Wednesday, December 22, 2010

Kisah Aku, Duit Syiling & Dot Dot Dot

Masa kian berubah, ekonomi semakin kacau bilau. Duit syiling semakin dipandang sepi. Kemegahan yang dirasai suatu ketika dulu dah pudar ditelan zaman. Kalau 1sen dan 5sen, nilainya semakin tak laku. Cuba bawak sekeping 5sen ke kedai, apa yang boleh dibeli agaknya. Gula-gula? Asam masin? Main tikam? 

Budak-budak sekarang pun dah pandai merungut kalau diberi duit syiling di hari raya. Aku pernah terkena bila bagi duit syiling kat budak-budak yang datang beraya kat rumah. Dengan selambanya ketua kumpulan diaorang sound, "Ek eleh!! 50sen jer?" Caitt!! hampeh betol lah budak-budak sekarang. Masa aku kecik-kecik dulu, dapat 50sen dah kira mewah sangat. Banyak benda boleh dibeli dengan 50sen tu.

Waktu aku masih belum baligh, pergi ke sekolah cuma berbekalkan duit 30sen jer. Kadang-kadang bawak 50sen. Itu pun dah cukup bersyukur kerana ada duit belanja. Kalau bawak 30sen, aku cuma boleh beli nasik lemak sebungkus. Dua tiga kali suap dah habis. Selalu jugak bila lihat kawan-kawan sekelas makan nasi minyak, aku cuma mampu telan air liur. Kalau tak der kawan belanja atau berkongsi minuman, aku minum air paip jer lah dengan aksi seolah-olah berkumur. Kalau bawak 50sen, dapatlah beli air sirap yang berharga 10sen. Baki 10sen lagi bawak balik simpan dalam tabung.


Masuk tingkatan menengah rendah pun macam tu jugak. Bawak 50sen jer pergi sekolah. Orang lain makan nasi minyak, nasi ayam, aku makan keropok 3 batang then minum air pelbagai warna. Selalu lah jugak air tu tak rasa apa2 pun. Macam minum air batu kosong. Sesekali kalau bawak duit lebih, boleh lah merasa makan sedap2 sikit. Tapi tak der lah aku rasa kecik hati sebab itu jer kemampuan yang mampu diberikan oleh mak ayah masa tu. Bersyukur sebab ada jugak duit syiling untuk dibuat belanja. Bersyukur kerana masih diberi nikmat untuk menjamah makanan waktu rehat.

Naik tingkatan menengah atas, aku dihantar bersekolah kat kampung. Jarak sekolah dengan rumah tok adalah dalam 5km. Kena lah pergi dengan bas mini. Masa tu dah kira up sikit, bawa duit syiling seringgit pergi sekolah. Kalau naik bas, tambang pergi balik 40sen. Ada lagi baki 60sen untuk makan minum. Masa tu air dah naik 30sen segelas. Baki 30sen tu buat beli kuih. Tak pun simpan jer..ikat perut. Kalau tak bawak cukup duit, aku balik sekolah jalan kaki tengah panas atau hujan.

Tengok kawan-kawan sekelas, semuanya bawa 2 ringgit atau lebih. Boleh makan sedap2 kat kantin. Aku pulak lebih banyak duduk dalam kelas tahan lapar sebab nak simpan duit beli kasut baru. Nak gantikan kasut yang dah koyak rabak. Bila ada kawan2 perli, aku buat dunno jer. Memang patut pun kena perli sebab kasut aku penuh dengan kesan jahitan untuk menutup kawasan yang koyak. Semua tu aku jahit sendiri jer. Tukang jahit tak bertauliah..hehehe.

Sepasang kasut untuk dipakai selama setahun lebih. Kasut itu yang aku pakai hari2, kasut itu jugak yang aku pakai main bola sepak sebab tak cukup bajet nak beli kasut bola. Tiada kasut bola, macam manalah nak wakili sekolah. Pakaian sekolah pulak cuma sepasang. Itulah yang aku pakai dari awal tahun hingga akhir tahun. Sampai baju sekolah berwarna putih dah bertukar kepada kekuningan, warna hijau seluar pun dah pudar...ekekeke. Tapi sedikit kepayahan ini mengajar aku erti berdikari.

Pada pendapat aku, budak sekarang patut diajar hidup susah sedikit, diajar berdikari sejak sekolah lagi. Ajar mereka uruskan perbelanjaan, berjimat cermat. Jangan terlalu turutkan kemahuan mereka kecuali perkara yang penting saja. Lebih-lebih lagi keadaan ekonomi sekarang tidak menentu. Serba-serbi naik harga. Hari esok belum pasti kita boleh hidup senang..

28 comments:

Unknown said...

kalau masa kecik2 dulu..balik sekolah..simpan duit baki dalam tabung..huhu

Adam Aizad said...

yg penting kena ajar menyimpan dr kecik

<a href="www.ademncats.co.cc>adem n cats meoww </a>

♥cikmOt♥ said...

saya bajet citer zaman kanak2 kita hampri saya...maybe kita lahir di tahun 1981 kut..mungkin la...

tapi tulah, syiling makin tak bernilai...dipandang sepi...dulu 1sen leh beli donut tau...skanng???jangan mimpi la...kuih pun 3 singgit...eh 2 singgit pun ada kan...

arghh...bila nak keje wat duit ni...tan sri zetty...nak pinjam mesin pencetak wang negara bleh...hahaha...

My Little Diary said...

salam,

zaman dah berubah.. dulu lain, sekarng lain
apa2pun kita kena ajar generasi akan dtg, utk merasai susah payah hidup

Encik MamaT said...

pesan orang tua.. "sayangkan anak tangan-tangankan".. bukan bermaksud mendera.. tetapi mengajar anak2 dengan kesusahan.. baru mereka mengerti erti hidup.. banyak pelajaran dari kisah kehidupan kita... zaman sekarang.. anak-anak yang susah semakin besar dan menjadi ibu dan bapa... kata mereka..."aku tak ingin anak aku susah seperti aku..." beri semua kemewahan...

didi lala said...

errr.. insaf den ni ha...
sob2

Ayuni said...

btul, dlu air pun 20sen je ms kt skolah....tp skang sye kne lg duit syilling, wat bsuh bj klau kt unisza, hikhik....

Aida Tamrim said...

sob,sob...sedih la baca cityeer awak ni...sob,sob..

Tkpela dik..jdkan kesusahan masa lalu pemangkin kejayaan di masa akan datang ye!!!

P/S : Akk dulu pun ssh gak macam awak...hehehe

Fitrah Adnan said...

org prnh ckp,manusia yg tak pernah hidup susah tidak pernah menghargai kemewahan sebaliknya terus tamak dan tamak...

tapi tak semua macam tu..kalau ada orang yg didik dia org yang plg kaya dalam dunia pun boleh menghargai duit even 1 sen

Unknown said...

bdk2 skang senang nak mompos, mengada2, ni semua atas makpak gak, manja sgt kat anak

LyNn HaMzAh said...

ingat lagi dulu belaja gie sekolah rendah 50 sen...gie sekolah agama 30 sen...

Anonymous said...

zaman kita dulu duit 5sen, 10sen 50 sen semuanyer berguna & bernilai...klu di beri duit blnja 50sen tu dah kira besar sesgt tu...zaman nie jer tgk anak2 mewah..serba serbi mewah...bg duit 50sen pun tanak..kata tak ckp nak blnja.. :(

Anonymous said...

hehehe sesi nk berkenalan..sy tag yea http://permataalza.blogspot.com/2010/12/segmen-jom-berkenalan.html

Lydia Miza said...

suka simpan duit 50 sen..kejap je dah penuh.

Noor Fatin said...

skrg 50 sen mcm 5 sen. hoho cuba kuar jalan2 bwk 50 sen, gula2 je bleh beli..hoho


kalau kat asrama, 50 sen sgt laku sebab sng nak basuh baju guna mesin.. hoho

Cik Specky said...

mensyukuri & menghargai apa yg ada, bsederhana dlm sgala hal.. insyaallah, yg baik dtg dr Dia, yg buruk dtg dr diri sdiri.. (i'm telling myself as well, peringatan utk diri sdiri gak..) :)

gadisBunga™ said...

sama juga dulu. bawak 50sen. 30sen buat beli mee sup atau mee kari. 20 simpan sebab air bawak dari rumah. tapi yg peli zaman sekolah dulu, mee sup n mee kari kat kantin tu rasa sedap sgt. itu pasal hari2 nak beli. :)

entri macam ni yang patut dibaca oleh semua org terutamanya anak2 muda zaman sekarang...

chekna said...

teringat dulu zaman sekolah, duit 50sen tu pun bleh beli nasi lemak + kuih, siap bleh simpan tabung lagi.. skg ni, kuih seketul dpt la..tu pun kecik2...

E'in said...

adik e'in yg umo 5thn g suke wet syiling 50sen.. die xbp nk pandang wet kertas.. hahaha..

Unknown said...

Rozuan Ismail - teringat tabung duit dulu2. nak jimat kos, ambil botol bedak jer then buat lubang untuk masukkan duit syiling

Adem and Cats - itu amalan yg seeloknya bagi budak2 sekolah. melentur buluh biar dari rebung

Unknown said...

cik Mot - kuih sekarang 2 seringgit. ada yang 1 seringgit. serba serbi mahal. kalau bawak 10 ringgit pergi pasaraya, berapa byk sgt barang boleh dibeli.. yillekk!!

My Little Diary - generasi sekarang diajar hidup senang sejak kecil lagi. bimbang nanti mereka sukar dpt menyesuaikan diri kalau hidup susah

Unknown said...

Encik Mamat - itu kata2 yg selalu makayah sekarang keluarkan bila ditanya pasal anak. tapi mereka lupa mengajar anak sedikit kesusahan adalab baik untuk perkembangan hidup mereka. dgn cara ini mereka akan cepat belajar berdikari..

dhilla nazli - :)

Ayuni - kena simpan duit syiling banyak2 ni kalau main tukar pakai baju setiap hari..

Unknown said...

AdiaLuze - kesusahan masa lalu demi kesenangan masa depan :)

Fitrah Adnan - tapi itulah realiti zaman sekarang.. yg kaya mahu lebih kaya. yg miskin dibiarkan melarat tanpa bantuan.

Unknown said...

Ieda Al-Habsyi - terlebih manja akan merosakkan anak-anak. sayang berpada-pada

kak Lynn - nostalgia kan..sekarang dah tak cukup kalau bawak banyak tu pi sekolah

Iena farina - zaman dulu dan sekarang terlalu besar jurang perbezaan. duit memainkan peranan penting dlm kehidupan. paling koman spanar pun kalau pergi sekolah mesti bawak seringgit..

Unknown said...

sis LM - saya pun byk simpan duit 50sen ni sampai tak larat nak bilang

NOOR FATIN - apalah sangat nilai 50sen sekarang ni. setakat beli gula-gula boleh lah. beli karipap sebijik bolehlah

nurHeart - kita bersyukur dengan apa yang ada. semoga kesenangan tak memalingkan pandangan kita dari bersyukur dgn nikmat yg Tuhan berikan

Unknown said...

gadisBunga - zaman tu memang rasa mewah sgt kalau bawak 50 sen. huuu..tringat balik zaman sekolah dulu2

chekna@mama ziyad - harga kuih semakin mahal, bentuk kuih semakin kecik...nak makan pun rasa tak kenyang

♥e'in♥ - sya suka wet duit syiling satu ringgit. sekali wet bersinar-sinar jadinya

RuMaH TuA said...

Nice n3...

~Skrg duit syiling buat kerongsang... (isk3)

Unknown said...

hik hik hik..mcm tu ah nasib duit syiling