Friday, December 17, 2010

Cover Your Aurat Campaign | Show Your Support!

Klik pada gambar untuk ke entry penganjur kempen

Pertama kali terjumpa kempen seperti ni kat blog. Ini pun selepas di tag oleh cik Ayuni. Kempen seperti ni jarang orang nak join sama kerana tiada point untuk tuliskan sesuatu bagi menyokong kempen ini. Actually bukan lah susah sangat kerana sejak sekolah lagi kita belajar tentang agama, di ajar oleh ustaz dan ustazah tentang pentingnya menjaga aurat baik lelaki mahupun wanita. Menutup aurat adalah perkara wajib yang dituntut dalam agama. Bagi lelaki, batas auratnya adalah di antara pusat hingga lutut. Manakala bagi wanita, seluruh tubuh badan adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.

يَا بَنِي آَدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آَيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (26) يَا بَنِي آَدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآَتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ (27)
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (QS Al-A’raf [7]: 26)

Menutup aurat bukanlah sekadar memakai tudung. Ramai dikalangan wanita islam masa kini menyangkakan mereka telah menutup aurat dengan bertudung tapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, baju yang menampakkan bentuk tubuh atau pakaian dalam. Ada juga yang memakai kain terbelah hingga menampakkan betis dan peha, baju yang terbelah hingga menampakkan bahagian dada, baju berlengan pendek dan seluar atau skirt separas betis. Hakikatnya, mereka belum benar-benar menutup aurat walaupun telah memakai tudung.

Ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita namun mereka sepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi wanita baligh adalah wajib. Untuk memenuhi tuntutan agama ini, beberapa syarat harus dipatuhi dalam etika berpakaian.
  1. Menutup had aurat yang telah ditetapkan
  2. Pakaian yang longgar
  3. Pakaian yang tidak jarang
  4. Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki atau wanita kafir
  5. Labuh tudung kepala sehingga ke paras bawah dada
Rentak fesyen masa kini lebih banyak menonjolkan pakaian yang mendedahkan aurat sepertimana yang berlaku dalam Islamic Fesyen Festival di Monte Carlo, Monaco pada Ogos lalu. Kita semua dikurniakan akal fikiran. Seharusnya pandai menilai pakaian mana yang sesuai dengan status kita sebagai orang islam. 

Dengan rasa rendah diri, Mata Hati ingin tag cik Amani, kak Syamila dan puan Nadia Comaneci untuk sama-sama menyokong kempen ini. Kawan-kawan yang lain juga dijemput untuk turut sama menjayakan kempen ini

19 comments:

Ayuni said...

bgs kn kempen nie, ske bd terperinci, ader ayt Quran lg....

Unknown said...

yup...kempen yg harus diberi sokongan

azwa amani said...

tggu next entry..tengah kumpul bahan tuk kempen ni...

Unknown said...

amani boleh, cikgu amani yakin boleh...chaiyokk chaiyokk

anamizu said...

support the campaign! ^^

Afiqah Fatin said...

suka sangat ngn kempen ni :)

Unknown said...

anamizu - :)

Afiqah Fatin - teruskan bagi support

Unknown said...

entry yang menarik dan padat .. nice penjelasan dan pendapat .. sokong sama-sama jom ..

kmvsblogger said...

Skrg ni ramai yg pakai tudung tp tgk bwh ketat je..seluar ketat, baju ketat..cm nk bg tgk je

Anonymous said...

saya sokong...bukan pe muda mudi zaman sekrg suke terdedah sana cni...bukan nk kata tp betul...sy malu lah...baguih2 mari reramai join this campaign :)

Hamizi Azizan said...

saya sokong ini kempen.!! ayuhh!!

http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/adik-beradik-yang-kiut.html

deqlis said...

bgs kempen nie..

to Mata Hati sila dtg amik award ya..

http://ellismelia.blogspot.com/2010/12/deqlis-nak-kasi-award.html

wan syamilah said...
This comment has been removed by the author.
wan syamilah said...

bagus kempen ni...nanti kak sya buat entry... tq tag kak sya

setuju sgt ngn apa yg fairul tulis...tutup aurat sekadar utk berfesyen...macam tu jadinya...


My recent post "Watermark PERCUMA-Part 4"

kella said...

wah, bagus kempen ni, macam mahu turut sertaje.. boleh ke ni matahati?

Unknown said...

azrinrahim - give support

Iena farina - mereka mudah terikut dgn perkembangan fesyen semasa

MiZi - :)

deqlis - nanti saya dtg amik

NaDia CoMaNeCi - sama-sama

Unknown said...

kak Sya - sama-sama.. itulah trend fesyen zaman moden, semakin singkat dan ketat

kella - boleh jer..meh ler join sama2

alexayussida said...

bagus betol kempem ni:)

tp kdg2 takut utk berkata-kata ttg hal ni sbb terasa diri sndiri pon belom smpurna tp ade pula yg menyangkal:kalau ingin tggu diri smpurna baru mahu menegur yang lain..tataw la bila tnggungjwb sbg insan utk menyebarkn dkwah tu tercapai =.='

Unknown said...

boleh slow2 kita perbaiki mana yang kurang pada diri sendiri..