Friday, July 22, 2011

Buat Kawan-Kawan Blogger

Good day!! Flying to east for 2 weeks. I take this chance to wish all muslims Happy Fasting and hopefully this Ramadhan would be better than the last time. Let's try to do more goodness than we could ever do before. I would also like to seek for your forgiveness if I ever did wrong to anyone. :)


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 

- Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur. [Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 185]


Monday, July 18, 2011

Menjelang Ramadhan - Kenangan Lama

Lama kan aku tak taip entry baru. Siyes mood menulis dah ke laut sekarang. Tiap2 hari aku buka blog tapi tak tahu nak tulis pasal apa. Blog korang selalu aku lawat but as a silent reader jer. Kecuali kalau entry tu aku rasa menarik sangat, baru aku taipkan sepatah 2 komen.. Sepanjang 2 hari ni aku banyak habiskan masa dgn menonton movie baru. Tak der lah sampai pergi ke panggung wayang. Al-maklumlah panggung wayang terdekat terletak kira2 120km dari tempat kediaman aku. Konpem malas aku nak drive jauh2 semata2 nak tengok movie. Better aku tengok jer kat astro 1st atau download kat tenet. Jimat jimat..

Dalam 2 minggu lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Bulan yang menjanjikan seribu satu kenikmatan. Didalamnya terkandung pahala berlipat ganda, ketenangan beribadat, ketenangan hati dan kunci utk mengawal nafsu. Bulan ramadhan selalu aku nantikan kehadirannya setiap tahun. Alangkah baiknya kalau setiap bulan adalah bulan ramadhan. Sure korang pernah mendengar lagu nyanyian manbai bersama raihan satu ketika dulu. Lebih kurang mcm ni lah lagu tu.. "ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat ku lalui dgn sempurna." Siyes lagu ni paling aku suka dengar sepanjang bulan ramadhan. Secara tak langsung lirik lagu ni mengingatkan aku utk merebut peluang yg terhidang dlm bulan ramadhan. Mengenangkan diri ini yg terlalu cetek amalan, sayang kalau biarkan ramadhan berlalu begitu saja.

Dah 29 tahun berlalu, dah 29 kali aku berada dlm bulan ramadhan. Sementara mood rajin datang, aku share lah sikit kenangan pahit manis yg aku kutip dibulan ramadhan.

Kenangan 1- Berlaku dlm tahun 2005. Adalah sekali selepas azan isyak, sorang pak syeikh yg entah dtg dari mana mengangkat tgn mengofferkan diri utk mengimamkan solat isyak. Memandangkan gaya dia berpakaian ala-ala imam dari Mekah, pihak masjid dengan berbesar hati memberi laluan utk pak syeikh ini menjadi imam pada malam tu. Solat isyak ada 4 rakaat. Rakaat pertama everything fine. Bacaan pak syeikh ni pun sedap didengar. Sampai rakaat ke dua selepas tahiyat awal, pak syeikh ni tak terus bangun untuk menyambung rakaat ke-3 tapi terus memberi salam. Tercenganglah makmum sekalian.. Tak pernah2 solat isyak 2 rakaat. Ntah betul ke tak pak syeikh ni. Muka pak syeikh ni pun dah nampak blurr semacam. Selepas ditegur oleh imam masjid, bangunlah semula sekalian makmum utk mulakan solat isyak sekali lagi. Mujur kali ni betul2 4 rakaat... Utk solat terawih, iman masjid dah tak kasi chance kat pak syeikh. Undur ke belakang, jadi makmum jer lah..

Kenangan 2 - Sepanjang berpacaran dulu, cuma pernah sekali jer aku berbuka puasa dgn ex. Itulah kali pertama sepanjang bertahun2 perkenalan dan jugak tahun terakhir bersama. Tak nak citer panjang2.. kan nanti jadi jiwang karat pulak..huhu

Kenangan 3 - Pernah sekali waktu aku berbuka puasa dgn kawan2 kat kota bharu, harga yang terpaksa dibayar utk hidangan berbuka teramatlah mahal. Macam makan utk 20 orang sedangkan kitaorang cuma berlima jer. Dah ler tomyam tak best langsung. Dalam tu cuma diletak 2-3 ekor udang kecik jer, yang byknya cuma kuah tomyam. Nasi pulak 3-4 suap dah habis. Mujur ayam golek beli kat tempat lain. Kalau tak konpem lagi mengcekik darah.. Tobat tak nak dah datang kat situ..

Kenangan 4 - Masa usia 14 tahun, aku pernah tak bercakap dgn bonda hampir 3 hari. Semuanya gara2 salah faham. Actually, sebelum tu adalah bonda berleter sikit. Terus aku masuk bilik dan tutup pintu. Tapi tak tersengaja tertolak kuat pintu tu. Berdegum!!! bunyi pintu bilik seperti dihempas. Terkecik ati bonda dgn kelakuan anaknya ni. Ampun!! tak sengaja. Tak der pun niat nak memberontak. Nanti masuk neraka..

Kenangan 5 - Selalunya kalau dah boring berbuka kat rumah, aku akan pergi berbuka kat luar. Acap kali lah jugak berbuka sorang diri kalau takder kwn2 nak join. Selalunya aku lepak2 kat dataran syahbandar. Beli lah nasik ke, kuih ke, pizza mini ke, burger ke. Air pulak konpem air soya. Duduk kat tepi jeti sambil tunggu azan maghrib. Best sesangat sbb boleh layan tiupan angin laut china selatan. Tak der sesape nak kacau... Sesekali bila terlihat kelibat anak2 kecik meminta sedekah, rasa sayu jer. Konpem rasa hangat dlm mata. Alangkah beruntungnya kita masih dikurniakan nikmat makan minum sedangkan masih ramai diluar sana yg kelaparan.

Kenangan 6 - Zaman budak2 adalah paling best sekali. Beberapa minit sebelum berbuka, duduk ramai2 kat tangga rumah tunggu bunyi bedilan meriam dari puncak bukit yg menandakan tibanya wakatu berbuka. Bila dengar jer bunyi degumm!!!!, terus bertaburan lari masuk masuk dalam rumah menjamah makanan. Waktu bersahur pulak sama jugak. Lepas bersahur, duduk tepi tingkap tunggu bedilan meriam yang menandakan tamatnya waktu utk bersahur. Selalunya time mcm ni boleh nampak cahaya merah kesan tembakan meriam. Best best.. Nostalgia betul. Sekarang masih ada lagi bedilan meriam ni tapi dah tak berapa kuat seperti dulu..

Kenangan 7 - Masa atuk masih ada dulu, selalunya dia akan beli banyak kuih utk berbuka. Atuk suka makan manis2. Sekali pergi pasar banyak ler kuih2 yg dibawa balik. Tak kiralah jauh atau dekat, dia cuma kayuh basikal tua jer pergi beli kuih. Tapi selepas sebelah kakinya dipotong akibat kencing manis, berkuranglah kuih2 utk hidangan berbuka. Ish!! teringat pulak kat atuk...

Kenangan 8 - Bebudak zaman dulu bila tibanya bulan ramadhan, macam2 xtvt yg dibuatnya. Zaman aku kecik2 dulu, 1st day ramadhan dah boleh kedengaram bedilan meriam buluh. Sekejap bunyi dari kampung sebelah kiri, sekejap dari kampung sebelah kanan. Depan rumah toksah kiralah. Berderet pelita buluh. Semua tu buat sendiri jer. Selepas jer berbuka, terus turun ke tanah nyalakan pelita2 tu. Comel sesangat kerlipan api2 tu.. Sekarang ada lagi ke macam ni?

Kenangan 9 - Excited sesangat time tibanya bulan puasa ni. Selalunya time berbuka, bermacam2 jenis lauk pauk ada depan mata. Sebut jer apa yg terbayang dlm kepala semuany pasti ada. Ayam percik, ikan percik, ikan bakar, ikan masak 3 rasa, sotong sumbat pulut dsb. Yang sebelum ni jarang sekali dapat makan tapi asal bulan puasa jer, hari2 dapat makan. Tak pun selang 2-3 hari sekali pasti ada lauk tu. Apalagi bila berbuka ramai2 dgn mak pak sedara dan sepupu sepapat. Hari biasa konpem x leh nak berbuka ramai2 mcm ni. Itulah kenikmatan bulan puasa yg tidak ada dlm bulan biasa. Tapi sekarang ni bila masing2 dah kawin, harap hari raya jer lah baru dapat berkumpul mcm ni.

Kenangan 10 - Sejak 6 tahun lepas, time nak membayar zakat, aku suka bayar kat surau tepi opis lama. Sebab kat situ tak sibuk dan mudah nak parking. Satu lagi pakcik yg menjaga kaunter kutipan zakat tu selalu jer tersenyum. Lihat muka dia yg bersih rasa tenang jer. Walaupun kadang2 pembayar zakat bikin kecoh tapi dia tetap senyum melayan kerenah diorang. Tapi sejak 2 tahun lepas dah tak kelihatan pakcik ni. Ntah ke mana dia pergi..

Wednesday, July 06, 2011

Bila Aku Tersalah Pergi Kenduri

Actually hari ni aku ketandusan idea nak tulis tentang apa. Dah puas perah otak tapi tak keluar satu idea pun nak tulis pasal sesuatu yang bernas sikit. So, dari biarkan blog ni sunyi baik aku ceritakan pasal kejadian sabtu lepas...

Sebelum ni aku ada citerkan pasal sorang gadis melayu yang aku cuba merisik kabar. Ok, seminggu yang lepas dia menjemput aku ke kenduri kahwin abang dia. Tak kasi kad pun, cuma jemput melalui mulut. Berbunga-bungalah pokok dpn rumah aku bila memikirkan dapat jugak kenal rumah si dia ni akhirnya. 2 hari sebelum kenduri kawin tu, aku cuba confirmkan sekali lagi kat mana rumahnya. Dengan konpiden dia bagitau kat tepi jalan. Kata dia, nampak jer traffic light, terus belok kiri dan rumah dia tak jauh dari situ. Dan paling menyedapkan hati aku bila dia cakap cuma kat rumah dia jer ada kenduri kawin pada hari tu. Yes yes yes....

Tiba hari sabtu, awal2 lagi aku dah bersiap. Nak pergi sorang2 aku malu. Jadi aku ajak sekali sorang kawan yang lebih glamer dipanggil tok batin sbb rupanya iras2 orang asli..kui kui kui. Dengan perasaan happy, aku dan tok batin terus bergerak menuju ke kenduri kawin. Sampai kat traffic light seperti yang diberitahu, aku pun  belok kiri. Ternampaklah deretan kereta motor tepi jalan. Stop!! dah sampai pun. Aku dan kawan mengatur langkah bak seorang pendekar menuju ke khemah yang tersergam indah ditepi rumah. Tak nak buang masa sbb perut dah berkeroncong ni. Sejak pagi tadi aku lom jamah apa2 makanan semata2 nak makan kat rumah awek ni. Aku dan tok batin makan dgn penuh berselera.

Selesai mengenyangkan perut, aku pun keluarkan handphone. Tit tit tit!! aku taip mesej hantar kat gadis tu. Seminit menunggu tapi tak berbalas. Dlm fikiran aku, agaknya dia sibuk kot sbb tu tak keluar rumah. Tak per lah, aku pun x leh tunggu lama sbb nak pi ke pc fair pulak. Time nak angkat kaki, dtg sorang makcik hulurkan 2 bijik cenderahati. Sambil tu dia tanya, "anak ni kawan abang ke?" ishh..bila masa lak aku berkawan dgn si abang ni. "Tak, sya kawan xxx (nama awek tu)". Dia mengangguk sambil senyum. Err..aku rasa pelik jer senyuman makcik ni.

Bila start enjin, terdetik dlm hati aku utk pergi straight, bukan mengikut jalan yg aku lalui tadi. Drive lah aku sampai lah melintasi satu lagi kenduri kawin tak jauh dari kenduri yg aku pergi tadi. Errr..apesal tetiba aku ternampak gambar bunting kawin yg tertera muka abang si awek ni. Aku dah rasa lain macam jer ni. Terus aku amik handphone dan call dia. "Hallo xxx, rumah awak tu kat tepi jalan kan? Ada diletakkan bunting kawin kaler ungu kan?" Kedengaran suara yg merdu menjawab.."Aaahh, yer lah tu. Tu lah rumah saya.."

Adoiii lah!! Dah tadi tu rumah siapa yang aku pergi? Hampeh betol ah.. Hari tu cakap rumah dia jer yang ada kenduri kawin. Tok batin tak habis2 tepuk dahi sambil membebel sbb ni 1st time dlm hidup dia tersalah pergi kenduri kawin. Bukan ko sorang jer, aku pun sama ah.

Bila dah masuk bawah khemah, ternampak kelibat si gadis manis berjalan sopan santun menuju ke arah aku. At last dpt gak jumpa dia. Nak makan perut dah kenyang. Minum air sirap jer lah sambil borak2 dgn dia. Bila ditanya kenapa tak makan, aku cakap dah makan tadi kat kenduri kawin kawan. Kui kui kui.. Takkan lah pulak aku nak bagitau yg aku dah tersalah pergi kenduri tadi.. MALUUUU WOOO!!!!

Sekian, terima kasih!!!

Monday, July 04, 2011

Ada Sesiapa Pernah Guna Syampu Bawang?

 sumber dari Google

Just nak tanya korang semua, ada sesiapa pernah guna pakai syampu Bawang ni? Kalu bebudak diaorang panggil syampu jackie chan. Nak try guna tapi konpius takut2 hasil tak seperti yg diharapkan. Actually aku nak melebatkan balik rambut. Aku perasan sejak 2-3 tahun ni rambut selalu jer gugur time di sikat. Kan nanti kalau biar lama2 terus takder rambut jawabnya.

Jadi kalau korang ada experiance guna syampu Bawang ni, silalah share kat sini... Boleh lahh.. kan kan kan.. Bagitau lah jenis mana yg korang guna.. Utk melebatkan rambut ke, utk atasi keguguran rambut ke. Kalau beli syampu ni rasanya lagi murah kosnya berbanding pergi dapatkan rawatan kat Yun Nam yang beribu riban kosnya tapi tiada guarantee 100% hasilnya. Silap haribulan, duit melayang, hasil tarrak...