Wednesday, August 26, 2009

Fobia Perkahwinan

Firman Allah Taala yang bermaksud; “..Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu (secara berpasangan) dari jenis lelaki dan perempuan..”

Sabda Rasulullah;
“..Hendaklah kamu berkahwin agar dapat melahirkan keturunan. Pada hari Qiamat kelak aku berbangga jika kamu menjadi umat yang banyak dari umat yang lain..”


semua orang pasti nok kawin kan. semua orang yg masih bujang pasti memasang impian utk melangkah ke alam rumahtangga, bina keluarga sendiri, timang cahayamata sendiri. kalau tanya kat semua orang, ader ker yg akan angkat tangan dan berkata "tak mboh kawin".. itu orang lain. tapi aku ni boleh katakan tak tahu langsung samada nak kawin or tidak. dah betul2 mcm ayam duduk atah pagar. pendek cerita, aku sedikit fobia kalau sebut pasal perkahwinan ni.

banyak sangat masalah yang berlaku dalam rumahtangga sekarang ni. dah acap kali aku dengar berita kawan bercerai, sedara mara bercerai. kawin baru setahung jagung dah bercerai berai. anak2 yg jadi mangsa perceraian, terumbang ambing hilang kasih sayang. alaaa..apa ni. bukan ker perkahwinan utk seumur hidup. ini tak, bercinta bagai nok rak, kawin sekejap saja. inilah salah 1 sebab kenapa aku rasa fobia nak kawin.



sebab yg lain, aku langsung rasa tak konpiden lah nok jaga anak orang, nok urus rumahtangga, nok tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. aku selalu bertanya diri sendiri, boleh ker ah aku nok jadi seorang suami dan ketua keluarga? perangai aku pun still macam budok2 lagi sekarang ni.. masih lagi boros dlm perbelanjaan, suka travel sana sini.. suka beli toys.. dapat ker aku jadi suami orang? terdaya ke utk aku jaga anak orang ni?

aku langsung dok pandai nok memahami perasaan orang pompuan ni, nok menduga apa yg tersurat dlm hati orang pompuan jauh sekali. kenapalah org pompuan yg aku kenal suka sgt memendam rasa. sesekali aku rasakan, kan senang kalau orang pompuan ni cakap jer terus terang apa yg diaorang nak, apa yg diaorang pendam dlm hati. tak lah aku tertanya2.. tergaru2 kepala yg tak gatal ni.

satu lagi kan, aku rasa mcm akan terkongkong jer lepas kawin ni. nok buat itu dok boleh, buat ini dok boleh. nak pi jln2 sana sini pun dok boleh. ntah lah.. maybe sbb aku ni jenis burung yg terbang bebas sokmo, sbb tu takut nok duduk terkurung dlm sangkar. aku ni bukan jenis yg boleh terperap sokmo kat rumoh. dah memang kat tapak kaki ada tahi lalat, mmg aku ni suka pi jalan2. dok kira ah jauh or dekat. ish!! betul ke ni. lepas kawin kan, boleh ke aku teruskan hobi giler2 aku ni..or kena tinggalkan terus.

aku akui mmg aku seronok main dgn budok2, rasa best jer tgk org lain bermesra dgn anok bini, setiap hujung minggu bawa anak bini pergi berkelah, main ombak pantai, mkn bersama2, mkn bersuap suami isteri. semua itu adalah kenikmatan dlm rumahtangga. tapi tu lah, aku still fobia dgn perkahwinan ni. well, sampai biler ah aku akan teruskan title bujang ni. mungkin kah sampai ke hujung nyawa aku kekalkan title ni? rimas sebenarnya org sekeliling asyik tanya bila aku nak kawin. soalan tu lah yg aku dengar setiap hari. kawin susah, tak kawin lagi susah....... tension

satu lagi yg buat aku takutkan adalah ayat "terkejut". ni lagi lah buat aku fobia. sejak beberapa tahun ni, aku takut sgt dgn ayat "terkejut" ni. kalau ada org cakap nak buat suprise, selalu aku terbayang something bad will happen..

2 comments:

ANIEMZ said...

Salam perkenalan.. tergelak saye baca entri saudara.. erm, sebenarnya kahwin tu lebih nikmat kita rasainya sendiri daripada kita mendengarnya.. memang lepas kawen, tanggungjawab akan bertambah.. tapi tanggungjawab itu la membuatkan kita lebih matang dalam hidup..]

Saudara seorang lelaki dan mempunyai tanggungjawab yg berat dalam semua hal.. memberi nafkah zahir n batin, mencari nafkah, memberi perlindungan kepada isteri dan yang paling membimbing isteri mengikut jalan ALLAH.. pendek kata, isteri buat pahala, suami pun dpt.. isteri buat dosa, suami pun dapat..

Tapi, perkahwinan tak menghalang suami untuk tinggalkan hobinya dulu.. jika saudara suke menjelajah takluk dunia, carilah isteri yang seangkatan dengannya.. baru hati bahagia! tapi if dapat isteri yang berlainan hobinya, sama2 memahami masing2 supaya tiada yang berkecil hati, dan tiada yg bermasam muka..

Mengenali seseorang yg sebelum ini belum kita pernah kenal membuatkan hati sentiasa meruntum bahagia.. saya dan suami memang banyak kontranya.. tapi poin utama, saya kena faham suami, suami perlu faham saya..

Orang laki memang susah nak faham hati wanita.. kadang kala tadi kite tengok dia gelak2, tetibe dah marah pulak.. its normal sebab wanita punye hormon yang berbeza utk waktu yg berbeza.. ada waktu pre-period, subur n post-period..

Tapi percaya la cakap saya.. hilangkan la rase fobia dalam diri utk kawen.. memang banyak kes penceraian.. pokoknya, suami isteri kena cari akar CINTA yang mendalam dalam hubungan, sirami lah dengan KASIH n SAYANG, insya ALLAH, ianya akan membuatkan rasa KESETIAAN hingga ke SYurga.. amiiin..

p/s: semoga anda dipercepatkan jodoh.. hihi

Mata Hati said...

ANIEMZ - this is 1st time saya baca komen yg cukup panjang kat blog ni. time kaseh deh..he3

komen awak mempunyai makna yg cukup mendalam. whatever, saya akan cuba utk hilangkan fobia ni..