Thursday, September 23, 2010

Hari Raya Aidilfitri 1431H

orang lain dah basi entry pasal hari raya, aku terhegeh2 baru nak buat. lupa ah, asyik duk baca entry raya org lain sampai lupa nak buat entry raya sendiri. so so so sorry kpd yg menanti entry raya dari ku ini...hehehe (perasan ekk). kay, nak citer seba sikit suasana hari raya tahun ni...

Hari Raya Pertama
raya kali ni aku beraya dgn family. ni kali ke 2 aku solat hari raya kat surau taman perumahan. ramai lah jugak kalu nak dibandingkan 20 thn lepas. melimpah ruah surau tu. terjumpa lak kwn2 lama masa sekolah rendah dulu yg dah 16 thn x jumpa. how sweet...teringat masa kecik2 dulu selalu gaduh2, main sama2, pi sekolah sama2, belajar dlm kelas yg sama... lepas solat raya, jalankan dulu sesi bergambar, sambut jiran dtg beraya kat umah, then 1 family pergi beraya umah diaorang lak. lepas solat jumaat, terus pergi umah mak sedara sbb ada open house. actually ada sorang kwn lama buat open house tapi sorry bebanyak sbb aku sibuk sikit ari tu..


Hari Raya ke2
bangun pagi, pergi beraya kat umah sedara2 tepi umah tok. pastu terpacak kat umah tunggu tetamu dtg sampai masuk waktu zohor. then pergi umah mak sedara lagi, kali ni open house gak. tersadai lah kat umah mak sedara sampai lewat ptg. x banyak jln2 utk hari ke2 ni..

Hari Raya ke3
mcm hari sebelumnya, pagi mesti melekat kat umah tunggu tetamu yg x pernah putus2 dtg. lepas zohor bergerak ke umah mak sedara yg sorang lagi. yg ni pun wat open house. asyik mkn jer keja aku. then pergi beraya kat umah sorang kwn lama. dah dekat 2 thn x jumpa...perangai dia x pernah berubah, gila2 mcm dulu gak walaupun rambut dah bertukar putih..

Hari Raya ke 4
aku balik ke rumah family sbb ramai sedara mara nak dtg beraya kat rumah. kira open house lah tu. byk pulak mak masak ari tu. alhamdulillah, habis licin. nyumm nyumm... sempat lah jugak aku pi beraya kat umah mek na, kwn lama masa sekolah dulu. mlm sebelumnya dia dah hantar mesej paksa aku dtg beraya kat umah dia..kejam kejam..hahaha. 


tu jer cerita hari raya aku, sampai raya ke 4 dah ler. hari ke 5 dgn rasminya tamat hari raya... x best pun raya kali ni, sama mcm tahun2 sebelumnya. rasa sunyi jer.. sikit pun x terasa nak beraya. kan best kalu bulan ramadhan berpanjangan. oh yer, ramadan kali ni aku buat rekod x pergi sekali pun ke bazar ramadan dan jugak buat thn ke-2 aku tak kasi duit raya kat bebudak2. lupa nak tukar duit sebenarnya. next year lah baru kasi. teringat kisah beberapa thn dulu masa aku kasi duit kat sorang budak kampung. dgn selamber jer tunjuk muka x puas hati bila aku kasi seringgit, siap sound lagi.."seriyal jer?" alahai budak skrg, mata duitan betul.. zaman aku dulu dpt 20 sen pun dah cukup gembira..

6 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

nape tema lain? heheh

suzieapai said...

heheheeeeee....akak pun biru jugok...

cahntek gambo2 raya tu..potograper sendiri bulis la...

slmt ari raya...

Unknown said...

Hawa - lupa amik baju kat kedai....sadisss

Unknown said...

SUZIE APAI - ohhh..u look blue lah...

camat ari rayer jugok..

Awek Neskepe said...

raye kan sebulan~! keke..^_^

Unknown said...

sebulan utk yg belum puas beraya....hekkkk2 huhuhu