Saturday, September 18, 2010

M. Rajoli - Meninggal Dunia

7 April 1945 - 17 September 2010

sedang asyik2 melayan facebook, aku dikejutkan dgn berita kematian pelakon M. Rajoli. setelah beberapa tahun terlantar kerana menghidap kanser kelenjar otak, akhirnya anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini menghembuskan nafas terakhir pada 17 September 2010, pukul 10.45 malam di Hospital Ampang.

M. Rajoli cukup aku minati lakonannya sejak aku masih bersekolah lagi. pelakon serba boleh, berilah apa saja watak kepadanya pasti semuanya boleh disempurnakannya dgn cukup baik. aku paling suka bila dia melakonkan watak komedi dan orang alim. apa pun dia dah tiada. yang pergi takkan kembali. aku pasti akan merindui lakonannya.

Al-Fatihah...

sumber : Kosmo!

2 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam..lama tak kesini..semoga roh arwah dicucuri rahmat..amin

Unknown said...

aweee....lamanya x jumpa..hehe

moga2 mcm tu lah. semoga rohnya dicucuri rahmat