Tuesday, November 29, 2016

Keasingan Dalam Duka (Opssss....)

Kelip-kelip mata, dah hampir ke penghujung tahun. Dalam 32 hari lagi tahun 2017 akan muncul menggantikan tahun 2016. Sekejap jer masa berjalan sekarang. Semakin cepat masa berjalan, semakin kulit berkedut dimamah usia.

Kalau suntik bontox kat muka sekalipun, takkan dapat susuk (sembunyi) kulit dibahagian badan lain yg berkedut. Manusia takkan mampu mengubah ciptaan Ilahi. Yang ada hanyalah penipuan kepada diri sendiri.

Semalam aku termelayan satu video rancangan realiti kat youtube. Sedap pulak Ameng nyanyi lagu Keasingan Dalam Duka. Feeling feeling...☺ Bila teringat balik kisah silam dia, harap-harap peluang kedua yang diperolehi ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperbaiki apa yang telah tersilap.

Manusia ni, besar atau kecil pasti akan buat juga kesilapan dalam hidup. Dari kita mencemuh kesilapan orang, better kita cermin diri sendiri samada kita pernah buat silap atau tidak.

Kay, sambung buat kerja pulak...huhuhu


Tuesday, November 01, 2016

Aku dan Jiwa Rock

  
Malaysia dah dilanda demam filem Rock Bro sekarang ni. Rancak kat tv tengah promo pasal cerita ni. Aku dah layan filem ni start dari episod pertama lagi sampailah keluar sekuel terakhir ni. Budak2 yang lahir tahun 80an mesti syok layan filem ni sambil terimbau kenangan zaman muda mudi dulu. Lagi best time berkumandang lagu slow rock...ngeh ngeh ngeh

Mana boleh lupa bergaut dengan awek kat public phone sambil pakai singlet dan jeans koyak kat lutut. Duit syiling jangan ceritalah, bukan main banyak lagi dalam poket sebagai penyambung hayat. Itu dulu, sekarang public phone dah hampir2 pupus. Bergayut dengan handphone lagi mudah. Dalam toilet pun boleh calling2 lagi.

Yang lahir di alaf baru ni tak tahulah macam mana. Minoriti saja kot yang boeh layan dan faham apa yang terkandung dalam filem ni. Diaorang membesar dengan lagu cinta meleleh-leleh, rap dan lagu korea. Diaorang lagi kenal artis2 K-Pop dan Justin Bibier berbanding kumpulan rock malaysia.

Tetiba lak gatal-gatal tangan nak menulis dalam blog...Huhuhu

Wednesday, October 19, 2016

Ayah Pergi Untuk Selamanya

Ahad, 16 Oktober 2016...
Dalam pukul 7.35 pagi dalam perjalanan untuk menghantar isteri ke tempat kerja di hospital, aku menerima panggilan dari mak yang meminta aku segera ke hospital kerana adik bongsu memaklumkan yang ayah tidak sedarkan diri. Hari ni adalah hari ke tiga ayah berada di hospital kerana masalah kesihatan pada paru-paru. Dan ini bukanlah kali pertama ayah dimasukkan ke hospital kerana pada tahun lepas, ayah pernah dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Selepas parking kereta, aku terus menuju ke tingkat 7 kerana kali ini hati aku merasa sangat berdebar-debar. Sebaik saja kaki melangkah masuk ke wad 7EF, dari jauh aku dapat melihat beberapa orang doktor sedang bertungkus lumus untuk menyelamatkan ayah. Adik bongsu terpaku di tepi tingkat dengan muka yang pucat melihat situasi yang sedang berlaku depan mata.

Aku tak mahu menganggu tugas doktor, jadi aku berdiri di katil sebelah sambil berdoa agar ayah akan sedar kembali. Beberapa minit selepas itu, seorang doktor muda keluar dari sebalik tirai yang menutup katil dan bertanya adakah aku ahli keluarganya. Aku mengangguk dan terus dia menerangkan kedaan sebenar dengan tutur kata yang cukup tersusun rapi.

Kata doktor muda itu, jantung ayah telah terhenti berdengup dan mereka sedang berusaha untuk memulihkan kembali dengupan jantungnya. Mereka akan terus mencuba selama 40 minit dengan apa jua cara untuk menyelamatkan ayah. Dia juga meminta agar semua ahli keluarga aku naik ke atas dengan seberapa segera. Aku hanya mengangguk lemah sambil memohon dalam hati agar ayah dapat diselamatkan.

Jari aku cepat2 mendail no. telefon isteri, meminta dia naik ke atas dengan segera. Melihat adik bongsu terus terpaku membisu, aku mengajaknya keluar dan memintanya menunggu kehadiran mak dan adik2 yang lain di luar wad.

Aku masuk kembali ke dalam wad. Seorang lagi doktor lelaki keluar dari tirai dan mendapatkan aku. Dia menerangkan jantung ayah masih lagi terhenti dan tidak memberikan sebarang respon. Katanya, pergilah masuk dan ajar ayah mengucap. Masa itu, terasa seperti seketul batu berat terhempas atas kepala aku bila mendengar kata-kata doktor itu.

Kaki terasa sangat lemah tapi aku gagahkan juga menghampiri katil ayah. Doktor-doktor dan jururawat yang ada disitu memberikan laluan kepada aku. Seorang doktor perempuan memperkenalkan dirinya sebagai doktor pakar dan memberitahu bahawa mereka sudah melakukan sebaik mungkin tapi tak berjaya. Aku hanya mengangguk dan terus membisikkan kalimah syahadah sebanyak 3 kali. Air mata bergenang...

Aku tak sanggup berada lama disitu dan tersu keluar kembali ke tempat dimana aku berdiri sejak tadi. Lebih kurang seminit selepas itu, doktor muda tadi datang mendapatkan aku. Katanya, ayahku sudah meninggal kerana jantung telah berhenti berdengup. Waktu kematian pada jam 8.08 pagi. Aku terdiam seribu bahasa, berada didalam situasi percaya ata tidak dengan apa yang telah aku dengar. Doktor muda bertanya kalau ada apa-apa soalan tapi aku hanya menjawab lemah "Tidak".

Entah masa mana isteri aku sudah berada di hadapan dan bertanya keadaan ayah. Aku tak tahu nak cakap apa, hanya mengelengkan kepala dan serentak dengan itu, air mata aku tumpah jua. Beberapa kali isteri aku bertanya tapi realiti tetap realiti. Ayah telah pergi buat selamanya... Takkan kembali.

Aku mengajak isteri aku keluar pergi mendapatkan adik bongsu yang setia menunggu saja tadi. Inilah perkataan yang paling susah nak aku beritahu kat dia tapi tetap aku kena beritahu. Inilah kali pertama aku melihat dia menangis sejak beberapa tahun lamanya bila mengetahui ayah dan tiada. Aku redha kehilangannya kerana tiada yang kekal di atas muka bumi ini. Lambat laun pasti akan pergi menyahut seruan Ilahi.

Mak yang tiba tidak lama selepas itu terus memeluk aku sambil menangis teresak-esak. Adik-adik yang lain juga sama. Isteri aku masih lagi menangis sejak tadi. Aku dah kering air mata, selepas menenangkan semua yang ada, aku dan isteri pergi menguruskan urusan untuk mengebumikan ayah. Mujur ada bapa saudara sebelah ayah yang membantu dalam hal ini kerana aku pun masih blurr dengan apa yang dah terjadi.

Masih terbayang di depan mata ketika kali terakhir aku bercakap dengannya sehari sebelum itu. Masih teringat suaranya yang lemah tapi masih cuba untuk bercakap dengan aku. Itulah juga kali terakhir aku bersalam dengannya. Terima kasih ayah kerana menjaga kami dengan penuh kasih sayang sepanjang hayatmu...

Urusan pengebumiannya berjalan dengan lancar dan cepat. Alhamdulillah, kami adik beradik lelaki memandikan sendiri ayah dan mengapankannya. Syukur kerana jenazahnya disolatkan lebih dari 40 orang.

Ingin aku merakamkan ucapan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang telah menjaga ayah sepanjang dia berada di hospital dan berusaha-sedaya upaya untuk menyelamatkannya.

Tiada lagi insan yang sentiasa mengambil berat pasal aku walaupun setelah aku berkahwin,
Tiada lagi insan yang sentiasa menghulurkan kain pelikat bila aku hendak solat,
Tiada lagi insan yang sentiasa menganggap aku sebagai kawannya,
Tiada lagi insan yang dipanggil tokki untuk melayan kerenah cucu kecilnya,
Tiada lagi insan yang sentiasa mendahulukan aku berbanding dirinya,
Perginya tiada ganti, yang tinggal hanyalah kenangan...

Akan aku ingati selalu tangan yang pernah memimpin aku sewaktu aku kecil dulu,
Akan aku ingati selalu tangan yang mendukungku sewaktu aku kecil dulu,
Akan aku ingati selalu tangan yang pernah mengusap air mata bila aku menangis,
Aku redha dengan pemergiannya...

Monday, January 04, 2016

Blog Ni Dah Berhabuk

Lama bebenor tak bukak blog ni.. Berhabuk dan berdebu. Kalau rendam kat pantai konpem jadi lek-lek mcm pantai bauksit. Tarikh terakhir update pada 22 Januari 2011, almost 4 tahun lamanya.. Dah ke mana kawan-kawan blogger..huhuhu..

Dah malas nak berblog. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan family. Kepada blogger yang pernah menyerikan blog ini, 'aku tanya apa khabar?'. Korang macam mana sekarang? Still jadi blogger tegar? Still berkongsi coret coret kehidupan dalam blog?

Tahun silih berganti, bulan terang dan gelap, masa berdetik tik tok tik tok sepanjang masa...sedar tak sedar usia sudah pertengahan 30an. Dah tua dah.. anak pun dah ada sorang, bini pun sama..kui kui kui... Harap bini aku tak baca dah blog ni. Kalau tak konpem kena jelingan cekeding...huhuhu

Bubye..