Pages

Monday, December 27, 2010

Statistik Banci 2010

Ramai yang tertidur lena semalam selepas Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010. Semangat rakyat Malaysia jelas ketara apabila seramai 85,000 orang membanjiri Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Malaysia. Dan berjuta-juta lagi tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda terpacak depan tv menyaksikan pertembungan bersejarah ini. Yang pasti selama 3 hari ini topik pasukan bola negara akan menjadi tajuk hangat yang diperkatakan dimana-mana sahaja. Debaran akan kembali bersambung bila perlawanan akhir ke dua dilangsungkan pada hari rabu ini. Semoga Malaysia mampu merangkul Piala Suzuki AFF ini buat kali pertama.

Statistik kiraan awal banci penduduk dan perumahan telah dikeluarkan. Jumlah penduduk Malaysia sekarang adalah seramai 27,565,821 orang. Daripada jumlah tersebut, bilangan penduduk lelaki ialah 14,112,667 orang manakala perempuan pula ialah 13,453,154 orang. Nisbah jantina keseluruhan menunjukkan  terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan. 

sumber dari statisitc

Lelaki sudah mengatasi bilangan kaum perempuan? Hahaha.... Believe or not? Terpulang pada korang semua. Bagi aku, statistik ini sekadar untuk menyedapkan mata memandang. Macam mana bilangan lelaki berjaya mengatasi bilangan perempuan. Adalah lebih baik kalau korang terus mempercayai nisbah antara lelaki dan perempuan sebelum banci ini dilakukan. Tak perlulah aku bagi reason kenapa. Hanya jauhari mengenal manikam. Kenapa di IPT/IPTS lebih ramai student perempuan berbanding lelaki? Sudah pupuskah lelaki yang bijak pandai di negara ini?

Taburan penduduk di serata negeri menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah penduduk paling tinggi iaitu seramai 5,411,324 orang. Perlis pula mencatatan jumlah penduduk paling rendah dikalangan negeri iaitu seramai 227,025 orang. WP Putrajaya mencatatkan jumlah penduduk paling rendah dalam negara iaitu seramai 67,694 orang. Kalau macam ni lah data yang dikeluarkan, tergadailah janji untuk membekalkan maklumat yang berkualiti.

 sumber dari statisitc

21 comments:

  1. hurmm...it dat your job...tolong banci kawasan putrajaya ni...parking tak penah cukup

    ReplyDelete
  2. hikhik, ppuan maner tgk bola sepak...

    ReplyDelete
  3. rajinnya dik buat entry nie...leh kerja dengan pejabat banci nie nanti...hehehehe...

    ReplyDelete
  4. hehehe..calon pekerja banci tahun akan dtg :P

    i like but betul ke kaum adam masih atasi kaum hawa ek :)

    ReplyDelete
  5. mmg puas hati la tgk final part 1 semalam...mmg best sgt2. harap2 malaysia teruskan at least defend sekuat-kuatnya kat indon nanti mcm mana yg diorg buat kat vietnam hari tu.

    all the best to them!

    ReplyDelete
  6. owh...macam tu kerr...baru tau banci.. :)

    ReplyDelete
  7. patutlah takde jem kat putrajayanie...cket jer orang kat cni..sape gaknya nak dok cni kalau tak kerja kat cni=)huhu

    btul ek banci orang laki lagi ramai dr pompuan?bagus gak ada pegawai banci dalam blogni,dapat gak tau pasal penduduk msia bape ramai

    ReplyDelete
  8. cik Mot - hal parking tu diluar bidang kuasa. kena serahkan kpd perbadanan putrajaya

    Ayuni - ramai la pompuan tgk bola..^^

    DiaUmaiNiNaz - salam kenal jugok dari tuan blog

    ReplyDelete
  9. kak Lynn - saya ex-staf pejabat banci..hehehe

    kak Sya - terajin sikit jer...hehe

    Iena farina - jangan percaya dgn apa yg dilihat dgn mata... :)

    ReplyDelete
  10. gadisBunga - malaysia berpeluang cerah utk menjadi juara tapi kena kuatkan disiplin utk atasi cabaran indon

    amani - dah muncul..lamanya dik amani menghilang..huhuhu

    sis LM - ish..itu amik maklumat kat pejabat banci jer..huhu

    ReplyDelete
  11. wnhah - buat masa sekarang putrajaya masih selesa utk diduduki. dlm 5 thn akan datang pertambahan penduduk akan semakin ketara..

    sya cuma ex-pegawai banci. dah tak kerja kat situ lagi..

    ReplyDelete
  12. bgmana pula bilangan warga asing di malaysia? dah cecah juta2 jugak..yg tak daftar lum mausk senarai tu...

    huhuhuuuuu....

    ReplyDelete
  13. yang tu kena tunggu kemaskini terakhir.. tak tahulah seberapa byk jumlah pendatang asing yg akan ditambah utk menampakkan kerancakan ekonomi negara

    ReplyDelete
  14. lelaki semakin berkurangan..
    peringatan kpd kita tentang kiamat juga..

    nice info MT

    ReplyDelete
  15. betul apa yg sop tulis tu.. kiamat semakin dekat

    ReplyDelete
  16. oh..kawe duk Putrajaya..tak sangka terendah..hhee

    ReplyDelete
  17. Nurulbadiah Lai - ^^

    n@m@n - dalam 5 tahun akan datang semakin padat lah tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi mencoretkan komen