Thursday, November 24, 2011

Aku, Bus Stand Lama & Kedai Koboi (Lagenda Solah Botok)

Sambungan dari entry sebelumnya...

4- Kedai Koboi
Deretan kedai kayu yg wujud di tepi dan hadapan (seberang jalan) bus stand. Orang terengganu panggil kedai koboi sbb kepadatan dan susunan kedai2 yang ada kat situ. Tak reti pulak aku nak explain mcm mana keadaan kedai koboi ni. Cukup kalau aku katakan dlm kedai koboi ni ada banyak lorong (femes dgn penggilan lorong bombay). Suhu dlm kedai koboi agak panas sbb atapnya dari zink dan plastik. Yg conquer kedai koboi ni adalah peniaga kain dan kaset.

Masa era kedai koboi, mmg banyak kedai2 kaset yg wujud. Kalau dah bukak kedai kaset, mesti pasang lagu kuat2. Sampai jer kat kedai koboi ni, macam2 lagu boleh dengar mcm hindustan, omputih atau lagu melayu sendiri. Kena pulak waktu tu zaman rock kapak. Sana sini boleh lihat anak2 muda pakai seluar jeans yg koyak kat lutut, jaket kulit (walaupun cuaca panas tetap pakai sbb nak tunjuk macho kat awek), gelang besi dan baju bergambar tengkorak. Rambut jgn cakap ler. mesti korang boleh bayangkan sendiri fesyen rambut zaman rock.

Seperti biasa, tak sah kalau takder yg cuba berlagak raja kat kedai koboi ni. Orang terengganu panggil sek megang. Tapi diaorang ni bukankah gengster cuma nak berlagak jer seolah2 tempat itu akulah yg punya. Ini tak bersangkut paut dgn mael lambong. Aiseh lupa lak.. dulu kat bus stand ni ada sorang brader penjual rokok yg mukanya sebijik mcm saleem. kena pulak time tu band Iklim tgh meletup. Asal dia melintas je depan bas, mesti ramai yg perhatikan dia. Untung muka seiras, rokok pun cepat jer laku.. huhuhu

Hadapan kedai koboi adalah berderet gerai2 kecik (biasanya peniaga ni sekadar open 1-2 bijik table jer). Tokki aku mmg suka beli permainan yg dijual kat gerai2 depan kedai koboi ni sbb boleh tawar menawar sampai jadik beli. Ada sorang pakcik yg selalu jadi tumpuan kat situ. Pakcik ni jual cincin yg boleh diukir nama pembeli kat atasnya. Kalau tak silap 1 ringgit utk setiap huruf atau nombor. Kawan2 aku masa sekolah rendah dulu asal beli jer cincin kat pakcik ni, mesti menunjuk2 kat kawan sbb ada nama dia kat cincin tu. Kiranya kalau ada sesaper yg curi, mudah2 jer boleh detect orangnya.

Teringat pulak kat sorang peminta sedekah yg selalu ada kat situ. Dia ni diserang angin ahmar. Dari pagi sampai petang tercokgok dia kat situ dengan sekeping kertas besar (manilakad) yg ditindih kole besi. Seingatan aku, kat atas kertas tu tertulis "Bantulah saya. Saya dah lama diserang angin ahmar, tak mampu bekerja". Tak tahu lah samada dia masih hidup atau dah meninggal sbb waktu tu usia dia pun dlm 30 lebih.

Tapak kedai koboi lama hadapan bus stand yg akan bertukar wajah

5- Panggung Wayang
Era 60an hingga awal 90an panggung wayang mmg tempat hiburan utama kat bandar ni selain dari main kasut roda kat plaza. Ada 3 buah panggung wayang masa tu. Satu kat plaza, satu kat sebelah kiri bus stand (panggung REX) dan satu lagi kat sebelah kanan bus stand (panggung Cathay, seberang jalan selepas deretan kedai koboi). Kalau nak tgk movie baru, kat situlah tempatnya. 

Aku cuma pernah pergi sekali jer tgk wayang kat panggung REX. Masa tu dgn pak sedara tgk citer jackie chan, police story 3. Mmg sold out tiket masa tu gara2 pengambaran filem tu dibuat kat KL. Selepas menjadi tempat tumpuan sejak sekian lama, panggung2 ni ditutup menjelang akhir 90an. Hanya belasan tahun kemudian baru lah wujud kembali panggung wayang kat terengganu. Itu pun jauh kat kerteh sana. Kena tunggu satu lagi panggung wayang yg akan dibuka maybe next year kat pasaraya tesco yg dlm pembinaan.

 Panggung REX, panggung wayang tertua kat Terengganu. 
Dah wujud sebelum aku dilahirkan lagi

6- Pasar Raya
Sebelum wujudnya Mydin mall dan Giant kat negeri kelahiran aku ni, Emporium Hock Kee Seng dan Pusat Membeli Belah (sebelum ditukar nama kpd The Store) adalah tumpuan utama utk membeli apa saja barang keperluan. Time dekat2 nak raya, mmg full 2-2 pasaraya ni. Sampai terpaksa tunggu giliran utk masuk ke dalam. Itu belum lagi nak membayar kat kaunter.

Satu lagi tempat membeli belah kat Jalan Tok Lam. Di sini ada deretan kedai kasut, kain dan elektrik. Time bersekolah dulu, kalau nak beli pakaian sekolah mesti bonda ajak pi ke Syarikat Kelas (kedai yg jual pakaian sekolah). Kualiti pakaian yg dijual kat kedai ni boleh lah tahan. Sampai sekarang kalau ada buat promosi jualan, ada ler van yg pi keliling bandar dan kampung buat pengumuman promosi jualan murah kat kedai ni. :p

7- Lagenda Solah Botok
Last sebelum aku noktahkan entry ni. Ni cerita sorang brader rock kampung aku. Femes dgn pangilan Solah Botok. Kerjanya mmg selalu lepak kat kedai koboi. Satu kampung kenal brader ni. Dengan gaya bercakap mcm chipmunks (selalu org ketawa bila dgr dia bercakap) serta muka ganas ala2 gengster, tak padan dgn tubuh kecik.

Awal 90an, restoran A&W baru dibuka kat terengganu dibangunan baru PMINT, hadapan bus stand. Paham2 ajer lah harga makanan kat restoran tu. Kalau budak kampung, nak merasa mkn sebulan sekali pun susah. Untuk menunjukkan dia (Solah Botok) ni byk duit, setiap hari asal jer sampai kat bandar mesti pi masuk restoran ni. Sekadar nak basuh muka jer sbb nak mkn duit ciput. Pastu time nak keluar mesti terpacak sekejap depan pintu masuk sambil lap mulut dgn saputangan. Sajer nak eksyen konon2 baru lepas makan kat A&W. Kalu member2 tengok mesti diarang akan cakap, "Wohhh! kaya ah Solah Botok ni. Hari2 makan kat A&W.." :p

8 comments:

jeragang said...

Bes cerita mung MH.... mengembalikang nostalgia... bas steng tu memang banyok peristiwa suka duka... begitu jugok paya keladi...panggung cathay..jang beso... kedai mokmek dang kedai boteng.... hotspot meeting place steseng bas....
cuma noktamboh seingat Pok ada 4 panggung jamang tu.... dua beloh belakang antara jalang paya bunga dengang jalang kg china...kalu dok salah panggung capitol se se lagi dok ingat doh........maklumlah 60an ke awal 70an

Cik TeN10 said...

Wahhhhh2.. Cerita nostalgia zaman lalu.. Even sy org kedah tp dok kedah kejap je..xtau sgt pn selok belok kat kedah..last time masa balik kedah..boleh pulak sesat time nak g shopping mall..hadoiii

Afzainizam said...

aku masih ingat lagi bas steng tu... dulu pong ade bas ajerr penuh.. tapi tak ada lah bas kat situ burok leppok.. cuma bising bango bunyi bas.. Nyeper dudok sebelah awek.. awek tak layan mungkin puahsang tengok aku.. aku nembo tempat lain. malang kan aku..

masa aku dudok ganu plaza yang beso hanya ada astaka ajerr.. jalan kaki makan kat kedai ngadap seberang takir...

nostalgia beb

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
air balang kenduri kahwin

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
air balang kenduri kahwin

wan nurul hezrina said...

mummy yang dok melaka lama punn tak tau menahu nostalgia=(tau ada beca jerk.daifkan daku?huhu

azwa amani said...

amani rasa mcm baca sejarah pulak..huhu bagus2.

LadyBird said...

waktu lady sedar lady hadir kat dunia ni.. panggung tu hanya ade nama jerk..

afzainizam said...

UIHHHH ADA P[ERANCANGAN NAK NAIK BANGUNAN BARU KERRR.... EEMMMM HILANG LAHHH KENANGAN LAMA KAT TEMPAT TU ESOK LUSA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
baka anjing terlarang masuk malaysia
baka anjing terhad masuk malaysia

isabelle said...

wohhh..best sungguh nostalgia cenggini.
tapi part solah botok makang a&w tu mmg xbuleh belah.
melampau betul