2-3 hari ni bila masuk opis, asyik tengok jam kat dinding jer. Mengira detik untuk balik. Beginilah keadaannya bila student cuti. Sekarang ni asal balik jer mesti bermandi hujan. Tapi aku suka dlm duka. Suka sbb mmg hobi aku mandi hujan sejak kecik lagi. Duka sbb malas nak basuh pakaian time musim hujan ni. Lambat kering.
Lupa nak wish "selamat hari raya" kat kengkawan. Kira aku foward ke tahun depan lah ucapan ni. Tak der yg special pun raya kali ni. Tak rasa mcm raya pun. Biasa2 jer. Nasib ada ketupat kat dapur. Bolehlah aku melantak sambil tengok org sembelih lembu. Dulu masa kecik2 tiap kali tengok lembu kena sembelih, mesti aku menangis sbb kesiankan lembu tu.
Dah melarat aku terpesong ni. Berbalik kpd tajuk entry ni. Aku perhatikan sejak oktober 2010 bila tersiar entry pasal budak perempuan comel (boleh rujuk kat popular post di sebelah), setiap hari ada jer yg search pasal budak comel kat google then terus terpaut ke blog ni. Dah jadi top lak kat enjin pakcik google. Ramai yg mengidamkan anak comel.
Sebaiknya bagi ibu2 mengandung, sila amalkan membaca Surah Yusuf untuk memperolehi anak yang comel. Amalkan jugak membaca Surah Al-Fatihah, Maryam, Luqman, Hujurat, Yasin, At-Taubah dan An-Nahl. Selain itu, sila jaga perlakuan kerana apa yang ibu2 dan bakal ibu lakukan akan mempengaruhi sifat bayi yg bakal dilahirkan nanti. Semoga kita semua dikurniakan anak yg comel baik dari segi rupa mahupun akhlak.
Tapi seandainya dikurniakan anak yg kurang comel pada pandangan mata, janganlah pulak menyisihkan dia. Seburuk-buruk dia, walaupun tidak sempurna tapi dia tetap anak kamu. Sayangi dan peliharalah dia sebaik mungkin kerana di dunia ini, setiap ibu adalah malaikat kepada anak yg dilahirkannya.
Masa kecik ni nampak comel sesangat
16 comments:
akak suka baca entry fairul ni.. amalan surah2 dan jaga emosi masa mengandungkan baby mmg sikit sebanyak ada gak berkesan kat anak2 akak... 3 orang 3 yang berbeza outputnya...
ye setiap anak tetap comel walaupun lagi sorg terlebih cantik dr yg sorg lagi....
Anak² tetap comel di pandangan mata ibu even tak di pandangan mata org lain.
Anak sy 3 org yg sulung agak gelap & muka ikut ayahnyer, yg ke 2 & 3 kulit cerah & chiness look gitu, wlau sy xpnh bezakan dorg tp si abg sllu ckp dia xcomel mcm adik2nye...itu dia yg terasa sndiri tp bg sy semua sama aja, bkn ibubapa je tingin anak yg comel, anak tu sndiri pun teringin mereka comel tau (ish! cmna nk sampaikan apa yg nk kongsi psl tajuk ni, hrp MH fhm la yer)
Anak anugerah xternilai dr Ilahi, xkisah la comel ke x, klu diasuh dgn sempurna akan comel akhlaknyer nti..
~Siti Hajar~ (Blog sy msh problem)
awak nak anak eh?
takde la teringin sgt anak comel tp kalau boleh nak yg comel mcm mia sara nasuha...
sapa tak nak anak comellkan...
amalkan surah2 tu betul..isnyallah.semua rezeki daripadaNYA kan..
apa2 pun tak kiralah anak kita comel atau tidak pada pandangan org lain..janji depan mata kita, mereka tetap permata hati kita kan..yang penting akhlak juga mesti comell
comel nye budak perempuan tu.. macam patung.. matahati.. ade lady dgr kan.. bukan ibu je yg perlu jaga tingkah laku dan bicara.. bapa pun perlu..
dah terlambat dah.
dah 2org kuar.hehe. sib baik comel jugak (mesti sbb mama diorg comel kan?kan?)
*sila muntah hijau
alahai... sweetnya entry ni... hujan flashback... n forward,....
semua anak anak semua comel..
moga Allah perkenankan doaku untuk mempunyai cahaya mata juga...
teringin punyai anak sendiri..
baby ni camne sekalipun muka die, die tetap comel in their own ways kan? tapi org skang tak menghargai baby..ade anak dibuang2nye..grrrrr... (baru lps baca budak kene tinggal kat mahkota parade melaka tu..geramnye laa..emo kejap) hehhe
wah.. bagus tips nie.. sampai mase e'in t amalkan.. :)
comelnya baby.... :) like this :D
mmg sebenarnya semasa mengandung adalah penting sekali.amalan2 pemakanan mmg kena jaga=)tapi pemberian Allah bila anak2 lahir mmg tulah yang terbaik.kita yang mencorakkannya..btw lawa tul budak baju biru tuh=)sua rambut dia
Yuppp baca surah Yusuf mudahan wajah cantik perangai pun cantik....
Insya Allah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy hydro fuel system kereta
Post a Comment