Tuesday, June 28, 2011

Mengapa Harus Berebut Jawatan Pemimpin?

Kisah Umar bin Abdul Aziz - sejurus selepas beliau dilantik menjadi khalifah, dia menghilang diri dan tidak kelihatan di khalayak ramai selama 2 hari. Seseorang bertanya pada anak Umar, "di mana ayah kamu?" anaknya menjawab, "semenjak dia dilantik menjadi khalifah, dia menjadi terlalu takut sehinggakan berkurung di dalam bilik. Dia menangis setiap masa sehingga saya lihat janggutnya sentiasa basah dengan air mata.

Zaman sekarang jawatan pemimpin jadi idaman dan rebutan. Sanggup bermatian matian menindas dan menjatuhkan orang lain untuk merebutnya.

Hendak berlaku adil dalam kepimipinan dan pemerintahan saperti yang di kehendaki oleh Allah bukanlah mudah. Sedangkan pemimpin dan pemerintah yang tidak adil, akan di rejam ke dalam neraka. Dalam sejarah dunia, hanya beberapa kerat sahaja pemimpin yang adil, yakni yang layak untuk ke Syurga. Selain mereka, semuanya ke neraka. 

Apakah kita suka kiranya jawatan pemimpin itu membukakan pintu neraka untuk kita? Tidak, bukan? Sebab itu, takutlah pada Allah kiranya kita tercalon untuk jadi pemimpin. Sebab umumnya ramai pemimpin gagal dalam tugasnya. Lihat dunia di sekeliling, mana ada lagi pemimpin dan pemerintah yang adil. Di akhir zaman ini adalah satu pembohongan jika ada pihak yang melaungkan dia boleh memimpin dan memerintah lebih adil dari pemerintah yang ada.

Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sulit. Orang yang ingat Allah akan rasa tidak munasabah untuk merebut jawatan pemimpin. Kalau ada orang yang lebih baik hendak ambil jawatan pemimpin dari kita, kita sepatutnya bersyukur. Ibarat kita di suruh panjat pokok kelapa? Bahaya kan? Kalaulah ada orang lain boleh panjat, kita rasa lega. Demikianlah untuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa.

sumber:  blogtokwan.blogspot.com

Nota: Semalam aku diarahkan turut serta dlm serbuan ke asrama kediaman siswa/siswi. Budak2 sekarang mmg tak tahu hargai kemudahan yg diberikan. Baru seminggu dua mendaftar masuk ke universiti, dah pecah pintu bilik ditendangnya.. Ganas betul...

29 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

pelajar...student..tapi akal mcm x belajar..:)

Ayuni said...

hm, sye pun student jugak, sye x setuju org ckp "student, tp akal mcm x belajar", tolong ye jg bhs anda, sye tahu students skang x smestinye xde akal, mslhnye kdg2 pihak asram ayg x phm students. Kepada en Mata Hati, sila alert ek, yg pintu pecah tu mesti pintu tu dh retak x pun kunci pintu tu dh rosak. jgn ckp semua slh student, pihak pengiurusan asrama pun salah, mslhnye kitorh byr yuran, kitorg berhak dpt apa yg kitorg byr, yg mkn gaji buta siapa? tahu tuduh students je tp x siasat dlu! kalau kitorg x bayar yuran camne?

MataHati @ MH said...

Mrs.Eady - sebilangan kecil je yg ekstrem sikit

Ayuni said...

xde yg ekstrem, pintu tu yg rosak, pihak pengurusan yg x amik tau, tu mesti report dr sem lps lagi pengurusan asrama wat dek je....percayalah, student lg tau!

waRDah a.k.a QiQi said...

setuju!!

jadi pemimpin tak mudah..
dalam kita cuba memimpin org lain, kdg2 tewas memimpin diri sendiri...

oh Allah.. please forgive me.. (T_T)

tersalah langkah akn mmbuat kte menyesal selamanya......

MataHati @ MH said...

Ayuni - ler..cool cool..

dlm kes smlm, student tu salah sbb amik keputusan drastik mcm tu. blok dia sya sendiri yg check sebelum benarkan student baru masuk. pintu tu ok jer tanpa sebarang keretakan sehinggalah smlm. pasal yg lain2 tu sya x leh komen sbb x brp arif sgt.
kalau x nak byr yuran asrama, kan boleh pilih stay kat rumah sewa.. :)

dlm hal keje ni, nak salahkan 100% pada satu pihak x leh jugak. masing2 kena tahu tanggungjawab sendiri.. apa yg perlu dibuat, apa yg x boleh dibuat..

Ayuni said...

sye dikalangan students yg mmg ikut peraturan n sgt sakit hati kalau pihak pengurusan selalu slhkn students. Mmg bleh dok kat luar mcm dulu tp kalau ader kes, student kne rogol ke, universiti jugak yg susah kn?

azwa amani said...

tu mesti kes kunci tertinggal kat dalam. lepastu malas nak berhadapn dengan felo pastu kena denda...

jadilah mahasiswa/i yang cemerlang akademik dan akhlak...

:)

MataHati @ MH said...

tu lah.. setiap tempat ada positif dan negatif. pihak pengurusan lagi tertekan bila pihak berkenaan pertikaikan bila minta peruntukan utk ganti itu ini yg baru. student pulak salahkan pengurusan bila tak bagi apa yg sepetutnya, dan pihak pengurusan akan salahkan student bila terjadi hal mcm ni sbb peruntukan ciput utk gantikan yg baru.. semua ni mcm pusingan roda..

Ayuni said...

hm, sye xde rungutan terhadap pihak pengurusan tp dulu pernah terkena dengan seorang pegawai pengurusan yang tidak professional. Jadi sye sgtlah berharap pihak pengurusan yang baru nie lagi professional dari dahulu. Sye mmg ikut peraturan n tak pernah bodek pihak pengurusan mcm yg lain tu. Cukup bersyukur walaupun dapat tingkat 3 di hostel yg lamer sem dpn, bln 9 nie......

MataHati @ MH said...

bukan semua dlm organisasi mempunyai sikap yg sama. ada yg memahami, ada yg x memahami. so, yg x mehahami tu, jgn layan dia. cuba mengadu kat yg betul2 memahami masalah student..

nanti dtg mengadu kat sya.. err, sya kat kampus kota. boleh mengadu kat pengurus asrama yg baru..

Ayuni said...

hikhik, thanx....

Andrik McVean said...

best entry nie..pengajaran kpd semua pemimpin

gadisBunga said...

ni mesti kalau masuk asrama siswi...diorg berlari-larian mencari towel untuk tutup kepala.

ye tak?

ke tak?

sebab dulu saya macam tu. heheh~

MataHati @ MH said...

Andrik McVean - mana yg elok ambil jadi panduan

GB - yer..betul betul... sekali sya naik, habis berterabur rakyat jelata lari menyelamatkan diri

maya amir said...

mesti budak2 tu walaupun bertempiaran lari tgk org laki dtg check tp mata tetap ushar ensem x mamat tu?ensem x? hehe

MataHati @ MH said...

hehehe...x lah. konpem budak2 x nak ushar sbb lelaki tu x menarik langsung utk dipandang

nurHeart said...

klu prosedur yg sedia ada kurang bkesan, hve to come up with new prosedure then, fitrah manusia saling mcari ksalahan, itu normal :)

i rather be a follower than to be a leader - admit my weakness, but show my strength ;)

MataHati @ MH said...

agree.. :)

kella said...

bila dah dapat jadi pemimpin itu adalah satu ujian dari Allah juga.. seharusnya menggunakan kelebihan yang ada itu sebagai tonggak ke arah matlamat yang betul! bukan salahgunakan! hmmm...
dan lagi satu.. jgn mudah putus asa!

MataHati @ MH said...

tanggungjawab seorang pemimpin terlalu berat tapi ramai yg buat tak kisah... yg ptg dpt kuasa

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy buat mudguard dari fibreglass

eeemmmmm panas topik ni but bagi saya.. nak jadi pemimpin ni susah semua akan dipertanggungjawabkan

Allah berfirman :

" Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak.Mereka itu mendapat azab yang pedih" Asy Syuura:42

Nabi bersabda :( Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu dipertanggungjawab atas apa yang dipimpin nya) Al Bukhari: 893 Muslim: 1829

Nabi bersabda :( Sesiapa pemerintah yang menipu rakyatnya maka dia di neraka ) Al Bukhari: 7151,Muslim: 142

Telah berkata Muhammad bin Jumadah, dari A'tiah, dari Abi Sa'id Al Khudri Marfu'an :( Sepedih-pedih azab keatas manusia di hari akhirat pemimpin yang zalim ) Al tarmizi : 1329, Ahmad:3/22

Nabi bersabda :( Tiga doa yang mustajab tanpa syak padanya: doa orang yang dizalimi, dan doa orang yang bermusafir,dan doa kedua ibu bapa kepada anak-anaknya) Sanad nya kuat : Abu Daud:1536,Al Tarmizi:1906,Ibnu Majah:3862

Daripada firman dan hadith-hadith nabi ini, jelas lah bagi kita bahawa berat nya tanggung jawab yang dipikul oleh seorang pemimpin.Imam Al Zahbi menyenaraikan PEMIMIPIN YANG MENIPU RAKYAT,BERBUAT ZALIM ADALAH DI ANTARA DOSA-DOSA BESAR,di dalam bukunya AL Kabair.

MataHati @ MH said...

like... :)

deeya said...

same lah ! sye pun takut jadik pemimpin .. sebab tu dulu time sekulah , sye ta nak jadi baek sngat sebab takot jadi pengawas . haha ! eh ~ boley ke camtu ..?

whoa ! student yang sangat nakal .. potong jer kaki dia tu . huhu ~

Rash said...

Salam MH~

Zaman skang ni org nk jadi pemimpin sebab inginkan KUASA.. kerana dgn adanye KUASA, access kepada DUIT & KEUNTUNGAN lebih mudah..

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
cara atasi masalah aircond bateri dan enjin kereta

SITUASI PELAJAR KAT ASRAMA MMG CAMTU... TAKLEHH NAK SALAH SESAPA... MASING-MASNG ADA KAREKTOR MASING2...

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
happy 2nd anniversery

eemmmmm zaman dulu tak sama macam zaman sekarang situasi pelajar makin terpelajar kut... nak buat camnerrr sabarrr yeerrr

Sz said...

pemimpin?
saya lebih suka dipimpin...ehehee

♥e'in♥ said...

bsrkn tanggungjwb seowg pemimpin..