Wednesday, September 23, 2009

Raya Ke? Ke Tak Raya?

nak kate raye mcm dok raye.. nok kate dok raye tapi hari raye. maner 1 betul ek? tu ler yg aku rasekan. aura raye doh lama hilang. tak der apa2 lagi nok dirayekan. maybe seiring dgn usia yg semakin meningkat ni. kalu dulu budok2 panggil aku abe or abang, sekarang ni dah panggil pakcik, uncle. kalu ada kawan2 pi beraye kat rumah, sure sebelum balik dia akan cakap kat anak2, "pergi salam dgn pakcik dulu".

actually tak buat persiapan mana pun utk raye kali ni. aku just hulur kan duit kat adik dn mak, then ikut suka lah diaorang nak beli apa pun. duit raye pun mak yg standby (kedekut kan aku kali ni). sorry yer anak2, pakcik lupa nak tukar duit kat bank..hehe

tak der apa2 yg istimewa nak diceritakan pasal hari raye tahun ni. selepas solat raye, pi kubur dulu ziarah kubur tok, tok yang dan tok sedara. then pi beraye rumah sedara mara terdekat. lepas zohor dah tersadai kat rumah. tunggu pulak sedara mara membalas kunjungn aku ke rumah diaorang pagi tadi. hari raya ke 2 pun aku just standby kat rumah tunggu sambut kedatangan tetamu. hari ke 3 aku pi kenduri kawin sekejap pastu duk kat rumah sambut tetamu yg tak putus2 datang. eh, ramai betul kan yg kawin time raya ni. kalu kat kampung ni, orang2 tua panggil belaga pusat. huhu

tu jer cerita raya tahun ni. gambar pun amik 2 keping jer..maleh ah nok bergambor banyok2. lagi pun aku rasekan mcm ada sesuatu yg tak lengkap jer setiap kali hari raye sejok 4 tahun kebelakangan ni. aku tahu apa yg tak lengkap tu..tahu sangat. well. ni jer gambar yg sempat di snap..

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Saya meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira


kepada rakan2 blogger, silent readers dan jugok kawan2 kat luor sana tu... dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan, saya ingin mengucapkan:


setulus kemaafan dipinta seandainya ada tersalah kata, tercoret sesuatu yg menguris hati dan juga tersilap memberi komen yg menyentuh perasaan. sesungguhnya segala yg baik itu datangnya dari Alah, segala yg buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

semoga u all bergembira dihari raya nanti. berhati2 dijalan raya, pandulah dgn cermat, jagalah keselamatan diri dan org2 tersayang. saya doakan semoga semuanya selamat pulang dan selamat kembali ke destinasi.

err..kalu nok pitih raya, jemput ler datang beraya kat rumah. satay ada, lemang ada, serunding ada, nasi dagang ada, nasi minyak ada, kuih raya ada, tapir ada, kacang raya ada, keropok lekor ada, air sirap ada, air sunquick ada, air kosong ada dan tuan rumah sentiasa berada dimuka pintu mengalu-alukan kedatangan tetamu. lalalala~

Tuesday, September 15, 2009

My New Toy

hehe..orang lain duk sibuk beli baju raya, buat kuih, bersihkan rumah..aku pulak takder ribut, tak turun hujan..pi beli mender ni pulok. amender ni? tu ler org panggil racing wheel. senang nak race kereta guna stering ni. mcm pandu kereta atah jalan ler, just yg ni aku pandu depan komputer. kalu mak tahu sure bising2 ni..kui kui kui.. betullah, aku tak pandai nak handle financial. boros jer kerja aku. gaji ribu2 pun habis mcm tu jer.. apa2 lah, asalkan puah hati. sbb aku ni jenis tak suka meminjam barang org, so aku beli jer stering ni. kan kalau pinjam dan tetiba rosak, sure kena ganti kan kan kan. rugi tu...

eh, kelmarin dulu malam lailatul qadar kan. becoz aku rasa lain lah. terlalu sunyi malam tu. takder cengkerik berbunyi..takder ayam berkokok. merah jer langit malam tu, redup jer sepanjang hari. ntah kenapa mlm tu aku terasa mcm diziarahi oleh 'tok yang' dan tok saudara aku yg dah meninggal. "maaf, cucu tak kabulkan hasrat 'tok yang' utk mengantikan tempat 'tok yang' sbg imam masjid"... satu lagi aku terbaca kat kosmo! ari ni, ada dipaparkan berita kisah sejadah berdiri. subhanallah..



ok ok, my next toys.. tadaaa. nak tukar yg lama, gantikan dgn yg baru

Friday, September 11, 2009

Pada Siapa Patut Letak Cinta?



Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami hilang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.



Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Wednesday, September 09, 2009

Menjelang Hari Raya



10 hari menjelang tibanya hari raya aidilfitri. sana sini semua org dah mula sibuk mencari kelengkapan hari raya. muda mudi sibuk mencari pakaian raya. kalau boleh biar serba serbi baru, kan nanti nak pi beraya rumah girl fren. gadis2 manis dah tak sabar menanti baju raya siap dijahit. khas utk menyambut kedatangan boy fren. warna warni baju raya kali ni..baju kurung dan kebaya masih jadi pilihan utama utk dipakai hari raya nanti.

oh... cantik berseri-seri
tua dan muda berpakaian serba baru
oh... sungguh meriahnya
miskin kaya pun turut bergembira


makcik2 sibuk buat kuih raya..ntah tahun ni berape jenih kuih nok dibuat. kalu tahun lepas 6 jenis, tahun ni mesti lebih sikit.. semprit, almond london, tat nenas, makmur, suji..sebut saja kuih apa sure akan terhidang atas meja dihari raya nanti. pakcik2 dah mula sibuk cari buluh, nak buat lemang lah katakan. anak2 kecil dah berpakat dgn kawan2. mengira brp buah rumah nak pergi hari raya nanti. ini semua permandangan biasa kat kampung. saban tahun beginilah suasananya

kat hutan batu sana..takkan terasa suasana mcm ni. nak kuih, beli jer kat pasaraya. tak pun order dgn kawan2. sebut jer nak kuih apa, asalkan sanggup keluarkan duit pasti dapat. teknologi zaman kini memudahkan lagi urusan mengorder kuih. surf jer internet, beli secara online. kan senang. pagi esok adalah tu kurier hantar kuih depan pintu rumah. lemang..beli kat pasar lah. tak pun kat gerai2 tepi jalan. nak buat tak pandai. nak tebang buluh pun tak tahu. silap haribulan, buluh kuning pun ditebang sekali. kanak2 hutan batu tahu ke mcm mana nak buat pelita dari buluh. alah..beli jer pelita plastik kat kedai tu, kan senang. tak payah kotorkan tgn nak buat pelita buluh. mcm mana pulak meriam buluh? yg ni jgn try buat kay..kan tak pasal2 hilang jari..

itu kisah penghuni hutan batu. bagaimana pulak keadaan insan yg hidup serba kekurangan. kais pagi mkn pagi, kais petang belum tentu lagi dpt mkn petang. rumah ditepi sawah, berdindingkan kayu buruk. sekali angin bertiup, sekali dinding rumah bergegar. disaat hujan turun, air menitik dari celah2 lubang atap ibarat air terjun sekayu.

mak: "hari ni nak berbuka puasa mkn apa yer.. nantilah mak pergi amik keladi. nanti kita makan nasi + keladi masak air."

anak: "alah mak..tak nak lah. nanti gatal2 pulak lidah ni"

mak: "habis tu apalah lagi yg kita ada kat dapur tu. takper lah, mak gaulkan nasi dgn air gula."

anak: "mak..mak dah lupa ke. dah lama kita tak beli gula dan beras"


korang pernah ke mkn keladi yg diambil kat tepi2 parit tu? setiap kali lepas mkn, pasti tergaru2 lidah sbb gatal. pernah ke korang mkn nasi yg digaul dgn air gula? pernah ke korang pergi kutip beras yg berterabur atas jln sbb plastik pecah? pernah ke korang tidur beralaskan kayu sebagai penganti bantal empuk? hehe..itu semua memori aku waktu kecil dulu. kesusahan waktu kecil membuatkan aku sentiasa bersyukur kerana dikurniakan kesenangan pada masa sekarang.

bersyukurlah dgn apa yg kita perolehi pada hari ini. walaupun sedikit tapi itulah rezeki yg dikurniakan kpd kita. ingatlah, waktu kita sedang bersukaria utk menyambut hari raya, diluar sana masih ada mereka yg menangis mengenagkan nasib badan, menagih simpati org ramai utk tumpang merasa keseronokan hari raya.

anak: "mak, baju raya adik mana?"

mak: "adik, pakailah baju raya yg tahun lepah"

anak: "baju tu dah koyak lah mak. baju tu lah yg adik pakai setiap hari"

mak: "kalu mcm tu, bawak ke sini baju tu. mak nak tampal yg koyak tu"


manusia miskin kaya semua bergembira
aku miskin hina berselubung duka
manusia miskin kaya semua bergembira
aku miskin hina berselubung duka


dikala kita bersenang lenang, masih ada yg menangis mengenangkan nasib malang. bantulah mereka. tak rugikan kalu kita hulurkan sedikit sumbangan utk meringankan beban meraka. kalaulah kita boleh berbelanja ribu2 riyal semata2 nak beli handphone baru, kenapa tidak kita hulurkan 100 riyal kpd golongan miskin. kalau kita boleh beli kereta 2-3 bijik, kenapa kita tak luangkan sedikit masa utk membayar zakat. bukankah semua kesenangan yg kita perolehi hari ni kurniaan dari Ilahi. kenapa nak bongkak bila ada pangkat besar(datuk, tan sri, boss), ada berbelas2 syarikat, berjuta2 riyal dlm bank, rumah banglo, kondo, villa.. ingatlah, harta2 kita hanyalah pinjaman sementara. jgn nak bermegah dgn apa yg kita ada. sesungguhnya Tuhan Maha Berkuasa, Maha Adil, Maha Pemurah. sekelip mata jer Tuhan boleh tarik kekayaan yg kita miliki.

menjelang hari raya ni, hulurkan lah sedikit bantuan kepada mereka yg memerlukan. sama2 lah kita lukiskan kembali senyuman diwajah mereka yg kurang bernasib baik ni. tua muda, miskin kaya..biarlah semua dpt merasai kenikmatan hari raya.

bila tiba hari raya
semua insan bergembira
tetapi bagiku hanya kesedihan
yang menyelubungi hidup

ayah dan juga ibuku
telah pergi selamanya
terbiarlah aku ibarat musafir
yang haus di padang pasir

siapakah yang sudi
menghulurkan simpati
kepada nasibku ini
agar dapat kurasa
nikmat di hari raya
seperti insan yang lain

ku meminta dan berdoa
kepada Yang Maha Esa
tabahkan hati berilah pedoman
cahaya di aidilfitri


biarlah semeriah mana pun kedatangan hari raya, tapi aku tetap begini. keriangan hari raya terhenti disaat tamatnya bacaan kutbah hari raya. beginilah setiap tahun. tanpa semangat, tanpa sebarang pakaian baru utk pergi menziarahi sanak saudara. apalah maknanya hari raya bagi aku. saban tahun, aku terduduk meratapi kesilapan masa silam..

Tuesday, September 08, 2009

Hari Ke 18 Bulan Ramadhan



cepatnya berlalu bulan ramadhan. sedor dok sedor, doh 18 hari kite semua berpuasa, dah 19 malam kita berterawih. syukur alhamdulillah, aku masih dipanjangkan usia, masih dikurniakan kesihatan yg baik utk meneruskan ibadah puasa. aku juga memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi diatas kenikmatan kurnian-Nya aku berpeluang untuk menyempurnakan rukun islam ke 4, dan aku masih diberikan kesempatan utk berterawih setiap malam. alhamdulillah.. aku dah cuba buat sebaik mungkin dibulan ramadhan kali ini, semoga segala amalanku diterima oleh Allah. siapa tahu mungkin ramadhan kali ini yg terakhir bagiku..

kita semua setiap hari berdoa kepada Allah. tapi dibulan ramadhan ini, waktu paling elok utk berdoa adalah disaat hampirnya waktu berbuka. berdoalah sebanyak mungkin pada waktu itu, insyaallah doa kita akan sampai kepada Allah.

utk ramadhan kali ni, aku dah tolak dgn baik jemputan utk berbuka puasa anjuran jabatan dan kelab. aku mahu habiskan bulan ramadhan ini dengan berbuka dirumah saja. lagi pun aku tak mahu terkejar2 masa utk bersolat maghrib dan kemudian tergesa2 ke masjid. satu lagi puncanya aku menolak jemputan itu, aku kan tengah dlm proses utk turunkan berat badan. kalu berbuka kat luar, pasti hidangan utamanya nasi dan ayam serta daging. tak nak lerr..dah elok2 aku boleh control selera mkn aku, kan tak pasal2 terkantoi pulak.

actually, aku boring sangat hari ni. ingatkan aku boleh berborak2 dgn cek yah, tapi ada pulak kerja kat luar. tak tahu lah..nak sembang apa dgn dia ek kalu dpt peluang utk berdepan dgn dia? kelu jer lidah aku ni. kenapa ah setiap kali nak berdepan dgn dia, sure aku akan jadi gabra. hampeh betul. kalu dah siap karang skrip pun, bila berdepan dgn dia sure takder sepatah pun skrip tu yg keluar dari mulut aku. oh my.... wahai cerdik pandai, betul ke perempuan ni mmg susah nak diduga hatinya. byk memendam perasaan, byk yg tersirat dan tersurat dlm dirinya. kenapalah aku ni jenis yg susah nak memahami perasaan org. tak pandai nak agak apa yg bermain dlm fikiran org.. or maybe sbb perangai aku mcm budak2, sbb tu aku susah nak faham perasaan org lain..

Friday, September 04, 2009

Secebis Kisah Suami Soleh


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logic akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi.Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.

Pesan guruku.. air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.........

Thursday, September 03, 2009

Coretan Seorang Lelaki Untuk Bakal Isteri



Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..


Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu.

Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.


Dariku, Bakal suamimu.

p/s: suatu coretan yg cukup indah

Tuesday, September 01, 2009

Hari Ke 3 Bulan Ramadhan

doh semakin hampir sampai ke pertengahan bulan ramadhan. sekejap jer rase nya ek... ramadhan kali ni penuh rahmat. kalu siang panas, sebelah malamnya hujan akan turun. dan kalu sebelah malamnya panas, esok pasti mendung sepanjng hari. subhanallah..

aku doh start misi menurunkan berat badan aku start hari ke 6 lagi. makang sekadar utk mengalas perut. nasi tolak ke tepi.. but yesterday kena stop sehari misi aku ni sbb jiran sebelah rumah ajok buka puasa bersama. tak maniskan tolak pelawaan org, lebih2 lagi bila bersungguh2 dia ajok buka puasa bersama. so, berbukalah aku kelmarin dgn nasi ayam, dadih, kuih tok aji serban dan jugok air limau. nevermind, today sambung balik misi menurunkan berat badan. penambah perisa kpd mission impossible aku ni, kenalah bersenam jugok kan. so, 1x seminggu pi ler ler main badminton lepas semayang terawih..

ikh ahh ikh ahh...

bersenam angkat besi berenang berlari,
jagalah badanmu serta kesihatan diri,
marilah semua amalkan segera,
hidup cergas jadikan amalan,
tubuh yang sehat,cerdas fikiran...