Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

Monday, February 07, 2011

Seindah Bahasa Semanis Bicara

Tengah asyik belek newspaper, terbaca tentang lagu baru kumpulan Fair yang memperjuangkan genre rock kapak. Bila dengar, syok jugak lagu ni. Tak sangka ada lagi lagu baru yang mengunakan genre slow rock. Dah boring asyik dengar lagu sekarang yang ntah apahapa ntah. So kepada yang berjiwa rock, boleh layan lagu baru ni. Aku baru dengar sekali pun dah layan kepala. Layan layan jugak, jangan sampai melalaikan..hohoho


sumber: http://faircomeback.wordpress.com/

Friday, November 26, 2010

Lagu Kita Zaman Budak-Budak Dulu

Korang masih ingat tak lagu masa kita kecik-kecik dulu. Dulu kan banyak lagu rakyat yang biasa kita nyanyi dengan kawan-kawan. Salah satu lagu yang aku suka dengar masa kecik-kecik dulu ialah lagu 'Di Malam Yang Sepi'. Tentu korang pernah nyanyi lagu ni kan. Tapi ada jugak yang dah lupa. Tak per takper, nanti aku refresh balik memory lama. Satu kenangan yang tak boleh aku lupa bila mak selalu nyanyikan lagu ni masa nak dodoikan anaknya. Kadang-kadang mata anakanda tercinta masih lagi terbuka luas, mak dah tertido sebelum sempat habiskan lagu. Ahakss!!

Jom, apa kata di waktu ini kita relekskan fikiran. Stop dulu buat kerja, yang lelaki pun lambat lagi nak pergi solat jumaat. Sementara menunggu waktu keluar untuk lunch ataupun bergerak ke masjid, jom kita ramai-ramai nyanyi lagu ni. Kembalikan nostalgia zaman budak-budak dulu. Aku tak tahu samada budak zaman sekarang tahu tak kewujudan lagu ni. Ini versi yang selalu aku, mak dan kawan-kawan nyanyikan masa dulu.

Di malam yang sepi pi pi
Pak Mat jual topi
Topinya koyak yak yak
Pak Mat jual tempoyak
Tempoyaknya basi si si
Pak Mat jual nasi
Nasinya enak nak nak
Pak Mat jual anak
Anaknya hilang lang lang
Pak Mat jual gelang
Gelangnya patah tah tah
Pak Mat jual getah
Getahnya putus tus tus
Pak Mat terus mampos

Tapi kalau nyanyi lagu ni masa nak main kejar-kejar, ada sedikit lagi tambahan senikata lagu yang dinyanyikan secara beramai-ramai. Masa part ni dinyanyikan, semuanya dah standby nak lari.

Sunday, October 10, 2010

Lagu Dari Ku Yang Gila-Gila: Anak Ayam


sunday blues..aku tgh tension menunggu adik yg tak sampai. tgh layan2 kenangan lama, teringat kat lagu "anak ayam" yg pernah dinyanyikan masa kat darjah 1 dulu. lagu lagenda budok sekolah. bila nyanyi lagu ni, terasa mcm ada kena mengena dgn gelagat mak ayah kat pasaraya. of coz lah kan sbb bila jer ada jualan murah, confirm akan ada pengumuman yg dibuat oleh pihak pasaraya mengenai anak yg hilang. acap kali aku terfikir, siapa yg hilang sebenarnya. anak atau maknya? sometimes mak tgh asyik sgt membelek barang itu ini sampai terlupa anak kat sebelah. tahu2 jer anak dah lesap...