Friday, November 12, 2010

Contact Lens - Acuvue Moist

Nota: Entry ini akan melekat selama 48 jam. Sila scroll ke bawah untuk baca entry terkini...

Acuvue, jenama utama dalam pembuatan contact lens. Berdasarkan pengalaman aku yang pernah menggunakan jenama Acuvue ini, mata memang terasa nyaman dan selesa sepanjang tempoh memakainya. Tak kira lah jua aktiviti yang dilakukan seperti bermain badminton, futsal atau melakukan aktiviti olahraga, contact lens Acuvue ni tidak sesekali menganggu penglihatan. Sempena Buffered Earnings ke-14 yang baru diperolehi, aku ingin syorkan kepada individu yang mempunyai masalah penglihatan dan berhajat untuk menggunakan contact lens, boleh lah dapatkan jenama Acuvue ini di kedai optometrist terpilih. Tapi sebelum itu sila lakukan pemeriksaan mata terlebih dahulu. Ini penting untuk memastikan samada mata anda sesuai atau tidak memakai contact lens.

Sempena pengenalan produk baru, Acuvue ada menawarkan contact lens percuma untuk tempoh percubaan selama 3 hari. Yang berminat boleh klik iklan Acuvue dan isi maklumat seperti yang dipinta. Selain itu, anda juga boleh menyertai peraduan anjuran Acuvue. Syarat penyertaan cukup mudah dan hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Hadiah utama adalah percutian ke Gold Coast, Australia untuk 2 orang. Wahh!!! bestnya.  Tak cukup dengan itu, Acuvue juga menawarkan hadiah mingguan berupa bekalan selama 3 bulan produk Acuvue Moist. Lumayan kan? Jadi tunggu apa lagi, sertailah segera..




Kalau disebut kanta lekap atau kanta sentuh pasti ada yang tergaru-garu kepala mencari apa maksudnya, tapi kalau disebut contact lens laju jer kita semua menganggukkan kepala. Biasalah, penggunaan bahasa inggeris bagi kanta lekap ini lebih popular dan digunakan secara meluas dalam iklan atau dalam percakapan seharian.

Ini bukanlah mata penulis blog. Mata ku berwarna coklat 
dan bukannya biru mata hitam ku.. ahak ahak ahak

Siapa diantara pembaca blog ini yang menggunakan contact lens? Janganlah malu-malu kucing nak angkat jari sebab penulis blog sendiri pun memakai contact lens. Masa kini, penggunaan contact lens lebih menjadi pilihan berbanding cermin mata. Bagi aku, antara 3 sebab mengapa menggunakan contact lens ...
  1. Selesa bila melakukan aktiviti sukan. Tak payah nak memikirkan risiko tercabut seperti ketika memakai cermin mata
  2. Kawasan penglihatan lebih luas berbanding penggunaan cermin mata yang ada waktunya terganggu dengan bingkai. Kalau memakai cermin mata tanpa bingkai pun tetap akan terganggu sebab kanta cermin mata hanya memfokuskan penglihatan arah depan, bukan dari sisi tepi
  3. Nampak lebih kemas dan bergaya. Yang ini bukan perasan ekk, memang betul pun. Cuba tanya gadis-gadis melayu diluar sana, memang mereka akan mengiyakan kenyataan ini :-)
Kini, selain sebagai alternatif untuk mengatasi masalah kurang penglihatan (rabun), contact lens juga kini dianggap sebagai fesyen yang menyerlahkan lagi penampilan terutama bagi mereka yang menggunakan  contact lens berwarna berwarna. Contact lens berwarna ini boleh mendatangkan keburukan kepada mata kerana ramai diluar sana membelinya dari penjual tidak bertauliah tanpa merujuk terlebih dahulu kepada optometrist. Penjual yang tidak bertauliah manalah yang akan mengatakan produk jualan mereka boleh mendatangkan kesan buruk di masa akan datang kerana yang matlamat utama mereka adalah keuntungan semata-mata. Siapalah yang nak rugi dalam perniagaan.

Sebelum menggunakan contact lens, pengguna haruslah melakukan pemeriksaan mata yang menyeluruh termasuk kornea dan pemilihan kanta lekap yang sesuai mengikut nasihat dari optometrist. Pakar mata ini akan memberi tunjuk ajar dan nasihat tentang penggunaan dan penjagaan contact lens yang betul.

25 comments:

ibuayahdamia said...

wah....nampak menarik...tapi takutlah nak pakai contact lens...walaupun nampak cantik

Mata Hati said...

saya pun mula2 mcm tu gak. lepas 2-3x pakai dah hilang rasa takut tu. yg penting kena tahu cara penjagaan contact lens ni dan cara pemakaian yg betul..

ozzy said...

salam..

Tawaran menarik ..x pernah lagi pakai apa2 contact lens ni.

Mata Hati said...

cubalah..dapatkan dulu pemeriksaan dan nasihat dari optometrist

azwa_amani said...

amani memang nak uat cntct lens....tapi takut lahh...aritu kawan, kene operate mata sebb cntct lens...

po0h... said...

aah..takot..mber kta pun kna operate gak sbb cl..g pun cam leceh je nak kai..kai spek ag senang=)

Mata Hati said...

azwa_amani, po0h - kena tahu teknik pemakaian dan penjagaan contact lens. saya alhamdulilah setekat ni belum ada apa2 kesan buruk lagi. kalau tak ke mana2 baik pakai spek mata jer.. kecuali nak bersukan baru pakai contact lens

azwa_amani said...

okey..amani ikut suggestion mata hati...memng niat tu dah ade..sebb amani nie lasak..selalu uat aktiviti luar...kdg2 xleh pakai spek..so...sush..x nmpk...huhuhuhu..mekasih mata hati,

Nour Eyza said...

betullah! saya pun pakai lens.. sebab ia lebih best.. rsa macam mata sebenar je.. lg pun klu pki tudung molek sikit klu pki lens..heeeee

Mata Hati said...

azwa_amani - ;)

Nour Eyza - saya suka pink colour..huhu

tieha ismail said...

alah...ingt jual jual baju tuh..huhuhu...baju tuh cun !...wink... cmner nk pakai lens? x pandai...hueewwaa ! eh tenkiu eh folo tieha...tieha dh folo balik !

Mata Hati said...

ok..sama-sama

Tomato Gurl's Life said...

ciktom pakai spek tp xpernah pakai lens..adik je yg biasa pakai..xberani la..hehe..

n3 yg bagus..ni kira join contest ke?kalo ye good luck!

Mata Hati said...

saya tak join lah cik tom.. jarang sgt join contest sbb takder luck

penaberkala said...

pergh, dapat ads ka?

dah isi form, tak print lg resit
takut gak nk pkai lens sbb tak biasa

btw, salam kenal bro
thanks sbb follow

Nour Eyza said...

suka pink? lenas pink? sy pki yg natural je xde color dan ada power sbb klu x pki lens atau spek akan tak nampak kot..hehehehe

Pencacai Alim said...

ngeri nk pakai contact lens..

Nur Misnan said...

salam..
jika mata tak sesuai dan kering
better elakkan.. biar ler tak nampak cantik
asalkan mata kita selamat..

teringat kawan chinese kena operation
gara2 lens dia kena bacteria
tak pasal2 bertampal mata tuh seminggu...

p.s. make sure tgn selalu kena bersih dari habuk sblm memegang lens

Mata Hati said...

contact lens mmg ada positif dan negatif penggunannya. sesiapa yg belum mempunyai masalah penglihatan, better jaga baik2 mata tu.

fiza kamil said...

fiza baru tingin nk pakai cont lens ni..adehhh.. tapi tgk kawan2 ckp smpai ad operate2..trus berpikir lg n lg..

Mata Hati said...

bagai saya pakai cermin mata lebih selesa kecuali nak bersukan, baru pakai contact lens

Contact Lenses said...
This comment has been removed by the author.
Mata Hati said...

Thanks

Anonymous said...

I гead this pагagгaph cοmpletely on the topic of thе cоmρarіsοn of most recent anԁ previous tесhnologies, it's remarkable article.

Here is my web page :: hcg drops

Anonymous said...

Ιt is not mу first timе to visit this site,
i аm visіtіng this ѕitе
dailly and obtain good fаcts from here every day.


Alѕo visіt my web blog :: oral hcg