Monday, November 28, 2011

November Rain

Salam awal muharam..

Last entry utk bulan ni. Tak leh nak taip panjang2 dgn sebelah tangan. Actually last thursday aku ter'eksiden masa on d way nak pi lunch. Hasilnya, tulang jari kelingking dan jari manis tangan kiri retak. Nasib tak patah. Kalau tak sure aku sue driver van tu. Dah terang2 kesalahan dia tapi tak mengaku.

Sebelum aku stop, aku tinggalkan sekeping gambar utk korang renung-renungkan.


Thursday, November 24, 2011

Aku, Bus Stand Lama & Kedai Koboi (Lagenda Solah Botok)

Sambungan dari entry sebelumnya...

4- Kedai Koboi
Deretan kedai kayu yg wujud di tepi dan hadapan (seberang jalan) bus stand. Orang terengganu panggil kedai koboi sbb kepadatan dan susunan kedai2 yang ada kat situ. Tak reti pulak aku nak explain mcm mana keadaan kedai koboi ni. Cukup kalau aku katakan dlm kedai koboi ni ada banyak lorong (femes dgn penggilan lorong bombay). Suhu dlm kedai koboi agak panas sbb atapnya dari zink dan plastik. Yg conquer kedai koboi ni adalah peniaga kain dan kaset.

Masa era kedai koboi, mmg banyak kedai2 kaset yg wujud. Kalau dah bukak kedai kaset, mesti pasang lagu kuat2. Sampai jer kat kedai koboi ni, macam2 lagu boleh dengar mcm hindustan, omputih atau lagu melayu sendiri. Kena pulak waktu tu zaman rock kapak. Sana sini boleh lihat anak2 muda pakai seluar jeans yg koyak kat lutut, jaket kulit (walaupun cuaca panas tetap pakai sbb nak tunjuk macho kat awek), gelang besi dan baju bergambar tengkorak. Rambut jgn cakap ler. mesti korang boleh bayangkan sendiri fesyen rambut zaman rock.

Seperti biasa, tak sah kalau takder yg cuba berlagak raja kat kedai koboi ni. Orang terengganu panggil sek megang. Tapi diaorang ni bukankah gengster cuma nak berlagak jer seolah2 tempat itu akulah yg punya. Ini tak bersangkut paut dgn mael lambong. Aiseh lupa lak.. dulu kat bus stand ni ada sorang brader penjual rokok yg mukanya sebijik mcm saleem. kena pulak time tu band Iklim tgh meletup. Asal dia melintas je depan bas, mesti ramai yg perhatikan dia. Untung muka seiras, rokok pun cepat jer laku.. huhuhu

Hadapan kedai koboi adalah berderet gerai2 kecik (biasanya peniaga ni sekadar open 1-2 bijik table jer). Tokki aku mmg suka beli permainan yg dijual kat gerai2 depan kedai koboi ni sbb boleh tawar menawar sampai jadik beli. Ada sorang pakcik yg selalu jadi tumpuan kat situ. Pakcik ni jual cincin yg boleh diukir nama pembeli kat atasnya. Kalau tak silap 1 ringgit utk setiap huruf atau nombor. Kawan2 aku masa sekolah rendah dulu asal beli jer cincin kat pakcik ni, mesti menunjuk2 kat kawan sbb ada nama dia kat cincin tu. Kiranya kalau ada sesaper yg curi, mudah2 jer boleh detect orangnya.

Teringat pulak kat sorang peminta sedekah yg selalu ada kat situ. Dia ni diserang angin ahmar. Dari pagi sampai petang tercokgok dia kat situ dengan sekeping kertas besar (manilakad) yg ditindih kole besi. Seingatan aku, kat atas kertas tu tertulis "Bantulah saya. Saya dah lama diserang angin ahmar, tak mampu bekerja". Tak tahu lah samada dia masih hidup atau dah meninggal sbb waktu tu usia dia pun dlm 30 lebih.

Tapak kedai koboi lama hadapan bus stand yg akan bertukar wajah

5- Panggung Wayang
Era 60an hingga awal 90an panggung wayang mmg tempat hiburan utama kat bandar ni selain dari main kasut roda kat plaza. Ada 3 buah panggung wayang masa tu. Satu kat plaza, satu kat sebelah kiri bus stand (panggung REX) dan satu lagi kat sebelah kanan bus stand (panggung Cathay, seberang jalan selepas deretan kedai koboi). Kalau nak tgk movie baru, kat situlah tempatnya. 

Aku cuma pernah pergi sekali jer tgk wayang kat panggung REX. Masa tu dgn pak sedara tgk citer jackie chan, police story 3. Mmg sold out tiket masa tu gara2 pengambaran filem tu dibuat kat KL. Selepas menjadi tempat tumpuan sejak sekian lama, panggung2 ni ditutup menjelang akhir 90an. Hanya belasan tahun kemudian baru lah wujud kembali panggung wayang kat terengganu. Itu pun jauh kat kerteh sana. Kena tunggu satu lagi panggung wayang yg akan dibuka maybe next year kat pasaraya tesco yg dlm pembinaan.

 Panggung REX, panggung wayang tertua kat Terengganu. 
Dah wujud sebelum aku dilahirkan lagi

6- Pasar Raya
Sebelum wujudnya Mydin mall dan Giant kat negeri kelahiran aku ni, Emporium Hock Kee Seng dan Pusat Membeli Belah (sebelum ditukar nama kpd The Store) adalah tumpuan utama utk membeli apa saja barang keperluan. Time dekat2 nak raya, mmg full 2-2 pasaraya ni. Sampai terpaksa tunggu giliran utk masuk ke dalam. Itu belum lagi nak membayar kat kaunter.

Satu lagi tempat membeli belah kat Jalan Tok Lam. Di sini ada deretan kedai kasut, kain dan elektrik. Time bersekolah dulu, kalau nak beli pakaian sekolah mesti bonda ajak pi ke Syarikat Kelas (kedai yg jual pakaian sekolah). Kualiti pakaian yg dijual kat kedai ni boleh lah tahan. Sampai sekarang kalau ada buat promosi jualan, ada ler van yg pi keliling bandar dan kampung buat pengumuman promosi jualan murah kat kedai ni. :p

7- Lagenda Solah Botok
Last sebelum aku noktahkan entry ni. Ni cerita sorang brader rock kampung aku. Femes dgn pangilan Solah Botok. Kerjanya mmg selalu lepak kat kedai koboi. Satu kampung kenal brader ni. Dengan gaya bercakap mcm chipmunks (selalu org ketawa bila dgr dia bercakap) serta muka ganas ala2 gengster, tak padan dgn tubuh kecik.

Awal 90an, restoran A&W baru dibuka kat terengganu dibangunan baru PMINT, hadapan bus stand. Paham2 ajer lah harga makanan kat restoran tu. Kalau budak kampung, nak merasa mkn sebulan sekali pun susah. Untuk menunjukkan dia (Solah Botok) ni byk duit, setiap hari asal jer sampai kat bandar mesti pi masuk restoran ni. Sekadar nak basuh muka jer sbb nak mkn duit ciput. Pastu time nak keluar mesti terpacak sekejap depan pintu masuk sambil lap mulut dgn saputangan. Sajer nak eksyen konon2 baru lepas makan kat A&W. Kalu member2 tengok mesti diarang akan cakap, "Wohhh! kaya ah Solah Botok ni. Hari2 makan kat A&W.." :p

Monday, November 21, 2011

Majlis Kahwin 20112011

Semalam sorang lagi kawan aku menamatkan zaman bujang. Sekian lama berkenalan akhirnya Kuala Terengganu boy dan Setiu girl  disatukan dgn lafaz akad nikah. Selamat pengantin baru.. Semoga ikatan yg terpatri akan kukuh terikat hingga akhir hayat. Dan semalam jugak hujan turun kembali selepas 2 hari panas. Kahwin musim hujan ni mmg best (kata orang2 tua yg penuh maksud mendalam).

Dalam kegembiraan meraikan terbinanya sebuah lagi masjid, tetiba terencat sedikit bila seekor anak kucing comel yg tumpang berteduh bawah kereta terkorban dilenyek tayar kereta salah seorang ahli rombongan. Apa kes tuan punya kereta sampai tak reti2 nak keluar sekejap pi alihkan anak kucing tu ke tepi jalan. Kesian lak aku tengok. Better aku sendiri yg pi alihkan bangkai anak kucing tu sebelum bersembur daging dilenyek tayar kenderaan yg lain.

 Are u ready pengantin lelaki?

 Aku nikahkan engkau Mohd Sahdan bin Shafiee dgn Wan Rasyidah bt Wan Abd Kadir yg berwalikan hakim dgn mas kahwin RM10 tunai..

 Aku terima nikahnya dgn mas kahwin yg tersebut itu.. Sah Sah Sah!!

Acu mu tengok ni gambor bakal bini no.2 aku :p

Bukti aku berada dlm majlis tu.. ngeh ngeh ngeh

 Di sebelah kereta kancil tu lah anak kucing maut digilis tayar kereta viva. Hajat hati nak tumpang berteduh dari hujan, tapi maut pulak yg dtg menjemput


Tak sempat nak amik gambar dgn pengantin sbb nak balik cepat. Lagi pun lama sangat pengantin duk bergambar dlm rumah. Habis posing style melayu, posing style bolywood pulak. Pastu tak tahu lah apa jenis posing lagi yg diaorang buat. Raja sehari lah katakan.. :p

Note: Semalam time maghrib bonda ada dtg bawakan pai epal. Aku dpt mkn secotek jer sbb semut2 dah mencemarkan pai itu. Huuuwaa sedih sbb bonda buat khas untuk aku bila dpt tahu anaknya demam tapi semut2 dah menjamu selera terlebih dahulu sebelum aku menjamahnya. Walaupun aku dah tutup kemas tudung tupperware tu tapi semut tetap dpt menyusup masuk...

Tuesday, November 15, 2011

Peringatan Untuk Aku Dan Kamu

"Kita sering menagih kehendak kita kepada Allah SWT sewaktu berdoa, sedangkan sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita."

"Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa kita sesuai denagn perancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita."

Kepada yang sedang merindui, tadahkan tangan dan berdoalah.. 
"Ya Allah, jika KAU halalkan aku merindui kekasihku, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu yang abadi hanya kepadaMU."

  1. Bonda dah acap kali sindir, baju kerja pun gosok sendiri ke??
  2. Tok wan dah acap kali pesan, jgn tunggu lama2 kalau hal kahwin.
  3. Pak sedara dah beberapa kali tanya, tak berkenan ke dgn anak tok kadi kat tepi jalan tu?
  4. Mak sedara dah acap kali offer, senang2 biar makcik jer tolong carikan. 
  5. Kengkawan dah acap kali tanya bila nak jemput makan nasi minyak?
  6. Member seopis dah beberapa kali cakap, tinggal kau seorang jer lagi yg belum kahwin..

Secara statistiknya, ramai sungguh yg ambil berat pasal aku.. huhuhu..
Kesimpulan yang boleh aku buat, tunggu jer lah.. Nanti sampai masa aku umumkan..

Note: Sewaktu entry ni dikarang, aku sdg kesejukan kuyup bawah jambatan menanti hujan reda. Nasib laptop sihat walafiat. Sambil2 tu aku taipkan entry ni utk menghilangkan rasa boring.

Note: Aku demam teruk dlm 2 hari ni. Kepanasan yg melampau walaupun diluar sana hujan turun

Monday, November 14, 2011

Aku, Bus Stand Lama & Kedai Koboi

Hora... Ashimoto Wo Mite Goran,
Kore Ga Anatano Ayumu Michi
Hora... Mae Wo Mite Goran
Are Ga Anatano Mirai...

Masa yang berlalu takkan kembali. Ia akan kekal tinggal menjadi kenangan. Walaupun ahli keluarga, kawan2, cikgu2 ataupun tempat jatuh dah tiada tapi dlm kenangan tetap muncul walaupun tak berapa jelas. 

Semalam aku terjumpa sekeping gambar lama yg mengambarkan suasana kat perhentian bas k.terengganu sekitar era 60an. Betul2 legend dan antik. Jika diperhatikan memang jauh berbeza suasana dulu dan sekarang. Cuba lihat sendiri kalau tak percaya..

 Dulu-dulu, suasana sekitar 60an

 Sekarang, 50 tahun kemudian (cilok dari pakcik Google)

See, nampak kan perbezaan antara 2 zaman. Kemeriahan dulu dah hilang ditelan arus pembangunan dan peredaran masa. Sementara ingatan masih ada, better aku story sikit pasal kenangan lama tempat ni. Maybe 3 atau 4 tahun akan datang tempat ini akan dirobohkan utk beri laluan kepada pembangunan.

1- Bus Stand
Inilah tempat tumpuan rakyat terengganu suatu ketika dulu. Tak kiralah samada datang dari kuala, dari hulu atau dari barat, semuanya akan berkumpul di sini. Logik kalau dikatakan bus stand ni adalah pusat bandar kuala terengganu. Setiap hari sabtu atau hari cuti am, konpem penuh sesak bus stand ni dgn rakyat jelata. Walaupun di tepi bus stand ni ada tapak kubur lama tapi tak der pulak kedengaran hantu mengacau. Tepi kubur tu siap ada yg menjamu selera lagi sementara menunggu bas datang. Cuma pernah kedengaran satu cerita bila usaha utk mengalihkan kubur2 lama tu tak kesampaian bila bulldozer tak mampu nak cabut batu2 nisan yg ada kat situ.

Sekitar awal 90an hingga pertengahan 90an, bus stand ni sendat mcm ikan sardin dlm tin sbb bas yang ada terlampau banyak. Bayangkan waktu tu tempoh menunggu bas tak sampai 15 minit. Kalau duk kat kg, tak sempat panas punggung duduk kat pondok menunggu, bas dah sampai. Selepas siapnya bus stand baru, bus stand lama ni dijadikan taxi stand. Kemeriahan dah tak sama mcm dulu sbb tak ramai yg nak naik kereta sewa sbb cajnya mahal. 1x caj kereta sewa bersamaan 3x caj tambang bas.

2- Bas
Klasik kan bas zaman dulu. Orang terengganu panggil bas kayu sebab frame tingkap bas ni diperbuat dari kayu. Kalau nak fresh air, turunkan tingkap ke bawah dan kalau nak tutup, angkat tingkap ke atas. Kalau naik bas kayu ni mmg bising sbb tingkap tu akan bergegar sebaik saja bas bergerak. Kadang2 dlm bas pun boleh bermandi hujan bila tingkap bas tu x dpt ditutup. Huhuhu... Kalau naik bas, biasanya ramai yg berebut nak berdiri kat tangga. Tak tahu lah kenapa sbb aku pun sama waktu tu walaupun masih lagi kecik tuek.

Sekitar tahun 70an, 80an dan awal 90an, pengangkutan bas didominasi oleh 4 buah syarikat iaitu HD (singkatan kpd Hj. Deraman), Kompeni (Syarikat Bas Terenganu), SPPMB (Syarikat Pengusaha Pengangkutan Melayu Berhad) dan Wan Sembok. Bas HD sinonim dgn warna hijau putih, bas Kompeni guna warna oren & kuning, bas SPPMB berwarna merah biru putih dan bas Wan Sembok berwarna biru putih. Syarikat Wan Sembok paling lama bertahan. Kali terakhir beroperasi dlm 3 tahun lepas sebelum gulung tikar. Akhir tahun 90an dan awal 00an (pandai2 jer aku letak nama utk alaf baru), bas mini bermaharajalela atas jalan. Mmg sinonim bas mini ni dgn warna pink. Tambang pun murah, 50 sen utk setiap perjalanan. Fast delivery..

Ada teringin nak naik bas macam ni?

3- Teksi
Kalau diperhatikan gambar kat atas, dapat lihat pengayuh beca roda tiga (lebih femes dgn panggilan teksi dikalangan orang terengganu) sedang menunggu penumpang. Sekitar tahun 60an - akhir 90an, teksi adalah pengangkutan yg sesangat popular selain bas dan bot penambang. Selalunya dari bus stand, aku dan family akan naik teksi kalau nak pergi ke rumah tok wan kat kampung ladang. Bayaran pun murah lagi masa tu, 1-2 ringgit jer. Kadang2 bila ditanya brp harga tambang, pengayuh akan jawab "ikut panda ah nok bagi berape riyal pong (terpulang lah nak bagi berapa ringgit pun)". Nak bagi seringgit 2 kesian jugak sbb kebanyakan pengayuh teksi ni kebanyakannya orang2 tua.

Rasa panjang lak entry kali ni. Jadi aku ceraikan kpd 2 bahagian. Bersambung...

Thursday, November 10, 2011

Comel Si Budak Comel

2-3 hari ni bila masuk opis, asyik tengok jam kat dinding jer. Mengira detik untuk balik. Beginilah keadaannya bila student cuti. Sekarang ni asal balik jer mesti bermandi hujan. Tapi aku suka dlm duka. Suka sbb mmg hobi aku mandi hujan sejak kecik lagi. Duka sbb malas nak basuh pakaian time musim hujan ni. Lambat kering.

Lupa nak wish "selamat hari raya" kat kengkawan. Kira aku foward ke tahun depan lah ucapan ni. Tak der yg special pun raya kali ni. Tak rasa mcm raya pun. Biasa2 jer. Nasib ada ketupat kat dapur. Bolehlah aku melantak sambil tengok org sembelih lembu. Dulu masa kecik2 tiap kali tengok lembu kena sembelih, mesti aku menangis sbb kesiankan lembu tu.

Dah melarat aku terpesong ni. Berbalik kpd tajuk entry ni. Aku perhatikan sejak oktober 2010 bila tersiar entry pasal budak perempuan comel (boleh rujuk kat popular post di sebelah), setiap hari ada jer yg search pasal budak comel kat google then terus terpaut ke blog ni. Dah jadi top lak kat enjin pakcik google. Ramai yg mengidamkan anak comel.

Sebaiknya bagi ibu2 mengandung, sila amalkan membaca Surah Yusuf untuk memperolehi anak yang comel. Amalkan jugak membaca Surah Al-Fatihah, Maryam, Luqman, Hujurat, Yasin, At-Taubah dan An-Nahl. Selain itu, sila jaga perlakuan kerana apa yang ibu2 dan bakal ibu lakukan akan mempengaruhi sifat bayi yg bakal dilahirkan nanti. Semoga kita semua dikurniakan anak yg comel baik dari segi rupa mahupun akhlak.

Tapi seandainya dikurniakan anak yg kurang comel pada pandangan mata, janganlah pulak menyisihkan dia. Seburuk-buruk dia, walaupun tidak sempurna tapi dia tetap anak kamu. Sayangi dan peliharalah dia sebaik mungkin kerana di dunia ini, setiap ibu adalah malaikat kepada anak yg dilahirkannya.

 Masa kecik ni nampak comel sesangat

 Sekarang masih comel lagi kah?

Tetiba rasa mengantuk pulak pagi ni.. Huarghhh!!

Time kasih kerana sudi membaca...  :p

Tuesday, November 01, 2011

Sebelum Tibanya Hari Itu

Menghitung hari, detik demi detik.. la~la~la~.. Kalau beberapa bulan lepas tak lah terasa sangat kedatangan hari itu. Tapi sekarang dah mula terasa bahangnya. Tapi malas nak pikir sesangat. Biarkan ia datang, biarkan ia berlalu. 

Kat luar sana hujan turun sejak pagi lagi. Time bangun tidur punyalah rajin sbb aku memang suka cuaca sejuk. Tapi time dah berada atas jalan raya rasa mcm duk dalam peti ais jer bila terpaksa melawan udara sejuk. Sesekali terpikir gak alangkah bestnya kalau dpt berselimut time bawak motor. Ngeh ngeh ngeh

 Adakah akan berlaku perubahan ketara bila tibanya hari itu? Maybe jadi warewolf ke or jadi vampire ke? Tak pun bertukar jadi gavan or suria perkasa hitam..

P/S: Ada sesaper kawin tak or sambut besday or anniversary pada 11.11.11 nanti? Comel tarikh ni.. Senang nak ingat... Kan kan kan