Thursday, September 29, 2011

Ada Apa Dengan Pantang Larang Orang Melayu Lama? Ce kelih, Ce kelih

Sejok zaman mak ayah, tok nenek, tok nyang, tok nyut, tok nyet kita lagi kepercayaan pada pantang larang sangat kuat. Sesetengah pantang larang ni kadang2 tak masuk akal kalau difikirkan secara logik. Sesetengah pantang larang pulak masih praktikal utk di guna pakai walaupun zaman sudah berubah. Meh meh nak share serba sikit pantang larang orang2 melayu lama.

1- Jgn kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu -  Actually tak berselera pun hantu nak jamah punggung korang. Kan lebih sopan kalau kencing duduk. Baru air kencing tak terpercik ke pakaian korang.

2-  Jgn potong kuku waktu malam, nanti dtg sial - Mmg sial pun. Waktu malam penglihatan tak berapa jelas. Kan terpotong sekali dgn isi, tak ke korang meraung.

3-  Jgn mengintai org mandi, nanti mata ketumbit - Mana ada ketumbit. Aku masa budak2 dulu pun acap kali gak mengintai tapi x kena ketumbit pun (opss!!! pecah rahsia). Mmg tak senonoh mengintai org mandi especially pompuan. Haram!!! Kalau dah rasa gatal sesangat, kahwin je lah. Nanti hari2 boleh tgk..free of charge

4- Jgn menyanyi di dapur, nanti kahwin org tua -  Pantang larang ni utk org pompuan jer. Boleh cayer ke? Tapi sekarang bilangan lelaki semakin berkurang. Apa salahnya kahwin org tua kalau dia byk harta..kan kan kan

5- Jgn duduk atas bantal, nanti dapat bisul -  Aku dulu masa kecik2 suka duduk atas bantal. Tapi tak pernah sekali dpt bisul. Korang lak mcm mana? Pernah berbisul kat punggung sbb duduk atas bantal?

6- Jgn bersiul dalam rumah, nanti ular masuk - Pantang larang ni utk bebudak jer. Tak tahu lah boleh percaya ke tak pantang larang ni. Agaknya org2 tua dulu tensen dgn anak2 yg suka bersiul dlm rumah. Bising bising bising.. Sbb tu diciptanya pantang larang ni.

7- Jgn jelir lidah, nanti lidah kena potong - Yg ni pun utk bebudak jugak. Tak senonoh bebudak jelirkan lidah lebih2 lagi kat org yg lebih tua. Tak der adab.

8- Jgn tidur selepas makan, nanti ditindih hantu -  Actually tak der pun hantu nak tindih. Kalau tidur selepas makan tak elok utk proses penghadaman.

9- Jgn makan berlunjur, nanti jadi pemalas -  Bukan ker kalau duduk atau bersila lebih nampak sopan time makan. Tak yah ler nak berlunjur, nanti ada pulak yg tersepak kaki.

10- Jgn makan kepala ikan, nanti jadi bodoh - Rasanya betul kot. Tapi kepala ikan tersangat best dimakan terutamanya kepala ikan merah yg besar. Lebih2 lagi kalau dimasak kari. Fuhh!!! menjilat jari. Siyes tak tipu..

11- Jgn letak pinggang ditapak tangan ketika makan, dikhuatiri akan merampas suami org - Yg ni aku tak sure lah pulak. Org pompuan lebih tahu kot. Ada ke yg rampas suami org sbb selalu mkn mcm tu? ce royak ce royak..

Monday, September 19, 2011

Aku Pun Tak Tahu

Aku pun tak tahu, sedar2 jer dah masuk pertengahan bulan 9. Tinggal 3 bulan jer lagi sebelum beralih ke tahun 2012. Tahun ni aku dah bazirkan 5 bulan dengan ntahhapahapantah. Rugi betul. Kalau takder arah tuju mcm aku ni, jadilah seperti kapal di tengah lautan yg hilang panduan utk ke pelabuhan.

Aku pun tak tahu bila 2 hari lepas bonda call suruh segera balik ke rumah. Ingatkan ada emergency apa2. Rupa2 nya nak buat 2nd open house utk sedara mara yg tak sempat dtg baru2 ni. Sekali lagi aku terpaksa memacak dan mambakar satay. Tak sanggup dah nak bakar membakar ni. Pedih mata melayan asap. Nasib ler dibuatnya selepas solat jumaat. Boleh ah rilek2 sikit.

Aku pun tak tahu bila last minute diminta hadir ke upacara perasmian karnival sempena konvokesyen. Ingatkan hari jumaat boleh bersenang lenang tapi kena jugak pergi menunjuk muka. Terpaksa tinggalkan tetamu yg dtg bertandang ke open house semata2 arahan tak di duga ni. Tak sampai setengah jam pun kat situ aku dah blah!!! Buang masa jer berpeluh menunggu tamatnya majlis perasmian.

Aku pun tak tahu mcm mana boleh berbelanja lebih dari target. Bila check jer senarai perbelanjaan bulanan, dah 1k aku belanjakan in 2 weeks. Walamak!!! Apekebenda dah aku beli, dah aku boroskan. Siyes siyes aku tak boleh pegang duit bebanyak dlm tangan. Sekejap jer habis kalu pi jalan kat mana2. Target nak simpan lebih utk bln ni dah tersasar jauh. Sebelum raya elok jer aku saving money. Lepas raya jadi memboros lah pulak.

Aku pun tak tahu mcm mana boleh tergoda dgn pekerja kat optometris sampai boleh terbeli cermin mata baru. Hajat dihati nak pi ganti cermin yg baru jer tapi dgn bingkai sekali aku beli. Aku pun heran kenapa semua pekerja kat optometris tu cantik2 belaka. Dah lah ada rupa, suara awek yg melayan aku tu pun bukan main lemak merdu lagi. Cair sekejap hati aku yg pejal ni. Tapi mcm mana aku boleh terhilangkan no. yg dia bagi? Nak mintak balik malu ah!!

 Ini ler cermin mata baru yg terbeli tanpa perancangan

Aku pun tak tahu nak story pasal apa lagi. So aku undur diri dulu buat sementara waktu sehingga ada cerita menarik yg nak dikongsikan dgn korang semua. Bubye!!!

Monday, September 12, 2011

One & Only Cerita Hari Raya

Assalamualaikum... Korang sihat walafiat? Sure still dlm mood raya kan? Setiap hari ada jer yg buat open house. Suka suka suka.. Hari2 sepanjang bulan syawal ni boleh mkn satay dan rendang daging. Whatever, makan makan lah jugak. Jgn sampai terlebih makan lak... Kan tak pepasal gedebak gedebuk naik berat badan. Sekilo 2kg tak kisah lah tapi kalau dah sampai tak dapat nak kancing seluar, itu tandanya anda sudah mengumpulkan lemak2 dlm badan. Sekelip mata jer dah berubah.

Sonoknya baca citer raya kengkawan semua. Meh nak citer sikit pasal raya secara ringkas. Tahun ni tak lah best sesangat raya bagi aku. Why? Why? Why?
Batuk batuk sampai nak bersuara pun susah. Raya pertama dan ke 2 aku byk habiskan masa kat rumah jer tunggu org datang. Cuma sekejap jer pergi beraya kat 3-4 buah rumah sanak saudara pada sebelah pagi raya. Then jadi penunggu setia kat rumah. Err..tahun ni aku tak kasi duit raya kat bebudak. Lupa nak tukar duit.. huhuhu (alasan)

 Tapir @ tapai, menu wajib hari raya

 Bergambar dgn adik no.3

Sepupu yg sdg mengira duit raya

Raya ke 3 aku paksakan diri jugak pergi beraya kat rumah kengkawan walaupun masih lom sihat. Kan nanti apa lakss kata diaorang kalau tak pi beraya. Sebelah petangnya aku balik ke rumah sbb nak prepare utk open house keesokan harinya. Letih sehhh duk pacak daging ayam kat lidi utk dibuat satay. Tak tahulah berapa ratus aku memacak satay kali ni. Dekat 500 pucuk adalah agaknya. Biasanya sebelum ni cukup seratus jer aku dah angkat kaki...ngeh ngeh ngeh. Tapi sbb kali ni ayahanda kerja, terpaksalah aku bersengkang mata menghabiskan kerja pacak memacak satay.

Hari raya ke 4, yang ni super duper letih. Start dari pukul 10 pagi sampai 7 petang tetamu tak putus2 datang. Kalau sebelah paginya sanak saudara, sebelah petang pulak kengkawan dan jiran tetangga. Kalu ikutkan hati sumpah tak nak buat dah open house tahun depan tapi bila lihat semua makanan habis dimakan, rasa bersemangat balik nak buat open house utk tahun2 berikutnya. Lagi pun ni lah masanya nak jumpa semua orang. Kalau nak harapkan pi beraya kat setiap rumah, konpem tak larat punya. Menu open house kali ni nasik kapit kuah kacang, satay, mee soto, rojak keling, triffle, chocolate cake dan biskut raya. Kecuali biskut raya, yg lain semuanya sold out.

 Tok wan datang ke open house

Sweet jer budak ni jelirkan lidah kat aku. Rasa nk cubit2 jer pipi dia ni

Hari raya ke 5 dan seterusnya malas aku nak citer sbb dah kena pi keja utk prepare pendaftaran student baru. Oh ya, tahun ni dapat sekeping kad raya dari sorang kawan kat sabah. Mekacih mama aniq