Wednesday, June 03, 2009

Runtuhnya Sebuah Stadium

kelmarin, stadium kebanggaan rakyat teganu tunduk menyemboh bumi. stadium serba canggih, design yg unik hanya mampu bertahan cume setahun ajer. apa nak jadi, siapa yg harus dipersalahkan, kontraktor atau kerajaan negeri? kontraktor kah yg buat kerja tak betul atau kerajaan negeri yg terlalu mahu mengejar masa?

bagi yg selalu pergi stadium tu mcm aku ni, kejadian atap stadium runtuh tu bukan sesuatu yg mengejutkan. bermula dari stadium tu dibuka, ada jer yang tak kene dengan stadium tu. paip bocor, air dlm tandas acap kali terputus, atap stadium berbentuk bulan sabit yg nampak ketara senget, kesan tampalan pada lantai ditingkat atas tempat duduk penonton... beratus juta dihabiskan hanya utk melihat stadium sultan mizan zainal abidin bertahan cuma setahun. sial!!!!!!

ekoran kejadian ni, confirm stadium ni akan ditutup kira2 6 bulan utk kerja2 siasatan. selama tempoh siasatan dijalankan, sebarang kerja2 pemunggahan atau pembaikan dilarang sama sekali. so maknanya, tak dpt ler aku main bowling kat sini lagi sampai akhir tahun ni.

setahun yg lalu, berdiri megah stadium ni di gong badak. stadium ini menjadi saksi kejayaan anak2 teganu dlm SUKMA XII


kini hanya kenangan.. tiada lagi atap berbentuk bulan sabit yg menjadi mercu tanda stadium ni. bulan jatuh ke riba


2 comments:

firahadifa said...

Thanks for voting US!.. Tapi nape ade 3 u vote?.. kena 2 jer la..

I follow u...

Unknown said...

ohh..ye ker.. nanti nak vote balik