Nak menjoinkan diri ke segmen 'Jom Berkenalan' anjuran Cikgu Akim. Thanks to kak Iena farina kerana sudi mengajak ku join sama dalam segmen yang menarik ni. Dengan kejujuran 99%, aku nak jawab soalan-soalan dibawah ni..ekekeke
Q1- Apakah status anda?
Single mingle lagi. Belum ada plan nak kahwin dalam masa terdekat kerana belum ada makcik-makcik diluar sana yang sudi bermenantukan aku..^^
Q2- Ceritakan tentang diri anda..
Aku seorang lelaki tulen, berasal dari Terengganu. Baru lagi mencecah usia 29 tahun. Belum berkeluarga dan belum ada anak isteri. Masih lagi half time study, buat pjj kat sebuah universiti dan sampai sekarang belum graduate sebab asyik tangguh-tangguh. Seorang yang berperangai gila-gila dan jarang-jarang sekali serius dalam hal yang serius. Aku suka membaca apa saja artikel berkaitan sejarah. Apa saja berkaitan komputer senang sangat aku fahami tapi apa saja tentang perkara tersirat dalam kehidupan selalu buat aku tergaru-garu kepala. Aku lebih suka kalau orang berteus terang bila berbicara tentang sesuatu perkara sebab aku bukan jenis yang cepat tangkap apa yang tersurat dan tersirat.
Q3- Ceritakan tentang Blog anda..
Blog ni dah wujud sejak 30 November 2008. Tak der apa-apa yang special pun sebab aku tulis ikut gerak hati dan kemahuan. Aku tak pandai menilai blog sendiri. Jadi aku serahkan kepada pengunjung untuk menilai sendiri macam mana rupa blog ini.
Q4- Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Dunia blog sekarang semakin meriah dengan kehadiran blogger-blogger baru. Berbeza dengan waktu mula-mula aku jadi blogger 6 tahun lepas. Waktu tu blogger masih malu-malu nak add kawan baru. Sekarang ni banyak contest dan giveaway dianjurkan dan blogger saling bantu membantu. Boleh dikatakan, dunia blog sedang meniti zaman keemasan.
Q5- Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog
Pertama niat mesti betul. Jangan buat blog hanya untuk mengejar populariti dengan menulis cerita-cerita sensasi yang terselit unsur-unsur fitnah dan lucah. Kedua, jangan sesuka hati menyakiti hati blogger lain. Ketiga, menulis blog ini ibarat menulis coretan diatas kertas putih. Bersih atau kotor anda sendiri yang menentukannya.
Q6- Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Tiada apa-apa yang unik. Sekadar coretan berpandukan mata hati.
Q7- Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Selagi masih terdaya dan tidak kekeringan idea, selagi itulah aku terus menulis blog. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti terjadi perbuatan fitnah atau apa saja perbuatan yang bertujuan untuk menjatuhkan blog ini, dengan rela hati aku akan mengundurkan diri.
Q7- Tagged 4 orang rakan blogger..
Ramai yang sudah di tag untuk join segmen ini, jadi tiada tag.. Kalau ada sesiapa yang sudi nak join, buat ler.
19 comments:
cam sedih je ayat....
salam,
huhu org ganu ye!... sabo ye, nanti adalha makcik2 yg sudi jdkkan menantu.. :D
bak kata orang kampung kita,
life begin at forty
kannnn ... ;)
wahh dah buat yer?LM lum buat lg..rasanya dah lbh 5 org tag benda ni...ayoo..
p/s:salam kenal saya lydia miza..hehe
salam perkenalan......
fuhh...takut2 nak klik tadi...sib baik tak kena tag...weee.....
Ayuni - mana de cedih2...hepi sokmo
My Little Diary - kekeke.. sedang menunggu makcik2 dtg meminang.. :)
sz|m.s.s - arrr...ada 11 tahun lagi sebelum mencecah 40
sis LM - selamat berkenalan sis. mcm pernah jumpalah..ekekeke
aima in luv - salam perkenalan juga dari sya
sik Mot - tak sampai hati nak tag cik Mot..hua hua hua
ahahah..
btol2.. cam sedih je ayat.. na meleleh niy ayer mata.. sob3~~
err..baru tau umur awak 29thn..huhu, takpe beza 11 thn je kita ni..hehe :)
dhilla nazli - ish ish ish..nanti jgn lupa beli tisu banyak2 yer ^^
Siti Safiyyah - kalau nak panggil pakcik pun boleh :)
alah pakciklah sangat..hehe, ye betul2..tengah menanti cinta selepas kawen ni..hehe
ohh..kay, semoga bertemu jodoh dgn insan yg beriman dan baik hati ^^
29thn ekk..sebaya la kita pakcik! ;)
ohh tidakk..ingatkan mama eliza lagi tua dari saya ^^
saya pun join..meriah sungguh segmen ni
ye ke xde org yg nak buat menantu... rugi la makcik2 tu... insyaallah ada la jodoh tu nanti..
hahaha..saje jer tuh
hehehe...dah tahu dah tahu...dah kenal dah kenal...hehehe..sori lmbt feed back bz lah kj byk skrg nie :)
Post a Comment