Sunday, October 11, 2009

Terima Kasih Cikgu - Part 1

pagi ni tgh ralek (asyik) aku belek album, aku terjumpa 2 keping gambar. 1 masa sekolah rendah dulu, 1 lagi mase sekolah menengah. sedor dok sedor doh 11 tahun aku tinggalkan sekolah. cepatnya masa berjalan kan. masa ambil spm dulu, aku baru 17 tahun. sekarang dah 28 tahun. err..belum lagi lah. tak cukup bulan lagi. baru 27 tahun lah.. tak ngaku dah tua bangka..hehe. aku pun dah lama tak jumpa kengkawan zaman sekolah dulu. dah ke mana diaorang ni. ramai yg dah kawin kot. maybe cuma aku jer yg masih lagi mengekalkan keterunaan aku.  ada yg masih study kat luar negara, ada yg jadi doctor, lecturer, cikgu, pegawai kerajaan, businessman, ahli koporat, ahli politik, engineer, technician dan apa2 lah. tapi ada jugak yg tertunduk ke bumi kerana dadah. what to do.. cikgu dah berikan cukup ilmu, apa pun terpulang kpd kita mcm mana nak mencorakkan hidup dikemudian hari.

entry kali ni aku nak flashback balik kenangan dgn cikgu2 masa zaman sekolah dulu. rindu kat cikgu2 ni. tak terbalas jasa diorang kat aku. kerana diaorang aku jadi seperti sekarang, kerana diaorang aku pandai membaca, menulis, mengira, melukis... pandai membezakan antara baik dan buruk, benar dan salah, halal dan haram..

zaman sekolah rendah 



masa sekolah rendah ni, aku paling dok suka m/p english. bukan sbb susah nak faham tapi sbb cikgunya garang giler. masa darjah 1-4 ok lah lagi. tapi start naik darjah 5-6, sorang cikgu india mengajar kelas aku. teacher vanitha a/p thanabalan. sampai sekarang aku masih ingat nama dia sbb dia satu2 nya cikgu india yg pernah mangajar aku. garang woo..time dia masuk kelas, mesti tak der yg berani buat bising. kalau ada yg lembab, tak masuk dlm otak apa yg dia ajar, siaplah. sure ada pemadam papan hitam yg akan melayang hinggap di muka. komang2 pun kena penampar or kena rotan dgn kayu pembaris kuning. korang sure ingat lagikan kayu pembaris kuning yg besar tuh, yg selalu cikgu guna utk buat garisan kat papan hitam. hah!! kayu tu lah.. err, aku rasa duan pondan ingat lagi time dia kena penampar teacher vanitha sampai pecah bibir  sbb tak leh sebut dgn betul perkataan 'employer'. hehe.. aku ingat ayat dia yg paling famous, selalu sangat dia ulang setiap kali nak exam.  

"lebih baik dpt C dari B. yg dpt B mmg bodoh, malas nak usaha sikit lagi utk dapat A"

teacher suraini  mmg best. tapi selalu dia marah2 sbb aku tak pernah pergi beraya kat rumah dia. padahal dia duduk kat kuarters sekolah jer.. ustaz mat nor mmg pandai buat lawak. tak pernah aku rasa boring time dia mengajar. ustaz talib mmg serius. dia pernah tulis huruf jawi atas kepala kawan aku (nizam) sbb susah sgt kawan aku yg sorang ni nak ingat alif ba ta.. padan muka ko..huhuhu. ustaz wan yusuf mmg sempoi. slow jer orang nya tapi anak dia mmg lawa giler. anak dia mengajar aku fardu ain sebelah petang. rasa nya aku masih ingat lagi muka anak ustaz ni. cikgu siti zaleha suke bercerita kisah dia zaman budak2 dulu. tak boring time kelas dia. dia ni ada masalah dgn suara. rasanya sekarang dia bergantung kpd 1 alat utk bantu dia bercakap. cikgu hanafi mmg best. dia ni mmg tinggi mcm galah. aku masa tu cume separas pingang dia jer. dia ajar pendidikan jasmani. sapa lagi ek.. teacher rozilawati pun slow gak. lembut jer suara dia time mengajar.  

cikgu mek maryana garang giler. sekali tgk, dia ni tak ubah mcm watak cikgu bedah dlm filem adik manja. mcm tu lah orangnya. cikgu azizah pun garang jugak. dia mengajar muzik. silap main rekoder sikit, sure berapi mulut dia marah2. cikgu zaki pun tinggi gak orangnya. ngajar matematik. kalau berdiri kat pintu, rasanya sama tinggi jer dia dgn pintu tuh. teacher hajah zaimah sempat ngajar aku english masa darjah 4. dah tua dah dia masa tu, tunggu masa nak pencen. cikgu harun mengajar alam dan manusia. sekali tgk mcm jins samsudin. last sekali aku jumpa dia 4 tahun lepas. dah beruban habis rambut dia. tapi aku tak sempat nak hai hai kat dia. cikgu zuki pun ngajar matematik. cikgu razib pulak suka bercakap bahasa baku time ngajar. sesekali terasa mcm belajar bahasa klasik pulak. kasut pun dia panggil sepatu. adess. cikgu noraini dan  cikgu faridah sekali tgk mcm org arab. selalu berjubah, muka pun dah iras2 mcm org arab. cikgu engku khairul sebijik muka dia mcm sorang pelakon drama kat tv. apa ntah namanya aku dah lupa.. dia ni tak penah tinggikan suara kalau anak murid buat bising. tersenyum jer. sama jugak mcm cikgu zaidi.  

dulu ada sorang cikgu pelatih pompuan yg mengajar aku masa darjah 4. apa ntah nama dia, aku pun dah lupa. dia suka bagi hadiah kat pelajar yg tumpukan perhatian masa dia ngajar. best.. aku pernah dpt sekali hadiah dari dia. sekali jer lah sbb aku mmg nakal masa sekolah dulu. selalu buat bising. dia suka panggil aku abang as. jauh benar panggilan nama tu dari full name aku. hehe.. tapi apa pun dlm ramai2 cikgu, masih tak leh lawan dgn apa yg pernah  cikgu hajah zainora buat. pernah ke korang lihat cikgu kencing dlm kelas disebalik almari. tak tahulah samada itu lakonan atau betul2. tapi tu lah yg pernah dia buat sbb geram sgt dgn pelajar dia yg suka gaduh time dia tak der. biasalah masa sekolah dulu kan nak tunjuk hero dpn pelajar pompuan. aku pun tak terkecuali. tak tahulah dah brp kali pembaris kuning mengetuk tapak tangan aku ni. ekekeke

kay lah, aku sambung di entry lain pulak. lapar lah, belum breakfast lagi ler.. 

2 comments:

ibu damia said...

bagusnya masih ingat semua nama2 dan kisah2 cikgu masa zaman sekolah rendah....ni mesti pelajar cemerlang + pelajar baik kat sekolah dulu2 ni...

p/s: susah nak ingat + kisah2 cikgu dulu coz selalu pindah randah sekolah...

Mata Hati said...

ibu damia - tak lah baik sgt, kenakalan tu tetap ada. saya hargai sgt jasa cikgu2 yg telah mendidik saya dulu