Pages

Monday, January 24, 2011

Warisan Melayu Dan Islam

Pak Aji berbaju jubah
Turun ke padang menembak rusa
Orang mengaji memuji Allah
Orang sembahyang lepas dari dosa

Mari kita tunaikan segera
Rukun islam lima perkara
Kalau sembahyang masuk syurga
Tak sembahyang masuk neraka

Itu pantun yang arwah tokki ajarkan masa aku kecik dulu. Pantun 4 kerat ini tokki dendangkan secara berlagu. Sedap jer kedengaran pantun ni. Walaupun ringkas tapi maksud pantun ni cukup jelas. Menyeru kita mengukuhkan tiang agama dan menunaikan 5 perkara dalam rukun islam. Orang-orang tua lama kreatif mencipta pantun. Kebanyakannya berunsur nasihat.

Orang sekarang dah tak minat pantun, gurindam dan syair. Ada yang cakap pantun dah ketinggalan zaman. Pantun sesuai untuk orang-orang lama saja. Pantun dah tak sesuai dengan generasi baru. Biar pun ramai yang lupakan pantun tapi masih ada segelintir diluar sana yang berusaha mengangkat kembali warisan turun temurun bangsa melayu ni.

Kita selalu terbaca dan menonton di media tentang isu memartabatkan dan memperkasakan bangsa melayu. Tapi kalau yang lantang bersuara itu tak ambil kisah  tentang warisan turun temurun, tak mengenali akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan, macam mana nak mengangkat martabat bangsa melayu. Ibarat sebatang pokok di tepi bukit. Tanpa akar yang kuat, pokok hanya menunggu masa untuk tumbang.

Semasa dalam darjah 6, guru besar masa tu selalu mengadakan perhimpunan ringkas setiap pagi dan bercerita tentang rumpun melayu. Guru besar bersungguh-sungguh menyemai sifat kemelayuan dalam diri pelajar. Guru besar selalu bertanya, bagaimanakah nasib rumpun melayu di masa depan seandainya anak bangsa sendiri lebih mengagungkan bangsa asing. Melabelkan bangsa dan bahasa melayu sebagai low class.

Tun Dr. Mahathir kata, orang melayu mudah lupa. Hang Tuah pula berkata, takkan melayu hilang di dunia. Yup, melayu akan terus wujud cuma telah ditransformasikan kepada melayu versi celup tepung.

Saat ini, isu perkauman adalah perkara sensitif yang tidak boleh diperkatakan sembarangan. Kalau terkeluar sebarang statement memburukkan kaum atau mempersoalkan hak orang melayu, ramai yang bersatu membuat bantahan. Penuh semangat berarak beramai-ramai membuat report polis. Berebut wartawan mendapatkan bahan berita. Tapi bila agama islam dihina diperlekehkan, ramai yang mengunci mulut. Hanya semut kecil yang bersuara sedangkan kerengga berdiam diri.

Apa pun, dilahirkan sebagai bangsa melayu tak bererti secara automatik beragama islam. Apa gunanya perkataan islam tertera pada myKad tapi apa yang dituntut dalam agama tidak diendahkan. Islam bukan terletak kepada nama, tapi kepada perlaksanaannya.

Dipetik kata-kata seorang pejuang agama, “Aku tak sanggup mati kerana mempertahankan bangsa. Aku lebih rela mati kerana mempertahankan agama.”

Di akhirat nanti, bukan jenis bangsa penentu jalan ke syurga tapi ilmu agama dan amalan semasa hidup..

17 comments:

  1. stylo entry bro.
    gua setuju... islam bukan terletak kepada nama, tapi kepada perlaksanaannya. *gua jadi ustaz hari ni.hehe

    ReplyDelete
  2. eh...mcm tak ku percaya ko bertukar watak...hahaha

    ReplyDelete
  3. skarang ni mualaf lebih islam dr org yg islam sejak lahir lagi...

    ReplyDelete
  4. lama tak berpantun ni...

    nak harapkan amal kita ni tak mampu la nak beli syurga... hanya Rahmat Allah yang membawa kita ke syurga

    ReplyDelete
  5. Reen Azreen - betul..dah tgk ramai mualaf yg jauh lebih taat menunaikan perintah Tuhan. sedangkan kita buat acuh tak acuh

    Encik MamaT - selagi masih bernyawa, kita cuba tingkatkan amal

    ReplyDelete
  6. Ayuni - melayu mudah terlupa dan melupakan

    ReplyDelete
  7. sy nk jd gadis melayu terakhir lah..hehe berangan je lebih!

    sma2 lah kita berpesan2 kpd kebaikan (",)

    ReplyDelete
  8. jangan....jangan...
    nanti takder pilihan wanita melayu untukku jadikan teman ;p

    ReplyDelete
  9. perempuan melayu sekarang pakai tudung...tp solatnye tidak...
    tp mulut megaku islam...

    ReplyDelete
  10. ramai yg pakai tudung tapi part lain tak tutup

    ReplyDelete
  11. Bangsa dan agama, kedua-duanya penting dan harus dipertahankan.

    ReplyDelete
  12. sebab tu jgn terus judge a book by its cover. seorg yg nampak moden belum tentu tak beragama. seorang yg nampak alim belum tentu ikhlas ibadatnya.

    jgn jadikan islam itu susah.islam itu adalah cara hidup, dan cara hdup bukan ditentukan dari cara berpakaian dan nilai kekayaan, sebaliknya selagi seseorang itu berpegang kepada AQ dan Sunnah, insyaAllah segala apa yg dibuat akan diredhai...

    ReplyDelete
  13. nenda dan atok kita pun suka berpantun:)
    nice one, pantun tentang dunia dan agama. banyak pengajaran tersurat di sebalik pelaksanaannya yg harus dikerjakan!

    ReplyDelete
  14. NOOR FATIN - agama didahulukan

    Cempakamelati - jika diberi pilihan antara dua , pilih lah agama ;)

    ReplyDelete
  15. gadisBunga - hanya diri kita sendiri yang membuatkan islam nampak rumit dan sukar dilaksanakan

    FIFIEY LYCHEE MARATION - patut kekalkan warisan pantun melayu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi mencoretkan komen