Pages

Monday, December 13, 2010

Mat Rock Kapak

Gambar ehsan dari Facebook

Sesiapa yang lahir di zaman 80an mesti membesar dengan lagu-lagu cintan cintun kumpulan rock kapak. Siapa tak kenal nama Search, Wings, Iklim, Laksamana, XPDC dan banyak lagi kumpulan rock yang pernah menghiasi persada seni suatu masa dulu. Tahun berganti tahun, sekarang cuma beberapa kerat jer kumpulan rock yang masih aktif. Itupun jarang-jarang sekali baru nampak muka.

Dulu turun je ke bandar, mesti akan terjumpa mat rock melepak kat bus stand, taxi stand, panggung wayang  atau kat kedai makan. Rambut, perghhh..mesti melepasi bahu. Kalah rambut orang perempuan masa tu. Kalau tengok dari belakang, sebijik macam perempuan. Seluar jeans of coz lah koyak kat lutut. Tak rock lah brader pakai seluar slack. Baju mesti kaler hitam. Ada ker mat rock pakai baju kaler pink. Nanti tak pasal2 kena gelak. Kat tangan mesti ada pehiasan, gelang dan cincin besi atau perak. Tapi rock rock jugak. Ramai mat rock yang aku jumpa masa tu, sampai waktu jer mesti ke surau untuk solat. Mat rock beriman... Kadang-kadang mat rock ni muka jer nampak ganas, tapi dalam hati ada taman bunga.


Zaman sekolah dulu, aku suka dengar lagu rock kapak ni sambil berangan-angan sedang berkasihan dengan awek cun. Masa tu aku suka sangat segmen permintaan lagu kat radio muzik. Time malam jer mesti dah standby depan radio bersama kaset kosong. Sebaik jer lagu dimainkan, tap!! tekan butang record. Tapi selalu jugak plan rosak bila time lagu sedang berkumandang, tetiba keluar suara dj atau iklan. Hampeh... kena rewind kembali kaset tu dan tunggu lagu seterusnya.

Masa tu memang gila ah. Sanggup simpan duit semata-mata nak beli kaset kumpulan rock. Bila dapat jer, tiap-tiap hari mainkan kaset tu sampai naik boring mak aku dibuatnya. Alik-alik putar lagu yang sama jer.. Tapi sekarang ni orang dah tak mainlah kaset ni. Pakai cd lagi mudah. Tak payah tercegat menunggu depan radio, download jer kat internet. Bagi aku, cara lama lagi best. Ada sentimental value

Nak listkan beberapa lagu yang aku suka dengar sejak dulu sampai sekarang. Walaupun sudah belasan tahun berlalu tapi lagu-lagu ni tetap sedap didengari sampai sekarang. Nak karaoke pun sodap. Apa pun nasihat tuan blog, dengar-dengar jugak tapi jangan sampai melalaikan dan terlupa solat.
  1. Gugurnya Bunga Cinta
  2. Tiara
  3. Isabella
  4. Rozana
  5. Sejati
  6. C.I.N.T.A
  7. Suci Dalam Debu
  8. Dari Sinar Mata
  9. Biar Putih Tulang
  10. Memburu Rindu

19 comments:

  1. fuuhhh~~ keen paling ske lagu mahligaimu dari air mataku.. sedey~ layannn~ ha3~ ^_^

    ReplyDelete
  2. tu lagu dari lestari.. dah masuk zaman tangkap leleh tu..huhu

    ReplyDelete
  3. lagu dlu mg besh..lagu rock skrg ntah pape..jerit smpi bingit telinga..

    dulu2 mmg best!!makin canggih rsa cm mkin krg happening!..nak2 time raya..budak2 dulu sibuk beraya nk kmpul duit raya..bdak2 skrg ngadap game kt umah..tak pun tgk tibi..

    ReplyDelete
  4. huhuhu...paling suka lagu kumpulan xpdc metal tu...
    kumpulan slam, ukays, exist...huhuhu...tangkap lentok la...

    ReplyDelete
  5. kdg2 dgr lagu rock kapak ni best jugak:)

    ReplyDelete
  6. lagu rock kapak segar di dengar... hehe

    ReplyDelete
  7. suker semua lagu2 tu.. huhu.. teringat zaman jiwang karat dulu. aucchhh!!!

    ReplyDelete
  8. Hehehe...suka lagu lama.
    well..lagu lama lagu best dari lagu baru yang entah apa-apa
    lirik pun maksud mendalam

    Undian No. 382 dibuka sekarang!!

    ReplyDelete
  9. salam...2 hari tak berkunjung kat cni sy tak sht... :( sy pun membesar dlm thn 80an...byk lg2 yg best2...sy suke kumpulan search & xpdc...xpdc sy ske lg HENTIAN INI & search ROZAN & ISABELLA... ske sgt2 smpai skrg :)

    ReplyDelete
  10. Salam, sye pun btanding dlm blog pilihan br tu, klau sudi undilah number 3 group 1, xpakse...

    ReplyDelete
  11. lagu2 80an mmg best.. masa zaman sekolah dulu siap buat buku lagu lagi.. kalo bleh semua lirik kena ada, mana lagu yg xde tu, siap pinjam dari member.. :)

    ReplyDelete
  12. memang layan rock kapak nie...hehehehe...

    ReplyDelete
  13. lgu rock dulu2 tak kira la dr kump. ape (especially pop rock) msih lg layan smpai skarang, org kata jiwang karat tp jiwang itu normal.. :)

    ReplyDelete
  14. fatin - lagu dulu walaupun jerit-jerit tapi iramanya best. susunan lagu pun mantap.

    zaman dah berubah. ramai budak2 yg leka depan tv dan komputer. tradisi ziarah berkumpulan masa hari raya pun dah berkurangan

    cik Mot - dasat tu mama rock... tak kisah lah, janji terlentok atas bantal. bukan atas keyboard ...huhu

    ReplyDelete
  15. maya amir - walaupun irama rock tak tak jemu dgr selalu

    Encik Mamat - irama rock, never say goodbye :)

    NM02 - ni mesti berjiwang sakan masa bujang dulu..hehehe

    Princess MOMOY - penyanyi baru byk pertaruhkan rupa dari bakat. sbb tu nyanyi pun x best

    ReplyDelete
  16. Iena farina - oh yer ker, harap2 dah sembuh sepenuhnya. kalau karaoke suka sangat layan lagu rozana :)

    Ayuni - kay, saya dah vote adik ayuni... :)

    chekna@mama ziyad - samalah..saya pun suka tulis lirik lagu yg best dlm buku latihan. pernah terkantoi bila cikgu terbaca. tak pasal2 kena berdiri atas meja

    ReplyDelete
  17. kak Lynn - layan lah jugak...hehehe

    K-Perawan 3288 - memang masyuk kalau karaoke lagu rock kapak

    nurHeart - kata orang, ada jiwa dlm lagu. sebab tu sampai sekarang pun tak tengelam. sama mcm lagu raya lama2 jugak

    ReplyDelete
  18. aku plak suke layan loudness,deep purple,scorpions,metallica..samok dok..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi mencoretkan komen