ada apa dengan 10.10.10? sekali tgk mmg cantik nombor ni tapi apakah yg special sangat? ada sesiapa tahu tak? hik hik hik..ramai yg geleng kepala. mari sini aku nak bagitau.. tutup dulu radio, perlahankan volume dan suruh anak2 diam sekejap. sila baca dgn penuh konsenterasi apa yg aku nak bagitau ni. actually, 10.10.10 itu hanyalah sekadar nombor tanpa membawa sebarang makna apa2. understand.. nombor itu hanyalah tarikh utk hari ini. hari biasa jer. jangan lah korang anggap 10.10.10 ni angka keramat, angka bertuah..karut semua tu...
sekarang kat tv tgh ditayangkan siaran langsung perkhawinan Datuk Sheikh Muzaphar Shukor. biasa2 jer. takderlah nak dikategorikan sebagai wedding of the year. bila dilihat perhiasan dlm dewan tu, agaknya sampai tak angka juta perbelanjaan perkahwinan beliau tu? ada sesiapa tahu? rasanya perkahwinan anak SM Nasimuddin baru2 ni lagi warna warni dan ala2 fairy tale. tapi bila aku lihat klip video perkahwinan anak dia tu, hammm..nak kata mcm mana ek. korang lihat sendirilah video klip tu kat youtube then buat kesimpulan sendiri. hari ni jugak berlangsungnya majlis perkahwinan Datuk Sani Salleh, tokey bas Sani Ekspress. dapatlah undangan tapi aku tak pergi. hohoho.. tadi aku sibuk kat klinik veteriner. buat check-up kucing aku tu..