kejap jer rasanya. tup tap tup tap dah datang kembali bulan ramadhan al-mubarak ni. alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan dibulan ramadhan ni. aku rindu utk berpuasa, rindu utk bersolat terawih, rindu utk membayar zakat, rindu menunggu waktu berbuka dan jugak rindu utk mengaji al-quran disepanjang bulan ramadhan ni. semoga ramadhan kali ni aku dapat memanfaatkanya dgn sebaik mungkin, lebih baik dari ramadhan thn2 sebelumnya.
ada sesetengah orang tak suka bulan ramadhan sbb diwajibkan berpuasa disiang hari. tapi baru beberapa hari berada dibulan ramadhan dah sibuk nak cari itu ini utk persiapan hari raya. wahai insan yg beragama islam khususnya org melayu..apa ertinya hari raya bagi mu seandainya kamu tidak memanfaatkan kelebihan yg ada dibulan ramadhan ini. sesungguhnya hari raya itu adalah hadiah utk mereka yg berjaya menempuhi ujian dibulan ramadhan.
bulan ramadhan sentiasa istimewa bagi aku. hanya dibulan ini aku merasa ketenangan, hati tenang, jiwa tenang, fikiran tenang. setiap pagi selepas solat subuh, aku suka duduk depan rumah sambil melihat sawah padi bertukar warna keemasan disinari cahaya matahari pagi. suhanallah..cantik sangat. diwaktu malam pula, biasanya aku suka menunaikan solat terawih di masjid yg terletak berhampiran pantai atau ditengah bandar. biasanya di masjid terapung atau di masjid putih... why? sbb aku suka mendengar bacaan imam nya yg didatangkan dari arab.
2 comments:
terawih sronok..mmng best..pastu terawih leh makan lagi..dan lagi dan lagi dn lagi..
salam ziarah..fiverul..
tak habis solat terawih lagi dah undur kebelakang mkn apa yg patut..kalau lambat nanti kuih2 yg best sume habis..hehe
terima kasih sudi menjenguk.
Post a Comment