Tuesday, April 14, 2009

Jodoh Pertemuan

untuk entry kali ni aku tuliskan dlm bahasa standard, not in loghat terengganu..

------------------------------------------------------------------------

jodoh.. selalu org bertanya "kenapa belum kahwin lagi?". bukan tak mahu kahwin tapi jodoh belum sampai. mungkin disaat ini belum dipertemukan dengan seseorang yg dpt membuka pintu hati. atau mungkin juga pintu hati ini telah tertutup rapat buat selamanya. siapa lah yg tahu sedangkan diri ini pun belum pasti.

.

pada usia semakin meniti angka 30 rasanya belum dikatakan terlewat utk bertemu jodoh. apa lagi pada usia 30 tahun ke atas, belum terlalu lewat utk membina mahligai. kerana jodoh pertemuan itu ditangan Allah, usia tidak pernah menjadi sempadan. jangan menganggap masa telah disia-siakan kerana berkawin lewat seandainya masa itu telah digunakan untuk mengapai satu persatu impian. berdoalah kepada Allah setiap masa agar dipertemukan dengan seseorang yg mampu memberikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. biarlah lambat bertemu jodoh asalkan tidak terjerumus ke dalam neraka perkahwinan.

.

perkahwinan bukanlah sesuatu yg dapat dipetik dengan jari. ikatan perkahwinan tidak tertakluk kepada jangka waktu yg singkat. perkahwinan bererti terikat satu hubungan yg dibenarkan dalam agama, menghalalkan apa yg haram diantara adam dan hawa, menjalinkan satu hubungan silaiturahim diantara 2 keluarga. perkahwinan bukan sekadar syarat utk melepas nafsu syahwat disaluran yg betul. perkahwinan tidaklah serumit yg disangkakan namun ia juga tidak semudah yg dijangkakan.

.

sesudah saja ijab dan kabul, satu tanggungjawab yg berat akan dipikul untuk membina sebuah institusi keluarga. bukankah apabila kita gagal melaksanakannya, kita membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? berapa ramaikah yg menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yg sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? jika tidak sanggup untuk bergelar suami/isteri tidak usah berkahwin dulu. jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. 

.

sebenarnya ramai yang memasuki alam perkahwinan didalam keadaan diri yg belum bersedia. tak ubah seperti berpaut didahan yg rapuh. tetap akan terjatuh jua. berdiri di atas akar yg tidak kuat, tetap akan tumbang jua.

.

perkahwinan adalah kenikmatan yg dikurniakan kepada manusia. namun ramai dikalangan manusia tidak menghargai kenikmatan yg dikurniakan Tuhan. alam percintaan berpanjangan bertahun-tahun lamanya namun ikatan perkahwinan hanya bertahan utk tempoh sedetik cuma. perkahwinan itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga dibuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

.

sayangi insan yang menyayangimu, cintai insan yg menyintaimu..

.

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid dijalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMu

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih atau terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu

Ya Allah jika Engkau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

doaku moga kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat. berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran yg sememangnya menguji kekuatan iman. kerana tapak iman itulah yg menemukan cinta yg selama ini telah hilang.

.

semoga cinta yg dicari telah ditemui. semoga dipertemukan jodoh dengan insan yg dapat membimbing kita ke jalan kebahagiaan didunia dan akhirat. semoga Allah meletakkan kita dibawah payung rahmat kasihNya.. Insyaallah

2 comments:

suzieapai said...

besor maksud n3 deme kali ni...

aminnnn...

"biar jodoh tu lambat asal kekal ke anhir hayat.." jgn jodoh cepat tapi dot dot dot...

btul dok?

Unknown said...

betol betol betol