Sunday, January 22, 2012

Masa Untuk Rehat

Salam sejahtera..

Bila dah masuk usia 30, perjalanan aku pun bermula. Banyak perkara nak di kejar sekarang. Terasa jangka waktu yg ada terlalu singkat. Dulu sewaktu usia 20an tahu nak enjoy jer. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak kejar itu ini... ngekkkk.. Ada beberapa perkara aku nak lakukan sekarang. Tapi mustahil nak lakukan serentak, satu persatu.
  1. Beli rumah - Ini impian semua orang
  2. Beli kereta - Nak cari yg lebih ok dari yg ada sekarang
  3. Pergi umrah - Selewat-lewatnya tahun depan aku mesti pergi. Dah lama teringin nak berada depan kaabah, nak ziarah makam Rasulullah
  4. Sambung belajar - Yg ni aku paling membazirkan masa dulu. Dah elok2 belajar tetiba berhenti sbb malas. Kalau tak thn lepas aku dah graduate. 
  5. Kahwin - Yg ni semua duk tunggu2 bila aku nak umukan. Kalau tiada aral akhir tahun ni atau tahun depan. Nanti kad undangan akan ditampal kat blog ni.
Tak tahu nak tulis apa lagi kat blog ni. Blog akan menyepi selepas entry ni. Maybe untuk seketika atau selamanya blog x berupdate. Aku dah kemalasan nak update blog. Sayang nak delete blog ni sbb byk sangat kenangan. Jadi aku biarkan blog ni terus di awangan utk tatapan sesiapa saja yg sudi lagi singgah selepas ni.

Maaf bebanyak kalau aku pernah menulis entry atau komen yg membuat u all terasa hati. Semoga  u all sentiasa happy disamping keluarga. Sampai jumpa lagi di lain waktu yg entah bila akan tiba. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ni.

Tuesday, December 27, 2011

Penutup Tahun 2011

1st. nak ucapkan terima kasih kpd kawan2 yg sampaikan ucapan hepi besday to me. Mekacih mekacih.. Ku sudah tua maaaa...

Tinggal beberapa hari lagi sebelum masuk tahun 2012. Dah tiba di penghujung tahun ni, malas sesangat nak update blog. Jarang aku terpacak lelama kat blog. Banyak habiskan masa main games jer kalau x der keja nak buat. Kengkawan yg add aku kat fesbuk, dapat ler hai hai kat sana. Status jer online tapi aku ntah ke mana..

Kering idea nak taip apa. Jadi aku tampalkan jer gambar2 masa aku pi seminar minggu lepas kat seremban. Last seminar utk tahun 2011. Nak story panjang lebar tak pandai lah pulak. Jadi biarkan gambar yg bercerita..

Wednesday, December 14, 2011

Fasa Baru Dalam Kehidupan

Today usia melangkah ke angka 30. Don't judge me by my past. I'm not in the past anymore. Accept me for who i am because this is me today. Walaupun aku tak dapat buang jauh2 sikap childish, realitinya itulah diri aku yg sebenar.

Today bertambah lagi usia dan tanggung jawab, menjadikan diri lebih matang menempuh ujian dugaan.

Today Allah telah memendekkan lagi jarak pertemuan denganNya. Semakin kurang tempoh beramal, semakin kubur mempersiapkan tempat untuk aku, semakin bersedia malaikat datang menjemput, semakin dekat masa amalan dihitung dan semakin hampir haruman syurga atau azab neraka.