Thursday, May 07, 2009

Kisah Zaman Budak2 Dulu


kalau lahir pada tahun1973-1983, korang mesti ingat ni..

.

kita membesar dgn menonton g-force, transformers, thundercats, silverhawk, woody woodpecker, chipmunks n mickey mouse. not to forget ninja turtles, mask, smurfs dan voltron. lagi satu gaban dan suria perkasa hitam


berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah? hmm... mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi longkang dgn classmates semua kat sebelah...

ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang ingat program minum susu di sekolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan? sekarang ni tak boleh dah. rotan  anak murid sikit langsung mak bapak pi report polis. 

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time sekolah menengah, korang sure beli kasut skolah bata bm2000, bm turbo atau pallas jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu. ada yang suka stoking tebal laaa.

internet? email? mender ape tu?

cd? ape tu? kaset tape penah laa dengar.. tiket wayang pun 3 riyal je.

kite pegi kedai runcit, beli chickerdis, mamee , kum kum, ufo, o-ya, ding dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, kiki bubble gum. tak dilupakan, 'ti kam'. bile dah abih exam, main monopoly la, donkey la, happy family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek or beli roti kaya dgn mamak kat luar sekolah tuh.

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt rancangan makanan tambahan (rmt) mesti keluar awal.

lagi satu yang seronok mase time pendidikan jasmani (pj). main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, pepsi cola one-two-three, police sentry, main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim poli 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm... ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diaorang mane penah dengar lagu 'we are the world, we are the children...' dan lagu 'uptown girl'.  yang diaorang tau, yg westlife nyanyi bkn yg billy joel...

bagi diaorang, ada satu je jerman kat dunia ni dan ade satu je vietnam.

aids wujud sejak diorg lahir.

cd pun wujud time diorg lahir.

michael jackson dah putih dah time tu.

diaorang percaya spiderman dgn incredible hulk tu filem2 baru.

diaorang tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

diaorang tak penah tau pun atari dgn game & watch.

diaorang tak percaya penah ada tvhitam putih. dan diaorang skarang tak reti nak switch on tv kalau x der remote control.

dan diaorang tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone.

jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum

2. kebanyakan member2 sekolah menengah kite dah kawin

3. korang sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok budak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu..

.

kesimpulannya, zaman dulu lagi best berbanding zaman sekarang..

No comments: