Pages

Wednesday, December 29, 2010

Malam Penentuan

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang,
Siap sedia berkorban,
Demi ibu pertiwi...

Demam bola sampai ke kemuncaknya. Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir ke dua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Perlawanan penentuan untuk menobatkan juara baru antara Malaysia dan Indonesia. Selain berhadapan dengan skuad Indonesia, pasukan negara juga terpaksa berhadapan dengan kemarahan penyokong fanatik Indonesia yang tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka di Stadium Bukit Jalil.

Isu laser masih menjadi topik paling hangat diperdebatkan di laman fesbuk dan twitter. Dalam akhbar kelmarin timbul pulak isu pengunaan bomoh. Hampeh betullah... Aku malas nak masuk campur tapi hasshtag carian #malaysiacheatlaser #uselaser #malaysianlasersucks menjadi trending topik hangat di Twitter sekarang. Akan semakin hangat hari ini menjelang detik perlawanan malam nanti. Lupakan isu laser ni yang tak ke mana ni.

Ehsan dari affsuzukicup

Berbalik kepada perlawanan akhir ke dua malam ini. Jangan lupa menyaksikan secara langsung di TV1 jam 8:00 malam nanti. Ajaklah sekali saudara mara, anak dan isteri untuk sama-sama terpacak depan tv menyaksikan perlawanan yang bakal mencipta sejarah baru dalam dunia bola sepak negara. Inilah peluang untuk berkongsi debaran, kedukaan atau kecerian bersama keluarga. Sukan mampu menyatukan kita semua. Jangan lupa standby sekali kuih dan air kopi. Dah puas menjerit mesti akan kehausan dan kelaparan. Hehehe..

Nota: Kalaulah Malaysia kalah malam ni, ramailah yang akan bertukar menjadi Hulk...huargghhhh

22 comments:

  1. eh komen tadi ilang???

    so komen ni no komen la...

    ReplyDelete
  2. semoga MALAYSIA menang!!
    n semoga saya dpt jwb esk..kekeke^^
    tenkiuuu..

    eh,pic kat header da tak skema:p

    ReplyDelete
  3. cik Mot - bukan hilang... tadi gatal tgn sangat nak edit post.. sekali tersilap tekan delete... habis hilang 1 entry. mujur ada backup kat windows live... sadis betul

    ReplyDelete
  4. alexa yussida - dua2 sedang berjuang... moga kedua2 nya berjaya.

    tak best ah skema sgt..kurang umphhh

    ReplyDelete
  5. takpe...kita doakan moga malaysia menang...

    PROUD TO BE MALAYSIAN...PROUD TO BE ME...owhh korea...:P

    ReplyDelete
  6. salam,

    bertuko jdk 'hulk'... hehe

    tak sabo nak tunggu mlm ni, nk tgk game... :)

    ReplyDelete
  7. Good Luck lah ek team Malaysia...Hope berjaya kan...hehehe ayat terakhir tu kelako lah...kalah jd HULK!!! hehehe

    ReplyDelete
  8. smoga Msia menang..kelebihan 3 gol tu jgn dipersiakan...kalau kalah gak tak tau lah..Malaysia BOleh!!

    ReplyDelete
  9. hehe..hope malaysia menanglaa..hik3..untung mana nk tau kot2 beberapa tahun ag malaysia bleh join FIFA world cup plak..haaa..hee~
    tp..klo malaysia kalah mlm nie..mmg fiqah la org ketiga yg akan jd HULK..ish3..

    ReplyDelete
  10. harap2 menang la malam ni.. ingat nak tengok jugak game kali ni, aritu terlepas.. tau2 je dah menang... rugi pulak rasanya..

    ReplyDelete
  11. moga rezeki negara kita menang malam nie...kita dah pulun habis2an waktu first game hr tu...hrp hari nie dapat kekalkan permainan yang cemerlang...

    ReplyDelete
  12. ehem fokus kat jersi no. 10. :)

    harap2 malaysia menanglah mlm ni. dan harap2 dieorg tak kene serang ngn fanatik indonesia kt sane.

    ReplyDelete
  13. cik Mot - semoga berjaya malam ni

    My Little Diary - kurang dari 3 jam jer lagi..ramai yg tak keluar malam ni sbb nak tgk bola

    Iena farina - yeahhh..malaysia boleh

    man yusoef - harap tiada keputusan diluar dugaan berlaku

    ReplyDelete
  14. Fiqah Alias - sabar sabar, tunggu habis game dulu baru bertukar jadi Hulk

    chekna@mama ziyad - kena tgk tu..jgn lepas peluang

    JP Nurul - mcm tulah harapan rakyat malaysia

    kak Lynn - betul tu..peluang yg datang ni belum tentu kita akan perolehi dimasa depan

    ReplyDelete
  15. Hanisah Safian - tak leh nak kibar sbb dah melekat kemas kat dinding ..haha

    Sricahaya - moga2 mcm tu lah

    Siti Safiyyah - no.10 akan dirantai kemas mlm ni. terpaksa berharap ke midfield utk pecahkan benteng indon

    mama_umar_maryam - harap2 diberi cuti lah sbb malas sgt nak pi keje time musim hujan ni

    aZIEra - boleh boleh

    ReplyDelete
  16. sy pon ad jgk kat atas kepala sy hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi mencoretkan komen