Saturday, July 17, 2010

Menjawab Tag


nih 1st time rasanya aku menjawab tag. entah, tak ingat.. sbb hari ni ada masa terluang sekejap, so dgn berbesar hati aku menjawab tag dari puan suzieapai. huuu

1- apa nama blog dan kenapa letak nama itu?
Give Everyone A Smiley Face!. aku sejak kecik suka senyum, org ganu kate suka sengih sokmo. maybe skrg ni senyuman tu mahal sikit (sbb aku tak suka tunjuk lesung pipit). so sbb tu aku letakkan nama ni pada blog sbg memperingati zaman budak2 aku dulu..

2- jelaskan kenapa/bagaimana anda boleh dapat idea nak letak nama URL blog anda?
tu sebenarnya id yg aku guna utk email dan YM. fiverul, sebutannya sama dgn sebutan nama aku..simple

3- bila blog anda mula beroperasi?
pada 30 november 2008

4- siapa follower pertama anda?
Halizayana

5- ucapan kepada si pemberi award?
syukur ke hadrat Ilahi kerana memilih sya utk menerima award yg comel ini. award ni tanda persahabatan dlm dunia blog. kpd family, kwn2 dan jugak pengunjung tanpa nama..tanpa kalian blog ini pasti sunyi sepi...

6- tag 9 orang yg anda rasa patut terima award ini? 
actually tak tahu nak tag saper.. ermmm..sesaper nak menjawab tag ni dipersilakan lah.. sesaper pun boleh. huhuhu

Thursday, July 15, 2010

Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2010


sekarang musim banci. banci penduduk dan perumahan hanya dijalankan setiap 10 tahun sekali. tempoh bancian kali ini bermula dari 6 julai - 22 ogos. setiap tempat kediaman akan dilawati oleh pembanci yg dilantik oleh pesuruhjaya banci. tak kiralah istana ke, rumah menteri, rumah vvip ataupun rumah orang biasa, semuanya tidak terkecuali dari dibanci. selagi anda semua berada di Malaysia, beri ler kerjasama untuk menjayakan banci ni. bukan lama sangat, tak sampai pun 3 minit kalau tuan rumah tak byk kerenah. jangan nak menyombong, jangan sesuka hati nak menghalau pembanci yg datang ke rumah. kalau tak nak bagi masuk dlm rumah, kat luar pagar pun boleh, kat bawah pokok pun boleh, calling2 pun boleh. kalau ada sesiapa yg anggap dirinya orang berpengaruh, byk harta, tak layak utk dibanci..satu jer aku nak cakap, ko mati esok2 akan ditanam dlm lubang kubur jugak, kalu yg dibakar tu tetap akan dibakar. tak der nya sbb ko hebat atas dunia ni, ko boleh mengelakkan diri dari apa saja. understand!!! 

actually, aku kesian kat pembanci. gaji yg dibayar murah jer. siang malam pergi jalankan tugas. hari cuti pun tetap buat kerja. panas ke, hujan ke..urusan banci tetap kena jalankan. berilah kerjasama kpd pembanci.

p/s: kalu yg dtg ke rumah tu pembanci perempuan, comel lote, sopan santun..amik jer lah buat menantu...


contoh borang banci penduduk & perumahan 2010

Friday, July 09, 2010

Sarang Labe


lama rasanya aku tak write something, dah penuh dgn sarang labe blog ni. banyak benda aku nok ceritakan tapi bila jer tekan keyboard, terus tak dok idea nak story mcm mana. well, kekgi ada masa aku share cerita tuh.. ada yg happy ending, ada yg sad ending. macam2 ler. sejak setahun 2 ni, aku ada masalah sikit dgn memory aku. susah aku nak ingat apa yg berlaku dlm seminggu 2 lepas tapi aku boleh ingat dgn jelas apa yg dah berlaku belasan tahun lalu. pesengan hard disk dlm kepala aku ni dah full, kena cari external hard disk jawabnya utk install lebih byk memory. to kengkawan blog yg rindukan aku (perasan lah tu), carik jer aku kat fesbuk. aku selalu online kat situ walaupun realitinya hanya fesbuk yg terbukak tapi aku tak dok pun dpn pc.. tapi kira ok lah jugok kan. tu tandanya aku masih hidup, masih bernyawa..

p/s: labe tu maknanya labah-labah. org ganu panggil labe, org luar panggil labah2, mat saleh panggil spiderman