Friday, May 22, 2009

Sebuah Kehidupan


hidup ini tak semudah yg disangkakan, tak sesukar yg ditafsirkan. tapi untuk membina sebuah kehidupan yg sempurna terlalu banyak halangan. takdir dan tuah menjadi penentu. sometimes bila aku memerhatikan kehidupan org lain, aku terasa jelous. dalam hati aku berkata, kalaulah aku dpt merasai kebahagiaan yg mereka rasakan, bertapa indahnya hidup aku ini.
.
suatu ketika dulu aku beranggapan hidup aku sudah cukup lengkap...ada mak ayah, adik, saudara dan juga kawan2. tapi semakin meningkat usia aku semakin aku terasa kekosongan dlm hidup aku ini. kebahagiaan yg aku rasakan sebelum ini sikit demi sedikit hilang. semakin banyak titik2 kosong dlm diri aku. aku hanya terasa kegembiraan bila dikelilingi mereka2 yg aku kenal. tapi bila aku keseorangan, hanya kesunyian yg aku rasakan.
.
hampir semua yg mengenali aku tidak pernah mengetahui sebuah kisah yg pernah aku lalui dlm hidup aku. tragedi yg terlalu menyeksakan utk dikenang, terlalu sayang utk aku buangkan dari ingatan. semuanya aku rahsiakan, hanya aku yg tahu, biarlah aku seorang yg merasainya.
.
aku pernah terbaca dlm buku mengenai individu yg memiliki lebih dari 1 personaliti. maybe aku pun salah 1 dari individu tersebut but i'm not crazy. aku bukan jenis org yg sering berhalusinasi. aku memang jenis yg susah utk diduga. ada waktunya aku serius, tapi sekelip mata boleh bertukar jadi gila2, sekelip mata bertukar menjadi childish atau sekelip mata bertukar jadi pendiam. sebab itu tiada kwn yg dpt memahami sikap aku ini.
.
berbalik kpd kehidupan aku..semakin masa berlalu semakin aku rasakan hidup ini terlalu sukar utk dilalui. aku sering kali terkenangkan zaman kanak2 aku. waktu itu jarang sekali aku terasa kesunyian. setiap masa, setiap detik yg berjalan aku terasa happy. zaman kanak2 penuh dgn memori manis. zaman persekolahan yg telah lama berlalu membuatkan aku terasa ingin putarkan kembali masa ke waktu itu. acap kali aku bermimpi kembali ke alam persekolahan. byk sangat kenangan manis yg telah terpahat dlm memori.
.
3 tahun setengah telah berlalu sejak perpisahan itu. sehingga ke saat ini aku masih belum dpt menerima kehadiran penganti. setiap waktu saat2 manis bersama dia akan muncul setiap kali aku melintasi tempat2 yg telah meninggalkan nostalgia waktu bersamanya. yup..aku masih berharap suatu masa nanti dpt bersama kembali dengannya. dia yg telah mendewasakan aku, mengajar aku menjadi seorang lelaki matang.
.
sampai bila kehidupan aku akan sama seperti sekarang, tanpa arah tujuan, tanpa matlamat utk dikejar, tanpa teman hidup. aku tak nampak masa depan aku. semuanya terlalu kabur. setiap kali aku bangkit utk merubah skrip hidup, setiap kali itulah aku akan terjatuh kembali. sukarnya... keajaiban, muncullah sekali lagi dlm hidup aku ini buat kali terakhir. hanya keajaiban yg mampu membuatkan aku melangkah jauh ke depan.
.
maybe aku teremosional sikit kali ini.. time kesunyian mcm ini mmg bermacam2 perkara terlintas dlm fikiran aku. well..jgn peningkan kepala korang utk berfikir apa sebenarnya yg tersurat atau tersirat dlm coretan aku ini. aku hanya taip berdasarkan kpd apa yg aku rasakan disaat ini..

2 comments:

SUZIE APAI said...

laaa...doh bakper pulok..

okey, ader ketika perasaan mcm ni akan muncul. tapi jgn dilayan, cepat2 amik wuduk dah bersujud kepadaNya. Aper yg berlaku mungkin ader silap dimana2, klutiada silap mungkin Tuhan ingin menguji iman kita.

perkara yg lepas jgn di kenang. Nanti meracun diri...Life must go on! buka ckit pintu hati tu utk insan2 lain. Percayalah, psgn yg kita tak pnh kenal, tak pnh bcinta...boleh menjadi pasangan hidup yg amat serasi utk kita. Itu tak mustahil...

lorr...aku plak yg teremosi...

Mata Hati said...

time kasih cikgu