Pages

Tuesday, December 21, 2010

Keranamu Nasi Lemak, Duit Melayang

Apa kes tetiba keluar tajuk nasi lemak di pagi hari ni? Hehehe.. Ni kisah semalam. Seharian aku tak sentuh makanan. Dari pagi sampai lah tengah malam. Hari sebelumnya aku cuma makan tengah hari saja. Jadi malam tu punyalah rasa lapar sampai bergendang gendut tali kecapi dalam perut ni. Energy pun dah low. Aku plan pagi ni baru nak sentuh makanan. Lagi pun hujan masih turun dengan lebat.

Tapi sampai satu tahap dah tak leh tahan lapar sangat. Ter'google pulak gambar nasik lemak. Hampeh tol ah..meleleh air liur tengok gambar nasik lemak yang cukup mengoda tu. Tengok jam dah pukul 12 lebih, dah masuk hari selasa. Sepanjang hari isnin aku tak sentuh air dan makanan. Gila sangat buat kerja sampai abaikan perkara yang lebih penting. Kalau bonda tahu mesti teruk terkena semburan lava gunung berapi. 

Tunggu punya tunggu, dekat pukul 1 pagi jugak hujan berhenti. Aktifkan kuda beroda terus tuju ke gerai nasi lemak. Adalah dalam 1km jaraknya dari rumah aku. Murah jer nasik lemak kat situ, cuma 3 ringgit. Jadi, melantaklah aku dengan penuh berselera tanpa hiraukan handphone yang berbunyi. Kacau betul ah, time tengah malam baru nak call. Pengajaran dari cerita ni, jangan abaikan makan minum. Nanti kelaparan.. la la la~

Baru sehari tak makan dah rasa lapar. Orang miskin kat luar sana berhari-hari tak makan tapi tak der sesiapa pedulikan. Adakah negara kita sudah layak diisytiharkan bebas dari kemiskinan tegar seandainya masih ada rakyat yang kelaparan? Adakah wajar kerajaan membina Menara Warisan setinggi 100 tingkat yang menelan belanja sehingga RM5 billion sedangkan masih ada rakyat miskin tidak mempunyai rumah sendiri, tidak bergeran tanah dan hidup ibarat kais pagi makan pagi esok. Projek mega seperti ini hanya akan meng'kayakan orang kaya dan kroni. Apa faedahnya kepada rakyat?

RM5 billion bukanlah sikit jumlahnya. Dengan peruntukan sebanyak tu, berapa banyak rumah yang boleh dibina? Berapa banyak pusat pendidikan boleh didirikan dan berapa banyak klinik kesihatan yang boleh digerakkan. Sedangkan KLCC masih ada banyak ruang kosong belum terisi, inikan pula bangunan setinggi 100 tingkat yang belum tentu memberi pulangan kepada rakyat.

30 comments:

  1. hehe..lain kali jangn lupa jaga makan tu..tapi aie sellu makan sekali @ dua kali jer..hehe

    ReplyDelete
  2. bro sarapan tu penting tuk permulaan hari yang baru...

    dont skip your meal la...kang sakit saper nak update blog ni...:p

    ReplyDelete
  3. gulp..gulp..gulp...sedapnye nasi kukus itu. teringat kat nasi kukus zaeman,kota bharu.. wallah..marvelous..

    ReplyDelete
  4. pelamakkk! dalam nasi lemak macam2 lauk! tu arr..jgn tak makan, mkn kuat macam akak ok, hahhaha! :)

    ReplyDelete
  5. azrinrahim - memang tak amik kisah sangat pasal makan ni..huhu

    cik Mot - yer yer...saya ikut nasihat cik Mot^^

    nn - cukup menyelerakan..sekalai kalau makan sebungkus memang rasa tak cukup

    ReplyDelete
  6. Ieda Al-Habsyi - seram nak makan byk2 sbb badan ku ini cepat naik..hehehe

    NM02 - siyes lapar sangat malam tadi.. :)

    ReplyDelete
  7. memang kelaparan sangat sebari satu hari setengah tak makan.. uuuu

    ReplyDelete
  8. awal nya breakfast awk ye, 12 tgh malam tue,heheh.

    ReplyDelete
  9. kalau makan belanja kawan2 lagi sedap bro.. haha...


    itu projek membina ekonomi sendiri... haha.. bukan nak tolong rakyat sangat... tolong isi perut je....

    ReplyDelete
  10. hahaha.. terkena juga?
    faham perasaan itu kerana pernah alami..
    gigil satu badan lapar punya pasal..
    sebenarnya penting sangat makan tepat pada waktunya..
    kalau lari time..
    badan kita pun lari fungsi nya!..haha.. take care! :)

    ReplyDelete
  11. btul jgk, naper duit yg ader tu x diberi pd org yg memerlukn kt luar saner?

    ReplyDelete
  12. lumrah kehdpn yg susah di abaikan yg senang di manja2kan lg gitu...sy pun srpn dgn nasi lomak jgk... sodap pepg mkn nie...sat lg ngatuk lor...sebut sal klcc nie..bkn blh kita semua bangga pun sbb sebalah tu milik negera brunei..

    ReplyDelete
  13. makan tu penting kawan...keje teruk pun kene makan jugak...!!!

    nampak mantap nasi lemak tu...meh sini sebungkus..hihii

    ReplyDelete
  14. mmg lapar giler ni..tgk nasi ngan lauk2 pun tahu..hehehe
    keje tu keje gak..tapi jgn smp memudaratkan diri sendiri..hehe

    ReplyDelete
  15. nasi lemak...mmg sedap..bahaya kerana suka menggoda..hehehe

    ReplyDelete
  16. dalam maksud entri Mata HAti nie...

    kerana Menara Warisan, 5 billion melayang...

    itulah yg kaya terus kaya dek kroni2x..

    yg miskin meratap hiba...

    jadi bg kita yg perasan ini, silalah lakukan jihad demi anak bangsa.... InsyaAlah jihad dlm hidup, jihad dlm perniagaan membawa kpd sebuah negara yg kita ingini...

    deqlis suka nasi lemak original.. tak payah lauk2x yg byk apa yg penting di balut dengan daun pisang..perrghhh aroma nyer saja menaikkan selera..!

    ReplyDelete
  17. haishh pkl 1 br jmp nasik ke?panat sis bebel mlm td.

    ReplyDelete
  18. header bijok doh tuh...mcm menteri pembangunan kekdahnyer...hikss

    aduyai..tgh lapor jugoks ni...best tgk nasi lemak tuh...

    ReplyDelete
  19. fasha - what to do.. lapar sangat sebab 1 hari x makan

    ReplyDelete
  20. Encik Mamat - betul betul..lagi best kalau makanan seenak ini ada org belanja..nikmat..hohoho

    'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' dah jadi angin. patut ditukar kepada 'rakyat terkebelakang, kemegahan diutamakan'

    ReplyDelete
  21. kella - tu lah..saya ni bukan amik kira sangat pasal makan ni. off time sokmo. kalau rasa lapar sangat baru makan.. tapi sesekali datang kelaparan tak terhingga, abis lemah satu badan

    ReplyDelete
  22. Ayuni - fikir-fikirkan... apa faedahnya bangunan ini kepada rakyat melainkan hanya kemegahan kpd pemimpin negara dimata dunia

    ReplyDelete
  23. Iena farina - nasi lomak mmg best dimakan. nak nak lagi time musim hujan ni..ekekeke

    nanti bangunan ni pun akan jadi mcm klcc

    ReplyDelete
  24. PIJA - yer yer...tapi saya bukan jenis suka makan. selalunya byk minum air jer. kalau makan pun yang ringan2 mcm sandwich, kuih dll

    ReplyDelete
  25. Sricahaya - hehehe..kalau dah bertimbun kerja akhir2 tahun mcm ni, itu lah jadinya. lupa ah keje ni sampai bila2 pun x kan habis.. baik slow n stedy jer kan

    Fitrah Adnan - jgn sampai tergoda...hehe

    ReplyDelete
  26. Deqlis - itu lah, walaupun rakyat menolak tapi projek ini tetap nak diteruskan. habislah kalau mcm ni. apa dah jadi dgn slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'...

    nasi lemak bungkus daun pisang tu mmg best. bau daun pisang pun dah membangkitkan selera. selalu time pagi jer boleh jumpa nsi lemak berbungkus daun pisang ni. tapi dah ramai yang suka bungkus dgn kertas berlapikkan plastik sekarang ni

    ReplyDelete
  27. sis LM - alaa..hujan lah sis. malas nak bawak keluar kereta kuda. kena tunggu hujan berenti baru pergi beli nasi lemak...hehehe

    Suzie Apai - memteri pembangunan bandar kartun..hehehe

    cepat2 esok buat nasik lemak...

    ReplyDelete
  28. nice entri!..ade pngjrn diakhrinya..hehehee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi mencoretkan komen