Pages

Tuesday, March 15, 2011

Cuti Sekolah Musim Orang Kahwin

Seminggu sebelum cuti sekolah dah berkeping2 kad kahwin atas meja. Macam2 patern kad dan macam2 warna ada. Bukak satu, anak jiran belakang rumah yang kahwin, bukak satu lagi, jiran hujung sana yang kahwin. Ramai betul yang amik peluang cuti sekolah ni utk melangsungkan perkahwinan. Hari sabtu minggu lepas saja, 5 kenduri kahwin berlangsung serentak. Jadi sebagai memenuhi undangan, terpacaklah aku kat kenduri kahwin sejak dari t/hari sampai petang. Kena pulak hari tu hujan, makin berselera nak makan bila cuaca sejuk. 

Sudah makan sampailah masa utk bersalam dengan tuan rumah sambil hulurkan sekeping duit kertas. Pernah jugak aku hulurkan seringgit jer sebab lupa nak tukar kepada duit kecik sebelum pergi kenduri. Takkan nak kasi seratus, tidak ler. Lain lah kalau kawan2 rapat atau sedara mara yang kahwin. Nak cabut macam tu jer rasa serba salah. Mujur tuan rumah terus masukkan duit tu dlm poket seluar, tak tengok berapa ringgit aku kasi. Hahaha... Balasannya, dapat ler cenderahati dari tuan rumah. Kalau dulu confirm dapat telur sebijik. Sebab sekarang harga telur dah melambung, sebagai gantinya diletakkan gula2, cup cake dan buku yasin.

Tak der ke lawan2 blogger yang kahwin musim cuti sekolah ni? Yang tengah berpacaran eloklah kahwin awal untuk mengelakkan berlakunya maksiat. Biasalah kalau berpacaran ni, mula2 pandang2, pastu pegang2. Yang dah bergelar suami orang pun tapi nak tambah cawangan apa salahnya, ikut sunnah Nabi. Lebih baik kahwin jer dari berskandal sana sini. Tetetete....

38 comments:

  1. 1 henget jer..hahaha...
    tak pe la janji iklaskan...

    ReplyDelete
  2. tuan pny blog ni bl nak kasi kad kahwin?hehe...

    ReplyDelete
  3. singgit ker...dua hinggit ke..janji ikhlas.....

    bestnyer boleh makan nasik kenduri..

    mama kat sini tak berpeluang ler..kalau balik kampung...ermm ada sj undangan nyer..

    ReplyDelete
  4. haha...
    sebenarnya bg duit tu tak wajib..yg penting mendoakan kebagaian pengantin...tp klu nak kasik kecik tpk tangan, stadium bukit jalik di tadahkan heheh...

    ada gak kawan2 sek yg kahwin..tp ada jugak yg tak dpt pergi....

    ReplyDelete
  5. klik HB 1...
    eh lupa tye,,
    apesal tetiba blackout tue??

    ReplyDelete
  6. ada je kat sini. hehehe awak bila lak? :P

    ReplyDelete
  7. sis kawen cuti sekolah ni..jemput lah datang

    ReplyDelete
  8. ai takde skendel, so insyaAllah tak risau pasal maksiat. insyaAllah...hehe~

    anyway my bro dah selamat kawen hari ahad lepas. dapat dah sorang adik ipar. yeah!

    ReplyDelete
  9. kenyang makan nasi minyak jela t. hehe

    ReplyDelete
  10. hihi.. nak tggu si tuan blog punya kad kawin plak.. agak2 warna kad nnt ape yer? pelangi ker?? ^__^

    ReplyDelete
  11. musim kan skang... bile cuti sekolah jek, sampai 3-4 jemputan..

    ReplyDelete
  12. aku penah tak sua sebab takde wet kecik.
    mujoq pi dengan kawan.
    masuk dalam envelop raya cina lak tu.adehhhh

    ReplyDelete
  13. ainnoraini - betul..pemberian biarlah ikhlas..

    JP Nurul - err,,,coming soon

    ReplyDelete
  14. mama wanie - singgit pun singgit lah..huhu
    suka makan gulai daging kat kenduri. keenakkan rasanya langsung tak sama dgn yg dijual kat kedai mkn.

    deqlis - tak wajib tapi dah jadi mcm 1 kemestian bagi masyarakat kita...

    blackout kes fius terbakar...

    ReplyDelete
  15. azwa_amani - cepat2 kawin

    NOOR FATIN - err..nantilah sya kasi kad jemputan. coming soon

    ReplyDelete
  16. sis LM - baik sis.. nanti sent kad jemputan tu

    GB - jauhkan diri dari skandal.. tahniah dpt adik ipar. tunggu GB dpt suami lak...hehhee

    ReplyDelete
  17. dLa - mcm tu ler sepanjang cuti sekolah ni.. hari2 ada kenduri

    Cik Bidadari - boleh lah dari tak bagi langsung. bayangkan kalau seringgit masih guna duit syiling..naya ..haha

    ReplyDelete
  18. NaDia CoMaNeCi - err...coming soon lah :)

    lynn angel - ish ish...kad kawin sya nanti warna emas.. jemput dtg kay.. :)

    ReplyDelete
  19. maya amir - sya punya sepanjang minggu ni penuh dgn undangan majlis kahwin..huwaaa...

    cek chun - kalau pi dgn kwn bolehlah cover. tapi kalu sensorang, x boleh blah mcm tu jer...singgit pun jadilah

    sissyira - nanti kita kahwin lah.. coming soon

    ReplyDelete
  20. banyaknya kad jemputan...pegi semua ke tu?

    ReplyDelete
  21. kawan2 saya ramai dah selamat mendirikan masjid ...

    yang menambah cawangan takde la dengar plak ;p

    ReplyDelete
  22. mmg musim org kawen...ari sabtu aritu, 2 kenduri sy pegi... sorg 2 pupu kawen, sorg lagi anak kwn ayah... :)

    ReplyDelete
  23. tang nak tambah cawangan tu tak tahan sikit...hihi

    ReplyDelete
  24. haaa... mesti ada gak org yg tanya... "kamu bila pulak nak kasi kad.." kan? kan?

    :) jgn mrah ya, gurau gurau.. :)

    ReplyDelete
  25. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang.

    Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

    ReplyDelete
  26. nak tunggu tuan punye belog kasi kad kawen :D

    ReplyDelete
  27. Lieynanila - tak semua sebab banyak yg berjalan serentak dlm sehari

    ReplyDelete
  28. =sz= - alhamdulillah, semakin bertambah masjid yg terbina

    tambah cawangan tu biasanya dibuat senyap2 jer..hehe

    ReplyDelete
  29. Anis Akhir - cuti sekolah dan kenduri kahwin mmg x dpt dipisahkan. cuma kadang2 kalau terlalu byk mkn lauk, cirit birit jadinya

    ReplyDelete
  30. Miss PIJAOSIX - huhuhu...jgn tambah cawangan sbb belum tentu dpt jaga dgn baik

    ReplyDelete
  31. kella - aiyarkkk...selalunya sya jawab, sabar menanti..huhu

    ReplyDelete
  32. Afzainizam - betul tapi bengantung kepada keadaan. kalau 3-4 tempat berjalan serentak, pilihlah yg terdekat dan yg kamu betul kenali orgnya

    ReplyDelete
  33. sy x dpt jemputan pon. whoaaa
    x de sape nk bg mkn nsik minyak ke?
    T__T

    ReplyDelete
  34. duduk jauh sgt kot. sbb tu x sampai kad jemputan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi mencoretkan komen