Thursday, September 30, 2010

Membebel Sikit Dipagi Hari

bawah kelopak mata dah naik hitam. kelmarin tido lewat, hari belum tido lagi sejak malam tadi. banyak benda nak kena buat, banyak benda nak dipikirkan.. most important aku pikirkan apa yg aku nak buat selepas ni. bila renung balik hari2 yg dah berlalu, banyaknya kesilapan dah aku buat. tapi kesilapan tu dah tak boleh diperbetulkan. cuma apa yg dah berlaku dijadikan ingatan supaya perkara yg sama dok berulang.

Tuesday, September 28, 2010

Streamyx or Slowmyx

sejak setahun lepas selalu saja aku hadapi masalah dgn line streamyx ni. dah acapkali aku buat report, tetap tak sembuh2. dlm iklan selalu buat promosi bertapa bagusnya streamyx ni tapi hakikatnya cukup membuatkan aku sakit hati. aku pun dah penat mendail nombor 1-300-88-9515 utk mengadu masalah tapi tak settle pun. sampaikan aku dah boleh ingat semua step yg operator akan suruh aku buat. selalu ah aku akan bagitau tak payah ajar semua tu sbb aku dah try buat tapi tetap tak menjadi.

Thursday, September 23, 2010

Hari Raya Aidilfitri 1431H

orang lain dah basi entry pasal hari raya, aku terhegeh2 baru nak buat. lupa ah, asyik duk baca entry raya org lain sampai lupa nak buat entry raya sendiri. so so so sorry kpd yg menanti entry raya dari ku ini...hehehe (perasan ekk). kay, nak citer seba sikit suasana hari raya tahun ni...

Hari Raya Pertama
raya kali ni aku beraya dgn family. ni kali ke 2 aku solat hari raya kat surau taman perumahan. ramai lah jugak kalu nak dibandingkan 20 thn lepas. melimpah ruah surau tu. terjumpa lak kwn2 lama masa sekolah rendah dulu yg dah 16 thn x jumpa. how sweet...teringat masa kecik2 dulu selalu gaduh2, main sama2, pi sekolah sama2, belajar dlm kelas yg sama... lepas solat raya, jalankan dulu sesi bergambar, sambut jiran dtg beraya kat umah, then 1 family pergi beraya umah diaorang lak. lepas solat jumaat, terus pergi umah mak sedara sbb ada open house. actually ada sorang kwn lama buat open house tapi sorry bebanyak sbb aku sibuk sikit ari tu..

Saturday, September 18, 2010

M. Rajoli - Meninggal Dunia

7 April 1945 - 17 September 2010

sedang asyik2 melayan facebook, aku dikejutkan dgn berita kematian pelakon M. Rajoli. setelah beberapa tahun terlantar kerana menghidap kanser kelenjar otak, akhirnya anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini menghembuskan nafas terakhir pada 17 September 2010, pukul 10.45 malam di Hospital Ampang.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H