Tuesday, May 31, 2011

Perjalanan Membina Kehidupan Baru

Esok 1st day aku bertugas ditempat baru. Ntah macam2 yg bermain dlm fikiran aku. Negatif dan positif saling berganti. Eantah serasi tak aku kat situ, entah mcm mana penerimaan rakan sekerja baru, entah mcm mana pulak kerenah bos baru, entah berapa lama masa aku ambil utk sesuaikan diri kat tempat baru? Dalam tempoh 10 tahun, ni kali ke 2 aku bertukar tempat kerja. Kali pertama dulu tak lah susah utk aku sesuaikan diri sbb masih ada kawan2 yg bersama2 aku. Tapi kali ni aku seorang diri. Segalanya bergantung kepada diri sendiri. Arr..rindu ah kengkawan kat tempat kerja lama...

Pagi tadi selesai sudah aku buat medical check-up. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan cuma next week kena dtg sekali lagi utk ambil keputusan urine test. Tak sibuk sangat kat klinik hari ni. Yg ramainya cuma ibu mengandung yg datang buat check-up tapi kat ruang bersebelahan. Jadi segala urusan aku tak lah mengambil masa yg lama. Err..cuma comel ah doktor yg buat check gigi aku tadi. Kalau mcm ni nganga mulut lama2 pun aku sanggup. Bila dia suruh dtg lagi next month utk appoinment, yer yer jer aku angguk tanpa segan silu. Hahaha...

Bermulanya kerja baru, aku dah tekad utk membina kehidupan baru yg lebih baik dari semalam. Aku tinggalkan segala sikap buruk. Tiada lagi hasil pendapatan melalui cara tak sepatutnya. Walaupun ada yg kata aku tak berfikir 2x sbb pendapatan kat tempat lama sekali ganda lebih tinggi dari tempat baru tapi apa ku kesah. Aku cari sesuatu yg halal dan diberkati. Aku x nak terikut sikap senior yg menjadi hamba duit sampai berdengki dan bergaduh bila pendapatan bulanan tak setinggi kawan2 yg lain. Jadi keputusan aku mencari kerja lain mmg tepat sekali.

Minggu ni dan 2 minggu seterusnya jadual aku sangat padat. Kay, ada masa nanti aku ceritakan pengalaman kat tempat baru.. 

Friday, May 27, 2011

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur?


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang



sumber: pujangga maya

Wednesday, May 25, 2011

Cuti Sekolah Nanti Meh Datang Ke Terengganu

cilok kat google jer

1st, nak ucap terima kasih kpd semua kengkawan yg wish dlm entry lepas. Dream come true.. Penantian bertahun lamanya dah berakhir. Sekarang kena bersedia mental dan fizikal utk hadapi cabaran ditempat baru. Belum tahu lagi pahit atau manis yg akan aku rasai, harap2 semuanya berjalan dgn baik.

2nd, aku dah jarang bukak blog sekarang. Kalau ada yg tinggalkan komen tu, aku akan jejak balik blog korang nanti. Hari ni dah boleh releks sikit sementara menanti lapor diri kat tempat baru awal bulan dpn. Masa yg ada ni aku cuba menjejak kasih kat blog kengkawan.

3rd, malam kelmarin aku mimpi dah kahwin. Ntah kali yg ke berapa bermimpi mcm ni. Yg tak bestnya, apesal setiap kali mimpi kahwin, aku tak pernah nampak muka isteri aku tuh. Siapakah dia? Aku kenal ke? Apesal rasa mesra semacam jer?

4th, next week dah start cuti sekolah. Dengan rasminya bermula kenduri kahwin diserata tempat. Beberapa keping kad kahwin atas meja aku belum bukak lagi. Esok lusa lah baru aku bukak tgk siapa yg kahwin dan bila tarikhnya..

5th, sempena cuti sekolah ni, apekata kalau korang dtg melancong ke negeri Terengganu. Selain pi cuci mata kat tempat2 menarik, korang boleh lah jugak merasa makan nasi dagang. Kalau rasa boring jln2 kat daratan, boleh jer pergi release tension kat pulau redang atau perhentian. Sekarang ni kalau nak pi kat mana2 tempat mudah jer sbb ada GPS. Confirm tak sesat. Cuma kena selalu pandang pada signboard kalau masuk dlm bandar k.trg sbb banyak jalan utama dan diubah kepada jalan sehala..

Wednesday, May 18, 2011

Keajaiban Ke-3 Yang Berlaku

Apa yang berlaku kelmarin adalah keajaiban ke-3 yg terjadi sepanjang hidup aku ni. Kejaiban pertama terjadi 9 tahun lepas dan yang ke-2 terjadi 6 tahun lepas. Selalu keajaiban ini terjadi saat aku dah tak menaruh apa2 harapan. Sebelum aku bz kembali menyiapkan kerja, meh aku kasitau apa yg berlaku kelmarin. Korang scroll jer kat bawah sampai jumpa jawapannya.. ngeh ngeh ngeh

A
K
U

H
A
P
P
Y

S
E
B
A
B

S
U
R
A

I
N
I


Well, dalam entry yg lepas aku ada ceritakan pasal sesi interview aku. Siyes aku tak pernah letak harapan pun akan berjaya sbb aku gagal dgn soalan yg dikemukakan. Ingatkan kena terus mencuba nasib di tempat lain. Rupa2 nya rezeki aku ada disini. Alhamdulillah, doa yg aku panjatkan sejak bertahun2 lamanya dah dimakbulkan. Akhirnya berjaya jugak aku bertukar tempat kerja.

Tapi nak cakap aku happy sangat tak lah. Kalau perkara ni terjadi 5 tahun lepas, aku lah orang yg paling happy dalam dunia masa tu sbb 2 impian sekaligus menjadi realiti. 1st sebab dapat kerja dan 2nd sebab aku bakal berkahwin. Tapi ianya berlaku sekarang. So, 1 impian saja tercapai. Apa pun aku tetap bersyukur kerana perancangan Tuhan adalah yg terbaik berbanding perancangan manusia.

Kay, aku dah janji nak kasi present kecil kepada kengkawan yg dapat meneka dgn betul. Ada beberapa orang yg dapat meneka. Aku pilih yg terpantas memberi jawapan. Kak Sz, nanti sya kasik present tu. Kepada yg meneka aku dah menyunting bunga di taman, itu pun hampir tepat cuma bukan sekarang. Coming soon.. Nanti sampai masa aku akan tampal kat blog ini kad undangan khas buat kengkawan semua..

Tuesday, May 17, 2011

Meh Teka Meneka Kenapa Aku Happy Today

 
Ihsan dari pakcik Google

Hari cuti yang happy sebab Terengganu menang semalam. Yahoo!! dapat jugak ke final akhirnya. Bertambah best bila lawan di final nanti team Kelantan. Peteh Ganu Peteh vs Gomo Kelate Gomo...

Di hari cuti ni bertambah 1 lagi happy happy aku. Korang tahu apakah yg menyebabkan aku happy? Ce teka ce teka... Esok aku kasi jawapan. Oh yer.. nak kasi hadiah kecik kepada peneka paling tepat. Hadiah apa ekk paling cepat sekali utk sampai ke tangan korang? Hmmm.. aku kasi jer Reload Prepaid RM30 online.

Kasi pembayang sikit utk memudahkan korang meneka..

Dalam gelap munculnya cahaya,
Memimpin tangan ke jalan bahagia,
10 tahun menanti syahdunya ku rasa,
Kini menjelma jawapan gembira...

Monday, May 16, 2011

Anak Penyu Ke Medan Perang


Saat entry ni auto publish, tuan punya blog telah mengatur langkah bak seorang perwira ke stadium untuk memberi sokongan kepada armada perang penyu yang turun berjuang menentang pahang. Lihat jer tiket masuk dan jersi hitam putih yang menjadi bukti bertapa semangatnya aku utk menonton semi final piala FA malam ni. Heee.. Tu belum lagi dgn muka berconteng ala joker yang akan mengubah penampilan aku sebaik saja selesai solat maghrib. Tgk bola tgk bola jugak, amalan wajib jgn dilupakan. Chaiyokk chaiyokk.. Tapi muka berconteng tu tak leh publish kat sini. Nanti ada lak yang berbuih mulut tgk muka ala rockers aku tu... hahaha..

ihsan dari bearing85

Sunday, May 15, 2011

16 Mei, Selamat Hari Guru

Selamat menyambut Hari Guru buat rakan-rakan blogger dan juga mereka diluar sana yang menjawat jawatan pendidik anak bangsa. Jasa, pengorbanan dan budi baik kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Buat kaum ibu, kalian juga adalah guru kepada anak-anak tersayang. Dari kalian, mereka menerima pelajaran pertama..

Note: bzzz sikit. tak sempat nak update panjang lebar.. >_<

Monday, May 09, 2011

Aku Terjatuh Hati Lagi Ke?

gambar ehsan dari Google

Kenapa aku taip jatuh hati dan bukan jatuh cinta? Rasanya kalau jatuh cinta dah terlalu ekstrem sangat untuk seorang lelaki yg belum cakap "sya suka awak" or "sya sayang awak" or "i love u". Lelaki seperti aku memang ego untuk mengucapkan kata2 seperti tu sbb aku sendiri tak sure samada aku betul2 suka seseorang itu setulus hati atau tak. Suka ke tak suka..

Dalam usia hampir mencecah 3 series sepatutnya aku dah ada calon isteri tapi sampai sekarang aku masih solo. Nak nyanyi sikit... Dulu aku sendiri, kini masih sendiri, tempuhi hidup ini~ lalalala.. Aku bukanlah terlalu cerewet tapi kebanyakan yg aku jumpa, belum apa2 lagi dah tanya itu ini, mintak itu ini. Pening kepala aku kalau baru kenal-kenal dah mula meminta dibelikan itu ini. Ada yg tanya.."awak pakai kereta apa?". Bila aku jawab kereta buatan malaysia, terus dia buat muka tak berkenan. Apa daa..gila kebesian betul. Yang paling aku reject awal2 pompuan jenis gedik2. Time bergambar bukan main over lagi. Time ajak jalan2, gatal betul nak berpimpin tangan, nak bersandar kat bahu padahal baru jer kenal pun. Meremang bulu roma aku dibuatnya. Shohhh shoohh!! Bukan jenis aku nak melayan kegedikan terlampau ni. Aku tak heran secomel mana pun pompuan2 ni tapi kalau perangainya aku tak berkenan, terus aku cakap..reject.

Berbalik kepada tajuk entry kali ni, aku suka berkawan dengan seorang pompuan ni. Just berkawan kay, not bercinta. Sikap dia pun dah buat hati mana2 lelaki cair. Kalau nak dijadikan pasangan hidup, memang lulus pemeriksaan kastam tanpa sebarang sekatan. Sejuk mata memandang kalau pompuan itu suka merendah diri, sopan santun, patuh kpd halal haram yg ditetapkan dlm agama dan ada rupa sikit2. Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati~ lalala...nyanyi lagi. Bila pandang terus dup dap dup dap. Sangat suka aku melihat dia tapi...

Tapi aku ni jenis yg sukakan kebebasan. Bila pikirkan pasal berpasangan, langsung rasa macam akan terantai jer kaki nanti. Walawehhh...kawan2 lain dah beranak pinak, aku masih nak terbang bebas mcm burung. After married, dapat ke aku jalan2 sana sini lagi seperti kelazimannya. Masih ada kah kebebasan selepas kahwin? Bukan ke nak pi kemana-mana mesti bawak pasangan sekali..? Adoooiya..semakin aku pikirkan, semakin banyak persoalan bermain dlm kepala. Agaknya aura kahwin belum datang lagi, sebab tu ler asyik pikir yg negatif jer..

Jadi sekarang ni aku berteka teki dengan perasaan sendiri. Adakah aku betul2 sukakan dia atau perasaan yg datang cuma sekadar persinggahan saja. Kalau lempar buah dadu pun belum tentu akan dapat jawapan. Buat solat sunat istikharah tapi belum mendapat petunjuk. Atau petunjuk itu dah ada tapi aku yg masih belum nampak. Or maybe aku still tak leh lupakan old flame? That's why aku tak leh terima kehadiran org baru. Macam mana kalau aku sunting bunga ditaman itu tapi sekerat jalan, dah rasa tawar dgn perhubungan yg terjalin. Too much question without answers.

Psst.. nurse yg pernah aku ceritakan dulu tu dah berpunya. Mana mungkin utk aku merampas milik orang... never

Dah terlewat ni tapi belum terlambat kan utk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu2 sejati diluar sana. Bagi ku, setiap hari adalah hari ibu. Pengorbanan dan kasih sayang ibu tetap diingati hingga akhir hayat.

Wednesday, May 04, 2011

Kisah Budak Pergi Interbiu

Ketensionan dah hilang sebaik saja bukak mata pagi ni. Dah tak rasa berserabut dlm kepala. Siyes kelmarin rasa blurr sangat sbb pulang dari interbiu, aku terpaksa mengejar masa utk sietelkan 2 lagi urusan penting. Alhamdulillah dpt setelkan jugak sebelum lewat petang. Cuma aku hangin sikit dgn mesin deposit CIMB. Apakejadahnya asyik reject jer wang kertas yg dimasukkan. Ntah tak tahu apa problemnya..

Berbalik kpd citer interbiu kelmarin.. Aku dah war-war kan satu soalan yg membuatkan aku mati kutu. Kay, ramai yg suruh, ce citer ce citer.... Kay, aku nak share lah soalan tu dgn korang semua. Kalau tahu jawapannya, jgn malu segan bagitau jer sbb aku ni bukan bergeliga sgt otaknya. Kecuali bila berada dlm situasi kecemasan baru aku dpt berfikir dgn tajam sikit.

Mula2 masuk bilik interbiu mcm biasalah, kena perkenalkan diri dulu. Semua sekali ada 4 orag penemuduga. Seorang naib canselor, pendaftar, pegawai kanan dan seorg lagi aku tak kenal. Belum habis aku ceritakan serba sikit pasal diri, terus pegawai kanan memotong bertanyakan pengalaman kerja. Then, pendaftar pulak amik bahagian bertanyakan xtvt aku kat kampung, sejauh mana pernglibatan aku dgn persatuan belia. Last soalan dari pendaftar, apa nama jkkk kampung awak? Ah sudah!! aku blupa sekejap nama sebenar jkkk yg bodoh sombong kat kampung tu. Adalah dlm 3-4 saat baru aku teringat nama dia. What to do, kat kampung lebih femes dgn nama gelaran sampai terlupa nama sebenar.

Then tibalah masa utk naib canselor ambil bahagian. Ditanyakan soalan pertama apa bidang tugas jawatan yg aku pohon. Walaupun laju jer aku menjawab tapi dia suruh aku huraikan dgn lebih terperinci tugasan tu. Ok, fine..boleh jer. Then sampailah soalan ke-2 yg memati kutu kan aku. 

Mcm ni lah cara dia bertanya.. "Universiti mengalami masalah terputus bekalan air hingga berlarutan 2 hari lamanya dan menyebabkan student beramai-ramai membuat demontrasi. Waktu itu dah hampir maghrib. Masing2 mambawa sepanduk dan banner mendesak krisis air diselesaikan segera. Usaha utk menenangkan keadaan takkan membawa hasil kerana tahap kemarahan mereka dah tak terkawal lagi. Silap haribulan akan terjadi rusuhan. Oleh kerana awak satu2 nya pegawai yg ada masa tu, apa tindakan patut diambil utk menyelesaikan masalah ni secepat kilat?"

Jawapan pantas yg aku berikan adalah mengambil air dari masjid berdekatan tapi jawapan tu mentah2 ditolak. Sedang aku memerah otak memikirkan jln penyelesaian, naib canselor mencelah sikit. "Kalau awk berjaya menjawab, saya berjanji jawatan ini milik awak". Psiko betul dia ni... Dlm tempoh 10 saat acapkali dia ganggu konsenteransi aku. Finally aku surrender jugak..damn it!!!

Actually dlm fikiran aku ada terbayang pili bomba tapi tak terkeluar kat mulut... Aku x ada experience dlm situsi tegang seperti yg digambarkan. Tak dpt memikirkan jln penyelesaian terbaik. So, korang ada better answer tak utk soalan ni? Share lah..

Tuesday, May 03, 2011

Selesai Interview

Berakhir sudah interbiu. Keputusannya, fail once again today...la la la~ Soalan ke 2 yang dikemukakan oleh naib canselor betul2 membawa aku ke jalan mati.. damn it!! Nak menjawab soalan sebegitu tanpa sebarang pengalaman berdepan dengan situasi yg digambarkan memang mencabar. Mustahil bagi aku untuk beri jawapan hanya dalam masa 10 saat... Nampak gaya, peluang yg ada cuma 0.01% jer..

Blurr nak taip apa lagi. Dah hilang tension nanti, patik akan balas balik kunjungan korang semua.. Sekian, terima kasih...