zaman sekolah menengah - tingkatan 1 - 3
aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah pada tahun 1994. lebih ramai cikgu yg aku temui, lebih banyak kenangan manis terpahat. well, aku mulakan dgn cikgu marican. dia mengajar aku kemahiran hidup. walaupun nampak serius diluar kelas, maybe sbb dia jugak cikgu disiplin tapi time mengajar dia mmg kelakar habis. setiap kali masuk mengajar, ada jer lawak antarabangsa yg dia buat. tak pernah kering gusi aku dan kengkawan. maybe sbb tu lah pelajar2 kamcing dgn dia. tak malu nak tanya itu ini, mintak itu ini. tak pernah sekali pun dia marah sepanjang mengajar. semua student respect kat dia. sekarang dia dah tak mengajar. dah tukar profesion jadi tukang urut refleksi. apa pun yg dia buat pasti akan berjaya sbb tak kan dia putus asa utk dapatkan apa yg dia nak. cikgu sabudin baru ditukarkan dari sabah waktu dia masuk mengajar kelas aku. aku masih ingat cerita dia waktu mengajar kat sabah. kisah pelajar dia yg cuma makan beras dan minum air paip utk alas perut sepanjang berada disekolah. menangis dia bila ceritakan kisah bekas pelajar dia kat pendalaman sabah tu. apa pun dia mmg best..best sangat. dah kemana dia sekarang ni.. cikgu favourite aku namanya cikgu tazan. nama dia mcm tarzan kan..huhu aku selalu kenakan dia sbb nama dia yg unik tu. dia pun satu, pernah sekali dia nak ceritakan kisah seorang budak yg tinggal dlm hutan. dgn secara sepontan laju jer mulut aku sebut tarzan. kan dah kena..tak pasal2 satu kelas gelakkan dia. dia pernah cakap nama dia mmg unik sbb dlm malaysia ni cuma ada 2 orang jer yg bernama tazan. selain dia, seorang lagi adalah pakcik tua yg bawak teksi. betullah tu.. cikgu zulkiflee mengajar kelas aku 2 subjek, geografi dan bahasa malaysia. dia satu2 nya cikgu yg pernah gunting rambut aku. ntah lah mcm mana time spotcheck ari tu, aku lupa nak menyorok. tak pasal2 rambut aku jadi mcm rambut askar. pendek ketot, kata org teganu. cikgu zul ni bila t/hari jer mesti acap kali mata dia berkedip2. cikgu mat sedik mcm cikgu zul jugak. ada waktunya garang, ada waktunya kelakar habis.
teacher nooraini, teacher maheran dan teacher samihah antara yg pernah ajar aku subjek english. diaorang sumenya lawa2. that why aku tak pernah ponteng time kelas diaorang. cikgu norulfah dan sir nasir pulak mmg tegas. kalau dia kata buat, jgn sesekali tak buat. nanti tak pasal2 rotan membelai tapak tangan. tapi aku tak pernah dirotan sbb aku akan bertukar jadi alim2 kucing time dia mengajar. cikgu rozaina ni, aku suka tgk her face. bukan sbb lawa tapi sbb wajah keibuan yg ada pada mukanya. pernah sekali aku ketuk belakang dia dgn pen sbb tak puas hati kena denda. tak pasal2 lepas tu kena hukuman denda 2x ganda dari yg sebelumnya. jahatkan aku ni..huhu ustaz harun, ustazah norazizah dan ustazah rahimah mengajar bahasa arab. so far so good lah. diaorang tak pernah tinggikan suara biar pun budak2 dlm kelas aku tu nakal2. honest aku cakap, aku tak suka sgt bahasa arab ni. ustaz musa pun mengajar bahasa arab jugak. dia selalu bagi nasihat kat pelajar2 dia. aku suka style dia. sederhana jer. pergi sekolah pun pakai kereta buruk. tapi ustaz mmg best.. guru praktikal masa tu, ustazah zuraida mmg comel giler. kecik jer orangnya tapi wajah sentiasa berseri2. sebelum habis praktikal, dia pernah bagi aku penanda buku. sekali dgn alamat rumah dia. sampai sekarang pun ada lagi dlm simpanan aku.
cikgu azizah antara cikgu favourite aku. aku masih ingat lagi mcm mana rupa dia. dia mmg garang tapi bertempat. tapi aku suka cara dia mengajar, bersungguh2 nak bagi pelajar dia faham apa yg diajar. dia selalu ingatkan, jgn jadikan kemiskinan sbg halangan utk berjaya. dlm ramai2 pelajar dia, tulisan aku yg paling susah dia nak baca sbb terlalu kecil. dia pernah cakap, kalau nak baca tulisan aku kena baca dibawah kanta pembesar. mmg tulisan aku masa tu kecil sgt, mcm tulisan budak pompuan. ekekeke. cikgu khatijah mmg sempoi. selalu sgt aku cakap dia pilih kasih sbb salah sorang anak sedara dia satu kelas dia aku. wess duan boh, mung ingat lagikan mcm mana aku kenakan mak sedara mung nih.. ;p cikgu zainal, walaupun muka dia nampak garang tapi time dia buat lawak, mmg nak pecah perut aku dan kengkawan ketawa. mmg tak padan dgn tubuh dia yg besar, misai mcm genghis khan tapi pandai melawak. cikgu basir mmg sempoi. sekali tgk memang tak macam seorang cikgu pun. selamba giler time ngajar geografi. cikgu syafie pun mcm tu jugak. selamba orangnya.
cikgu wan ali..orang perak. aku suka sgt time dia mengajar. tegas tapi diselang seli dgn lawak antarabangsa. sbb subjek sejarah mmg aku paling minat, of course result exam aku tak pernah kecewakan dia. korang ingat tak kerja kursus yg kena buat time sekolah menengah dulu. kalu tak silap org panggil folia ek..ntah lah, aku lupa. hasil kerja aku mmg cemerlang. tapi kalau lah cikgu ada terbaca entry ni, sebenarnya 100% hasil kerja tu dicopy dari member punya. sorry dehh..malas sebenarnya nak pi muzium buat research sikit2. hehehe cikgu wan mariam dan cikgu hasnizan pun ngajar sejarah jugak. ok lah..biasa2 jer.. cuma cikgu mariam suka sgt cubit aku sbb aku jenis tak dengar kata. cikgu rahida sulong sekali tgk mcm pelajar jer. muka pun mcm budak2 lagi. dia baru keluar dari maktab masa mengajar aku. aku selau permainkan dia time dia mengajar. tiap2 hari ader jer benda yg aku buatkan dia pening kepala. dlm ramai2 pelajar dlm kelas, aku ler yg paling susah nak dikawal. tapi time aku jadi budak baik dlm kelas, dia cakap tak best pulak sbb takder yg mengacau dia. antara cikgu2, dia lah yg paling ramai pelajar cuba nak tackle. maybe sbb wajah dia yg manis sokmo dan sikap peramah dia. asal jer pelajar tingkatan 5 lalu tepi kelas, mesti ada yg cuba main2 mata dgn cikgu ni. gatal ek... huhu
ustaz jusoh mengajar pendidikan islam. biasa2 jer.. kalau tak silap, ustaz ni org sabah. kalau tetiba jer dia diam, itu maknanya dia tgh marah. bila dah cold, baru sambung mengajar balik. ustazah fatimah pun mengajar pendidikan islam jugak. tapi setiap masa dia selalu pakai sweater sbb penyakit dia. kalau org lain rasa panas, dia pulak mengigil rasa sejuk. cikgu aria sukaria mengajar kemahiran hidup. dia sentiasa senyum. time kelas dia, mmg takkan rasa boring sbb tak pernah kering idea dia utk buat pelajar ketawa. sekarang dia dah berhenti mengajar. kerja kat jabatan hal ehwal islam pulak. cikgu azman mengajar subjek yg sama, orangnya pendek jer dan kurus, tapi tegas. tiap kali buat silap, sure kena marah, sure kena pumping. tapi dia selalu bagi peringatan kat pelajar2 dia supaya memikirkan masa depan dlm apa jua yg nak dibuat.
cikgu zainun, cikgu fuziah dan cikgu rosnida mengajar matematik. cikgu rosnida mmg tegas sikit antara 3 org cikgu ni. time mengajar, dia suka duduk kat depan papan hitam sambil menyilangkan kaki. ada gaya seorang model lah cikgu. cikgu ismail mmg tegas. kalau tgk muka dia pun dah rasa kecut perut. pelajar mana yg berani buat sambil lewa time dia mengajar. kalu nak rasa penampar, try lah buat. dia nak sangat ada antara pelajar dia yg masuk maktab tentera. rasa2 nya takder sorang pun kengkawan aku yg penuhi impian dia tuh. dia pernah cakap nak terbitkan sebuah buku tentang budaya bodoh sombong. tak tahu lah samada dia dah siapkan atau belum buku tu. aku teringin nak baca.. nama cikgu terakhir yg aku nak tulis kat sini, cikgu nordin. cikgu sukan yg best sangat. dia anggap pelajar2 adalah kawan dia. that why pelajar rapat sgt dgn dia. walaupun nampak selamber, kelakar tapi semua pelajar hormat kat dia. dia pandai guna psikologi utk handle pelajar2 dia. dia lah cikgu yg berjaya mengesan bakat aku dlm bola sepak dan bola tampar. walaupun aku tak lah hebat sgt tapi dia tetap suruh aku cuba sampai habis kudrat. pernah satu ketika dia tak hadir ke sekolah kerana pergi kursus, dgn selambe jer aku dan kengkawan main bola dalam hujan. cikgu2 lain cuma tengok sambil mengelengkan kepala. yer lah, nak tegur pun serba salah. dah mmg diketahui seluruh warga sekolah, kelas aku kelas yg paling teruk, kelas yg paling byk masalah disiplin masa tu. bila dilaporkan hal tu kat cikgu nordin, tak der pun dia marah2. just bagi nasihat jer. kat manalah dia mengajar dia sekarang ni ek.. ada lagi ke skil pelik2 dia dlm sepak takraw..
dah panjang lebar aku menaip ni..bersambung di siri yg ke tiga dan terakhir pulak. walau dah lama aku tinggalkan alam persekolahan tapi aku tak pernah lupa cikgu2 yg pernah mengajar aku. aku masih boleh ingat nama mereka, aku masih ingat subjek apa yg mereka ajar dan aku masih ingat kenangan bersama mereka..
No comments:
Post a Comment