Ehsan dari mStar Online
Sejak semalam hingga pagi ini, kebanyakan blogger bercerita tentang kejayaan Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 edisi ke 8. Topik terhangat dipasaran sejak seminggu lepas. Pergilah ke mana-mana tempat pun baik dalam pejabat, kedai kopi ataupun dalam newspaper, semuanya bercerita tentang bola. Tak syak lagi ramai yang tidur bola semalam. Sekiranya korang alahan dengan kisah bola ini, dinasihatkan jangan jenguk blog dan baca newspaper buat seketika...hehehe
Sesuatu yang cukup manis apabila berjaya menjadi juara buat kali pertama dalam masa 14 tahun sejarah kejohanan. Perjalanan yang pada peringkat awalnya nampak berliku di akhiri dengan catatan manis setelah dinobatkan sebagai juara baru Piala Suzuki AFF setelah menewaskan Indonesia dengan agreget 4-2. Safee Sali dan Khairul Fahmi adalah watak penting kejayaan semalam. Tapi semua ini takkan tercapai seandainya tiada kerjasama, kesungguhan dan semangat dari semua anggota dalam pasukan.
Apa pun kisah semalam menutup tahun 2010 dengan kenangan manis buat rakyat Malaysia. Kejayaan semalam juga mendapat perhatian pemain-pemain bertaraf dunia. Pertahanan England sempat mengucapkan tahniah dan memuji pasukan Malaysia dalam laman twitter. Serius, tak tipu... Kalau korang peminat bola sepak, mesti kenal Rio Ferdinand yang sebati dengan Manchester United.
See, kan dah cakap tadi pemain bertaraf dunia pun memuji pasukan Malaysia. Harap-harap lepas ni lebih banyak kejayaan dilakar oleh pasukan negara. Ok, setakat ni saja cerita tentang bola sepak. Tutup buku! Kita semua pun patut mengatur langkah untuk melakar kejayaan dalam hidup. Jadikan tahun baru sebagai titik permulaan untuk mencipta perubahan dalam apa jua perkara. Yang penting semua perubahan itu bersifat positif, bukan negatif.
Kerajaan pun dah umumkan esok bersamaan 31 Disember 2010 sebagai cuti umum sempena kejayaan Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010. Tapi kat Terengganu, Kelantan dan Kedah memang hari jumaat tu hari cuti setiap minggu. Rugi..sepatutnya hari ni diisytiharkan sebagai cuti umum. Huarghhh...tak adil


bangga betul !!
ReplyDeletetahniah skuad harimau malaya !
sana sini citer sal bola...tapi saya dah wat pergulungan 2010 sudah...hehehe
ReplyDeletem'sia boleh...cayalaaa...
ReplyDeleteTahniah buat pasukan bola sepak negara kita :) terasa bangga sebab kita menang...Bestnye...TQ PM bg cuti umu esok...Permulaan yg baik utk TAHUN2011 ;)
ReplyDeletetahniah harimau malaya!! yes malaysia boleh :D
ReplyDeletetahniah skuad harimau malaya..!:D
ReplyDeletewow..!ferdinand..!!haha
ReplyDeletebia beti rio ferdinand amik tahu pasal bola m'sia????
ReplyDeleteape pon harap2 pemain m'sia xberhenti tunjuk taring sampai bila2...^_^
kejayaan yang paling manis dikongsi bersama semua rakyat malaysia :)
ReplyDeletetaniah malaysia! esok cuti!~ yeay!
ReplyDeletememang sana sini pun bercerita.. tak dapat nak simpan simpan perasaan bangga dan gembira yang meluap luap tu! hehehhe..
ReplyDeletetahniah untuk harimau malaya!
kte rasa fahmi itu hebat ! haha.
ReplyDeleteterima kasih piala AFF suzuki kerana beri saya cuti. ahaks :D
Alhamdulillah..happy kan cerita bola ni:D
ReplyDeletehappy juge sbb da habes exam yg men'psikokan itu...hehhe...trimasss 4 the support n advice:D
bangga la jgk jadi rakyat mesia heheh..dulu² sokmo kaloh jah..leni br napok improvement hehe
ReplyDeletetp hensem sgt kah KFCM tu sapa ramai cewek² duk sebut pasal dio? Lin Dan lagi hensem :P
eh x igt nok kabo..pakcik kena tag ye
ReplyDeletehttp://www.elizadianna.com/2010/12/tagged-jom-berkenalan.html
Malaysia hebat!!!!
ReplyDeletesemoga lebih maju skuad malaysia
ReplyDeleteheh tak larat dah nak bace story pasal bola sepak ni..haha :D
ReplyDeleteeh ape citer ni lame tak update? bz eh? selamat tahun baru :)
Malaysia Juara...tahniah buat semua...
ReplyDeleteMy recent post "Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway"
psttt...lama tak update. ke mana kamu?
ReplyDeletesangat sangat puas hati..
ReplyDeletesangat2 berbangga..
sangat sangat terharu..
selamat menyambut 2011 untuk en matahati...
lama tak singgah sini..
en matahati pun kemana aje ni.. :)
cepatla update..
ReplyDeletewalauu xminat bola..tp result bola tetap layaaaaaaan =p
ReplyDeletecurik header letak kat blog:)
ReplyDeletedah update nti dtg sini taw
http://iammemaself.blogspot.com/2011/01/mana-pergi-ntah.html
congratez to malaysia team!!!!
ReplyDeletesungguh semangat harimau malaysia diorg main..
dpt gak cuti hari ahad...he3
ReplyDeletem'sia hebat.. =)
ReplyDeleteuits..apsal lama x update blog ni! for 2011 mn? awak telah di tag utk joint GA..refer my blog k..:D
ReplyDeletehttp://gieyana79.blogspot.com/2011/01/giveaway-edy-awak-busuk.html
khairul fahmi fofler ler sekarang
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletetumpang gembira dgn kejayaan skuad Harimau Malay.tahniah untuk mereka
Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya
ReplyDeleteyes...juara... alhamdulillah
ReplyDeleteMy recent post " Hadiah Untuk Pemenang GA…sabar yea…"
Salam... Apa khabar... Kemana menghilang?... ",)
ReplyDeleteHi there colleagues, how is the whole thing,
ReplyDeleteand what you would like to say concerning this piece of writing, in my view its truly awesome designed for me.
Take a look at my web blog: diets that Work