sejak setahun lepas selalu saja aku hadapi masalah dgn line streamyx ni. dah acapkali aku buat report, tetap tak sembuh2. dlm iklan selalu buat promosi bertapa bagusnya streamyx ni tapi hakikatnya cukup membuatkan aku sakit hati. aku pun dah penat mendail nombor 1-300-88-9515 utk mengadu masalah tapi tak settle pun. sampaikan aku dah boleh ingat semua step yg operator akan suruh aku buat. selalu ah aku akan bagitau tak payah ajar semua tu sbb aku dah try buat tapi tetap tak menjadi.
start dari awal tahun lepas sampailah sekarang takder nampak kelibat technician TM pun yg datang rumah utk check apa problem. asyik2 main telefon jer, paling nampak pun diorang akan hantar kontraktor TM utk tukar kabel telefon pastu blah. bila aku tanya operator kenapa sekarang takder technician yg datang check problem kat rumah, jawapannya sbb sekarang semakin ramai pelanggan streamyx. dah tahu pelanggan semakin bertambah, patutnya lebih ramai technician diambil bekerja. yg aku peliknya knp rumah2 besar kat kawasan perumahan elit boleh jer technician tu pergi terjah, rumah aku yg cuma 7km dari ibu pejabat TM takder pun diaorang nak datang. arghhh!!! bengang bengang ahh..
satu hal lagi speed streamyx aku punyalah slow, SLOW GILER!!!! sampai aku kena buat reconnection acap kali barulah dpt speed yang laju. bayangkan dgn pakej 1MB, aku cuma dpt speed kurang dari 200kbps. lepas on off modem acap kali barulah dpt 800kbps. itu pun lepas buat reconnection ni hampir sejam lebih. membazirkan masa aku jer. lebih2 lagi time aku nak cepat. sampai bila ah nak terus mcm ni. kalau boleh aku nak jer potong akaun streamyx ni tapi dlm negara ni cuma didominasi oleh TM. dulu ada gak dengar TNB nak wujudkan perkhidmatan internet tapi senyap mcm tu jer. kenapa ah TM cuma boleh kasi pakej tak lebih dari 4MB, mahal pulak tu. kat negara luar boleh kasi lebih dari tu, harga sewaaan pun murah..macam kat Korea Selatan sampai mencecah 32MB. giler ah..
5 comments:
Ada masa streamyx memang slow.. tap bagi sy skang alhamdulillah ok.. (^__^)... cuba dail 100 plak.. komplen kat operator kat situ plak.. mana tau pas ni ada perubahan yg lebih baik..
kt rmh ni pn sama jugak..ada je masalah dgn streamyx..kadang2 ok kadang2 buat hal pulak..mmg geramm sgt...pergi terus opis tmpoint..komplen kt sana, mungkin dorang cepat tolong..
dah dail 100..disuruh rujuk kpd operator streamyx jugak..
munna pun pakai streamyx.. setakat ni ok je... ada sekali modemn kena sambar petir dekat 2 minggu jugak technician baru dtg ... itupun selepas berpuluh kali telefon operator diaorng... tapi line streamyx antara yang terbaik kat kawasan rumah munna... klu celcom atau maxis hampeh...
kat sini pun streamyx still the best but sometimes it will make me crazy. technician tm kekadang hampeh jer...suruh dtg tgk, tak dtg2 sampai ke hari ni...
Post a Comment