zaman sekolah menengah - tingkatan 4 - 5
dah sampai bahagian akhir. rasa mcm nak ceritakan lebih banyak lagi kenangan dgn cikgu2 ni tapi jari jemari dah terlalu letih utk menaik banyak2. awal tahun 1997 aku bertukar ke sekolah baru. what to do, kat sekolah agama menekankan penguasaan bahasa arab tapi pelajar yg malas dan nakal mcm aku ni mcm mana lah nak score bahasa arab kalu time cikgu mengajar ke depan, aku tido kat belakang. sambung cerita pasal cikgu2 yg pernah mengajar aku..
cikgu rohaya.. mengajar bahasa malaysia masa aku tingkatan 4. ok lah..aku pun suka cara dia mengajar. nak kata serius tak jugak. yg sedang2 ajer.. cikgu rozita, modern teacher. dia pandai bergaya. suka sgt ikat selendang dia kat tengkuk. fesyen org bandar.. i'm still remember perkataan yg selalu dia ucapkan setiap kali mengajar, 'just tak balance'. aku kerap gak ponteng kelas dia. rasa malas jer nak belajar perinsip akaun. sir lim meng ooi, guru kelas aku masa tingkatan 4. satu2 nya cikgu cina yg pernah mengajar aku. dia selalu tersenyum. nak tgk dia marah, hanya dlm mimpi. dia pernah cakap, 'kalau nak bergambar, kita mesti senyum. kalau tak, gambar nampak tak cantik'. betul betul betul.. cikgu sakinah, ajar english masa aku tingkatan 5. kerana jasa dia penguasaan english aku semakin baik, dan juga semakin aku berminat dgn m/p english ni.
cikgu ariffin ajar subjek sains teras. cermin mata yg dia pakai mcm dari zaman 60an jer. cikgu noraini pun ajar subjek yg sama. comel apa dia ni. sweet jer.. aku pun tak tahu mcm mana time kelas dia jer, sure aku akan jadi budak baik. duduk kat depan sekali. tekun jer tgk dia mengajar.. huhu cikgu nurul jannah, cikgu normalaiwati dan cikgu ghani mengajar subjek sains tambahan. cikgu normalaiwati tu guru sambilan jer. mengantikan cikgu nurul jannah yg cuti bersalin. tapi time dia mengajar, budak2 dlm kelas mmg tak reti nak tumpukan perhatian. dah nak terkeluar anak tekak dia marah2 pun budak2 buat tak reti jer.. biasalah, pelajar melayu mmg mcm tu kan. cikgu jain, kalau dia masuk kelas jer, mesti semua pelajar jadi baik. dia org no.2 dlm sekolah selepas pengetua. paham2 sendirilah apa jawatan dia. dan tugas merotan dah menjadi tanggungjawab dia. ustaz hanafi mmg cool giler. nampak tenang selalu. dlm kelas, ada jer lawak sengal dari aku setiap kali dia mengajar. ustaz tak kisah kan kan kan.. ustazah samihah sama lah, ajar pendidikan islam jugak. cikgu suzaidah, cikgu raihan, cikgu raihana dan cikgu uzbahlina mengajar matematik. aku mmg sengal sikit dlm matematik ni. rasa boring jer. acap kali ler kena marah sbb tak tumpukan perhatian dlm kelas. cikgu nor azmi, pelajar2 kat sekolah panggil dia cikgu mat burger. mentang2 ler dia gemuk dan pendek, terus dipanggil mcm tu. huhuhu..
cikgu zulkiflie, cikgu roshayati dan cikgu naim sempoi jer time mengajar. kalau korang nak belajar duduk diam2. kalau tak nak, buat lah apa yg korang suka asalkan jgn buat bising sudah. hehe. cikgu mat gawi pun sama jugak mcm tu. tapi perangai sama mcm budak2. suka mengutuk. jgn sesekali mencabar kesabaran dia. kan tak pasal2 ada yg masuk hospital. whatever, cikgu mmg rock. cikgu fauzi.. walaupun ramai pelajar rasa takut bila berdepan dgn dia (maklumlah cikgu disiplin), tapi aku dgn dia ok jer, kamcing giler. waktu sekolah jer nampak kejam sikit tapi sebenarnya dia mmg perihatin dgn kebajikan pelajar2. lebih2 lagi bila aku pernah berada dibawah jagaan dia waktu terlibat dgn tarian kebudayaan dulu.
cikgu rohani, aku dah anggap dia mcm ibu. dia ambil berat sangat hal ehwal pelajar dia. tak penat2 dia buat nota utk pelajar2 dia. setiap hari, ada jer nota baru yg dia beri. pelajar2 just perlu baca jer nota yg dia berikan. tak perlu nak salin dari buku teks. apa yg aku kagum dgn dia, dia boleh target soalan apa yg akan keluar dlm exam dan tak pernah sekali pun target dia tu tersasar. kerana nasihat dia, aku berjaya mencapai keputusan yg baik dlm exam. sampai mati pun aku akan ingat nasihat dia. sebelum exam spm, dia ada bagi kad. 'langkah pertama adalah kunci ke arah kejayaan'. itulah yg dia tulis dlm kad tu..aku simpan kad tu dgn baik supaya ia sentiasa menjadi pendorong utk aku mencapai kejayaan. rasanya aku dah sebut nama semua cikgu2 yg pernah mengajar aku. kalau ada yg tertingal tu nak buat mcm mana. manusia, mmg tak leh lari dari sifat pelupa. kan kan kan..betul kan.
apa pun, aku hargai segala jasa dan pengorbanan cikgu2 dlm usaha membentuk aku menjadi org berguna. segala kenangan bersama cikgu2 sentiasa segar dlm ingatan aku. 10 tahun sejak meninggalkan alam persekolahan, dah bermacam2 perkara terjadi dlm hidup aku. tapi berkat asuhan dan petunjuk yg diberikan oleh cikgu, aku masih lagi gagah bediri disini, dijalan yg betul, dijalan yg lurus. seandainya ada cikgu yg membaca blog aku ni, sorry yer kalau pernah buat cikgu2 pening kepala dgn kenakalan aku dulu. biasalah kan, anak muda, jiwanya sentiasa memberontak.
aku doakan semoga cikgu2 sentiasa bahagia disisi keluarga dan dikurniakan kesihatan yg baik agar dpt terus berbakti mencurahkan ilmu. kepada cikgu2 yg telah pergi mengadap Tuhan, aku menadah tangan memohon kepada Tuhan agar roh kalian ditempatkan dikalangan org yg beriman.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA
No comments:
Post a Comment