Pages

Wednesday, November 24, 2010

Ombak Rindu

Semakin menjadi trend sekarang bila novel diterjemahkan ke filem. Sebelum ni sudah beberapa buah novel diangkat ke layar perak tapi kurang menjadi. Yang terbaru adalah Lagenda Budak Setan. Walaupun meletup di pawagam tapi jalan ceritanya terlalu laju hingga merosakkan mood cerita. Satu lagi banyak sangat olahan kembali membuatkan jalan cerita terbabas ke bahu jalan.  Mujur lagu tema filem ini mantap dan lakonan berkesan Lisa Surihani baru lah tergerak hati aku nak pergi tengok filem ini. Untuk menterjemahkan sebuah novel popular ini ke filem memerlukan penelitian yang mendalam agar jalan cerita tak menyimpang jauh dari karya asal.

Semalam baru aku dapat info mengenai sebuah lagi novel popular di filemkan. Ketinggalan zaman jugak aku sebab orang lain dah beberapa bulan tahu sedangkan aku baru semalam. Ahaak!!! Saper pernah baca novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. Ni salah satu novel yang aku minat zaman remaja dulu. Err..dulu aku suka baca novel tapi sekarang dah berkurangan. Kat almari tu ada lagi 3 novel yang belum aku baca padahal dah dekat 2 tahun aku beli.

Berbalik kepada Ombak Rindu. Versi filem ni diarahkan oleh Osman Ali dan penulis skrip pula ialah Amantono, orang yang sama buat skrip untuk Lagenda Budak Setan sebelum ni. Harap2 Ombak Rindu ni tak terbabas macam filem sebelumnya. Gandingan utama filem ni..korang tengok jer lah gambar ka bawah. Tetiba jer rasa ngantuk. Kalau baby terjaga lagi lah tak leh tido nanti. Pangg!!! Sebijik penampar nyamuk hinggap di pipi aku. Bila masa lak ko kawin ni, ada anak bini? Ohh ye ker.. Adik-adik manis kat luar sana, saya masih single mingle, masih anak teruna lagi.. keh keh keh

Gandingan yang mantap Maya Karin, Aaron Aziz dan jugak Lisa Surihani...hehehe

Cantik kan gambar ni bila berlatar belakangkan sunset. Terserlah keayuan Maya Karin bila bertudung. Ni baru dikatakan wanita melayu ..

23 comments:

  1. ohh saya suke novel ni...citernya da kuar ke blom??

    ReplyDelete
  2. menagis bace novel fauziah asaari ni.. wuaaa T_T..citer die pun mesti best :)

    ReplyDelete
  3. novel ni mmg best..w/pun dah bace beberapa kali tapi tak jugak jemu2
    mesti citer dia best jugakkan...

    ReplyDelete
  4. cam best jerk..
    tak saba nak tgk..
    novel dia best..

    ReplyDelete
  5. Aaron aziz yg berlakon ke..kena tgk niii..hero encemmm

    ReplyDelete
  6. citer best ni... sbb novel tu memang best...

    ReplyDelete
  7. Fitrah Adnan - next year baru keluar..

    azwa_amani - terasa nak tgk lah azwa nangis baca novel.. boleh? :)

    ReplyDelete
  8. kak ainnoraini - samalah dgn saya kak. rasanya akan ada perubahan dilaukan dlm jalan cerita kat filem tu. harap2 tak byk sgt lari dari cerita asal

    Sricahaya - ramai yg menantikan filem ni ditayangkan :)

    ReplyDelete
  9. MiYOKO TACHIBANA - ahak..hero pujaan masa kini

    kakyong - harap2 filem ni pun best mcm novelnya

    ReplyDelete
  10. mcm penah dgr ombak rindu tp x sure novel mano heheh

    kalu lisa surihani berlakon, mesti best nih

    ReplyDelete
  11. pernaqh bace novel nyer tapi dah lupe.. heheh :)

    ReplyDelete
  12. novel ni memang best..siap ada sambungan lagi..tapi tajuknya bukan ombak rindu..
    Tak pernah tengok movie dari novel yang difilemkan..takut tak best..nanti rasa keciwa..

    ReplyDelete
  13. mata hati : toksah ar tgok amani ngis...burok ar...hingus meleleh..huhuhuhu :)

    ReplyDelete
  14. EiJa ZaQuaN - :)

    e.l.i.z.@ - soheh kena tgk ni sbb lisa ada berlakon sekali. tapi kali ni pegang watak jahat

    Lovely Bella - nanti tgk filem ni utk refresh balik memori

    ReplyDelete
  15. sis LM - hero kegemaran ku juga...

    kak Erna - novel sambungan dah x best.. harap2 yg ni x mengecewakan bila ke layar perak

    azwa_amani - yg buruk itulah nampak comel utk dilihat :p

    ReplyDelete
  16. pergh, lisa lg yg berlakon
    kena pi tengok nih

    ReplyDelete
  17. novel ombak rindu besh kot!! wua.. lisa belakon?? suka2!!~

    ReplyDelete
  18. kerana ada lisa, barulah terbuka hati nak tgk citer ni.. :p

    ReplyDelete
  19. tapi lisa pegang watak mila..dah tu maya karin diberi watak izzah..padahal izzah dalam buku tu sebagai lepasa sekolah...tak sesuai maya karin

    ReplyDelete
  20. yeah! novel ombak rindu sgt best! hope cite die pon best. jgn la jd mcm LBS.

    ReplyDelete
  21. jalan cerita diubah sedikit.. sepatutnya lisa yg pegang watak izzah, maya pegang watak mila

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi mencoretkan komen