Wednesday, December 30, 2009

Pahit Manis Sepanjang 2009



esok hari terakhir tahun 2009. 365 hari semakin hampir berlalu. terasa sekejap betul masa berjalan. mungkinkah masa semakin pantas berlalu ataupun aku yg banyak membazirkan masa. sebelum tahun 2009 melabuhkan tirai, aku nak imbas kembali pahit manis yg berlaku sepanjang tahun ini.

 Manis Ler'ting 
  1. dapat kawan2 baru kat blog dan facebook mcm mummy eymann & riri, mummy aleesya & ayyunie, kak ilah dll
  2. bertemu balik dgn kawan2 dari sekolah rendah setelah 16 tahun terpisah
  3. cuti2 malaysia 3 hari 2 mlm kat pulau redang.. hilang tension sekejap
  4. rezeki tak putus2 sepanjang tahun.. alhamdulillah
  5. koleksi toys aku semakin bertambah.. still childish
  6. dapat upgrade komputer ke tahap maksimun
  7. dah semakin terror main bowling.. ngeekkk
  8. after 4 years, kaki aku dah sembuh sepenuhnya. boleh main bola semula.. yes
  9. travel seluruh terengganu dgn kawan2 sekerja
  10. berjaya atasi fobia mandi laut

 Pahit Ne'pang 
  1. after 7 years, baru aku tahu sorang kawan lama dah meninggal dunia
  2. sepupu aku dan anak kecil dia terkorban dlm kemalangan
  3. kerana kejadian bumbung stadium runtuh, aku kehilangan tempat utk main bowling
  4. kontrak kerja aku akan berakhir tahun ni
  5. beberapa kali aku tertipu. kanapalah aku ni lurus bendul sgt 
  6. hubungan dingin antara aku dan cek yah belum ada jln penyudah. walaupun aku dah cuba cari jln perdamaian tapi hati perempuan mmg susah nak diduga 
  7. tahun ke 4 aku tiup lilin besday sorang diri 
 

 Harapan Ditahun 2010 
  1. semoga rezeki melimpah ruah
  2. semoga dpt berbaik semula dgn cek yah. ini harapan aku yg paling besar
  3. semoga bertemu jodoh dgn someone.. ada ke makcik2 yg sudi menerima aku yg nano nano nih sbg menantu?

Thursday, December 24, 2009

Toys Story

time kita kecik dulu, kita sure pernah kata bestnya jadik org dewasa. bila dah besar, kita akan kata sebaliknya..bestnya kalu jadi budak2 kecik. whatever lah, walaupun dah besar tapi usia tak pernah jadi penghalang utk kita berperangai mcm budak2 kecik like me!! hehehe.. fizikal jer nampak mcm org dewasa tapi perangai still childish. whatever, aku cuma suka kumpul robot jer utk dibuat koleksi mcm gundam & transformers. before start beli robot2 ni, aku pernah plan utk buat koleksi motor2 berkuasa tinggi. motor yg real ekk, bukan toy punya. tapi memandangkan rega sesebuah motor pun dah cecah puluhan ribu ringgit, aku padamkan saja impian aku tuh. kalu pikir2, kalu ada byk motor pun buat apa kan kalu jarang2 sesekali bawak. baik simpan jek duit tu utk masa depan. ngeekkkk..

 
 gundam versi master grade (MG) dan non grade (NG}

 
MG strike gundam

 
yg nih paling aku suka, MG freedom gundam clear ver.. edisi terhad seluruh dunia

  
MG strike freedom. amik masa 2 minggu baru siap pasang..huhu 


 
 NG buster gundam

 
 gundam dari versi high grade (HG)

 
 HG hyperion gundam

 
gundam versi super deformed (SD). kecik jek tapi kena kalerkan sendiri

 
transformers ni nak menyelit gak..kay lah, bagi ruang sikit

p/s: mak arahkan aku pi kursus kawin awal bulan januari nanti. mula2 suruh pi kursus dulu, then suruh kawin lak. aiseyman.. salah 1 punca knp aku belum angkat kaki ke gerbang perkahwinan sbb takut dpt isteri yg tak sesuai, mcm kawan aku tuh. sbb aku ni bukannya jenis pandai nak marah2 org, tinggikan suara, jauh sekali bersikap tegas. kalau dpt isteri jenis queen control..teruklah. patah ler sayap aku yg suka terbang ke sana sini. permulaan thn baru yg menyeramkan...

Friday, December 18, 2009

Birthday Present

besday ke 2+ aku dah berlalu. secara rasminya kini aku berusia 2+ tahun. malam 14hb tuh mak aku dan adik2 ada datang. dibawak sekali apple pie, puding dan mee goreng 1 besen. alahai terharunya, sudi jugak mak dan adik2 buat mkn2 utk aku kali ni. dijemput sekali sedara2 yg tinggal berdekatan. ingatkan sekadar nak kasik present jek. mekacih yer mak, adik2. thn ni dpt ler baju selai kaler merah pemberian mak. susah2 jer mak aku ni. walaupun aku dah berusia 2+ tahun tapi mak tetap layan aku sepertimana dia layan aku masa kecik2 dulu. tak pernah berubah sedikit pun. terima kasih sekali lagi sbb bersusah payah membesarkan aku, mendidik aku hingga aku menjadi sepertimana diri aku sekarang. insyaallah, sampai masa nanti, aku akan bawak mak ayah pergi menunaikan haji sama2...

ada 1 lagi besday present yg aku dpt kali ni. nak tgk? tuh ada kat bawah tu..

transformers lah. buster optimus prime from movie transformers revenge of the fallen. suka, suka sangat. sapa yg kasik present ni ek? rahsia!!! pemberi present tak nak nama dia dipaparkan kat blog ni. tak nak cari publisiti murahan katanya. apa2 lah. mekaceh yer. next year kasik lagi..

mcm tahu2 jer kegemaran aku. haii..pada kalendar jer menandakan dah berusia 2+ tahun tapi perangai aku mcm budak lagi. still ada hobby mengumpul toys, suka mandi hujan, selalu buat aksi giler2 time bergambar, suka tiup api lilin, suka melompat bila turun tangga dsb. ermm..tak kisah lah kan janji bahagia. ahak ahak.. ibubapa kat luar sana tidak digalakkan membeli toy mcm ni utk anak2. mahal..membazirkan duit gaji jer. sekotak pun dah mencecah 300 ringgit.

 i'm optimus prime

 look, bernyala..

 
 mode lori..vroommm

Monday, December 14, 2009

Today, I'm 28 Years Old

today, tepat pukul 7:29 pm, usia aku akan mencecah 28 tahun. dah 28 tahun rupanya aku berpijak atas muka bumi ni, menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, merasai pahit getir suka dan duka perjalanan hidup ini. syukur kepada Tuhan kerana memberikan aku kesempatan utk bernafas selama 28 tahun. aku bersyukur diatas segala kenikmatan yg Engkau berikan kepada ku selama ini.

sebenarnya aku takut utk sambut birthday yg ke 28 ni. 1st sbb birthday kali ni menandakan aku semakin dipanjat usia, semakin tua. (ek eleh, padahal rambut aku pun dah semakin byk beruban). 2nd, sbb sampai sekarang aku belum dpt mengapai 3 impian aku. 3rd, sbb semakin ramai yg akan bertanya bila aku nak kahwin. 4th sbb aku jauh ketinggalan berbanding kawan2 sekolah yg lain. 5th, aku rasa kali ni pun aku akan tiup lilin seorang diri. tiada sebarang ucapan dari dia..

whatever, ditengah2 mlm yg sunyi ni aku nak nyanyi sorang diri, ucapkan happy birthday utk diri aku sendiri. sejak bertahun2 aku dah biasa sambut birthday sorang diri. lagi pun aku tak kisah kalau tiada org yg mengingati birthday aku. tak nak lah menyusahkan org buat persedian utk sambut birthday yg tak seberapa ni. aku lebih suka cara sederhana. beli kek kecik then duduk kat tepi pantai sorang diri. nyanyi lagu utk diri sendiri then tiup lilin...

happy birthday to me 2x
happy birthday to me...
happy birthday to me....

fuhhh!!! tiup lilin


kat bawah ni gambar 24 tahun yg lepas. masa tu umur 4 tahun. 1st time belah kek birthday tapi dgn linangan air mata sbb kena marah dek mak sedara. dah ler time tuh aku demam. nostalgia masa silam..

Sunday, December 13, 2009

1 Day


Saturday, December 12, 2009

2 Days



waiting someone.. almost 4 years but i'm still waiting. maybe penantian akan berakhir kali ini or this year pun once again aku tiup lilin seorang diri. right here waiting

Friday, December 11, 2009

3 Days


Thursday, December 10, 2009

4 Days


Tuesday, December 08, 2009

After 7 Years, Baru Sekarang Aku Tahu

kenangan masa zaman sekolah meninggalkan memori manis kpd sesiapa pun yg pernoh menjejakkan kaki ke alam persekolahan. kalau pejamkan mata, tentu masih boleh terbayangkan memori manis semasa zaman persekolahan dulu. saat2 manis bersama kawan2, cikgu2 dan jugak persekitaran sekolah. kenangan masa jadi student masih kuat dlm ingatan aku. sometimes aku boleh termimpi kembali ke alam persekolahan.

16 tahun dah berlalu sejak aku tinggalkan zaman sekolah rendah, skkmt. tapi baru sekarang aku tahu, baru hari ni aku tahu salah sorang kawan lama aku dah lama pergi menghadap Ilahi. 7 tahun selepas pemergian dia, baru hari ni aku tahu. Berita ni pun aku tahu selepas terjumpa balik sorang kawan lama masa zaman sekolah rendah dulu. sehinggakan kelmarin aku masih menyangkakan dia masih ada. Ya Allah, singkatnya hidup ini. aku terasa bagaikan baru semalam bertemu dia, bermain bersama, mkn bersama, belajar dlm kelas yg sama dan balik sekolah bersama. Dan sekarang dia dah tiada. Ya Tuhan, aku tak berkesempatan pun utk menziarahi arwah buat kali terakhir. kalau menangis pun, aku tetap takkan berpeluang utk putarkan balik masa.

walaupun dia dah pergi selamanya, hanya kenangan lama yg masih aku ada sekarang. kenangan bersama dia. setiap kali tersebut nama dia, aku pasti akan teringat kenangan waktu darjah 1 bila mana dia terbongkok2 mencari coklatnya yg terjatuh dlm air tepi pagar sekolah agama. sweet memory...

"Semoga Engkau Ditempatkan Dikalangan Orang2 Yang Beriman, Kawanku Shahrul Nizam"



Friday, December 04, 2009

System Rating Windows 7

sesaper yg dah pakai Windows 7 pasti perasan akan system rating yg diwujudkan dlm OS baru ni. Rating ni merujuk kpd computer performance. rating bermula dari 1.0 to 7.9. so lagi tinggi rating yg kita dpt semakin lancar perjalanan OS. pengagihan rating ni berpandukan kpd processor, memory (RAM), graphics, gaming graphics & primary hard disk. masa mula2 pasang Windows 7, rating my pc just 4.9. buat after i upgrade processor, rating dah meningkat kpd 5.3. ok lah tu..dpt 5.0 ke atas dah cukup lancar perjalanan OS. nak main games pun tak sangkut2.. kalau korang tak tahu lagi rating computer, try lah test. kalau ada yg dpt sekitar 7.0, mmg komputer korang mempunyai spefikasi yg cukup tinggi...ngeekkk