Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban

"Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yang dengki."

Nisfu Syaaban adalah hari ke-15 dalam bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amaln kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Catatan pertama yang dicatatkan pada buku yang baru akan bermula sebaik saja masuk waktu maghrib ( 15 Syaaban bermula pada 14 Syaaban sebaik saja masuk waktu maghrib).

No comments: