Salam sejahtera..
Bila dah masuk usia 30, perjalanan aku pun bermula. Banyak perkara nak di kejar sekarang. Terasa jangka waktu yg ada terlalu singkat. Dulu sewaktu usia 20an tahu nak enjoy jer. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak kejar itu ini... ngekkkk.. Ada beberapa perkara aku nak lakukan sekarang. Tapi mustahil nak lakukan serentak, satu persatu.
- Beli rumah - Ini impian semua orang
- Beli kereta - Nak cari yg lebih ok dari yg ada sekarang
- Pergi umrah - Selewat-lewatnya tahun depan aku mesti pergi. Dah lama teringin nak berada depan kaabah, nak ziarah makam Rasulullah
- Sambung belajar - Yg ni aku paling membazirkan masa dulu. Dah elok2 belajar tetiba berhenti sbb malas. Kalau tak thn lepas aku dah graduate.
- Kahwin - Yg ni semua duk tunggu2 bila aku nak umukan. Kalau tiada aral akhir tahun ni atau tahun depan. Nanti kad undangan akan ditampal kat blog ni.
Maaf bebanyak kalau aku pernah menulis entry atau komen yg membuat u all terasa hati. Semoga u all sentiasa happy disamping keluarga. Sampai jumpa lagi di lain waktu yg entah bila akan tiba. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ni.