Pages

Thursday, December 23, 2010

Kisah Pakaian

Tiada idea nak tulis apa pagi ni. Pagi-pagi begini tak boleh tension kan. Jadi aku share ajer lah cerita lama yang sudah banyak kali diulang tayang. Nasihat tuan blog, ini hanya sekadar jenaka. Don't try this at home!

Suatu hari seorang ibu tua pergi ke rumah anaknya yang baru berkahwin. Dia terkejut apabila melihat anak perempuan tanpa seurat benang pun menanti suaminya pulang dari kerja. Si ibu bertanya kepada anaknya dengan penuh hairan.

Ibu : Kenapa nak? Tak cukupkah wang suami kamu untuk membeli sehelai pakaian sehingga kamu berkeadaan begini?

Anak : Taklah, abang suka macam ni mak. Dan dia lebih sayangkan saya kalau saya berkeadaan begini.

Lalu ibunya pulang ke rumahnya dan menanti suaminya pulang dengan tanpa seurat benang di tubuhnya.

Ayah : Kenapa maknya tak iron dulu baju tu? Lain kali sebelum pakai baju tu iron dulu supaya ia tak berkedut.

Ibu : ?????

Nota: Bila sudah dipanjat usia, kecantikan dan keseksian itu akan semakin pudar. Walaupun boleh buat suntikan botox kat muka untuk menegangkan kulit tapi part lain kat badan tetap akan nampak mengendur. Bersyukurlah dengan apa saja bentuk tubuh anda.

Tanpa seurat benang - Dalam loghat Terengganu dipanggil 'Telanjang Bulat"

15 comments:

  1. Wakakaka...Ada ke org camni..lawak tol la..TAk pasai2 dah sakit hati ngan laki yang tak sengaja tuk menyakitkan hati tuh..hehehe...Saboooo je la..

    ReplyDelete
  2. harap2 tak der yg tiru aksi dalam cerita ni..hehe

    ReplyDelete
  3. senyuman itu terlalu berharga.. senyumlah selalu

    ReplyDelete
  4. hahahaha... lawak di pagi hari..

    itulah lumrah kita sebagai manusia.. tak selamanya berada di atas.. tak selamanya cantik.. tak selamanya sihat..

    redha.. :)

    ReplyDelete
  5. kakaka..mmg lawak..kalau buat camni sure hb ckp buang tebiat ka?hahaha

    ReplyDelete
  6. hahahaha sian si suami konpem lepas tu tido luaq..tapi betul tuh hargai la kecantikan kite yang sedia ade tuh :))

    ReplyDelete
  7. naper telanjang bulat?klau telanjang jd bulat ke?

    ReplyDelete
  8. kak Lynn - jgn ketawa kuat sgt..^^

    kella - kecantikan itu tak berkekalan. sampai waktunya akan pudar jugak dimamah usia

    ReplyDelete
  9. Gieyana - don't try this at home..kekeke

    MAPPIAU - ahh..rasanya mcm tu lah yg akan terhadi dlm cerita ni. hargai kecantikan itu kerana dirimu begitu berharga

    ReplyDelete
  10. Ayuni - entahlah..memang mcm tu yang ayatnya kalau tanpa seurat benang. agaknya mesti ada sebabnya kenapa org2 tua dulu cipta perkataan ni

    zura@iwan - as salam..terima kasih sudi singgah

    ReplyDelete
  11. Fitrah Adnan - siapalah yang nak saman tu..tetetete

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi mencoretkan komen