Pages

Wednesday, January 26, 2011

10 Fakta menarik Hari Ini - Siri 10

Aku semakin kesuntukan masa untuk tulis entry dengan lebih kerap. Satu entry sehari sudah memadai disaat kesibukan yang kembali mengacau hari-hari indah seorang blogger. Setiap komen dan blog kawan-kawan hanya dapat aku jejak kembali pada waktu malam. Rasanya susah sekian lama aku tak tulis entry berkaitan fakta. Jadi kali ni aku berikan 10 fakta menarik untuk pengetahuan kita bersama.
  1. Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - Belajar  daripada pengalaman sendiri. Mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - Mereka belajar daripada pengalaman orang lain. Mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - Mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain. Mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri. Anda tergolong dalam jenis yang mana satu? Fikir-fikirkan.
  2. Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.
  3. Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini. Aku paling suka makan ais krim Cornetto. Zaman budak-budak dulu, aku selalu sebut 'konek tu'
  4. Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya. Bagi aku, hasil karya Pablo Picasso berasaskan kubik dan abstrak sangat buruk pada pandangan mata.
  5. Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.
  6. Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan. Jadi tak perlulah anda bersusah payah membeli produk mahal dipasaran sedangkan ada cara yang lebih mudah untuk mengurangkan berat badan..
  7. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi. Boleh kira berapa lama masa yang diperlukan untuk memanaskan satu teko kopi?
  8. Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.
  9. Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.
  10. Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.
Spesis ular buta

29 comments:

  1. wahh...fakta menarik...terfikir jugak naper MH lama tak buh fakta2 ni...

    mekasih yaaaa

    ReplyDelete
  2. Menghidu pisang atau epal hijau leh kuruskan badan..hmmmm....jimat la kalau camtu, beli sebiji pisang atau epal, hidu hari2...tapi nanti orang pandang kita semacam jer..hidu jer buah-buahan tu, tak makan.

    ReplyDelete
  3. fakta best yang selama ni aku tak tau :)

    ReplyDelete
  4. wow!!
    kebanyakkan baru gue tau..
    eheheheee

    ReplyDelete
  5. fakta num4 tuh menarik tapi selalunya lepas hidu mesti makan nyer..kalau makan tak kurus ek?kena baujer ek bleh kenyang.hukhuk mcm citer p ramlee plak..

    ReplyDelete
  6. amat menambah pengetahuan untuk semua fakta yg MH beri hari ni.Lama tunggu fakta dr MH tau.

    ReplyDelete
  7. walaupun ular tu buta kak lynn tetap takut...huhuhu...

    ReplyDelete
  8. like fakta no !

    eeeiii geli la tgk ular buta tu!..huhu

    ReplyDelete
  9. salam en. mata hati, saye mau copy paste fakta no.1 (sahaje hehe..)sbgai entry saye, boleh? *(^_^)*

    sgt inspiring, nk share dgn my readers :)

    ReplyDelete
  10. http://onlymezue.blogspot.com/2011/01/capture-moment-contest.html

    saya ader tag awak

    ReplyDelete
  11. baruku tahu tentang fakta2 itu...

    tq :)

    ReplyDelete
  12. ciK mOt - entry berkaitan fakta ni mcm chipsmore. sekejap ada sekejap tak der. kalau selalu ada nanti boring pulak org membacanya

    ReplyDelete
  13. Cempakamelati - hehehe..mula2 hidu. kalau tak tahan godaan, makan jer epad & pisang tu.

    ReplyDelete
  14. Ieda Al-Habsyi, mie - banyak lagi akan kita tahu kalau selalu teroka situ sini

    ReplyDelete
  15. wan nurul hezrina - hahaha..sebijik mcm dalam citer 3 abdul. try lah buat..mana tahu berkesan

    ReplyDelete
  16. Imran nyambek - iya pak..mcm itu aja..

    sis LM - actually kalau terajin teroka situ sini, boleh lah sya hebahkan fakta2 ni.. tunggu next fakta pulak

    ReplyDelete
  17. kak Lynn - ramai yg fobia dgn ular ni. sya cuma tak suka bau yg melekat kat tgn kalau pegang ular2 ni

    ReplyDelete
  18. Ayuni, Cik TeN10 - amik ler buat panduan hidup.

    ish ish...cute apa ular tu...

    ReplyDelete
  19. NOOR FATIN - nanti tak lakulah pisang kat kedai sbb semuanya suka menghidu jer..

    KUREKURE COMEL - mekacih

    ReplyDelete
  20. nurHeart - amik jer..semua ni utk dikongsi bersama. ;)

    ReplyDelete
  21. Zue Cancer - err..nanti sya tengok contest tu

    JP Nurul - sama-sama

    ReplyDelete
  22. xpenah tgk & tau ttg ular buta..thanks info!

    ~tice su~

    ReplyDelete
  23. saya pun baru tahu setelah selongkar sana sini

    ReplyDelete
  24. salam

    fakta yang kadangkala seringkali dikatakan auta...

    apa sahaja yang kita belajar, jadikanlah ia seperti air yang mengalir, jika ia tidak berguna kepada kita, sekurang-kurangnya dia berguna kepad orang lain =)

    ReplyDelete
  25. tuntutlah ilmu kalau tak tahu. sekiranya tahu, sampaikanlah pula ia kepada orang lain

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi mencoretkan komen