Tuesday, March 15, 2011

Cuti Sekolah Musim Orang Kahwin

Seminggu sebelum cuti sekolah dah berkeping2 kad kahwin atas meja. Macam2 patern kad dan macam2 warna ada. Bukak satu, anak jiran belakang rumah yang kahwin, bukak satu lagi, jiran hujung sana yang kahwin. Ramai betul yang amik peluang cuti sekolah ni utk melangsungkan perkahwinan. Hari sabtu minggu lepas saja, 5 kenduri kahwin berlangsung serentak. Jadi sebagai memenuhi undangan, terpacaklah aku kat kenduri kahwin sejak dari t/hari sampai petang. Kena pulak hari tu hujan, makin berselera nak makan bila cuaca sejuk. 

Sudah makan sampailah masa utk bersalam dengan tuan rumah sambil hulurkan sekeping duit kertas. Pernah jugak aku hulurkan seringgit jer sebab lupa nak tukar kepada duit kecik sebelum pergi kenduri. Takkan nak kasi seratus, tidak ler. Lain lah kalau kawan2 rapat atau sedara mara yang kahwin. Nak cabut macam tu jer rasa serba salah. Mujur tuan rumah terus masukkan duit tu dlm poket seluar, tak tengok berapa ringgit aku kasi. Hahaha... Balasannya, dapat ler cenderahati dari tuan rumah. Kalau dulu confirm dapat telur sebijik. Sebab sekarang harga telur dah melambung, sebagai gantinya diletakkan gula2, cup cake dan buku yasin.

Tak der ke lawan2 blogger yang kahwin musim cuti sekolah ni? Yang tengah berpacaran eloklah kahwin awal untuk mengelakkan berlakunya maksiat. Biasalah kalau berpacaran ni, mula2 pandang2, pastu pegang2. Yang dah bergelar suami orang pun tapi nak tambah cawangan apa salahnya, ikut sunnah Nabi. Lebih baik kahwin jer dari berskandal sana sini. Tetetete....

39 comments:

ainnoraini said...

1 henget jer..hahaha...
tak pe la janji iklaskan...

JP Nurul said...

tuan pny blog ni bl nak kasi kad kahwin?hehe...

mama wanie said...

singgit ker...dua hinggit ke..janji ikhlas.....

bestnyer boleh makan nasik kenduri..

mama kat sini tak berpeluang ler..kalau balik kampung...ermm ada sj undangan nyer..

deqlis said...

haha...
sebenarnya bg duit tu tak wajib..yg penting mendoakan kebagaian pengantin...tp klu nak kasik kecik tpk tangan, stadium bukit jalik di tadahkan heheh...

ada gak kawan2 sek yg kahwin..tp ada jugak yg tak dpt pergi....

deqlis said...

klik HB 1...
eh lupa tye,,
apesal tetiba blackout tue??

azwa_amani said...

nak kawin jugakkkkk..huhuhu

NOOR FATIN said...

ada je kat sini. hehehe awak bila lak? :P

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sis kawen cuti sekolah ni..jemput lah datang

gadisBunga said...

ai takde skendel, so insyaAllah tak risau pasal maksiat. insyaAllah...hehe~

anyway my bro dah selamat kawen hari ahad lepas. dapat dah sorang adik ipar. yeah!

dLa said...

kenyang makan nasi minyak jela t. hehe

Cik Bidadari said...

singgit jerk... arghhhh... kedekut

NaDia CoMaNeCi said...

org tu bila pulak nak edar kad kawen dia pulak..mana tau sampai ke ganu kita nnt..

lynn angel said...

hihi.. nak tggu si tuan blog punya kad kawin plak.. agak2 warna kad nnt ape yer? pelangi ker?? ^__^

maya amir said...

musim kan skang... bile cuti sekolah jek, sampai 3-4 jemputan..

cek chun said...

aku penah tak sua sebab takde wet kecik.
mujoq pi dengan kawan.
masuk dalam envelop raya cina lak tu.adehhhh

sissyira said...

salam...

kita bila nk kawin...

MataHati @ MH said...

ainnoraini - betul..pemberian biarlah ikhlas..

JP Nurul - err,,,coming soon

MataHati @ MH said...

mama wanie - singgit pun singgit lah..huhu
suka makan gulai daging kat kenduri. keenakkan rasanya langsung tak sama dgn yg dijual kat kedai mkn.

deqlis - tak wajib tapi dah jadi mcm 1 kemestian bagi masyarakat kita...

blackout kes fius terbakar...

MataHati @ MH said...

azwa_amani - cepat2 kawin

NOOR FATIN - err..nantilah sya kasi kad jemputan. coming soon

MataHati @ MH said...

sis LM - baik sis.. nanti sent kad jemputan tu

GB - jauhkan diri dari skandal.. tahniah dpt adik ipar. tunggu GB dpt suami lak...hehhee

MataHati @ MH said...

dLa - mcm tu ler sepanjang cuti sekolah ni.. hari2 ada kenduri

Cik Bidadari - boleh lah dari tak bagi langsung. bayangkan kalau seringgit masih guna duit syiling..naya ..haha

MataHati @ MH said...

NaDia CoMaNeCi - err...coming soon lah :)

lynn angel - ish ish...kad kawin sya nanti warna emas.. jemput dtg kay.. :)

MataHati @ MH said...

maya amir - sya punya sepanjang minggu ni penuh dgn undangan majlis kahwin..huwaaa...

cek chun - kalau pi dgn kwn bolehlah cover. tapi kalu sensorang, x boleh blah mcm tu jer...singgit pun jadilah

sissyira - nanti kita kahwin lah.. coming soon

Lieynanilaz said...

banyaknya kad jemputan...pegi semua ke tu?

=sz= said...

kawan2 saya ramai dah selamat mendirikan masjid ...

yang menambah cawangan takde la dengar plak ;p

Anis Akhir said...

mmg musim org kawen...ari sabtu aritu, 2 kenduri sy pegi... sorg 2 pupu kawen, sorg lagi anak kwn ayah... :)

~ Miss PIJAOSIX~ said...

tang nak tambah cawangan tu tak tahan sikit...hihi

kella said...

haaa... mesti ada gak org yg tanya... "kamu bila pulak nak kasi kad.." kan? kan?

:) jgn mrah ya, gurau gurau.. :)

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

alexa yussida said...

nak tunggu tuan punye belog kasi kad kawen :D

MataHati @ MH said...

Lieynanila - tak semua sebab banyak yg berjalan serentak dlm sehari

MataHati @ MH said...

=sz= - alhamdulillah, semakin bertambah masjid yg terbina

tambah cawangan tu biasanya dibuat senyap2 jer..hehe

MataHati @ MH said...

Anis Akhir - cuti sekolah dan kenduri kahwin mmg x dpt dipisahkan. cuma kadang2 kalau terlalu byk mkn lauk, cirit birit jadinya

MataHati @ MH said...

Miss PIJAOSIX - huhuhu...jgn tambah cawangan sbb belum tentu dpt jaga dgn baik

MataHati @ MH said...

kella - aiyarkkk...selalunya sya jawab, sabar menanti..huhu

MataHati @ MH said...

Afzainizam - betul tapi bengantung kepada keadaan. kalau 3-4 tempat berjalan serentak, pilihlah yg terdekat dan yg kamu betul kenali orgnya

MataHati @ MH said...

alexa yussida - coming soon.. :)

i am S!L4H.. said...

sy x dpt jemputan pon. whoaaa
x de sape nk bg mkn nsik minyak ke?
T__T

MataHati @ MH said...

duduk jauh sgt kot. sbb tu x sampai kad jemputan