Wednesday, April 29, 2009

Masjid Kristal

tak dok bende nok tulih kali ni. just nok share gambor2 hok aku amik pagi tadi. sesajer jer gi tah ke taman tamadun islam. sebab ari ni bukang ari minggu, org pun dok bolok maner. nok amik gambor pun steady jer.. well apa pun tengok ah gambor masjid kristal nih. lain2 gambor klik jer kat flickr aku kat bowoh ni.

.

--> sila klik disini <-- 

.

Monday, April 27, 2009

New Phone

actually, lamer doh aku berangan nok beli tepon baru tapi sapa ari ni dok beli2 lagi. puah doh paka tepon nokia 6288. nok test tepon lain pulok. tepon mender ah hok molek aku beli?

.

1- nokia e66

.

2- nokia 5800 express music

.

3- nokia n85

.

4- nokia e75

.

5- apple iphone 3g

3 Days

.

mareng masuk opis, terase berserabut sgt paler aku nih. tension pun ader, boring pun ader. so, after siapkan keje2 aku, aku decide amik cuti 3 hari start hari ni sapa luse.. kalu ikutkan ati nok lanjut sapa ri kamih tapi kan ari kamih tu semua staf kene anto claim bulanan. rugi ah kalu lambat anto, lambat ah buleh claim..huhuhu

.

kalu ikutkan rekod, doh 3 tahung 4 bulan aku dok amik cuti bergaji. kali ni pong same gok. ntah ler, aku pun dok tahu sbb per aku dok minat sgt nok amik cuti bergaji. maybe sbb nok cover hari2 bekerja yg pernoh aku pontengkan sebelom ni kot. or maybe sbb aku malah nok tulis perkataan cuti bergaji dlm borang cuti. lerr..aku maner penoh isi borang cuti. maleh lerr.. se lagi maleh sgt nok masuk bilik bos anto borang cuti..

.

well, 3 hari ni aku nok buat sumer xtvt hok terlintah dlm paler aku ni. pi shopping, pi maing bowling, pi maing badminton, layan games puah2, wat kelanyak kat sepupu2 hok kecik2 tuwek tuh, surfing tenet puah2. so sebarang panggilan berkenaan hal2 keje tidok akan dilayang buat sementare waktu.

.

Ya-Haa!!

Friday, April 24, 2009

Planning Bulan 5

bln may semakin dekat. bile jer buleh gaji, tetiber jer secare otomatik otok aku ni ligat musing planning nok beli brg itu ini. kene pulok washing machine tu tetiber jer rosok. huuuu..mapuh cokeng pulok kali ni..

.

well, sbb nok kawal perangai boros, so aku decide nok buat catuan pitih utk perbelanjaan aku bln 5 kekgi. so, aku akan belanjer maksimun dlm 1000 riyal jer. hok lebih sipang dlm bank..

.

ni ler bender hok sure beli bln depang...

.

1. thermaltake v9 -mapuh cokeng 330 riyal

2. huntkey greenstar 550w - mapuh cokeng 145 riyal

3. cooler master hyper 620 - mapuh cokeng 190 riyal

.

4. honda civic type r 2009 - tunggu masuk malaysia dulu baru beli.. yes

.

Monday, April 20, 2009

Kucing Terlebih Excited

tengok ah aksi kucing yg terlampau excited..

.








Wednesday, April 15, 2009

Birthday

nok ucapkan hepi besday to someone yg aku kenal sejok 9 tahung yg lepah..

hepi besday to u... semoge hari esok menjanjikan kebahagiaan yg abadi

Tuesday, April 14, 2009

Jodoh Pertemuan

untuk entry kali ni aku tuliskan dlm bahasa standard, not in loghat terengganu..

------------------------------------------------------------------------

jodoh.. selalu org bertanya "kenapa belum kahwin lagi?". bukan tak mahu kahwin tapi jodoh belum sampai. mungkin disaat ini belum dipertemukan dengan seseorang yg dpt membuka pintu hati. atau mungkin juga pintu hati ini telah tertutup rapat buat selamanya. siapa lah yg tahu sedangkan diri ini pun belum pasti.

.

pada usia semakin meniti angka 30 rasanya belum dikatakan terlewat utk bertemu jodoh. apa lagi pada usia 30 tahun ke atas, belum terlalu lewat utk membina mahligai. kerana jodoh pertemuan itu ditangan Allah, usia tidak pernah menjadi sempadan. jangan menganggap masa telah disia-siakan kerana berkawin lewat seandainya masa itu telah digunakan untuk mengapai satu persatu impian. berdoalah kepada Allah setiap masa agar dipertemukan dengan seseorang yg mampu memberikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. biarlah lambat bertemu jodoh asalkan tidak terjerumus ke dalam neraka perkahwinan.

.

perkahwinan bukanlah sesuatu yg dapat dipetik dengan jari. ikatan perkahwinan tidak tertakluk kepada jangka waktu yg singkat. perkahwinan bererti terikat satu hubungan yg dibenarkan dalam agama, menghalalkan apa yg haram diantara adam dan hawa, menjalinkan satu hubungan silaiturahim diantara 2 keluarga. perkahwinan bukan sekadar syarat utk melepas nafsu syahwat disaluran yg betul. perkahwinan tidaklah serumit yg disangkakan namun ia juga tidak semudah yg dijangkakan.

.

sesudah saja ijab dan kabul, satu tanggungjawab yg berat akan dipikul untuk membina sebuah institusi keluarga. bukankah apabila kita gagal melaksanakannya, kita membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? berapa ramaikah yg menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yg sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? jika tidak sanggup untuk bergelar suami/isteri tidak usah berkahwin dulu. jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. 

.

sebenarnya ramai yang memasuki alam perkahwinan didalam keadaan diri yg belum bersedia. tak ubah seperti berpaut didahan yg rapuh. tetap akan terjatuh jua. berdiri di atas akar yg tidak kuat, tetap akan tumbang jua.

.

perkahwinan adalah kenikmatan yg dikurniakan kepada manusia. namun ramai dikalangan manusia tidak menghargai kenikmatan yg dikurniakan Tuhan. alam percintaan berpanjangan bertahun-tahun lamanya namun ikatan perkahwinan hanya bertahan utk tempoh sedetik cuma. perkahwinan itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga dibuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

.

sayangi insan yang menyayangimu, cintai insan yg menyintaimu..

.

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid dijalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMu

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih atau terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu

Ya Allah jika Engkau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

doaku moga kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat. berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran yg sememangnya menguji kekuatan iman. kerana tapak iman itulah yg menemukan cinta yg selama ini telah hilang.

.

semoga cinta yg dicari telah ditemui. semoga dipertemukan jodoh dengan insan yg dapat membimbing kita ke jalan kebahagiaan didunia dan akhirat. semoga Allah meletakkan kita dibawah payung rahmat kasihNya.. Insyaallah

Thursday, April 09, 2009

Kenangan Dulu-Dulu

pejang celek pejang celek..masuk bln april doh. wahhh!!! derah benor maser jalan. waser ang baru mareng masuk tahung 2009. april ni, ader 1 tarikh penting dlm idup aku. maser utk wish besday kat someone.. 

.

well, tu citer lain.. kali ni aku nok tepek gambor2 lame maser kecik2 dulu. banyok benornya gambor2 lamer ni dlm album tapi malah nok kobek. waser rohok nok scan sutir2.. apa tgk ajer ah gambor hok ader ni.. ader mase aku tepek hok lain pulok..

.

ni maser umor brp bulan dok ahu ah. waser ang ader ah dlm 3-4 bln kot..

.

ni pulok maser tumboh doh gigi 2 batang. acu tgk molek kat mulut tu, napok kang gigi putih melepak tuh..huhu

.

gambor ni amik kat keda gambor cine. muke nok nangih tu..

.

gambor ni di amik selepah gambo diatah. tgk baju samer jer, cume rambut jer napok panjang jengong doh..

.

ni posing atah kete laki mok sedare beloh ayoh. org panggil pok sedare sabit owk, betol dok gitu. aku dok beraper reti pasal sabit2 ni..

.

ni maser ari rayer kat umoh wan aku, kg ladang pasor. besor doh sikit maser ni. acu kelih radio kat belakang tuh, antik tuu... jamang awal 80an jer ader wat tubek radio tuh.. kat bowoh tu pemaing piring itang. klasik woo..

.

ni maser sambut besday ke 4. kalu dok royak pung korang tahu gok sbb tebeng doh no. 4 kat kek tuh. muke sebek jer mase nok kerat kek tuh sbb demang. se lagi sbb kene maroh di mok sedare. yer suruh tgk kamera, aku kelih tah ke lain.. dok pasal2 kene maroh.. &@#%& huhuhu

.

ni maser umor 4 tahung gok.. tangang letok dlm kocek. trademark aku dari dulu sapa ler ning.

.

ni pulok maser darjoh 1. nok tayang gigi tu, bukang mender ngat..huhu. ok ah, tu jer setakat ni, ader maser aku tepek agi gambor2 laing..