarang dah sekat capaian ke blog dan sebarang laman sosial. Setakat nak buka email dan baca newspaper boleh lah. Hampeh betul ah..

Awal tahun yang paling membosankan. Tak tahu nak buat apa. Nak keluar jalan-jalan hujan selalu jer turun. Masuk dapur malas nak masak. Buka komputer tak tahu nak tengok apa. Setakat nak layan movie bolehlah tapi semua tu aku dah khatam. Tak best ah tengok acap kali sebab dah tahu jalan ceritanya. Ini paling lama rasanya aku berjauhan dari internet.

Punyalah kebingungan tak tahu nak buat apa. Mujur sebelah petang makcik2 selalu datang membawa bala tenteranya. Hilang juga keboringan aku melayan kerenah sepupu2 yang kecik tuwek ni. Membuli budak-budak kecik ni adalah pekara paling best dibuat pada masa cuti. Suka tengok diaorang menangis meraung. Kemudian pujuk balik dengan umpan coklat dan aiskrim.

Biarkan jer diaorang menganas dalam bilik tidur aku. Ikut suka koranglah nak sepahkan buku, melompat-lompat atas katil atau main sorok-sorok tapi jangan sentuh barang-barang elektrik. Satu lagi jangan kencing dan berak dalam bilik aku. Kalau tak, confirm kena tendang keluar dari bilik..huhuhu

Pengemis Kecil

Suatu malam, aku pergi ke bank untuk transfer duit ke akaun adik yang sedang belajar. Sampai depan bank, aku terlihat seorang budak kecil sedang mengemis duit dari orang yang lalu lalang disitu. Aku sangkakan, mungkin datang dari mana-mana sekolah pondok yang biasa datang meminta derma setiap hari. Tapi dari pakaiannya yang lusuh dan rambut yang tak terurus, aku pasti budak kecil ni bukan dari kalangan mereka. Baru aku nak menolak pintu bank, budak kecil ini sudah tersenyum berada di depan aku.

“Assalamualaikum pakcik. Saya nak minta derma sikit. Tolonglah, seringgit pun tak per”
“Adik ni dari mana?” aku bertanya
“Dari dot dot dot” budak kecil tu menjawab.
“Oh..jauh jugak tu rumah adik. Adik datang dengan siapa? Sebab apa adik minta derma?”. Dah jadi kebiasaan aku suka bertanya untuk memuaskan hati supaya tidak timbul prasangka dalam hati bila memberi derma.

“Seorang jer. Ayah lama dah tak kerja sebab sakit. Kalau tak minta derma, tak der lah duit nak beli makanan”. Timbul rasa kasihan dalam hati bila dengar jawapan budak kecil ni. Aku buka wallet tapi ada beberapa ringgit jer dalam tu. Tak tergamak aku setakat nak beri 2-3 ringgit jer.

“Maaf dik, pakcik nak bereskan dulu hal penting dalam tu. Macam ni lah, nanti pakcik keluar dari bank adik datang semula yer.” Budak kecil tu mengangguk dengan senyuman dibibir. Aku terus masuk ke dalam bank sementara budak kecil itu meneruskan urusan dia meminta derma.

Sedang mesin ATM menjalankan transfer duit, tetiba terdengar bunyi kereta membrek dengan kuat diikuti bunyi riuh suara orang ramai kat luar sana. Aku berpaling, ramai yang mula mengerumi tepi jalan. Aku dah rasa tak sedap hati. Sebaik keluar resit, terus aku keluar menuju ke tempat kejadian. Dicelah-celah orang yang sedang berkerumun, aku menyelit untuk pergi ke depan.

“Ya Allah, budak tadi”. Aku terkejut melihat keadaannya terbaring atas jalan dengan berlumuran darah di muka. Ditangan kanannya masih erat mengengam duit lima ringgit. Aku mendekati budak kecil itu dan memeriksa pernafasannya, masih bernyawa tapi nampak semakin lemah. Aku terus berada disitu sambil meminta orang ramai jangan datang terlalu rapat. Selang beberapa minit kemudian, ambulans sampai dan membawa budak kecil itu ke hospital.

Bagaimana nasib budak kecil selepas itu, aku tak tahu kerana keesokannya aku terpaksa outstation.  Dalam hati aku terasa sedikit terkilan kerana tak sempat nak dermakan duit kepada budak kecil itu. Bila jalan-jalan kat bandar selalu juga mata aku meliar sana sini kalau-kalau ternampak budak kecil itu tapi sampai sekarang tak ditemui. Apa pun aku doakan semoga budak kecil itu selamat dan ada yang sudi membantu meringankan beban keluarganya. Sesekali bila ternampak kanak-kanak mengemis di bandar, pasti aku akan teringatkan kepada budak kecil yang kasihan itu.

Dalam soal menderma, hulurkanlah dengan seikhlas hati. Bukan kerana mahukan pujian dan publisiti untuk mengharumkan nama dimata masyarakat. Walaupun nilai derma itu kecil saja tapi cukup besar ganjarannya dari Allah s.w.t.

Sunday, January 16, 2011

Rempit V11

Cerita malam tahun baru yang dah basi. Meriah suasana dilangit dengan percikan bunga api bila saja jarum jam berdetik ke pukul 12 malam. Dum dam dum dam sana sini. Bestkan sebab bukan selalu lihat persembahan bunga api ni. Sekali buat, beribu riban duit hangus terbakar dengan pancaran warna warni bunga api. Penonton pun bertepuk tangan kesukaan.

Tapi orang kat kampung aku ni terlebih excited. Baru pukul 11:57 malam, dah lancarkan bunga api. Pertunjukan bunga api kat pantai baru nak mula, bunga api diaorang dah habis dibakar. Macam mana lah masa kat jam diaorang boleh terlaju 3 minit…hahaha.. Kalau tak der bunga api tak boleh ke? Baik ler buat jamuan makan sempena tahun baru. Ada gak faedahnya kalau mengenyangkan perut rakyat jelata. Pahala pun banyak dapat..

Dalam pukul 3 pagi selepas habis acara sambutan tahun baru, bukan main bising bunyi motor melintas depan rumah. Prengggg peng peng!!! Kalau sebijik apa ku kisah tapi yang datang ni lebih dari 50 bijik. Ada yang menunggang berseorangan, ada yang membonceng minah tak sedar diri. Ni semua gara-gara melarikan diri dari dikejar polis. Habis satu kampung boleh dengar bunyi siren kereta peronda. Lintang pukang budak-budak muda ni lari. Selagi ada lorong, selagi itulah diaorang masuk biarpun lorong mati. Asalkan tak ditangkap polis.

Asal tahun baru mesti nak merempit secara beramai-ramai. Sudah ler setiap hari minggu penuh budak-budak rempit ni atas jalanraya sampai menyusahkan pemandu lain. Kadang-kadang dah 2 kali lampu bertukar hijau tapi tetap tersadai kat traffic light sebab budak rempit ni sedang bermaharajalela atas jalan. Bodoh sombong betul... Apalah nak jadi dengan diaorang ni. Baik lah balik rumah tidur jer. Tak pun terpacak depan komputer tulis blog. Kan lebih berfaedah tu. Tak lah kena menyumpah sana sini. Tak lah selalu main polis sentri dengan kereta peronda dan motor trafik.

Angin Kencang

Sabtu, 8 Januari 2011. Angin bertiup kencang sejak pukul 4 pagi. Sesekali dirasakan seperti atap rumah hampir tercabut menahan asakan angin. Kat luar sana, habis berterbangan benda-benda ringan. One by one pelepah tua jatuh dari pokok nyior. Rasanya ini angin yang paling kuat dalam tahun baru ni.

Rumah yang aku diami sekarang ni paling terasa kesan tiupan angin kencang ni kerana terletak ditepi sawah. Depan rumah tiada sebarang pelindung untuk memperlahankan kelajuan angin yang menuju ke rumah. Sesekali bila angin paling kencang datang, terasa macam nak pecah cermin tingkap. Tak per, kalau pecah boleh ganti sebab ada banyak lagi stok cermin dalam stor.

Lepas kerjakan amalan wajib waktu subuh, terus aku terpacak depan pagar rumah. Nikmat betul dapat rasa tiupan angin kencang ni. Rasa segar seluruh tubuh walaupun sesekali terpaksa berganjak beberapa langkah ke belakang menahan asakan angin. Dalam masa yang sama mengigil kesejukan walaupun dah pakai 2 lapis baju. Tik tik tik... Kain pelikat dah kembang macam payung terjun bila ditiup angin. Silap haribulan, dengan aku sekali melayang entah ke mana.

Sambil tu sempat gak duduk berangan atas pintu pagar dengan gaya mendepangkan tangan macam dalam citer titanic sambil diiringi lagu ‘my heart will go on’ dalam fikiran. La la la~ Yang terkurangnya cuma aku seorang diri jer buat aksi tu, tiada pasangan.  Agaknya ada tak hantu yang sudi menyamar jadi kate winslet sekejap..kekeke

Saturday, January 15, 2011

Musim Baru Persekolahan

Sesi baru persekolahan 2011 dah pun bermula. Waktu honeymoon dah tamat. Sekarang masa untuk belajar kembali. Hari pertama sekolah confirm macam-macam kerenah budak-budak darjah 1 boleh dilihat. Ada yang steady jer, ada yang menangis nak balik. Ramai jugak mak ayah terpaksa tunggu sampai habis tamat hari pertama persekolahan. Ini semua kes si anak akan melalak bila tak nampak mak ayah kat tepi kelas. Anak manja betul ah. Dalam berita ada ditayangkan keletah budak darjah terguling atas lantai sebab tak nak masuk kelas.

Budak baru masuk darjah 1 ni menyimpan seribu satu cerita. Ada yang terkencing dalam seluar, ada yang terberak dalam seluar macam kawan aku dulu. Sedar-sedar jer ada bau harum menusuk lubang hidung. Kembang kempis hidung menghidu bau kurang menyenangkan ini. Sampai termuntah cikgu dibuatnya. Kesian..dah ler cikgu tu tengah pregnant. Takkan lah cikgu jugak nak tolong basuh. Last-last cikgu suruh balik rumah jer. Hahaha.. How are you, dr. yunus? Masih ingat lagi kan kisah berak dalam kelas ni.

Masa aku mula-mula masuk sekolah dulu, tak ubah macam rusa masuk kampung sebab aku tak masuk pun tadika sebelum tu. 1st day kat sekolah blurr jer. Tak tahu nak buat apa. Malu-malu nak berkenalan dengan kawan baru. Balik sekolah tak der siapa nak datang jemput. Terpaksa balik jalan kaki sorang diri. Mujur tak jauh dengan rumah tok. Masa tu bonda tak dapat jemput pulang sebab baru lepas bersalinkan adik ke 3. Duduk depan pintu jer lah menanti kepulangan anakanda tersayang.

Zaman sekolah dulu, bukan main tebal buku teks. Tak tahulah berapa kilo berat buku dalam beg tu. Agaknya lah, terkurang sikit dari berat badan aku kot. Korang mesti ingatkan zaman membawa buku teks yang berat tu. Tahun ni aku lihat buku teks budak darjah 1 dah nipis. Tak setebal macam dulu. Ringan lah kalau nak galas beg tu. Darjah 4 nanti dah tak perlu galas buku. Bawak jer eBook ke sekolah. Hebatkan budak zaman sekarang. Baru sekolah rendah dah tahu main komputer. Aku dulu lepas SPM baru belajar nak main komputer.

Antara Dua Azam

Alhamdulillah, ada sedikit masa untuk tulis entry sebelum keluar rumah. Curi masa sikit sebab tak best dibiarkan blog kosong tanpa isi.

Kata orang tahun baru azam baru. Tapi aku mana pernah ada azam. Tak pernah buat azam pun sebab aku tak tahu apa makna azam. Kalau budak mereng bernama Azam aku kenallah. Hari-hari jalan kaki keliling kampung tanpa baju. Nak tayang tubuh sasa dia yang hitam berkilat. Sayang seribu kali sayang. Masa sekolah dulu dia ni cerdik tapi bila dah besar jadi orang tak berguna kes terlebih menagih gam. Tak pasal-pasal hilang setin gam kasut aku yang letak kat tangga.

Ada hari-harinya kalau terlebih mereng sangat, telanjang bulat jer jalan sana sini. Habislah menjerit budak perempuan, kakak dan makcik kat kampung bila terlihat peluru berpandu terlarang. Tapi ada jugak sorang janda kat kampung ni releks jer bila lihat Azam lalu depan rumah dalam keadaan macam tu. Selamba terpacak depan pintu rumah lihat Azam melintas. Tak der kemaluan betul..ekekeke

Berbalik kepada azam tahun baru. Kalau korang ada azam yang belum tertunai tahun lepas, baik foward jer azam tu ke tahun ini. Tak guna kalau buat azam baru tapi azam sebelumnya belum capai target. Takkan lah baru bilang 1 2 3, dah nak lompat ke nombor 5. Nombor 4 nya hilang ke mana pak? One by one lah. Kalau buat azam nak capai sesuatu dalam bidang kerja, satu jer nasihat boleh aku beri. Be the best, bit the rest…