Pages

Monday, December 13, 2010

15 Fakta Menarik Hari Ini - Siri 7

  1. Ikan emas akan bertukar kepada warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap
  2. Kuda laut betina mengeluarkan telur ke dalam kantung di perut kuda laut jantan. Jantan akan mengeluarkan sperma ke dalam kantung dan mensenyawakan telur. Selepas terbentuknya embrio, jantan akan melahirkan kuda laut yang kecil
  3. Sotong mempunyai tiga jantung
  4. Bau merupakan cara komunikasi yang utama untuk musang. Ekor yang berbulu lebat dan besar (berus) membantu untuk menyebarkan bau di kawasan sekeliling! Apabila musang keletihan baunya akan kurang. Bila tidur tiada bau yang keluar
  5. Kuda tidak boleh bernafas melalui mulut mereka
  6. Hanya unta simpan kebanyakan lemaknya di dalam bonggol. Jika makanan , sukar dicari lemak ini akan memberi tenaga. Apabila lapar bonggol akan mengecut, kadang-kadang jatuh dan mengendur ke tepi. Selepas beberapa minggu rehat dan makan, ia akan menjadi kental dan berisi semula. Ianya bukan tempat menyimpan air seperti anggapan orangramai
  7. Tiram boleh bertukar dari satu jantina ke jantina yang lain dan bertukar balik bergantung kepada jantina yang paling baik untuk mengawan
  8. Penglihatan "moose" (rusa besar) tidak baik dan mereka bergantung kepada deria bau yang tajam
  9. Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang sejuk dan tidak mengeluarkan  haba. Untuk perbandingan, mentol elektrik yang biasa mengeluarkan  10% tenaga untuk cahaya manakala 90% pembaziran haba
  10. Kebanyakan  hamster kerdip hanya satu mata pada satu masa
  11. Anjing laut boleh menyelam sehingga 1,000 kaki dalam. Semasa menyelam, degupan jantung diperlahankan ke 4-15 degupan  seminit. Dengan cara ini oksigen digunakan lebih perlahan oleh itu ia boleh berada di dalam air lebih dari 30 minit
  12. Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia cuma suka  mengajuk/meniru bunyi siulan dan kata-kata
  13. Beruang kutub tidak boleh di kesan oleh camera inframerah kerana bulunya lut sinar
  14. Ekor monyet membantunya untuk imbangan
  15. "Skunk" boleh mengeluarkan bau yang busuknya itu sejauh 10 kaki 

                              30 comments:

                              1. fakta yg 7 tu kan, seramnye klau manusia camtu...

                                ReplyDelete
                              2. memagn kena wat 15 je ek...
                                16 tak bleh ker???hehehe...
                                nice fakta...

                                ReplyDelete
                              3. Antara semua binatang kuda laut jer la yang jantan melahirkan anak...baru ku tahu.

                                ReplyDelete
                              4. penah dengar musang pandan?

                                dgr2 bau dia macam bau pandan. teringin nak tgk. :)

                                ReplyDelete
                              5. wahhh mana dapat fakta² ni? menarik laaa

                                ReplyDelete
                              6. saya suke dgn fakta yg ke 12...burung kakak tua...tu memang suke tiru jer apa kita ckp...kmdian klu ucapnyer selamat pagi...smpai ke mlm selamt pagi jer lor...hahaha :)

                                ReplyDelete
                              7. bau musang utk komunikasi..bau manusia??heh..

                                tengs vote cik tom :)

                                ReplyDelete
                              8. time kasih vote, may Allah bless u...

                                ReplyDelete
                              9. Ayuni - kalau manusia pun mcm tu, dah dibubarkan sattus jantina kat ic..hehehe

                                cik Mot - 15 jer..sebab tiba2 datang penyakit M utk sambungke 16..hahaha

                                Cempakamelati - bertapa indahnya ciptaan Tuhan :)

                                ReplyDelete
                              10. ouh nice. byk yg macy xtau ;D

                                ReplyDelete
                              11. gadisBunga - err, ni baru pertama kali dengar nama musang tu

                                e.l.i.z.@ - amik kat web jabatan veteriner.. :)

                                Iena farina - tu lah, dulu pun ingat burung ni betul2 pandai bercakap. alih alih pandai meniru jer rupanya..

                                ReplyDelete
                              12. Woofer Storm - thanks sbb sudi melawat

                                cik Tom - bau manusia, tutup hidunglah jawabnya..huhuhu

                                Ayuni - ok, kasih diterima :)

                                ReplyDelete
                              13. maCy - info berguna kita kongsi bersama :)

                                ReplyDelete
                              14. menarik... uniknya makhluk ciptaan tuhan kan...

                                ReplyDelete
                              15. waah banyak nye fakta2 menarik.terima kasih cikgu1hek3 ;)

                                ReplyDelete
                              16. ainnoraini - saya pun baru tahu lah kak ain pasal sotong ni

                                chekna@mama ziyad - ciptaan yang tiada tandingannya :)

                                kinN~ - kasih diterima anak muridku..

                                ReplyDelete
                              17. uih? tiram boleh tukar tukar jantina? hadoii!!!

                                ReplyDelete
                              18. interesting:).. bagus nih, buat tambah ilmu:)

                                ReplyDelete
                              19. Rupanya tiram bleh bertukar jantina ekk.. rasanya org suka tukar jantina ni tiru tiram kot... kekekekeke

                                ReplyDelete
                              20. kella - itulah kenyataannya.. kalau manusia pun boleh bertukar jantina mcm mana ek..?

                                sis LM - bertukar kaler kepada emas putih

                                Lia3003 - boleh sharing fakta ni dgn kenalan lain pulak

                                ReplyDelete
                              21. maya amir - ilmu untuk disebarkan

                                TLLS - rasanya mcm tu lah agaknya...hahaha

                                azwa amani - :)

                                ReplyDelete
                              22. sotong ada 3 jantung?
                                oh nampak jer kecik. hehe

                                Jangan luper vote No. 382 --- pilihan 10
                                Much thx
                                Undi No. 382 buka sekarang!!

                                ReplyDelete
                              23. kesiannya kuda tu kalo tutup idung die..hehe

                                ReplyDelete
                              24. patutlah byk keluar asap kat hidung kuda.. :)

                                ReplyDelete

                              Terima kasih kerana sudi mencoretkan komen