Dah senja baru aku nak belek newspaper. Tengah belek myMetro tadi, ternampak gambar blogger popular ni terpampang di muka utama akhbar. Wartawan pun dah teruja nak siarkan kisah blogger yang comel ni. Psstt, aku bukan suka sangat baca myMetro ni sebab banyak tulis artikel merapu dan berita sensasi untuk naikkan rating newapaper. Kalau tak paparkan pasal masalah dalam kelambu rumahtangga dan jenayah seks, memang tak sah.
Siapa tak kenal Hanis Zalikha ni. Kebanyakan blog yang aku terjah meletakkan inibelogsaya.blogspot.com dalam list blog pilihan mereka. Rata-rata blogger remaja menjadikan si comel ni sebagai idola. Memang terhangat dipasaran sekarang ni sampai Tok Ti pun kalah dengan populariti Hanis Zalikha dalam search engine Google. 15,392 follower dan 16,000 pengunjung sehari memang pencapaian yang terbaik setakat ini. Lebih-lebih lagi kejayaan ini dicapai dalam masa 2 tahun berblogging. Pertama kali aku terjah blog dia, masa tu followernya dah beratus orang berbanding sekarang dah belasan ribu. Mencanak naik populariti blog dia ni. Agak2 nya kan, mesti dah beribu riban pendapatan nuffnang dia dalam sebulan...huhuhu
Ada sesiapa nak tahu tak tips untuk berjaya macam Hanis Zalikha ni? Nanti pergi bertanya pada tuan punya badan sendiri ekk. Tapi yang boleh aku bagitau, dia ada aura tersendiri yang mampu menaikkan namanya dalam dunia blog. Selain rupa yang comel, gaya penulisannya juga bagus. Tapi aku lebih sukakan gaya penulisannya berbanding rupanya. Kalau korang pun menanam impian nak jadi macam Hanis Zulikha, korang patut perhatikan macam mana gaya dia menulis dan apa topik yang dipaparkan hingga mampu membuatkan pengunjung jatuh hati.
Opss!! kenapa aku tak letakkan blog2 popular dalam senarai blog pilihan aku? Tak minat lah. Lagi pun jarang-jarang sekali baru aku singgah kat blog diaorang ni. Itu pun bila rasa nak klik pada list blogger kat blog orang lain. Ahaks!! Better aku letakkan link blog kawan-kawan yang aku suka singgah. Blog2 popular ni aku letakkan saja kat page blogger link.
23 comments:
dia cantik, mmglg smua ske, cuba klau penulis blog tu xde rupa, ader org nk ke blog dier? tp bg sye, penulisannye, yg BM, xsmua sye msuk tp yg BI, smua sye msuk, hikhik...
hurmm...samalah kita...saya pun tak suka nak buh blog2 orang popular kat blog pilihan....
sebab jarang sekali p...p pun bila terklik2 cam kamu la bro...
bukan per, kita jek hegeh2 p blog orang popular...derang tu takdenya nak bw seme bagai...sebab derang dah masyuk...tak wat kunjungan hormat pun apa de hal kan...hahaha...
baik saya listkan blog yang hari2 saya jenguk...lagi berbaloi...ekekek...
pepun hanis zalikha memang terbaik...cayalah....kagum dengan beliau...
(psst...betul kata ayuni...blog orang cantik, seme orang nak masuk, walaupun tak baca...cam blog irine, fatin liyana...cuma tak cantik???nan ado orang pandang...huhu...beselah manusia...
erkk...panjang lak komen sini, leh wat entry lain dah rasa ni..sori bro...lets the finger do da talking kan...bak kata kawan saya tuuuu...
Ayuni - biasalah, adat duni. kalau cantik mesti ramai orang suka, ramai orang puji. kalau tak cantik, nak pandang sebelah mata pun berfikir 2x.
kalau BI memang saya tak berapa masyuk. kena standby kamus kat depan sbb masih byk lagi kena polish. setakat nak tulis bahasa rojak boleh lah. nak speaking pun tersekat-sekat menyusun ayat yg betul..haha
cik Mot - macam orang politik lah. sebelum pilihanraya hari2 boleh nampak muka. siap boleh makan sekali kat kedai kopi, solat berjemaah at masjid. bila dah menang, seminggu sekali pun susah nak nampak batang hidung.
samalah mcm cik Mot..saya lebih suka listkan blog kawan2 dari listkan blog2 popular. dengan kawan2 kita boleh saling membantu, komen mengomen, bertukar pendapat.
yup, dia memang terbaik. ada pakej untuk jadi popular. tapi lagi suka kalau dia mengenakan tudung. nampak lebih manis dan ayu
bro, kita ni cam jauh hati jek...hahaha...
tapi suka la ayat cam blog politik...itu semestinya megi...
mula2 kenalah pancing undi...lama2 nan ado la...diam terus...up satu, blah...
sok up satu lagi...blah jugak...:p
hari ni sume pn buat entry ttg hanis zalikha..betapa hebatnye dia..
Setuju sangat dengan awak.
saya hanya letakkan link blogger dalam list saya hanya pada blogger yang saya selalu singgah baca diorang punya blog je.
blog orang popular ni kalau bukan saya rajin singgah saya takkan letak list biarlah popular mana pun orang tu ^_^
depa dah pemes. takyh la nak letak list. semua bloggers dah tau url nyer. yg kekawan selalu jengah kita yg patutnya di listkan.
my 2cent view :)
haah..sy pun br jumpa gak blog hanis nih..ptt la cantik, mak dia bekas model..mak dia pun ada blog jgk tau hehhe
hanis zalikha komen sy dier mmg cantik... follow blog dier tp jrng dpt wat kunjungan ke sana... tp lbh rajin BW kat blog mber2 yg sll wat kunjungan balas... :)
dah lama follow blog hanis ngan mamanya..tapi setakat follow jer lah..langsung tak keep in touch..huhu..
she knows how to make people love her ye :) kalau penulisan secantik rupa, itu anugerah.. tp klu rupa ada, penulisan asik guna harsh words, what to say? watever it is, nowadays people are free to write anything, especially in virtual world, readers/followers are just enjoying what they read, but to judge? maybe, i say maybe, only part of us will do that but others will say 'let them be'.. just sharing my opinion :)
blog popular boleh dijadikan panduan untuk mendapat traffic seperti beliau..
masing2 punyai kelebihan.. cuma untuk cari dan papar kelebihan utk tarik pelawat itu yg agak sukar..
bila sop boleh jadi cam dia.. huhuhu
cik Mot - jgn ler jauh2 hati mcm tu. nanti hati cik Mot lari, susah nak cari balik.
whatever, kebanyakan ahli politik mmg mcm tu..pandai memancing tapi tak pandai memasak hasil pancingan
fatin - ohh ye ker..^^
MY HEART - tak per lah, eratkan dulu persahabatan dgn blogger yg ada.. mereka lah yg memberi support kpd blog anda selama ini
cek chun - terpulang kpd individu.. :)
e.l.i.z.@ - bukan mak dia jer, adik2 dia pun semua ada blog.. boleh dikatakan, keluarga blog ^^
hajarus - lebih baik kita menghargai supporter blog kita.. tanpa mereka, sunyi jer rasa blog kita tu
ibuayahdamia - saya pun dah lama kenal blog dia tapi jarang pergi kat sana
nurHeart - for me, penulisan dia adalah yg terbaik. wajah comel adalah pakej tambahan utk menarik pengunjung
Sop - setuju dengan sop.. suatu hari nanti mesti sop dpt ikut jejak langkah kejayaan cik hanis ni
bekas awek saya...hahaha
dasat tu....
Salam..
Sahabat adalah mereka yg sentiasa singgah ke blog kita...dtg komen dan sokong jatuh bangun kita.blog popular ada sokong kita tak?huhu
salam..dtg mnyampuk...entahlah..kekdng fkr popular tgk n3 sama cam kite2 jer...kekdng fkr lg bgs n3 kita2 nie kan..kan..kan :)
mmg suka penulisannya..tapi tak slalu dtg blog dia..
sis LM - fikir-fikirkan
Iena farina - maybe ada kelebihannya yg kita tak nampak^^
Nafisa81 - gaya penceritaannya boleh tahan
Post a Comment