Saturday, July 31, 2010

10 Hari Menjelang Ramadhan Al-Mubarak

kejap jer rasanya. tup tap tup tap dah datang kembali bulan ramadhan al-mubarak ni. alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan dibulan ramadhan ni. aku rindu utk berpuasa, rindu utk bersolat terawih, rindu utk membayar zakat, rindu menunggu waktu berbuka dan jugak rindu utk mengaji al-quran disepanjang bulan ramadhan ni. semoga ramadhan kali ni aku dapat memanfaatkanya dgn sebaik mungkin, lebih baik dari ramadhan thn2 sebelumnya. 

Tuesday, July 27, 2010

Atuk


kelmarin aku terjumpa dgn seorang atuk. dengan kopiah di kepala, berjalan terbongkok2 menggunakan tongkat. aku berhenti ditepi jalan dan bertanya sesuatu kepada dia. tapi pendengarannya sudah tidak setajam seperti usia muda sehingga aku terpaksa kuatkan suara. dgn lembut dia menjawab pertanyaan aku. selepas mengucapkan terima kasih, aku berlalu pergi ke tempat yg dituju. 

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban

"Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yang dengki."

Nisfu Syaaban adalah hari ke-15 dalam bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amaln kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Catatan pertama yang dicatatkan pada buku yang baru akan bermula sebaik saja masuk waktu maghrib ( 15 Syaaban bermula pada 14 Syaaban sebaik saja masuk waktu maghrib).

Thursday, July 22, 2010

Award


tak nak taip panjang2 coz masih terasa ngantuk kesan dari tak tido direct 3 hari. keje punya pasal sampai muka pun naik sembab, dirive pun dgn keadaan mengantuk. nasib tak eksiden..huhu. actualy, i just want to say thanks to cik mimie atas award yg comel ni... aku hanyalah lelaki biasa, tak der kacak2 pun..huuu

Monday, July 19, 2010

Entry Mengantuk


dah pukul 12 lebih. tapi aku tak boleh tido selagi tak edit separuh dari paper atas meja ni. 1 paper amik masa dlm 15 minit utk disiapkan. kalau 100 paper, akan amik masa selama 1500 minit bersamaan 25 jam. aiyakk!!! sempat ke aku siapkan before 21 julai? tu belum lagi dikira dokumen yg perlu diisi. mata dah ngantuk sangat ni, betul2 mengantuk. keletihan main badminton mlm tadi pun belum hilang lagi ni. minum kopi panas pun tak jadi apa bila dah terlalu mengantuk.. tak boleh! tak boleh tido!! kena buat jugak kerja. nak ke tak nak, kena korbankan jugak waktu tido utk malam ni dan malam esok.. fairul, kamu kena kuatkan semangat utk buat kerja ni.. kamu boleh, yakin boleh!!

doraemon!!! nak pinjam alat untuk melambatkan masa.

Saturday, July 17, 2010

Next Target

menghitung hari..detik demi detik..menunggu tibanya hari dapat gaji. dok sabor wesss menunggu gaji masuk. banyok benda bermain dpn mata sekarang ni. kelmarin pergi pc fair kat planetarium. byk pulak harga runtuh utk barangan komputer dan kamera. so, pusing punya pusing..aku pun dah set dalam kepala apa gadget yg nak aku beli bila dpt gaji nanti. 20 hari jer lagi.... lambatnya

olympus e-pl1 - rasanya ni kamera ke 4 yang aku beli. mmg gila teknologi betul aku ni. asal keluar model baru mesti gatal tangan nak beli. tapi model olympus yg aku survey kelmarin mmg best. byk function, dslr yg kompak dan ringan. lens pun pakcik seller tu nak kasi 2 bijik sekali dgn pouch kulit ori. so kalu nak travel mana2 tak payah aku nak angkut kamera yg berat tu. bawak jer yg ni... rege dlm RM2400 jer...



nokia c6 - akhirnya yg aku tunggu2 sejak 3 bln lepas dah selamat mendarat di malaysia minggu lepas. after lihat komen org sana sini ttg tepon ni, well aku rasa boleh beli lah. lagi pun function nya not bad. sesuai utk aku yg suka letakkan byk benda dlm tepon. kiranya mcm mini komputer.. qwerty keyboard memudahkan lagi aku menaip apa2, tak kiralah mesej ke, email ke ataupun chatting. kamera pun 5 megapixel.. i love it. rege dlm RM870.. huhu

 

nokia n97 mini - yg ni, second choice kalu tetiba ubah fikiran tak jadi beli model c6. just berkenan dgn kaler nya jer. lagi pun model c6 adalah downgrade dari model n97 mini.. rege pun boleh tahan, RM1085 jer





Menjawab Tag


nih 1st time rasanya aku menjawab tag. entah, tak ingat.. sbb hari ni ada masa terluang sekejap, so dgn berbesar hati aku menjawab tag dari puan suzieapai. huuu

1- apa nama blog dan kenapa letak nama itu?
Give Everyone A Smiley Face!. aku sejak kecik suka senyum, org ganu kate suka sengih sokmo. maybe skrg ni senyuman tu mahal sikit (sbb aku tak suka tunjuk lesung pipit). so sbb tu aku letakkan nama ni pada blog sbg memperingati zaman budak2 aku dulu..

2- jelaskan kenapa/bagaimana anda boleh dapat idea nak letak nama URL blog anda?
tu sebenarnya id yg aku guna utk email dan YM. fiverul, sebutannya sama dgn sebutan nama aku..simple

3- bila blog anda mula beroperasi?
pada 30 november 2008

4- siapa follower pertama anda?
Halizayana

5- ucapan kepada si pemberi award?
syukur ke hadrat Ilahi kerana memilih sya utk menerima award yg comel ini. award ni tanda persahabatan dlm dunia blog. kpd family, kwn2 dan jugak pengunjung tanpa nama..tanpa kalian blog ini pasti sunyi sepi...

6- tag 9 orang yg anda rasa patut terima award ini? 
actually tak tahu nak tag saper.. ermmm..sesaper nak menjawab tag ni dipersilakan lah.. sesaper pun boleh. huhuhu

Thursday, July 15, 2010

Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2010


sekarang musim banci. banci penduduk dan perumahan hanya dijalankan setiap 10 tahun sekali. tempoh bancian kali ini bermula dari 6 julai - 22 ogos. setiap tempat kediaman akan dilawati oleh pembanci yg dilantik oleh pesuruhjaya banci. tak kiralah istana ke, rumah menteri, rumah vvip ataupun rumah orang biasa, semuanya tidak terkecuali dari dibanci. selagi anda semua berada di Malaysia, beri ler kerjasama untuk menjayakan banci ni. bukan lama sangat, tak sampai pun 3 minit kalau tuan rumah tak byk kerenah. jangan nak menyombong, jangan sesuka hati nak menghalau pembanci yg datang ke rumah. kalau tak nak bagi masuk dlm rumah, kat luar pagar pun boleh, kat bawah pokok pun boleh, calling2 pun boleh. kalau ada sesiapa yg anggap dirinya orang berpengaruh, byk harta, tak layak utk dibanci..satu jer aku nak cakap, ko mati esok2 akan ditanam dlm lubang kubur jugak, kalu yg dibakar tu tetap akan dibakar. tak der nya sbb ko hebat atas dunia ni, ko boleh mengelakkan diri dari apa saja. understand!!! 

actually, aku kesian kat pembanci. gaji yg dibayar murah jer. siang malam pergi jalankan tugas. hari cuti pun tetap buat kerja. panas ke, hujan ke..urusan banci tetap kena jalankan. berilah kerjasama kpd pembanci.

p/s: kalu yg dtg ke rumah tu pembanci perempuan, comel lote, sopan santun..amik jer lah buat menantu...


contoh borang banci penduduk & perumahan 2010

Friday, July 09, 2010

Sarang Labe


lama rasanya aku tak write something, dah penuh dgn sarang labe blog ni. banyak benda aku nok ceritakan tapi bila jer tekan keyboard, terus tak dok idea nak story mcm mana. well, kekgi ada masa aku share cerita tuh.. ada yg happy ending, ada yg sad ending. macam2 ler. sejak setahun 2 ni, aku ada masalah sikit dgn memory aku. susah aku nak ingat apa yg berlaku dlm seminggu 2 lepas tapi aku boleh ingat dgn jelas apa yg dah berlaku belasan tahun lalu. pesengan hard disk dlm kepala aku ni dah full, kena cari external hard disk jawabnya utk install lebih byk memory. to kengkawan blog yg rindukan aku (perasan lah tu), carik jer aku kat fesbuk. aku selalu online kat situ walaupun realitinya hanya fesbuk yg terbukak tapi aku tak dok pun dpn pc.. tapi kira ok lah jugok kan. tu tandanya aku masih hidup, masih bernyawa..

p/s: labe tu maknanya labah-labah. org ganu panggil labe, org luar panggil labah2, mat saleh panggil spiderman